"Haihh..berdebarnya menjadi pelajar baru di sini."Jantungku bagaikan hendak tercabut akibat perasaan berdebar yang amat.Tanpa menoleh kanan dan kiri aku berlalu pergi dengan perasaan yang tidak boleh diterangkan.Tiba-tiba namaku dipanggil-panggil oleh seseorang.Siapa agaknya yang memanggil-manggil namaku sedari tadi. Alangkah terkejutnya melihat kawan lamaku daripada sekolah menengahku yang sedang melambai-lambaikan tangannya kepadaku.
"Apa khabar Hani?Tak sangka kita boleh terserempak dekat universiti yang sama."Sapa Kiara dengan penuh ceria. Aku banyak terhutang budi dengan Kiara. Kalau bukan disebabkan oleh dia, aku mungkin merempat di tepi jalan sekarang ni.
"Aku sihat je. Aku pun ingat kita tak boleh jumpa dah tapi tekaan aku salah.Dah alang-alang kau ada dekat sini, kau boleh tolong tunjukkan semua tempat dekat universiti ni tak?
"Mestilah boleh. Kau kan kawan aku.Jom." Kiara walaupun dia nampak macam sombong tapi sebenarnya dia baik. Orang yang menilai dia dari luar takkan faham hati dia yang sebenarnya.
"Hmm.. lamanya Kiara ni.Patutnya kelas dia dah habis waktu ni."Merungutku sendirian. Langsung tiada kelibat Kiara muncul di hadapanku."Haa..itu pun dia!"Aku berdiri sambil mencekak pinggang menandakan kemarahanku.
"Aku minta maaf Hani.Tadi ada orang suruh aku hantar bunga ni dekat kau.Aku ingatkan kau dekat kelas kau.Penat aku tawaf satu universiti ni nak cari kau.Nah,ambillah."Aikk siapa pula bagi aku bunga ni.Kalau aku nak kata ada orang suka dekat aku,tak mungkin la sebab aku baru masuk universiti ni hari ni.
"Asal kau tak telefon je?Jap,bunga ni siapa bagi?"Kalau nak kata dua orang adik kembar aku, dia orang berdua pergi melancong ke luar negara. Timbul pelbagai jangkaan di mindaku.
"Telefon aku habis bateri.Tu yang aku tak boleh telefon kau. Ada pelajar lelaki yang suruh bagi bunga tu dekat kau. Tak silap aku nama dia Irham. Orang panggil dia Am. Tu je la yang aku tahu pasal dia."Irham mana pulak ni.Haihh serabutlah otak aku ni.
Share this novel