BAB 14

Mystery & Detective Completed 12501

SITI ZULAIKAH menapak ke dapur dengan perasaan malas. Kalau bukan di sebabkan dia terlalu haus dan lapar malam itu, tak kan mungkin dia keluar bilik daripada mengulangkaji. Keadaan dalam rumahnya sedikit suram dek kerana lampu yang terpasang hanyalah di bahagian tengah rumah ini. Selebihnya gelap.

Tidak pula gadis itu meneruskan niatnya yang kehausan dan lapar dari mencari minuman dan makanan. Malahan langkahnya di berhentikan bila dia mendengar dengan jelas suara erangan dari bilik kerja abangnya.

Dahi Siti Zulaikah mulai berkerut memikirkan sesuatu. Suara abangnya makin jelas kedengaran walaupun sayup-sayup dari bahagian dapur. Dalam keadaan sunyi macam ni, membuatkan jantungnya berdegup tak tentu hala.

Dia amati suara abangnya. Macam menyebut sesuatu. Tetapi samar-samar di pendengarannya kerana degupan di jantungnya seakan berlumba dengan bunyi perutnya yang minta di isi.

Langkah kakinya memesong dari dapur dan mendekati bilik kerja abangnya. Telinga di tekup di dinding bagi menangkap butir bicara yang keluar dari arah dalam.

"..aaf.. tolong lepaskan aku.."

Makin pelik Siti Zulaikah mendengar ucapan abangnya. Barangkali abangnya bermimpi. Masakan abangnya tertidur dalam waktu begini?

Siti Zulaikah tahu rutin harian abangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ni. siang tidur malam berjaga macam burung hantu. Sepanjang malam abangnya akan berkurung dalam bilik kerja itu. Duduk menghadap komputer.

Itulah kerja abangnya selepas perniagaan yang di buka lingkup. Entah silapnya di mana, tahu-tahu abangnya dah pun muflis. Pelikkan? Kalau di ikutkan, perniagaan abangnya tidak berhutang dengan bank ataupun tidak mendapat tender pembangunan. Entahlah.. malas nak fikir. Itu apa yang di katakan oleh abangnya sewaktu dia pulang ke rumah pagi itu dan bercerita pada ibu. Dia, hanya mendengar tanpa menyampuk sepatah kata. Cukuplah dia jadi pendengar dan memerhatikan je.

"Jangan!"

Terkejut Siti Zulaikah mendengar abangnya menjerit tiba-tiba. terus dia berlari masuk ke bilik. Terus hilang rasa lapas dan dahaganya. Lupa pada perutnya yang minta di isi.

Akibat perasaan terperanjatnya tadi, dia terus masuk ke bilik dan mengunci pintu dai dalam. Terus dia melompat naik ke katil dan menarik gebar menyelubung diri. Entah kenapa, dia merasa takut. Ketakukan yang teramat sangat bila terimbas kembali jeritan abangnya tadi.

Dalam pengirannya, mungkin abangnya bermimpi ngeri sampaikan menjerit macam tu sekali. Habis tu, kenapa aku lari masuk bilik pula lepas dengar abang jerit? Ah sudah! Perut berbunyi lapar.

Dia menggosok perut lepernya di sebalik kain batik yang terlilit di pinggang. Bersabarlah perut. Lagi tujuh jam lagi aku isi kau. Tapi bukan sekarang. Aku tak sanggup nak keluar bilik. Tak pasal-pasal nanti aku terjumpa dengan abang pulak.

Tok! Tok! Tok! Tok!

Uit? Siapa pulak?

Gebar di lucutkan ke bawah. Sekali lagi dia mengamati kedatangan seseorang ke biliknya. Tapi sebelum dia buka pintu, macam biasa dia akan menyiarap di lantai. Menghendap siapa yang datang.

Alah, kalau tak mengehendap pun bukan ada siapa yang menjengah bilik dia selain ibu dan abang. Tapi.. kalau tengah malam gini, memang dia amat berwaspada walaupun pada dua insan yang duduk sebumbung dengannya.

Matanya mencerlung melihat balik lubang kecil yang menjalar panjang mengikut kelebaran saiz pintu. Tak ada bayang-bayang sesiapa.

Tok! Tok! Tok! Tok!

Bertalu-talu ketukan di pintu biliknya. Baru dia nak angkat kaki menyambung balik mengulangkaji pelajaran untuk exam esok, pintu biliknya sekali kena serang dengan ketukan yang amat menyakitkan hati. Ni nak pecahkan ke apa pintu ni? Marah Siti Zulaikah dalam hati.

Sekian kalinya dia merendahkan tubunya dan kepala selaras dengan keleperan tubuhnya yang kecil itu, dia memerhatikan lahi lubang itu. Namun tiada bayangan sesiapa. Bayangan kucing pun tak ada. Tetapi ketukan di muka pintu kedengaran amat jelas sampaikan bergegar pintu bilik dia.

Dia mula bermain rasa. Semua jenis persoalan kbat menjalar di saluran pemikiran namun tidak juga jumpa-jumpa dengan jawapan.

Dengan kadar keberanian yang suam-suam kuku, dia mengengsot ke depan sedikit mendekatkan wajahnya ke lubang pintu. Dup! Dap! Bergema dalam dirinya bunyi perut dan irama tak tenang jantungnya.

Dan,

"Uwarghhh!!" Mata merah itu tiba-tiba muncul di bawah.

Dia di sergah oleh satu suara dari lubang bawah pintu. Pertama kali dia nampak.. mata merah tanpa wajah namun bersuara menyergahnya. Seketika cuma, mata merah bertukar warna gelap.

USAI membaca surah Yassin, Ainul Batrisyah tidak terus meninggalkan sejadah. Dia masih duduk berteku, di dalam hatinya memohon kekeutana pada Allah agar di kuatkan imannya.

"Kita ni manusia biasa. Adalakanya iman kita turun, adakalanya iman kita naik." Sekilas suara indah milik Ikhwan Islam menyapa pendengarannya.

Puas di tahan air matanya dri terus mengalir membasahkan telekung yang masih rapi menutup auratnya. Tiba-tiba juga hatinya terasa sedih seakan ada yang melunyaikannya.

Semakin laju air mata yang bertakung di kelopak matanya mengalir, makin kuat mulut dan hatinya bertasbih mengingati Allah S.W.T.

Tadi, sebelum dia terjaga dari tidur dia bermimpi. Mimpi yang mengerikan sampaikan dia berpeluh kebasahan walaupun kipa angin biliknya menghala ke arahnya seorang. Dan kerana mimpi itu jugalah dia terus bangun dan melakukan solat sunat.

Setelah selesai solatnya, dia terus membaca Yassin. Barulah dia merasakan ketenangan itu.

Mimpi.. namanya pun mimpi, tak kemanalah mimpi tu. Sekadar nak mengejutkan dirinya supaya bangun dan melakukan solat sunat.

"Islam.." lembut suara lunak Ainul Batrisyah menyebut nama Ikhwan Islam dalam diam.

Hatinya tiba-tiba meronta hendak menjerit tidak semena-mena. Namun di tahannya jua dengan mengingati Allah. Terus dia mengucap panjang. Tidak seharusnya dia tangisi takdir yang tertulis buat dirinya.

Perpisahan itu pasti. Sama juga dengan kematian. Membawa maksud yang sama hanya perkataan yang berbeza. Tapi buat Ainul Batrisyah, ia berbeza.

"Kenapa kita berpisah.."

Sayu suara rintihan Ainul Batrisyah menangisinya. Entah pada siapa dia tujukan, nyatanya hanya dia seorang di dalam bilik ketika ini.

"Allah!"

Rapat matanya di pejamkan. Mencari semula kekuatan bagi menampung jiwa agar tidak terus hanyut dengan perasaan yang di permainkan oleh syaitan agar terus merintih mempersoalkan nasib yang menimpa diri. Jangan Ainul. Jangan!

TUBUHNYA melayang beberapa meter dari posisi asal ketika dia hendak melintas jalan. Berpinar anak matanya walaupun hanya terbuka kecil. Sakit seluruh tubuh badannya ketika menahan perit luka-luka yang terlakar tanpa sengaja di kulit.

Dia mencari kekuatan untuk menoleh ke arah kenderaan yang melanggar dirinya. Sebuah kereta Proton Saga hitam metalik yang dia tidak tahu siapa pemandunya berlalu meninggalkan dia di tengah jalan sunyi ini.

Dalam hatinya menangis sebak. Perbuatan yang tak patut di lakukan oleh manusia yang tak berperikemanusiaan itu terlalu kejam! Jiwanya merintih memohon agar Allah membantunya ketika ini.

Moga ada insan yang melihat keadaannya yang tak mampu mengurus diri beredar sendirian tanpa pertolongan sesiapa, tetapi dia tak mampu!

Habis kekuatan dan tenaga hilang apabila dia di langgar lari oleh pemandu tadi. Kenapa Ya Allah.. nasib aku begini. Sesiapa! Tolong aku! Tolong aku!

Darah panas mengalir dari setiap sudut tubuhnya terutama pada bahagian hidung. Silau pandangan matanya apabila di suluh oleh cahaya oren yang datang dari arah bertetagan dnegan tempat dia berbaring.

Kemudian dia melihat kasut lelaki yang baru keluar dari kenderaannya mengahampiri dirinya yang terbaring. Dia mengucapkan syukur. Ada juga yang sudi membantunya.

Baru sahaja dia hendak tersenyum, dia melihat lagi langkah kaki lelaki itu berpatah balik sebelum kenderaan yang di berhentikan tadi berlalu meninggalkan dirinya. Sekali lagi dia merintih dalam mengenang nasibnya. Allahuakhbar!! Kuatkan iman ku Ya Allah. Berilah aku pertolongan.. Sesiapa!

Dia menangis lagi. Lagi dan lagi. sampailah satu ketika itu, entah berapa lama dia berkeadaan begitu separa sedar, dia mendengar suara lelaki dan perempuan menjerit. Entah apa yang dia katakan, langsung tak dapat tangkap butir katanya kerana keadaan ketika ini mulai membingit.

Matanya perlahan-lahan terpejam rapat. Nafas di dada yang tadinya berombak laju mulai mengendur sedikit demi sedikit sebelum berakhir dengan tenang.

"Allah.."

DIA di sini bukan kerana rela, tetapi kerana di paksa oleh kedua orang tuanya. Trauma yang di alami oleh ibu bukan sembarangan. Dia takut pada kemalangan sampaikan dia tak sanggup lagi nak memandu kereta.

Katanya, biarlah dia berjalan kaki dia rela. Tak pun dia menaiki bas ataupun menunggu sampai suami atau dia yang mengambil ibunya di tempat itu.

Ikhwan Anaki menarik nafas panjang. Rela dalam terpaksa. Dia sebenarnya sayang nak tinggalkan sekolah lamanya. Lagipula tahun depan dia akan periksa SPM. Sayangnya rasa bila terpaksa bertukar sekolah, lagi dua tahun je kut..

Tapi, tak mengapalah demi kesembuhan ibu dari trauma kemalangan beberapa bulan lepas.

Ikhwan Anaki meraup anak rambutnya yang mengerbang menutup sebahagian dahinya ke belakang. Hembusan angin meniup sepoi-sepoi bahasa menyamankan hatinya yang membahang bila teringat kembali tentang peristiwa kemalangan itu. Secara tak langsung ia menjadi kudis kerana trauma yang di alami ibu sekarang.

Sekolah Menengah Dato' di pandang sepi. Langsung jiwanya hilang tatkala kaki mulai jejak di lantai sekolah premer itu. Entah kenapa dia merasa kosong di sini. Mungkin kerana dia masih terbawa perasaan sedih akibat perpindahan atas dasar terpaksa?

Dengan menurut kata hati yang kebosanan sementah menunggu kawan baiknya datang menjemput di sini, dia berjalan menuruni bukit ke arah stesen minyak BHP yang terpacak berdepan dengan padang sekolah barunya itu.

Tekak tidak haus, perut juga tidak terlalu lapar ketika ini. Namun kerana bosan yang melampaui, dia gagahkan juga perjalanan singkat ini masuk ke stesen minyak itu untuk mencari coklat.

Coklat Kisses oreo menjadi pilihan. Setelah membuat bayaran di kaunter, dia terus balik semula ke tempat menunggu tadi. kelibat kawannya juga masih belum kelihatan. Dia mendengus halus. Bosan kalau kena tunggu lebih dari tiga jam. Itu pantang dia!

BUAT kali pertamanya, pelajar perempuan yang penuh dengan masalah disiplin di sekolah ini berpakaian mengikut peraturan sekolah. Buat pelajar perempuan Islam, pakai tudung yang melepasi bahu dan menutup dada juga tidak terlalu singkat bahagian belakangnya, baju kurung yang tak ketat dan kain, stokin yang melepasi buku lali. Sempurna!

Ainul Hanania meneliti tiap inci susuk tubuhnya yang menyarung pakaian sekolah. Tak pernah-pernah dia berpakaian sebegini. Dulu masa dekat Sekolah Menengah Perempuan, Batu Pahat tak adalah pula sampai ada peraturan ketat macam ni.

Haih...Ainul, kau ni lupa ke apa. Sekolah lama kau tu semuanya perempuan. Mana ada lelaki. Sebab tulah dari segi pemakaian mereka tak kisah pun. Kau nak tak nak pakai tudung pun okey je sekolah tu sebabnya tak ada lelaki. Tu je.

Cerminana di gerobok masih menampakkan pantulan dirinya yang sudah kemas berpakaian. Seraya itu dia mengukir senyuman manis di hadapan cermin. Cantik! Dan.. dia selesa dengan pakaian dia hari ni.

Jarang-jarang dalam hidup dia merasakan perasaan selesa ketika memakai pakaian sekolah. Malah rutin hidupnya juga kalau bab pakai baju dan berfesnyen, bentuk badannya pasti terukir sekali. Kadang-kadang terfikir juga, baik tak payah pakai baju. Macam tak ada beza kut.

Dia berjalan meninggalkan bilik dengan beg galas di bahu. Dengan senyumannya yang masih lekang di bibir menyerikan wajahnya yang sedia ayu dan manis di pandangan wajah.

"Morning.."

Suara umi memberi ucap selamat pagi kepada Ainul Hanania yang baru menjengah ke ruangan makan. Semua mata pegun memandang Ainul Hanania yang jauh lebih cantik dan sedap mata memandang dengan pakaian sekolah yang tak mencolok mata.

"Morning umi.. morning abi.. hai Nani." Balas Ainul Hanania dan di sambut dengan senyuman meleret adiknya yang di sebelah kerusi.

"Cun habis.." Sempat lagi Ain Hanani berbisik dengan kakaknya sambil buat thumbs up.

Blushing pipi gebu Ainul Hanania walau tidak memakai apa-apa make-up kerana di puji. Entah kenapa dia merasakan pujian dari adiknya ikhlas buat dirinya. Lainnya perasaan pada pagi ni. Herm..

"So, lepas ni abi hantar kamu ke sekolah okey. And.. maybe umi yang pick up you all berdua dekat sekolah lepas tamat sesi persekolahan." Kata abi ketika mereka berada di dalam kenderaan menuju ke sekolah.

"Okey abi.." Hampir serentak Ain Hanani dan kakaknya menjawab abi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience