Aku membuka mata perlahan-lahan. Memandang sekeliling sambil menguap. Aku menenyeh kedua-dua belah mataku perlahan. Aku memandang Hana yang sedang dibuai mimpi mungkin. Aku senyum seketika. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Entah kenapa tiba-tiba aku mencapai tuala kecil lalu aku keluar dari bilik. Aku berjalan sendirian. Tertiba.. `Kak.. Kak'. Panggil seseoarang. Aku menoleh dan terhenti. Aku melihat seorang budak kecil lelaki berlari ke arahku. Ehh.. Ni bukan adik.. Aku terhenti. `Kak.. Kak.. Tolong.. Tolong saya.. Abang saya.. Abang saya kena belasah.. Tolong kak.. Tolong'. Rayunya. Dia mengenggam tanganku. `Kat.. Kat.. Kat mana abang adik tu'. Soalku. Dia menarik tanganku supaya mengikutnya. Aku hanya menurut. Tiba-tiba dia terhenti. Dia memandangku. `Tu'. Ujarnya sambil memuncungkan bibir. Aku memandang. Terpana! Itu.. Itu.. Itukan.. Itukan Hafi? Soalku dalam hati. Aku memandang budak kecil ini. Jadi betullah yang dia ni adik Hafi? `Adik.. Adik berdiri kat belakang akak'. Arahku. Adik itu hanya menurut. Tanpa membuang masa.. `Woii'. Jeritku sekuat hati. Orang yang asyik memukul Hafi terhenti. Dia memalingkan wajahnya melihatku. Aku sekali lagi terpana! Arif! Arif Danial! `Danial! Kau.. Kau nak buat.. Kau nak buat apa dengan Hafi! 'jeritku. Aku pantas hampiri mereka. Hafi terbaring lemah. Matanya terpejam. `Wooo! Awek lu sudah mari Hafi! Bukaklah mata kau bro! Takkan kau tak nak tengok awek kau!' sindir Danial. Tanpa menunggu lama.. Aku menampar pipinya sekuat hati. Dengan pantas aku menolak tubuhnya sekuat hati. Daniel jatuh tersungkur. Dia memegang pipinya dan dia tahu cecair merah mula mengalir. Dia menyeka kasar. Dia memandang tajam ke arahku. `Tak guna kau!!! 'jerit Danial sambil meluru ke arahku. Tanpa sempat aku berbuat apa-apa.. Dia mencekik leherku. Aku sesak nafas. Aku memegang tangannya dan sedara upaya cuba melepaskan diri. Danial sudah gila! `Kau! Kau harus mati!! Kau harus matii!!' jeritnya. Aku tidak mampu bersuara. Hafi yang melihat perlahan-lahan bangun. Dia perlahan-lahan mendekati Danial. Aku memandang Hafi. Hafi jangan! Ujarku dalam hati. Aku semakin kuat memegang tangan Danial untuk melepaskan diri. Tidak semena-mena Hafi ternampak sebatang kayu yang besar. Pantas dia mencapainya. Dengan sekuat hati dia memukul kepala Danial. Danial yang masa itu tidak sedar jatuh tersungkur. Aku jatuh terduduk. Hafi melepaskan kayu dari genggamannya. Aku memandang Danial yang sedang memegang kepalanya dan mengerang kesakitan. Aku memandang Hafi yang sedari tadi asyik memandangku. Menangis! Perlahan-lahan Danial bangun. `Kau.. Kau.. Kau Hafi.. Kau akan mati! Begitu jugak dengan kau Qilla! Kau akan mati! Aku akan balas dendam! Just wait and see!! 'jeritnya sebelum berlalu meninggalkan kawasan itu. Kami hanya memandangnya. Hafi terduduk. Dia meraup mukanya beberapa kali. Dia meramas rambutnya kasar. Aku yang melihat perlahan-lahan menghampirinya. Aku duduk bertinggung sebelahnya. Dengan teragak-agak aku menyentuh bahu Hafi. Hafi tersentak. Terus dia mengangkat mukanya. Aku memandang wajah Hafi dengan linangan air mata. Betullah! Betullah apa yang Khairul cakap tadi! Muka Hafi! Habis lebam! `Qilla'. Panggil Hafi perlahan. `Kenapa.. Kenapa.. Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup buat macam ni? 'soalku. Hafi diam. Sebab aku suka kau Qilla! Aku suka kau! Tapi aku tak mampu nak mengaku depan kau! Gumam Hafi dalam hati. `Hafi.. Jawab.. Jawab.. Jawab soalan aku!!' ujarku sedikit kuat. Aku menggoyangkan kedua-dua bahu Hafi. Hafi yang tidak tahan terus berdiri. Dia turut menarik tanganku untuk berdiri. `Pleasee fi..pleasee..jawab soalan aku'. Rayuku. `Dia yang cari gaduh dengan aku tadi.. Dia yang mula dulu! 'balas Hafi. Maafkan aku Qilla! Aku tak kuat! Aku tak kuat untuk mengaku. Aku tersenyum sinis mendengarnya. Aku tahu kau tipu Hafi! Kau tipu! `Okay fine.. Kalau yang ni.. Kau bergaduh sebab dia mula dulu.. Aku terima.. Tapi.. Tadi? Selepas aku keluar dari kelas tadi.. Kau dengan Danial.. Bergaduh kan?'ujarku. Hafi tersentak seketika. Aku tau yang dia terkejut. `Kenapa? Terkejut? Kau tak payah terkejut sangat Hafi.. Aku terhenti seketika. `So.. Please explain this'. Sambungku. `Explain? Hei Qilla? Kau nak aku explain apa kat kau? Sebab aku gaduh dengan Danial? Kau nak tahu kenapa? Sebab dia kutuk kau! Hei! Je kau bagitau aku! Kawan yang mana tak marah bila kawannya dikutuk? 'soal Hafi meninggi. Aku mengangguk perlahan. `Thanks for the explain. Tapi aku tahu.. Dan aku tahu yang kau juga tahu apa yang aku nak kau cakapkan.. Tapi takpelah.. Aku akan tunggu saat itu fi.. Aku akan tunggu.. Aku takkan bukak mulut aku pasal benda tu.. Aku akan bukak mulut kalau kau yang mulakan. Aku tau kau faham apa maksud aku.. So aku blah dulu'. Ujarku. Tanpa menunggu balasan aku terus meninggalkan Hafi. Hafi ingin mengatakan sesuatu, tapi lidahnya kelu. Dia hanya mampu melihat Qilla pergi. Qilla! Maafkan aku! Maafkan aku! Aku lemah! Aku lelaki yang lemah! Aku lemah untuk mengaku semuanya! Aku takut! Aku takut bila aku cakap.. Kau akan jauhkan diri kau daripada aku! Aku takut Qilla! Aku takut! Aku tak boleh kehilangan kau! Ujar Hafi dalam hati. Dia meraup mukanya beberapa kali dan meramas rambutnya kasar. Seketika dia terlupa akan kecederaan yang dialaminya. Dia ingin menjerit! Dia tidak lepas! Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke asrama.
Share this novel