BAB 6

Horror & Thriller Completed 383

Di pejabat, Safaa tidak berenggang dengan telefon kesayangannya. Dimana sahaja dia berada, pasti akan merakamkan gambarnya bersama rakan sepejabatnya, sehinggakan kerjanya juga terbengkalai. Safaa sangat gembira, semua rakan-rakannya memuji kecantikan wajahnya dan yang paling mengejutkan pengikutnya di laman sosial juga semakin meningkat setiap saat.

Tepat pukul lima petang, Safaa bergegas untuk pulang, dia tidak lupa untuk mengambil Fatin daripada tempat kerjanya sebelum pergi ke destinasi yang selalu mereka kunjungi.

“kau nak makan apa?” Fatin membelek menu yang sudah berada dihadapannya. Mahu sahaja dia memesan kesemuanya sekali memandangkan dia masih belum makan sejak tengah hari tadi. Safaa pula sibuk dengan telefon bimbitnya sehinggakan pertanyaan Fatin langsung tidak dihiraukannya.

“aku apa-apa pun boleh” Safaa menjawab bersahaja. Matanya tidak berkalih daripada skrin telefon bimbitnyanya. Fatin mengambil keputusan untuk memesan dua nasi pinggan goreng dan dua gelas teh’o ais. Sementara menunggu makanan tiba Safaa tidak ketinggalan untuk selfie bersama Fatin.

“kenapa gambar aku kabur?” Fatin menunjukkan gambarnya yang baru sahaja diambil menggunakan kamera depan telefon bimbit milik Safaa. Safaa juga terkejut. Wajahnya Fatin kelihatan kabur didalam skrin tetapi tidak wajah Safaa.

Safaa melihat semula kesemua gambar yang telah diambil bersama-sama rakan sekerjanya. Semuanya kabur dan tidak kelihatan wajah mereka. Safaa menjadi hairan. Dia juga tidak tahu apa masalahnya dengan telefon bimbitnya itu.

“Balik nanti kita singgah kedai Ah Leng” Safaa cepat-cepat menghabiskan baki nasi gorengnya. Fatin hanya mengangguk setuju.

Kereta yang dipandu oleh Safaa berhenti betul-betul dihadapan kedai Ah Leng. Safaa merengus kasar, tiba-tiba sahaja Safaa naik angin. Stereng kereta menjadi mangsanya. Kedainya tutup selama seminggu.

Fatin terkejut dengan perubahan sikap Safaa. Dia tidak pernah melihat Safaa naik angin seperti itu. Dia hanya mendiamkan diri di tempat duduk sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience