BAB 5

Romance Completed 11647

Jam digital di atas meja menunjukkan angka kosong satu lima tiga. Aku yakin waktu ini Pak Mid dan Mak Mah sudahpun melelapkan mata. Manakala Hamka, katanya malam ini ada operasi. Sebelum beredar, aku sempat meninggalkan sekeping nota untuk Pak Mid dan Mak Mah dan sekeping lagi untuk Hamka.

Dengan mengenakan skirt pendek dan singlet yang dipakai ketika aku melarikan diri dari kelab, aku menjingkitkan kaki untuk keluar dari rumah teres dua tingkat itu.

Berat hati sebenarnya untuk meninggalkan rumah ini. Tapi memandangkan kehadiran aku di sini tidak memberi apa apa manfaat, lebih baik aku beredar. Tambahan pula apabila mengenangkan peristiwa aku dan Hamka sebentar tadi, aku yakin akulah penyebab Hamka menjadi seperti itu.

Berbekalkan duit hasil pelacuranku, aku berhasrat ingin kembali ke pangkuan Jay. Mujur aku belum sempat membuang duit itu.

Aku berhenti di sebuah pondok untuk menunggu teksi. Meskipun larut malam begini, bandar Shah Alam sentiasa sesak dengan manusia.

Sedang aku kusyuk memerhati jalan yang sibuk dengan kenderaan yang tidak putus putus, sebuah Mercedez Benz yang amat aku kenali berhenti di hadapan pondok tempat aku menunggu.

Hamka.

Lututku terasa longgar. Tapi dikuatkan juga untuk melarikan diri dari tempat itu. Namun apalah kudratku jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Sekejap saja Hamka berjaya memintas langkahku.

Dia memegang tanganku.

"Hamka." Aku memandangnya dengan penuh rasa tidak percaya. Mata dan tangan yang memegang tanganku aku lihat bersilih ganti.

Tanpa bersuara, dia menarikku ke dalam keretanya. Aku tidak mampu berkata apa apa. Hanya tangisan yang mengalir menjelaskan semuanya.

Hamka, mengapa kau cuba menyelamatkan aku? Aku bukan siapa siapa pada kau Hamka.

"Maafkan Hamka. Hamka terpaksa menyentuh Rose." Ujarnya tanpa memandang wajahku tetapi hanya dipandang ke stereng kereta dengan pandangan kosong.

Entah syaitan apa yang merasukku, aku menangis semahu mahuku di ribanya. Aku menekupkan wajahku di pehanya yang hanya beralaskan seluar jeans berwarna biru gelap. Jari jemariku meramas ramas pehanya bagi menghilangkan rasa sedih bercampur terharu yang bertandang.

Dia langsung tidak memberi sebarang reaksi. Masih seperti tadi, hanya diam tanpa sebarang suara.

Akhirnya, aku dapat merasakan satu urutan lembut di bahuku. Adakah benar apa yang aku rasakan? Hamka menyentuhku, lagi? Aku mengangkat kepala lalu memandang Hamka dengan mata yang sembap.

Dia mengambil tisu di atas dashboard keretanya. Pada fikiranku dia akan menyerahkan padaku untuk dilap sendiri, tapi sangkaanku meleset apabila dia yang mengelap air mataku.

Dia mengusap pipiku dengan tapak tangannya yang kasar. Sentuhan itu, senang saja membuaiku ke alam maya. Sentuhan Hamka tidak sama seperti sentuhan yang pernah aku rasai sebelum ini.

Syaitan mula menghasutku. Aku meletakkan tangan di atas pehanya, perlahan lahan aku mengusap di situ.

Hamka mula menurunkan tangannya ke leherku. Dadaku turun naik dengan laju menandakan nafsuku mula membuak buak. Pelacur sepertiku sentiasa dahagakan sentuhan dan belaian seorang adam.

Tangan yang berada di leher dialihkan ke dadaku yang terdedah. Aku mula merengek manja apabila tangan Hamka semakin dekat dengan mahkota kebanggaanku.

Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya, cuba untuk menguncup bibirnya yang amat aku inginkan. Dia menyambut kucupanku sambil tangannya mula meramas lembut mahkotaku yang masih berbalut fabrik.

Aku memutuskan ciuman apabila merasakan satu getaran di pehanya. Rupa rupa telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket seluarnya yang bergetar menandakan ada panggilan masuk.

"Assalamualaikum ayah. Oh tak, Rose ada dengan Hamka. Hamka bawa dia keluar jalan jalan. Okay, kejap lagi Hamka balik."

Hamka memutuskan panggilan dan memandang aku. Seperti biasa anak matanya menikam tepat ke dalam anak mataku. Dia melepaskan keluhan panjang, mungkin menyesal dengan apa yang baru dilakukannya sebentar tadi. Aku tidak menyangka iman Hamka hanya setipis itu.

"Rose, Hamka minta maaf." Malam ini untuk kali kedua dia mengucapkan kata kata itu.

Aku langsung tidak memandangnya. Bukan kerana marahkan dia, tapi aku malu dengan diri sendiri sebenarnya. Malu kerana melakukan perkara sebegitu kepada lelaki seperti Hamka.

"Rose marahkan Hamka?"

Aku diam. Sebenarnya aku tidak mengerti, mengapa harus dia yang tanyakan aku soalan itu. Sepatutnya aku yang tanyakan dia soalan itu.

Apabila tidak mendengar sebarang jawapan daripadaku, Hamka memberhentikan keretanya di sebuah taman rekriasi di Syeksen 7. Dia berpaling menghadapku.

"Rose, maafkan Hamka. Hamka tahu Hamka tak sepatutnya buat macam tu pada Rose. Hamka yang tak kawal nafsu Hamka. Maafkan Hamka."

Aku mengambil nafas sedalam dalamnya untuk membalas kata kata Hamka.

"Sepatutnya Rose yang minta maaf dengan Hamka. Tapi sekarang, kenapa Hamka yang minta maaf dengan Rose? Kalau Rose takde, mesti Hamka tak jadi macam ni." Kataku sambil menahan sebak. "Rose ni pelacur, Hamka. Pelacur. Buat apa Hamka membela Rose? Dah dua kali Hamka selamatkan Rose. Padahal baru je petang tadi Rose menggoda Hamka. Kenapa Hamka?"

"Rose. Pandang Hamka." Ibu jarinya mengelap air mata yang mengalir laju di pipi. "Rose tahu apa yang Nabi Muhammad pesan semasa khutbah terakhir baginda?"

Aku mengeleng. Air mata mula berhenti. Dulu, ibu selalu menceritakan aku tentang insan yang agung dan mulia bergelar Muhammad s.a.w itu.

"Baginda pesan kepada kaum adam, agar menjaga kaum hawa. Jadi, Hamka rasa bertanggungjawab untuk jaga Rose."

"Tapi kenapa Hamka pilih Rose?"

"Sebab Hamka jumpa Rose. Mungkin Allah dah merancang sesuatu, cuma kita tak tahu."

"Mungkin Allah nak jodohkan Hamka dengan Rose." Ujarku separuh berbisik.

"Apa?" Hamka memandangku dengan muka berkerut.

"Takde apa pun." Malu mula menguasai diri. Hati mula menyumpah seranah pada diri sendiri kerana mengeluarkan kata kata bodoh itu.

"Rose ingat Hamka tak dengar?" Kata Hamka sambil tergelak kecil. "Insyaallah kalau ada jodoh." Sambung Hamka lagi.

Aku tertunduk malu. Bila teringatkan peristiwa petang tadi, aku bertanya, "Kenapa Hamka hempas pintu petang tadi? Marahkan Rose ke?"

"Rose suka fikir bukan bukan. Hamka marahkan diri sendiri sebab tak kawal nafsu Hamka." Katanya sambil mengusap lembut ubun ubunku.

Aku hairan. Kenapa dia masih menyentuhku. Sebelum ini dia kata dia tak ada hak, tapi sekarang aku semakin hairan dengan tingkah lakunya.

"Hamka cakap Hamka takde hak. Tapi kenapa sekarang Hamka sentuh Rose?" Tanyaku kepada Hamka sambil mengerutkan dahi.

"Maaflah. Hamka tak dapat tahan bila tengok Rose seksi macam ni. Kalau Rose tak seksi, baru Hamka takde hak nak buat macam tadi." Hamka menuturkan kata katanya sambil memandang ke arah dadaku yang terdedah.

"Hamka janganlah pandanglah Rose macam tu." Ujarku sambil menahan rasa bangga. Bangga kerana aku berjaya menggoda Hamka.

Hamka hanya tersenyum apabila aku menegurnya begitu. Selepas itu, dia memandu keretanya untuk pulang ke rumah. Waktu itu, jam digital di dishboard sudahpun menunjukkan pukul 03:23 am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience