Bab 8

Crime Series 28566

Aku keluar dari tandas, Qarl duduk di kerusi miliknya. Usai mandi dan solat, Qarl masih lagi memerhatikan aku.

Pandangan dia. Tajam. Seakan membunuh semua deria.

"Anna. Kenapa tak pakai seluar yang aku bagi?"

Kau gila.

Aku menggeleng.

"Dua hari kau pakai baju yang sama. Selesa ke?"

Aku diam. Sebenarnya, tak. Aku terpaksa.

Tak sanggup aku nak pakai short pants tu depan dia. Seksa.

Qarl tersenyum sinis.

"Kau segan? Malu depan aku?"

Aku sedikitpun tak menjawab soalan dia.

Iya. Memang. Aurat aku terdedah di depan dia.

"Anna. Aku bukan lelaki macam yang kau sangkakan."

Aku tidak memberi respons.

"Esok aku belikan segala keperluan kau."

Aku membuat muka. Nak culik aku, tapi menyusahkan hidup aku.

"Anna, kau dengar tak apa aku cakap?"

Aku membuat muka selamba. Perlu ke aku bersuara?

"Anna Adriana."

Aku memandangnya.

"Kau cuba untuk memprotes aku? Baguslah. Biar bisu terus."

"Aku nak balik. Nak balik! Nak balik!"

Aku menjerit ke arahnya.

"No. No. No. Stay with me."

Qarl memeluk tubuh.

Geramnya. Apa relevannya aku ditangkap dan diculik di sini?

Aku kebengangan.

"Fyi, kau dah buat satu kesilapan besar. Kau jadi saksi kepada satu pembunuhan. Salah kau lalu di situ pada malam kejadian. Its your fault."

Apa pulak salah aku? Aku ditakdirkan lalu di kawasan itu. That's not my fault. Not fair.

Aku mangsa keadaan. Kau penyebabnya, Qarl Lee.

"Kalau aku lepaskan kau, kau akan buat laporan polis. Dan aku... Bakal meringkuk dalam penjara."

Aku terdiam. Tanpa kata.

"Pilihan apa yang kau ada?"

Iya. Aku tiada pilihan lain. Tapi, aku takkan bersuara. Aku takkan masuk campur apa-apa urusan berkaitan hal dia.

"Qarl, aku takkan masuk campur urusan kau. Aku akan anggap seolah aku tak pernah nampak apa-apa pada malam kejadian."

Dia tersenyum sinis.

"Hmm. Boleh percaya ke?"

Kau tak percayakan aku, Qarl?

Aku tahan air mata.

Kenapa nasib aku jadi begini? Mengapa?

"Aku takkan khianat kau. Please. I'm begging you. Lepaskan aku."

Lepaskan Anna? Tidak semudah itu.

Aku takkan lepaskan kau, Anna. Takkan.

"Jangan nak buat muka sedih kat sini. Tak laku muka sedih kau."

Sedih la. Aku tak bersalah.

"Kira okaylah aku tak jual kau. Kalau aku ni jahat sangat, dah lama aku jual kau kat bapak ayam. Kau mahu begitu? Dijual?"

Aku cepat-cepat menggeleng. Tidak mahu.

Please don't. Jangan jadi kejam, Qarl Lee.

Anna. Anna. Kau tak kenal aku lagi. Aku boleh jadi baik, aku boleh jadi terlalu jahat. Dan, aku boleh jadi tersangat kejam. Bergantung pada keadaan.

Aku dah tak tahu nak kata apa lagi. Melainkan... Aku lari. Cari peluang untuk lari dari sini.

Okay, just follow the flow. Aku akan lari. Aku pun ada plan aku tersendiri.

Jaga kau, Qarl. Kau ingat aku nak mengalah? Jangan harap.

I won't give up, Qarl Lee. Kau tak kenal aku lagi. Aku takkan mengalah.

"Anna. Sini. Aku nak kau kemas peralatan dalam stor ni."

What?

Bilik berhabuk ni? Aku kena kemas. Bersepah gila.

"Kau ingat kau tu tuan puteri? Aku takkan layan kau baik-baik. Kau akan jadi Cinderella kat sini."

Qarl mencebik.

"Untuk harini kau perlu kemas semua ni. Mop lantai, cuci tingkap. Rumah ni besar. Aku akan buat jadual kebersihan untuk kau."

Damn. Aku dibuli.

Qarl Lee sudah melampau.

Kau ingat kau tu version abang tiri Cinderella?

Aku rasa tak adil. Tak puas hati.

"Dengar tak apa aku cakap ni?"

Aku mendengus.

"Dengar."

Tak pasal je aku dijadikan bibik dalam rumah ni.

"Baguslah kau dengar cakap aku."

Qarl mencebik.

Bencinya. Jahat. Tak guna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience