BAB 4

Mystery & Detective Completed 36681

6.50 pagi loceng pintu berbunyi, Lisa yang terkontang-kanting di dapur menjerit memanggil Benjy memintanya membuka pintu.

Benjy berlari menuruni tangga dan membuka pintu, keadaan pagi ini memang sedikit huru hara. Awal pagi lagi dia dapat panggilan telefon dari pembantu Datuk Yong yang memintanya datang ke TNC Group bersama dengan draf pelan bangunan baru.

Jadi tugasan menguruskan Abil dan Bella agak kucar kacir, selalunya sebelum 7.00 lagi sarapan dah disiapkan, Abil dan Bella pula akan berada di bawah bersarapan. Tapi pagi ini semuanya dilakukan oleh Lisa sendiri.

‘Good morning Mr, Benjy,’ Leah melemparkan senyuman ceria pada Benjy.

Leah kelihatan sweet pagi ini, dress ketat paras lutut rona lilac melekat indah di tubuhnya yang ramping, Benjy tergamam seketika. Leah berdehem dan seraya itu Benjy sedar apa yang dilakukannya itu salah.

‘Masuklah Leah, pagi ni rumah kami dah macam war zone,’ gurau Benjy lalu segera memanggil Lisa.

Lisa yang sudah selesai menyiapkan sarapan keluar dari dapur dan menyambut Leah dan Benjy segera kembali ke tingkat atas semula, bersiap untuk meeting sebentar lagi.

‘Thanks for coming, I tak dapat nak cakap lama dengan you, just nak bagitahu yang buat sementara I upah you sebagai maid dengan gaji RM1,200 sebulan okay? Awak tak kisah?’

‘Saya setuju!’ Laju Leah menjawab.

‘Tugas awak termasuk kemas rumah, prepare breakfast itupun kalau saya tak sempat, lunch dan juga minum petang untuk Abil dan Bella sahaja. Cuci kain tak perlu, saya akan buat every weekend. Saya kerja office hour dari 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, tapi selalunya saya akan balik lambat but I’ll make sure to come home before dinner. Since you dah ada, Benjy akan spend mosf of his time at his office dan akan balik dalam pukul 2.00 atau 3.00 petang, bila dia dah balik dia boleh take over jaga Abil dan Bella dan awak boleh balik. Paling penting jaga Abil dan Bella, pastikan mereka buat homework dan Abil praktis piano sebelum minum petang sebab dia ada persembahan amal di sekolahnya hujung bulan ini. So pastikan dia praktis,’ arah Lisa.

‘Okay, jangan risau puan Lisa, puan bersiap dan saya akan mula melakukan tugas saya,’ ujar Leah tersenyum.

Lisa segera ke atas, dua minit kemudian Abil dan Bella berlari-lari ke bawah mendapatkan Leah. Mereka serentak memeluk Leah gembira. Hari ini bermula sungguh indah buat dua beradik itu.

***********************

Tepat jam 12.30 hari Leah sudah berada di depan pondok pengawal bersama-sama Bella menantikan Abil. Mudah bagi Leah kerana tadika Bella dan Abil cuma selang dua blok tidaklah perlu dia terkejar-kejar untuk menjemput mereka.

‘Kak Leah! Bella’ Abil menjerit teruja sebaik saja melihat kelibat Leah dan Bella.

Tengahari itu untuk pertama kalinya mereka bertiga berjalan bersama-sama berpimpin tangan.

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan seorang budak lelaki dari sekolah Abil.

Sebaik saja terlihat Bella, budak lelaki itu mengejek dan memanggil Bella cacat dek parut kesan melecur di tangan Bella.

‘Cacat, cacat, Ishhh tangan kau penuh kudis!’ ejek budak lelaki tersebut.

‘Ini bukan kudislah! Ini parut,’ Abil membela adiknya. Mata Bella mula berkaca dan dia segera menyorokkan tanggannya di dalam kocek jumper yang dipakainya.

Leah yang berada di situ tidak berdiam diri.

Laju dikejarnya budak lelaki tadi, Abil dan Bella ikut berlari sama mengejar Leah.

Leah menahan budak lelaki tersebut sehingga budak lelaki itu terjatuh dari basikalnya. Ditendang basikal budak itu sekuat hati sehinga break basikal itu patah.

‘Dia bukan cacat tapi dia special! Lagi sekali aku dengar kau panggil dia cacat, aku akan pastikan mulut dan muka kau cacat sampai tiada seorang pun perempuan akan pandang kau, biar kau hidup seorang diri dengan rupa yang buruk sehingga tiada satu orang pun peduli, masa tu baru kau tahu siapa yang cacat, bisik Leah ke telinga budak itu memberi amaran sambil tangannya mencengkam kolar baju budak itu dengan kuat.

‘Faham..faham… Lepaskan saya kak, saya takkan ejek dia lagi,’ rayu budak lelaki itu.

Leah melepaskan kolar leher baju budak itu dan berkata,

‘Sekarang aku nak kau minta maaf dengan budak ni dan cakap dengan dia, Bella kau bukan cacat tapi kau istimewa., cakap sekarang!’ gertak Leah.

‘Bella kau bukan cacat, kau istimewa dan aku takkan kacau kau lagi,’ ujar budak lelaki itu tadi. Bella tersenyum puas lalu memandang Leah.

Budak lelaki itu mengambil basikalnya semula dan segera beredar dari situ.

‘Okay since hari ni hari pertama kakak bekerja jom raikannya dengan aiskrim nak?’

‘Nak! Nak!’ Abil dan Bella melompat keriangan, sudah lama mereka tidak gembira seperti hari ini.

‘Okay nanti kita singgah kedai runcit Auntie Sasa, tapi janji jangan bagitahu mommy kakak Leah belanja makan aiskrim tau!’

‘Janji!’ Teriak Abil dan Bella.

**********************************************

Malam itu, setelah selesai ‘menyiasat’ tentang aktiviti seharian Abil dan Bella bersama Leah, Lisa segera mencapai Macbook dan mula membuat carian mencari peniaga CCTV terbaik sekitar KL.

Benjy terpandang page di skrin laptop dan mula menegur isterinya.

‘Buat apa CCTV sayang? Bukan dah penuh CCTV di rumah ni?’ tanya Benjy.

‘Cuba tengok ni sayang, ni CCTV ni macam gajet yang selalu digunakan untuk mengawasi pembantu rumah. Kecil, mudah dan sukar dicam, orang takkan sangka ia CCTV tapi lebih kepada alat dekorasi rumah dan sebagainya, yang ni siap boleh dengar suara tapi agak mahal.

‘Perlukah you buat macam ni sayang?’

‘Eh perlu sayang, lepas apa jadi kat Bella, I taknak benda yang sama berlaku lagi. I nak pastikan kali ni semuanya perfect, you boleh monitor dari offie you dan I boleh monitor dari office, so bolehlahh I fokus bila I nampak diorang depan mata even dari monitor komputer,’Bela meyakinkan Benjy. Benjy akur dan serahkan tugasan itu pada Lisa.

‘Goodnight sayang,’ bisik Benjy namun nadanya penuh kehampaan.

Mata Lisa masih lagi fokus pada skrin komputer, dia dah atur jadualnya untuk esok. Esok lunch hour dia akan kedai supplier CCTV tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience