Bab 32

Romance Series 80702

TUAN SYED IQWAL melangkah mendekati Nurjihan yang sedang tidur secara mengiring di atas katil membelakanginya. Di lihat baju pengantin yang masih tidak lagi di tukar. Dia tahu yang Nurjihan masih belum tidur.

Dia mendekati Nurjihan dan membaringkan dirinya di belakang Nurjihan lalu di pegang lengan kanan gadis yang telah sah menjadi isterinya sebentar tadi.

"Saya tahu awak tak tidur lagi."

Tuan Syed Iqwal menjalarkan tangannya ke seluruh lengan Nurjihan hingga ke tapak tangan dan menggenggam kemas tangan yang mulus itu.

Nurjihan menahan rasa menutup mata serapat-rapatnya. Jantungnya berdegup laju bila merasa sentuhan tangan Tuan Syed Iqwal pada tubuh badannya. Manakan pernah dia terbayang bahawa pada umur 22 tahun sudah bergelar seorang isteri. Bertahanlah selagi mampu dan 'just follow the flow'.

"Jihan? saya cakap dengan awak ni, isteri saya..tak baik tau tidur membelakangi suami."

Erk ! Guna kuasa sebagai suami la pulak.

Nurjihan dengan perlahan-lahan pusingkan badannya menghadap Tuan Syed Iqwal.

Dia tersenyum melihatkan Nurjihan yang masih tidak mahu membuka matanya.

Tuan Syed Iqwal mengelus lembut pipi Nurjihan.

"Today is our first night. Are you ready?".

Dengan pantas Nurjihan membuka mata. Kini wajah mereka berjarak seinci !

Tidakk !!!!!

Nurjihan menjauhkan wajahnya bila wajah Tuan Syed Iqwal mendekat untuk menyentuh bibirnya.

"Jangan Tuan Syed, saya tak bersedia. Sorry."

Nurjihan menjadi gelabah.

Tuan Syed Iqwal ketawa sedikit.

"Hah ada pun suara?". Sengaja mahu menduga gadis itu.

"It's okay kalau malam ni awak tak bersedia.. Nanti bila saya betul-betul nak, awak kena get ready. I won't accept any excuse."

Dahinya di rapatkan untuk bertemu dengan dahi Nurjihan yang sedang kaku. Di tarik nafas dalam-dalam menghidu haruman yang terbit dari juntaian rambut di tepi telinga Nurjihan.
Bau yang sungguh menggoda !

Nurjihan terpinga-pinga membuka mata kembali bila Tuan Syed Iqwal bangun dan beredar dari biliknya.

Fuh ...selamat aku dari terlibat dengan adegan 18sx !

Ye kali ni kau selamat Jihan. Lain kali?

Nurjihan memicit-micit kepalanya. Aku berasa macam masih lagi di bawah umur... uhuh....

"HONEY, you tak nak turun ke jumpa mama dan Kak Rania?"
Rizal membongkokan sedikit badannya untuk bercakap dengan Hawa yang berada di dalam kereta.

Hawa berfikir sejenak.

"I segan la dengan Kak Rania. I risau dia tak nak layan i la biy."

Rizal melepaskan keluhan. Hawa terlalu layan dengan sikapnya yang paranoid terhadap kakaknya Rania.

"Tak apa la, mama kan ada. Mama boleh layan you. Pasal Kak Rania tu abaikan je you jangan risau.. i ada kan teman you ni." Rizal cuba memujuk Hawa.

Kenapa Rania tidak sukakan Hawa? kerana Hawa bukan calon pilihan adik ipar yang di sukainya. Rania telah ada calon yang lain buat Rizal. Dia menganggap bahawa Hawa adalah penyibuk yang menggoda adiknya.

Sesampainya mereka di ruang tamu rumah Rizal.
Datang seorang wanita di pertengahan usia terus memeluk Hawa.

" Rindunya dekat Hawa...Lama mama tak peluk Hawa ni."
Raziah memeluk ketat Hawa bila mereka bertemu. Sudah di anggap macam menantunya walaupun masih belum rasmi. Raziah tiada masalah dengan pilihan Rizal jika itu pilihan yang dapat membahagiakan anaknya.

"Hawa pun rindu mama. Sorry busy dah last sem ni kan payah sikit nak lawat mama."
Hawa tersenyum manis memandang Raziah yang sangat mesra padanya.

"Hah dua orang ni kalau berjumpa kan... lupa i dekat sini." Rizal menyampuk bila sedar dirinya tidak di pedulikan.

"Alah you ni hari-hari mama dah tengok. Lain la Hawa ni lama tak jumpa kan?".

"Rizal jealous tu dengan kita mama."

Seketika muncul Rania yang kelihatan seperti baru pulang.

Dia menjeling sebaik sahaja pandangannya dan Hawa saling bertemu.

Hawa menunduk. Sedar kehadiran dirinya tidak disukai oleh Rania.

"Rania you dari mana ? Kan kita ada tetamu ni. Tak nak say hi dekat Hawa ke?" Raziah menegur anak perempuannya yang baru pulang.

"Malas !". Terus Rania berlalu dari situ.

Rizal menggeleng-geleng melihatkan sikap biadap kakanya itu.

Apa pun jadi, Hawa adalah pilihannya. Tiada siapa boleh membantah.

GANGGANG telefon di letakkan. Yana menongkat dagunya melihat pintu kaca di lobi syarikat itu.

"Cika..kau rasa-rasa bulan ni Cik Karlisa masuk office tak? lama sangat dia tak datang sini."

Cika mengerling ke arah Yana.

"Urm, Cik Karlisa? kenapa kau tanya? kalau dia tak masuk office pun kerja dia still jalan kan? cuma tak dapat face to face jela dengan dia. Kenapa kau tanya, ada hal penting ke?"

Yana menggeleng.
"Bukan la. macam tah la. Rindu pulak nak buatkan air untuk dia.".

Cika ketawa mendengar kata-kata mengarut dari Yana.

"Rindu nak buatkan air ? itu je ? apalah ingat penting sangat rupanya hmm. Eh, semua orang dalam company ni tak nak hadap Cik Karlisa tu tau. Orang panggil dia 'singa betina'. Tapi kau? pelik aku la."

"Itu la korang tak tahu..Cik Karlisa tu tegas tapi hati dia baik..Tak apa kalau korang tak percaya cakap aku..lambat laun korang akan terhegeh-hegeh sokong apa yang aku kata nanti tau !."

Cika menggeleng-geleng kepalanya. Malas mahu melayan Yana yang bercakap tidak serupa bikin. Cukup la aman keadaan syarikat ini bila Cik Karlisa tak muncul. Aura Cik Karlisa dan Tuan Syed itu sama-sama je menyeramkan !

SEDANG Syifa menyediakan makanan dan perlatan untuk santapan di meja makan utama. Kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang menuju ke arah ruang makan itu.

"Syifa, Jihan dah bangun?". Tuan Syed Iqwal menyingsing lengan baju kemeja berwarna ungu gelap yang di pakainya itu.

Hamboih helokkk ye ! Syifa menggeleng-geleng kepalanya laju bila sedar dirinya ralit meneku gaya pemakaian Tuan Syed Iqwal.

"Err..dah Tuan Syed, Cik Jihan ada kat dapur."
Tuan Syed terhenti pergerakkan tangannya yang membuka napkin untuk di jadikan alas.

Benjamin yang berdiri di belakang Syifa itu menyiku sedikit ke arah lengan Syifa untuk menyedarkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada percakapannya.

Syifa panik dan melihat ke arah Benjamin. Keningnya di angkat sedikit.

Alamak ? aku salah cakap ke ?

Benjamin juga membuat isyarat gerakan mata menunjuk ke arah Nurjihan.

Dan...syifa tersedar memang dia tersalah cakap.

"Err maksud saya PUAN JIHAN ada di dapur."
Syifa terkulat-kulat membetulkan kata-katanya sebentar tadi.

Kemudian Tuan Syed Iqwal menyambung semula tingkahnya untuk bersarapan.

"Terpulang pada Jihan Panggillan apa yang dia rasa selesa setakat ini. Saya tiada masalah."

Syifa dan Benjamin mengganguk faham.

"Panggilkan Jihan." Arah Tuan Syed Iqwal.

"Baiklah Tuan Syed."

Syifa mengganguk dan ingin bergerak ke dapur namun langkahnya terhenti bila melihat kehadiran Nurjihan yang menuju ke meja makan.

Nurjihan datang dan duduk di hadapan Tuan Syed Iqwal. Dia memerhatikan setiap pergerakkan Tuan Syed Iqwal yang sedang ralit menjamah sarapan pagi.

"Kenapa tak makan? tengok saya boleh kenyang ke?." Tuan Syed Iqwal bertanya tanpa memandang Nurjihan di hadapannya itu.

Nurjihan tidak menjawab. Dia mula menyedokkan mee goreng ke dalam pinggannya.

Suasana janggal antara mereka hadir di meja makan itu.

TERSENTAK Nurjihan bila terasa ada tangan yang menjalar di pinggangnya dari arah belakang ketika dia sedang membasuh pinggan.

"Tekejut?". Tanya Tuan Syed Iqwal mengemaskan pelukan di pinggang isterinya.

Nurjihan mengganguk ketakutan.

Siapa sangka. Setelah dia lantang bersuara di hadapan lelaki itu beberapa hari yang lalu, kini dia bertukar menjadi seperti kucing yang takut di baham anjing. Semakin terasa aura Tuan Syed Iqwal ini. Perasaan marah dan takut bersatu. Dia sedar dia tiada hak dan kuasa untuk melawan lelaki ini hanya kerana kontrak tersebut.

Nurjihan semakin lemas dalam dakapan Tuan Syed dan mengeselkan pipinya ke pipi Nurjihan. Dia memusingkan badannya menghadap lelaki itu dan mendongak memandang Tuan Syed Iqwal.

"Saya nak minta izin keluar petang ni boleh? nak jumpa kawan-kawan saya." Nurjihan memberanikan diri untuk bertanya.

Peduli apa aku. Nak keluar jugak !

Tuan Syed Iqwal menatap sepasang mata Nurjihan.

"Boleh, tapi jangan cuba lari lagi. Saya tak suka orang tipu saya." Balas Tuan Syed Iqwal dengan suara penuh menggoda.

Gulp. Terasa air liur tersekat di kerongkong.

"Ye saya tahu tu. Jangan risau. Saya takkan lari." Balas Nurjihan sambil menundukkan wajahnya tidak berani menatap panahan mata yang menggoda itu.

"Good girl."
Ubun kepala Nurjihan di gosok lembut dan tersenyum kecil walaupun tidak di lihat oleh Nurjihan.

"JIHAN, lain kali kau jangan buat perangai macam ni boleh tak? Susah nak tido malam tau fikir pasal kau."
Marah Hawa yang cuba di kawal suaranya di kedai mamak itu.

"Sorry beb, aku kesuntukkan masa. So aku tak fikir apa dah masa tu." Nurjihan menunjukkan riak wajah bersalah di hadapan Pia, Hawa dan Rizal.

"Kalau kau fikir kau tak ada siapa-siapa lagi..Habis kitaorang ni apa? Come on Jihan. This too dangerous for yourself." Bebel Rizal.

Pia? hanya merenung ke arah Nurjihan dengan pandangan tajam dan berpeluk tubuh.

"Ye aku tahu aku pendek akal masa tu. I'm sorry guys."

"Sebenarnya aku datang jumpa dengan korang ni nak bagitahu something" Nurjihan kumpul kekuatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya terjadi di antara dia dan Tuan Syed Iqwal.

"Sebenarnya......aku.....aku dengan Tuan Syed dah Kahwin."

"What? jangan propa okay? stakat kontrak 200k tu kau nak tutup aib Tuan Syed tu untuk paksa kau stay dengan dia... kitaorang tak percaya."

Hawa terlalu geram dengan apa yang di ceritakan oleh Nurjihan tentang hal Mak Eton dan Tuan Syed serta terwujudnya kontrak tersebut.

"Eh tak..ni betul. Aku tak nak sorok apa-apa dari korang.."
Nurjihan bermain-main dengan hujung bucu bajunya di bawah meja keresahan berbicara.

Bahasa isyarat Pia : Aku sokong apa yang Hawa kata tu. Mana bukti kata kau kahwin dengan Tuan Syed tu? Aku pun tak percaya !

Meja makan itu lalu di tepuk oleh Pia. Dia juga sakit hati dengan apa yang terjadi.

Nurjihan tidak banyak bicara, lalu di keluarkan sekeping gambar dan di letakkan di atas meja itu serta menolak rapat ke hadapan mereka bertiga.

Gambar itu menunjukkan Tuan Syed Iqwal dan Nurjihan yang memakai persalinan baju pengantin serba putih dalam keadaan Tuan Syed Iqwal berjabat tangan dengan Tok kadi semasa melafazkan akad.

Mereka yang melihatkan itu bagai tidak percaya.

Bapp !!

Tergamam mereka melihat Pia yang tiba-tiba jatuh pengsan akibat terlalu terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience