6

Drama Series 4104

Evanda, Aulia, Nadia dan Iris meminta diri untuk pulang setelah mereka menjamu selera bersama Adeline dan Dyan.
Dua bersepupu itu meneruskan langkah berkeliaran di dalam Pavilion menghabiskan masa. Nak duduk di rumah pun buat apa?

"Lin. Dyan nak tanya. Kenapa Dyan kena beli suit ni?" Tanya Dyan sambil mengangkat satu beg kertas yg dipegangnya di hadapan muka Adeline. Adeline tidak memberitahu sebabnya gadis itu menyuruhnya membeli satu set suit itu dan dia pula hanya menurut apa yang dikatakan Adeline tanpa bertanya.

"Ouh ya. Lupa nak explain tadi. Lin nak Dyan ikut Lin pergi reunion tu malam esok. Ouh by the way, reunion tu malam." Dyan memberhentikan langkahnya dengan segera membuatkan Adeline memandang Dyan pelik. Adeline tersenyum. Pastinya Dyan tengah pening kepala melayan karenahnya. Hahaha. Padan muka Dyan. Siapa suruh jadi sepupu aku.

Adeline berjalan mendekati Dyan yang berhenti beberapa langkah di belakangnya. Lengan putih Dyan dipaut sebelum Adeline menayangkan senyum kambing betul-betul di hadapan Dyan. Tidak lama kemudian, Dyan turut tersenyum. Seronok pula lihat Adeline tersenyum kambing begini. Nasib baik jugalah sepupunya ini lawa. Mata-mata yang memerhati tidak diendahkan. Siapa je kisah tentang mereka. Muka pun foreigner.

Petang itu dihabiskan di tengah bandar Kuala Lumpur. Adeline membawa Dyan bersiar-siar memandangkan itu kali pertama lelaki itu je Malaysia. Ada juga beberapa orang gadis muda remaja yang bergambar dengan Dyan dan dirinya sendiri kerana berfikiran bahawa mereka ini pelancong malah siap ada yang memuji dan cuba memikat Dyan. Mereka pun apabila di hadapan orang ramai, mulalah berbicara dialek Australia. Sekali sekala acah tourist gitew.

Satu dress Hi-lo floral yang dibeli bersama Dyan semalam dicapai dari walk-in closet dan disarungkan ke badan. Rambutnya yang perang koper asli didandan dan di bawa ke tepi. Lip tint merah lembut dioles halus ke bibir dengan sedikit lagi solekan di muka. Imej akhir dilihat melalui pantulan cermin panjang di dalam biliknya.

?

Perfecto!

Tas tangan berwarna baby blue dicapai sebelum kaki melangkah keluar. Jam ditangan ditilik seketika. 8 malam. Majlis bermula pada jam 9.30 malam. Iris ada menghubunginya petang tadi meminta dia dan Dyan hadir awal berkumpul dan bergerak ke tempat majlis bersama.

Kaki dibawa ke ruang tamu. Sofa di sebelah Tengku Irwan menjadi tempatnya melabuhkan punggung sementara menunggu Dyan untuk turun. Sepupunya yang seorang itu, balik sahaj dai berjoging petang tadi, dibantainya tidur sampai maghrib tadi. Tak ke sudah, terbabas tidurnya tu.

Bahu Adeline dipaut tangan besar si bapa.

"Behave kay. Stay with Dyan. Anything, call me." Dahi Adeline dicium sebelum bahu gadis itu diusap lembut. Tangan Adeline dilingkarkan di leher Tengku Irwan sebelum pipi lelaki itu dicium. Tengku Aveline yang melihat kemesraan anak beranak itu turut tersenyum di kaki tangga.

Jantung Tengku Aveline secara tiba-tiba berdetak laju. Tanpa sedar, bilik Dyan laju dituju kakinya. Pintu diketuk perlahan sebelum jejaka itu membuka pintu dari dalam. Terserlah gaya maskulinnya apabila mengenakan satu set tuxedo tanpa tali leher.

?

Kolar blazer Dyan dibetulkan sebelum Tengku Aveline teringat niat asalnya ke bilik lelaki itu.

