28

Romance Series 93218

Hari ini Aayra sengaja meminta suaminya pulang ke rumah lebih awal dari kebiasaannya. Katanya dia ingin meraikan sesuatu yang istimewa bersama suami tercinta. Namun apabila ditanya mengenai hal tersebut, Aayra lebih memilih untuk merahsiakannya sahaja. Memang dia sengaja membuat Harraz tertanya - tanya akan hal tersebut. Semakin Harraz bingung, semakin galak dia mengenakan suaminya itu.

Sementara menanti kepulangan Harraz, Aayra terlebih dahulu menyediakan segala persiapan makan malam mereka. Meja yang pada asalnya kelihatan agak kosong kini sudah siap sedia dihiasi dengan dua batang lilin beserta sejambak bunga mawar berwarna merah dan putih. Aayra sengaja memilih fresh flowers bagi menimbulkan suasana yang romantis di antara mereka sebentar nanti. Tidak cukup dengan itu, dia turut menyediakan wangian aromatherapy di bahagian ruang makan itu bagi menaikkan lagi suasana romantis tersebut.

Bunyi deruan enjin kereta yang memasuki ruang garaj rumah mereka itu menandakan Harraz sudah pulang. Aayra tersenyum gembira. Bersama - sama langkah yang penuh teruja, Aayra menghampiri pintu bagi menyambut kepulangan suaminya. Bibirnya melakar senyuman yang penuh makna. Sebaik mata mereka bertentangan, Aayra lantas mencapai tangan Harraz lalu dicium lembut. Harraz yang baru sahaja ingin melangkah masuk bagaikan terpegun melihat kecantikan Aayra pada malam itu.

“Wow!! You look so stunning this night, baby." Puji Harraz sebaik kakinya melangkah masuk. Tubuh Aayra langsung ditarik ke dalam dakapannya lalu dahi isterinya itu dicium.

Aayra tersenyum malu. Memang dia sengaja menggayakan dress labuh yang dibeli Harraz ketika mereka di Mauritius dahulu. Bagi Aayra baju itu hanya layak digayakan di hadapan suaminya sahaja memandangkan rekaannya agak terlalu seksi dari pandangan matanya. Belahan yang panjang sehingga menampakkan pangkal pehanya membuatkan Harraz seakan tidak keruan. Ditambah pula rekaan baju ini agak menyerlah di bahagian dada kerana ianya mampu memperlihatkan lurah dendam Aayra. Bukannya Aayra tidak perasan, sejak tadi suaminya itu tidak jemu - jemu memandang ke arah buah dadanya. Aayra tersenyum nakal.

“Thank you, abang. Abang mesti tertanya - tanya kejutan apa yang sayang nak buat ni kan?" Soal Aayra manja.

“Of course lah sayang. Dari tadi abang tanya sayang tapi sayang langsung tak nak jawab. Clue pun tak nak bagi. Apa sebenarnya ni? Sayang janganlah buat abang suspens." Pujuk Harraz lembut. Kini jarak antara dia dan Aayra kurang dari sejengkal. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Aayra lalu satu ciuman hinggap di bibir isterinya itu.

Aayra tidak membiarkannya begitu sahaja. Dia turut membalas ciuman itu dengan penuh kelembutan dan menggoda. Tindakannya itu telah menaikkan nafsu Harraz namun sebelum semuanya bertukar menjadi lebih panas, Aayra segera menolak tubuh Harraz lembut.

“Abang naik mandi dulu dan pakai baju yang sayang dah sediakan atas katil tu. Tapi ingat. Jangan buat bising!! Nanti tak pasal je Nufael dan Nuffan bangun. Rosak plan sayang." Aayra mengingatkan suaminya.

Harraz mengeluh hampa. Dia tahu Aayra sengaja menggoda dan menduga kekuatan nafsunya. Namun akhirnya dia tersenyum nakal. Nampak gayanya Aayra seperti cuba merancang sesuatu. Dia perlu lebih berhati - hati agar dia tidak kalah lagi dengan rancangan nakal Aayra. Sebelum beredar, Harraz sempat meramas pinggul Aayra yang kelihatan melentik di dalam persalinan itu. Aayra menjegilkan matanya ke arah Harraz sebelum tawa mereka bersatu akhirnya.

******************************************

Harraz mendekati Aayra di ruang meja makan. Bahu istetinya dipeluk dari arah belakang. Suasana yang gelap dan hanya disinari cahaya lilin itu menimbulkan perasaan yang sangat romantis di antara mereka. Ditambah pula dengan bunyi alunan muzik yang berkumandang di seluruh pelosok rumah menaikkan lagi rasa romantis itu. Aayra lantas berdiri lalu dia menarik tangan suaminya ke ruang yang lebih luas. Seketika kemudian dia melentokkan kepalanya di atas dada Harraz lalu tangan suaminya ditarik dan diletakkan di pinggangnya. Harraz yang mengerti akan maksud Aayra segera menuruti kemahuan isterinya lalu mereka menari dalam gaya perlahan mengikut irama muzik yang berkumandang.

“Happy birthday, abang! I love you so much!! Thanks for being such a good husband and daddy for me and our sons. I do love you till the last breath. Sayang doakan semoga abang terus dipanjangkan usia untuk mengharungi detik - detik indah kita bersama sehingga ke hari tua dan dilimpahi kebahagiaan yang tiada penghujungnya." Bisik Aayra penuh romantis di telinga suaminya.

Harraz terkedu seketika. Sejujurnya dia benar - benar sudah lupa akan tarikh lahirnya hari ini. Kesibukkan yang melanda dirinya di pejabat membuatkan dia benar - benar terlupa. Apatah lagi tika ini dia baru sahaja memasuki pejabat semula setelah lama bercuti. Jadi tidak hairanlah mengapa dia sendiri tidak mengingati akan tarikh lahirnya.

“Thank you so much sayang!! To be honest, abang sendiri tak ingat yang hari ni hari jadi abang. Ya Allah!! Serius abang terlupa. By the way, thanks for the wishes, honey. I hope you will be stay with me till the last of my life. I do love you more than you know. I can't live without you and your love. Cinta dan sayang sayang pada abang adalah kekuatan abang." Balas Harraz dengan nada yang sama. Mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain dan akhirnya bibir mereka bertaut mesra. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum kedua - duanya tertawa kecil.

“Dah sekarang jom kita makan. Nanti sejuk semua hidangan tu. Penat tau sayang masak special untuk abang. Lagipun anak - anak tengah tidur tu. So senang sikit kita nak makan. Tak ada gangguan.” Ajak Aayra sambil memimpin tangan suaminya ke ruanh meja makan.

“Thanks again, sayang. Abang betul - betul terharu dengan apa yang sayang dah sediakan untuk abang malam ni. Untung abang dapat isteri yang romantis dan pandai masak macam sayang ni. Perfect!! Abang bersumpah yang abang tak kan sia - siakan hidup sayang dan anak - anak kita.” Ucap Harraz sebaik melabuhkan punggung di kerusi. Tangan Aayra digapai lalu dicium mesra.

Aayra tersenyum bahagia. Sebetulnya dia yang harus mengucapkan semua itu kepada Harraz kerana bagi Aayra, suaminya sudah cukup terbaik buat dirinya. Harraz tidak pernah gagal dalam menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa. Kehidupan mereka sekeluarga sudah cukup lengkap dan sempurna. Semuanya kerana Harraz. Jauh di sudut hati Aayra, dia sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil mereka terutamanya suaminya, Harraz. Tanpa Harraz, Aayra tidak tahu apa yang baka terjadi dengan kehidupannya. Bagi Aayra, Harraz adalah segala - galanya.

“Sama - sama, abang. Maaf kalau sayang masih banyak kekurangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri buat abang. Tapi sayang berjanji selagi nyawa dikandung badan, sayang akan buat yang terbaik untuk abang, anak - anak dan keluarga kecil kita.” Janji Aayra.

Harraz mengucap tanda syukur. Sungguh dia merasakan hidupnya sudah sempurna saat ini. Tiada apa lagi yang dia inginkan melainkan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“Sama - sama kita perbaiki apa yang kurang ye, sayang? Ok cukup. Kalau nak bercakap soal ni, sampai esok pun abang rasa tak kan habis. Now abang nak makan masakan air tangan isteri tercinta abang ni. Lagipun perut abang pun dah start berkoroncong ni. Kita makan dulu ye? Nanti tengah malam nak kena ‘overtime’ pulak.” Usik Harraz sambil mengenyitkan matanya kepada Aayra.

Aayra tertawa lucu. Faham benar maksud ‘overtime’ yang dimaksudkan suaminya itu. Namun dia tidak menolak. Aayra faham keinginan suaminya yang sudah lama terpendam itu. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melunaskan apa yang patut. Jadi malam ini Aayra berjanji akan memberi layanan yang teristimewa buat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience