"Dah nak masuk dua hari korang bergaduh? Kenapa Bahr tak datang sini erk?" soal Becky, sangat pelik. "Biarlah dia. At least, aku tenang, no calls from Bahr suruh aku selamatkan dia daripada one of his girls. Anyway, ni Zahin ajak kita makan, jom nak?" soal Anya. "Tak pelah, kau pergi lah.. Aku nak siapkan jahitan ni." kata Becky. "Okay.." senyum Anya.
***
"Awak lapar ke Anya?" soal Zahin, risau. Anya mengangkat mukanya, "ye.. hehhe, lapar sangat.. biasalah.. Maaf tau, Becky tak ikut. Kita dua je." senyum Anya. Zahin juga tersenyum, "Anya.. saya tahu kita baru je kawan. Tapi, boleh saya nak tanya sesuatu?" soal Zahin. Anya mengangkat muka, "tanyalah.. apa dia?" soal Anya. "Awak tak sesiapa ke sekarang, maksud saya dalam hati awak." kata Zahin.
"Takde pula. Kenapa?" soal Anya. "Boleh saya berterus terang, saya rasa saya dah lama suka kan awak, daripada cerita ibu saya tentang Anya, serius saya jatuh cinta dengan awak, dan jumpa awak di Paris.. saya rasa macam mimpi.. Perempuan yang saya minat berada di depan mata saya dan... bila kita kali kedua kita jumpa di makan malam, saya yakin.. kita ada akan ada cerita.." kata Zahin
Anya merenung mata Zahin. "Tapi, yalah.. kita kawan je dulu macam biasa.. dan, seandainya awak rasa awak selesa dengan saya dan saya juga selesa dengan awak sehingga kita rasa kita tak boleh berpisah, please.. marry me? And I will love you forever." kata Zahin.
Anya terdiam, buat pertama kalinya lelaki meluahkan perasaan kepada dirinya. "Zahin, saya takut..." kata Anya. "Awak takut siapa? Bahr ke?" soal Zahin. Anya tergelak, "kenapa saya nak kena takut dia, sekarang ni.. masa depan saya biarlah saya yang tentukan. Anyway, saya selesa dengan awak Zahin, dengar cerita dari mama awak pun, saya tahu awak anak yang baik. Tapi, seperti yang awak cakap .. kita kawan dulu ye sehingga kita rasa kita tak boleh berpisah, baru kita kahwin, deal?" tanya Anya.
Zahin sudah tersenyum. Kiranya seakan dia sudah mendapat lampu hijau. "Ohh... merpati dua sejoli dekat sini?" soal Bahr, sambil bertepuk tangan. Anya sudah masam mencuka, dan Sherry juga ikut serta. "Wahh, partner in crime aku ni dah pandai daa keluar dengan lelaki lain? Ke tak sabar nak puaskan nafsu kau?" sinis Bahr.
Terdiri Anya, "kau cakap apa ni?" soal Anya, nasib restoran yang mereka pergi milik Zahin. Dia sudah menyuruh pekerjanya menutup tingkat ini. Dia risau. "Kau cakap apa ni, Bahr? Kenapa cakap Anya macam tu?" soal Zahin, pelik.
"Kadangkala aku dah tak kenal kau Anya, selalunya kau ni sensitif dengan lelaki, kau takkan senang-senang rapat dengan lelaki, dengan Zahin, punya cepat kau ye. Ke kau memang kemaruk sangat nak lelaki?" soal Bahr.
Anya semakin mendekat. "Kau tu yang kenapa? Perlu ke aku ikut telunjuk kau? Kau tu siapa, Bahr?" soal Anya. "Kau perempuan yang paling pandai berlakon, konon jaga kehormatan lah apa lah.. Sekarang, tak cukup Zahin, semua lelaki kau nak cuba?" soal Bahr.
"Apa maksud kau ni?" makin meninggi suara Anya. "Ni, ni buktinya!" lantang Bahr, dia membaling gambar-gambar milik Anya yang sedang tidur dengan beberapa lelaki. Zahin mengutip gambar tersebut, melihatkan katil seakan di bilik percutian di Bali. Sherry menutup mulutnya tidak percaya.
"Ehh, kau bodoh ke apa arr? Kau kan sebelah bilik dengan aku? Kau ingat aku buat tu semua ke? Dan kau percaya?" jerit geram Anya. "Ini gambar palsu lah gila! Aku tak sanggup buat macam tu, siapa yang fitnah aku ni??!" kata Anya.
"Kau sama je perempuan dekat luar sana Anya, kau bagitahu aku Anya.. berapa lelaki dah tidur dengan kau, oh.. patutlah, selama ni kau hanya berpura-pura baik kan, entah-entah dekat hotel yang minuman kau kena spike pun kau sengaja letak supaya puaskan nafsu kau tu kan ?" soal Bahr.
Tidak lama Anya menampar wajah Bahr, Sherry pura-pura perhatian kepada Bahr selepas ditampar oleh Anya. "You okay tak? Cik Anya, kenapa tampar Bahr?" kata Sherry. Zahin pula mengutip gambar tersebut. "Terima kasih sebab tunjukkan siapa diri kau sebenarnya, aku rasa kau kawan dengan aku pun bersebab kan? Bukannya ikhlas. Kalau kau percaya dengan gambar bodoh ni, aku tak kisah.. Percaya sampai kau mati pun, aku tak kisah!" tangis Anya.
"Nah ambil balik gelang kau ni. Mulai sekarang kita putus kawan dan aku takkan susah-susah lagi nak tolong kau lah!." kata Anya. "Aku pun bencilah nak jadi kawan kau, aku ni cuma nak bayar budi aku untuk Becky je, kau ingat selama ni aku ikhlas ke berkawan dengan kau? Cermin diri tu sikit.. Kau dengan aku memang tak setaraf bila aku dapat tahu asal-usul kau, jauh lah katakan." kata Bahr lagi, menghina.
Anya menangis hiba rupanya persahabatan mereka bertiga selama ini hanyalah untuk membalas budinya menjaga Becky selama ni. "Terima kasih Bahr, maaf.. Encik Bahr Malik, tapi ingat Encik Bahr Malik, demi Allah.. saya ikhlas berkawan dengan Encik dan Becky, tapi.. rupanya Encik Bahr lagi teruk, terima kasih kerana mempergunakan saya selama ni. Baik Encik Bahr dan juga Becky, dua-dua dah kira hutang selesai kan. Assalamualaikum." kata Anya.
Zahin terus melihat Anya keluar dari situ. "Dan, kau lebih percaya gambar bodoh ni dari kau percayakan Anya. Kau sangat bodoh, Bahr! Apapun, terima kasih sebab senangkan kerja aku untuk berkhawin dengan Anya, sekurang-kurangnya aku tak susah nak bersaing dengan kau." kata Zahin meninggalkan Bahr dan Sherry.
***
"Anya.. buka pintu, please! Anya.. jangan buat aku macam ni. Kekayaan dan pangkat aku tak pandang semua tu, Anya. Aku ikhlas kawan dengan kau Anya. Demi Allah, Anya." tangis Becky.
Dia terus ke sini apabila Zahin menghubunginya dan menceritakan semuanya kepada Becky, dan dia paling benci apabila Bahr mengatakan rupanya selama ini dia hanya berpura-pura kawan dengan Anya. Kedengaran pintu dibuka dari dalam, "Anya.. aku lain daripada Abang Bahr, aku ikhlas kawan dengan kau. Dari kita universiti lagi kan?" soal Becky, Anya terus menarik Becky dalam pelukannya. "Aku minta maaf bagi pihak Abang Bahr." tangis Becky. "Tak payah Becky, kau tak salah.." kata Anya.
Zahin yang melihat tersentuh juga.. Dua orang ni dari matanya pun memang ikhlas berkawan. Sememangnya dia pelik dengan Bahr, tak menyangka rupanya dia ada agenda untuk berkawan baik dengan Anya selama ini, ya.. memang pun, di universiti dulu pun.. hanya orang-orang terpilih sahaja boleh masuk dalam lingkungan Bahr, bukan sembarangan orang. Sekarang, dia tahu.. Bahr berkawan hanya untuk balas budi Becky.
Cumanya, bagaimana dia boleh dapat tu gambar. "Aku kena fitnah Becky.." tangis Anya. "Tak, tengok gambar pun, walaupun real.. aku tahu kau orangnya macam mana. Aku tahu sangat.. Anya." kata Becky.
Share this novel