"Dyan. Mummy nak minta tolong sikit dengan Dyan." Tengku Aveline mula membuka bicara dengan seribu satu kekhuatiran di dada.

Adik-beradik Dyan memang diajar dari kecil untuk memanggil Tengku Irwan dan Tengku Aveline dengan panggilan daddy dan mummy kerana mereka terlalu rapat dengan Ashren dan Adeline.

"Tolong apa mummy? Kalau Dyan mampu Dyan buat." Dyan tersenyum manis melihat Tengku Aveline. Muka wanita ini sama betul dengan Adeline. Copy paste.

"Mummy feel uneasy. Something gonna happen. Take care of her." Hanya itu yang sempat terluah sebelum nama Dyan dipanggil Adeline dari ruang tamu.

"Kita dah lambat ni!" Ujar Adeline yang berada di bawah. Dyan memandang mata Tengku Aveline yang penuh dengan kerisauan. Hatinya menjadi turut gelisah apabila Tengku Aveline berkata demikian. Naluri ibu selalunya betul.

"Tak apa mummy. Dyan will stay with her." Pamit Dyan seraya mencium tangan kakak kepada ayahnya itu.

Dyan menuju ke tingkat bawah di mana ruang tamu ditempatkan. Tangan Tengku Irwan disalam sebelum kunci kereta Mclaren 570S metalic milik Tengku Irwan.

Kereta mewah itu meluncur laju ke tempat berlangsungnya majlis selepas berhenti seketika di Aurora Cafe, tempat rakan-rakan Adeline berkumpul.

Kereta Mclaren 570S itu diberhentikan di hadapan pintu utama ballroom building di Maximus Highschool. Ya, tempat di mana Adeline menamatkan 5 tahun pembelajarannya sebagai pelajar sekolah menengah.

Lama mata Adeline memerhati pintu masuk utama ballroom building itu. Hatinya was-was. Nak masuk ke tak nak? Bukannya dia kisah tentang rakan sebayanya yang lain. Tapi di dalam mindanya, Faiq pasti ada.

Lamunan Adeline terhenti apabila pintu kereta bahagian penumpang itu dibuka dari luar.

"You okay, girl?" Soal Dyan dengan muka risau.

"Weh. Kau okay tak Lin?" Giliran Iris bersuara. Di belakang Iris terlihat wajah Evanda, Aulia dan Nadia yang sedang risau dengan kawan mereka yang seorang ini. Mereka tahu Adeline takut untuk bertentang mata dengan Faiq.

Adeline memandang wajah Dyan diikuri wajah rakan-rakannya yang lain.

Tiada tanda ingin melangkah keluar dari kereta mewah itu.

"It's okay girls. Masuk dulu. I'll take care of her." Dyan tersenyum ketika berkata terhadap rakan-rakan Adeline. Keempat-empat gadis itu kemudiannya mengangguk dan melangkah masuk ke dalam dewan.

Dyan menghulurkan tangan sebelum disambut lembut Adeline. Tangan kecil Adeline digenggam kemas Dyan memberikan semangat kepada gadis itu. Dia juga tahu apa yang bermain di benak fikiran sepupunya itu.

Tangga kecil yang menghala ke pintu utama bangunan itu dilangkah. Rakan-rakan Adeline sudah masuk terlebih dahulu setelah Dyan meminta mereka memberikan ruang sebentar untuk Adeline. Lengan Dyan dipaut cukup memberitahu Dyan bahawa gadis itu sedikit gementar. Sekali tengok dah macam orang yang berarak masuk untuk majlis kahwin dah. Tapi, nak buat macam mana, itu memang cara mereka sepupu sepapat bergaul.

Pintu gerbang itu dikuak dari dalam. Adeline dan Dyan keduanya terkaku seketika.

"Attention Maximus's alumni! We bring you our long lost batchmate! Tengku Adeline Christina Binti Tengku Irwan!" Suara Nadia berkumandang melalui pembesar suara. Gadis itu kini berada di atas pentas utama ballroom itu.

Kini, semua mata tertumpu ke pintu utama. Adeline masih terkaku apabila mata-mata yang memandang, jelas menunjukkan mereka terkejut.

I am so doom!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience