Bab 2
Jam menunjukkan waktu menghampiri subuh ketika Yarra terhuyung-hayang berjalan menghampiri pintu kediamannya. Sesekali dia tertawa sendiri apabila muzik masih berdengung di telinganya walaupun itu hanya khalayan. Dia tiba di hadapan pintu dan cuba untuk menekan beberapa kod nombor keselamatan. Tetapi tidak berjaya.
“Salah? Why is everything going wrong in my life?” Yarra ketawa lagi sebelum terduduk di hadapan pintu. Dia tersandar lemah dan fikirannya kembali melayang.
“What's my home password. Anyone?” Yarra menoleh ke kiri dan kanan tetapi tiada sesiapa di situ.
Akhirnya Yarra memejam mata dan meletakkan kepala di rapat di pintu. Kepalanya sangat berat. Tiba-tiba dia terdengar seperti pintu terbuka dan pantas matanya terbuka luas.
“You're home?”
Yarra terus bangun berdiri walaupun terasa berpusing. Dia memandang ke hadapan dan melihat kakaknya sedang tersenyum.
“Akak...” Bibir Yarra bergetar kerana tidak menyangka akan melihat kakaknya.
“Masuklah...” Yanie membuka pintu dengan luas supaya adiknya itu melangkah masuk dan tidak tercegat di situ.
“Bila akak sampai? Tak beritahu Yarra pun...” Yarra melangkah masuk sambil menarik skirtnya supaya kelihatan tidak terlalu singkat.
“Kenapa? Supaya Yarra sempat balik awal?” Yanie hanya tersengih.
“Akak...” Yarra tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi.
“Adik akak cantik... Bijak... Kenapa hidup begini?” Mata Yanie bergenang tetapi dia cuba untuk mengawal emosinya.
“I'm happy... Bukan ke itu lebih penting?” jawab Yarra.
Yanie akhirnya melepaskan keluhan dan mengangguk perlahan. “Pergilah tidur. Yarra nampak letih...”
“Terima kasih sebab datang...” kata Yarra. Matanya memandang lurus kepada kakaknya itu.
“Akak sentiasa sayangkan Yarra... Akak akan datang lain kali. Yarra berehatlah...”
“Akak... Masih awal pagi. Tinggallah di sini...” kata Yarra.
Yanie tersenyum seperti selalunya. “Akak tak nak ganggu Yarra. Nanti kita jumpa lagi...”
Yarra tidak dapat menghalang apabila melihat Yanie melangkah keluar dari rumahnya. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia merebahkan badan di atas sofa panjang. Dia memejam mata dan terus terlelap.
******
Majlis perkahwinan Tania berlangsung dengan begitu meriah dan mewah. Perkahwinan di atas kapal persiaran mewah pastinya impian setiap wanita. Tetapi, pemandangan ketiga rakan itu sedikit terganggu apabila melihat Tania yang kelihatan cantik itu berdiri di sebelah lelaki yang sudah berusia. Tania telah menerima lamaran dari seorang Tan Sri untuk menamatkan zaman gelapnya.
“Hurm... You all tak rasa senyuman Tania tu sangat fake? Macam mana dia boleh terima orang tua tu?” Scha menggeleng kepala, matanya masih menatap pasangan yang sedang memotong kek di tengah dek kapal.
“Kau rasa lelaki muda boleh buat majlis seperti ni? Di atas kapal mewah peribadi? Tak lama lagi Tania akan jadi janda kaya bila suami dia mati. Kau dapat apa?” balas Norris selamba.
Scha lantas ketawa sinis. “Aku tak dapat bayang macam dia... Well... Kita dah biasa dapat yang memuaskan. Kalau tua macam ni... Letak segunung emas pun aku tak sanggup.”
“Dalam kepala Tania dia nampak kesenangan untuk seumur hidup. Tapi, dalam kepala kau cuma nampak barang baik. Matlamat kita tak sama...” celah Yarra tanpa sebarang riak wajah.
“Come on... Setiap orang ada taste. Kau ingat aku tak tahu taste kau?” Cebik Scha bersama jelingan kepada Yarra yang kelihatan tenang di tempat duduknya.
“Taste Yarra... Lelaki berpengalaman. Budak-budak sila main tepi.” Norris terus ketawa besar tanpa memperdulikan penampilannya yang elegen ketika itu.
Angin yang bertiup agak kencang menyebabkan dress yang dipakai oleh Yarra beterbangan sehingga menampakkan pahanya yang putih melepak. Yarra menyilangkan kaki supaya keseksiannya tidak terlalu ketara dengan kain terbelah berwarna merah terang itu. Dia bimbang pengantin tidak mendapat perhatian kerananya.
Norris tersengih apabila setiap mata lelaki tidak kira tua dan muda di atas dek itu sedang menatap Yarra Aisya. Warna pakaiannya sangat menonjol, malah keadaan berangin itu lebih membangkitkan suasana.
“Kau pergi mana pun mesti tenggelamkan bintang yang dirai... Kau pakai apa Yarra?” soal Norris sambil meneguk air koktail yang sejuk.
Scha sekadar menjeling. Dia tahu Yarra sangat menyukai perhatian.
“Kau fikir aku nak dapat perhatian? Aku cuma pakai apa yang boleh buat aku yakin diri. Ini bukan majlis pengebumian, kenapa nak pakai warna suram?” balas Yarra sekaligus menyindir Scha yang selalu bersaing secara senyap dengannya. Sekilas ikan di laut pun dia sudah tahu, perempuan itu tidak berpuas hati kerana beg LV edisi terhad yang diletakkan di atas meja itu. Thanks to Kevin!
“At lest kita kena hormat pengantin. Kenapa nak menonjol di majlis orang?” ujar Scha dengan sinis.
“Enough... Okay! Aku nak enjoy dulu. Let's have fun ladies!” Norris bangun untuk menghentikan perbalahan kedua teman yang tidak pernah sebulu itu.
Majlis itu nampaknya semakin meriah apabila muzik dari kumpulan orkestra dimainkan semakin rancak untuk pasangan pengantin dan tetamu menari. Ketika itulah Yarra terpaksa menepis beberapa lelaki yang cuba mendekatinya untuk menjadi pasangan berdansa. Nampaknya Norris dan Scha sudah mendapat pasangan masing-masing walaupun mereka datang tanpa membawa pasangan.
Mata Yarra masih melilau mencari sesiapa yang dirasakan berpotensi untuk menjadi pasangannya. Sudah tentulah bukan lelaki muda yang kelihatan terdesak. Tetapi agak menghampakan pada hari itu kerana kebanyakan tetamu hadir membawa pasangan. Bosan dengan pemandangan di atas dek itu, Yarra bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah belakang untuk mengambil angin dan jauh dari keramaian.
Dia menghirup udara segar dalam-dalam dan bersandar di dinding sambil melihat pemandangan di kejauhan. Cuaca pada malam itu sangat baik dan cahaya cukup bersinar dari kapal mewah itu sehingga tidak kelihatan seperti malam hari. Yarra menyukai waktu gelap yang disimbahi cahaya seperti ini. Kerana itulah dia sangat gemar keluar pada waktu malam.
Lamunan Yarra terganggu apabila melihat satu pasangan yang menari tidak jauh darinya. Mungkin pasangan itu juga mahu tempat lebih privasi tanpa menyedari kehadiran Yarra di situ. Nampaknya mereka terlalu asyik dibuai perasaan sehingga senyuman masing-masing mekar seperti mawar di taman larangan. Entah kenapa Yarra tidak berganjak dari situ. Mungkin dari arah belakang lelaki itu kelihatan sangat maskulin.
Bahunya lebar, rambutnya tersisip rapi dengan sedikit uban yang melengkapkan kematangan. Kedua belah tangan wanita muda di hadapannya melingkari leher lelaki itu. Nampak seperti pasangan berbeza usia yang sedang kemaruk cinta. Jika berlaku hujan meteor sekali pun nampaknya tidak akan menyedarkan pasangan itu. Yarra berharap tidak ada pasangan next Titanic di sini. Mula berasa mual dengan pemandangan melihat orang bercinta, Yarra berkira-kira mahu bergerak dari situ tetapi kakinya tersadung sehingga dia hampir terjatuh.
Suaranya itu mengejutkan pasangan di hadapannya. Ah... Belum terlalu hanyut nampaknya. Yarra cuba berlagak selamba dan berjalan melintasi pasangan itu tanpa menoleh.
“Miss!”
Langkah Yarra mendadak terhenti apabila mendengar suara garau itu. Cukup dalam dan mampu menggetarkan dadanya. Yarra menelan liur sebelum menoleh perlahan. Kali itulah mereka bertatapan walaupun lengan lelaki itu masih dalam pelukan wanitanya.
“Your handbag...”
Lelaki itu menghulurkan beg tangannya yang mungkin tercicir sebentar tadi. Yarra tidak berkedip apabila melihat wajah di hadapannya. Entah kenapa seperti familiar tetapi entah di mana. Apa yang pasti... Lelaki ini menepati citarasanya. Berjambang halus dengan bentuk rahang yang sempurna dan pastinya berpoket tebal.
“Owh... Sorry for bothering you both. Thank you, sir. Please having fun...” Yarra mengorak beberapa langkah untuk mengambil beg tangannya di tangan lelaki itu.
“My pleasure...” balas lelaki itu tanpa mempamerkan sebarang reaksi wajah yang mesra. Mungkin kerana kekasihnya sudah menarik muka.
Tanpa membuang masa untuk melihat muka tempoyak wanita itu, Yarra terus melangkah ke dek utama semula. Ketika itulah Norris terkocoh-kocoh berlari mendapatkannya. Yarra terkejut dengan kedatangan Norris yang seperti ribut dengan gaun labuhnya itu.
“Goddamn it, Yarra!” jerit Norris.
“Kau maki aku ke?” seloroh Yarra yang sudah tahu keributan Norris kalau ada hal yang tidak enak berlaku.
“Yarra!! Bos aku ada kat sini! Mati kalau dia nampak aku! Nasiblah aku nampak dia dulu tadi. Lepas tu dia dah hilang!” luah Norris dengan tercungap-cungap.
“Cakaplah perlahan-lahan. Bos kau?” soal Yarra yang juga cuak dengan keadaan itu.
“Yes! My big boss! CEO DBC Bank! Macam manalah aku tak terfikir Tan Sri tu boleh ada connection dengan dia kan!” kata Norris yang masih gelisah. Peluh sejuk sudah merenik di dahinya.
“Eh... Cakaplah, Tania tu kawan kau. Settle masalah.” kata Yarra cuba membuka jalan kepada Norris. Mereka mahu lari ke mana? Di tengah laut macam ni?!
“Yarra! Sepatutnya aku outstation tau. Tapi aku tipu dia yang mak aku sakit kat kampung untuk datang sini!”
“Wey perempuan! Asal menipu nama mak pulak ni? Patutlah dapat bala!” tempelak Yarra.
“Aduhh! Aku tak sangka nak jadi macam ni. Jom masuk kabin Yarra! Aku tak boleh terserempak dengan dia!”
“Kau ni kalau tak bawa masalah memang tak sah! Jomlah!” Yarra terus menarik tangan Norris untuk turun ke kabin.
Norris cuba menutup mukanya dengan tas tangan supaya tidak dilihat oleh ketuanya itu.
“Yarra!” tiba-tiba Norris berbisik keras.
“Bo... Bos aku kat depan!”
“Hah...” Yarra melihat ke hadapan dan dia melihat pasangan tadi sedang berpimpin tangan berjalan ke arah dek utama semula.
“Ini bos kau...” Yarra tidak mampu berkedip matanya kali ini.
“Aku nak terjun kapal ni, Yarra!” kata Norris yang mula gelabah.
“Buat-buat mabuk sial!” arah Yarra dengan idea yang spontan.
Norris terus menunduk dan melemahkan badannya. Yarra memaut bahu Norris yang menunduk rapat. Ketika itu Yarra melangkah dengan yakin sambil memapah Norris sehingga mereka hampir berselisih dengan lelaki yang dikatakan bos besar bank gergasi dari Singapura itu. Syarikat korporat itu telah beroperasi selama 15 tahun di Malaysia dan bertukar CEO hampir 4 tahun sekali atau mengikut prestasi yang dipersembahkan.
Lelaki itu sempat melirik kepada dua wanita itu walaupun Yarra sedikit pun tidak memandangnya.
“Uwerkkk!”
Yarra terkejut apabila melihat Norris berpura-pura ingin muntah apabila berselisih dengan bosnya.
“Aduh... Menyusahkan la kau ni. Awal-awal dah mabuk!” Yarra berpura-pura merungut sehingga mereka berjaya melepasi lelaki itu.
“You tahu apa itu kupu-kupu malam? Macam itulah... Sekilas pun dah boleh kenal.” kata wanita di sisi lelaki itu dengan sinis.
Berdesing telinga Yarra ketika itu. Hampir sahaja dia mahu melempar Norris dan berpatah balik untuk berhadapan dengan wanita itu!
“Really... I don't know, sayang. I tak pandai menilai orang.” jawab lelaki itu.
******
“SIAL punya perempuan!” jerit Norris apabila mereka sudah berada di dalam kabin.
“Kau patut muntah atas kasut dia tadi...” balas Yarra selamba sambil menanggalkan kasutnya. Hatinya yang tadinya panas sudah kembali tenang.
“Dia ingat boleh jadi mistress boss dah hebat sangatlah? Apa beza dia dengan kita? Dasar jalang tak sedar diri!” jerit Norris lagi. Masih tidak berpuas hati.
Yarra hanya tersengih. “Mistress? Interesting...”
“Arghh! Lantaklah... Aku tengah fikir macam mana aku nak blah dari sini esok?”
“Bos kau kerek sangat ke? Kalau kau ada rahsia... Dia pun ada rahsia. Kau boleh guna info ni untuk kebaikan diri kau.” kata Yarra lalu menghenyak punggung di atas katil bertentangan dengan Norris yang seperti ayam berak kapur.
“Ishh... Kau tak kenal dia. Dia tu bos paling zalim dalam sejarah DBC Bank. Baru 2 tahun dia dilantik jadi CEO, dah beratus staff kena buang kerja tau. Dia ingat bank tu bapak dia punya?” luah Norris melepaskan rasa.
“Orang kita kalau dapat pangkat macam itulah... Lupa daratan, sombong. Macamlah diri tu perfect.” komen Yarra.
“Dia memang perfect, Yarra.” Tiba-tiba Norris berubah serius.
“Maksud aku bila hal kerja. Dialah satu-satunya CEO yang menyamar jadi costumer dan melawat setiap cawangan untuk lihat performance kakitangan dia. Kalau audit dia sendiri akan turun padang. Pantang dia kalau berlaku penyelewengan. Dia sangat tegas... Aku tak nafikan...”
Yarra terdiam apabila mendengar penjelasan dari Norris tentang lelaki itu.
“Tapi, malangnya... Kau boleh nampak sendiri tadi. Lelaki tetap lelaki Yarra...” Norris tersengih sinis.
“How old is he?” soal Yarra spontan.
“40...”
Yarra mengangkat kening.
“Don't tell me... He's your next target!” Norris membesarkan matanya yang sedia bulat.
Yarra hanya ketawa tanpa memandang Norris.
“Tengku Zehra bukan sebarangan, Yarra. Aku nak tengok berapa lama perempuan tu boleh bertahan...” kata Norris dengan sinis.
“Well...Aku tak rasa bos kau kaki perempuan. Aku nampak dia memang sayangkan perempuan tu... Kalau dia mampu, apa salahnya kalau jadi nombor dua kan. Kita doa je yang baik-baik untuk bos kau yang dedikasi tu... Apa nama dia...” Yarra berpura-pura bertanya dalam keadaan tidak Norris sedari rasa ingin tahunya.
“Syed Redzal... Hurmm... Jarang nampak sisi baik Yarra Aisya ni. Kau kena sampuk hantu laut ke?”
“Come on, Norris. Kita tak rosakkan lelaki baik!”
“Oh, come on...” Norris terbaring di atas katilnya dengan mendepakan kedua belah tangan.
Share this novel