Rate

BLACK ROSE (broken inside) 18

Drama Completed 921511

Dari jauh Aydean melihat Mawar sedang duduk menimpa seorang lelaki yang sudah terbaring ke lantai. Tangan kiri Mawar mencengkam leher baju lelaki tersebut. Manakala tangan kanan melepaskan tumbukan. Tumbukan demi tumbukan di tuju ke arah muka lelaki itu. Cepat-cepat Aydean menerpa ke arah Mawar. Krew dan pelanggan yang berkumpul di sekeliling hanya melihat kejadian itu. Ada yang sedang merakam dan ada juga yang cuba menarik Mawar, tetapi tidak berjaya.

"Mawar!!" jerit Aydean. Pantas dia menghampiri Mawar. Mawar tidak mempedulikan panggilan itu. Dia seolah sudah hilang akal warasnya. Dia seakan melepaskan segala kemarahan yang berbuku di dada.

Aydean cuba menarik Mawar dan memeluk tubuh itu agar bertenang. Namun, kudrat seorang Mawar yang sudah terserap dengan segala kemarahan, gagal memberhentikan tindakan wanita itu.

Syakir yang baru sampai di situ turut membantu Aydean memegang Mawar yang semakin menggila tindakannya. Kelihatan darah merah mengalir dari wajah lelaki yang tidak dikenali itu. Dada Mawar kelihatan turun naik. Wajah bengis dan menggila Mawar terpancar jelas di riak mukanya. Entah apa yang menyebabkan Mawar jadi sebegitu.

"Mawar!! Stop it!!" jerit Syakir. Dia dan Aydean menarik Mawar menjauhi lelaki itu. Kemudian, lelaki itu bangun dari situ dengan tawa yang masih bersisa.

"Aku akan sebarkan semuanya, Kiera!!!" jerit lelaki itu. Dia meludah ke kiri. Darah kelihatan meleleh dari hidung dan bibir. Mukanya kelihatan bengkak akibat tumbukan Mawar sebentar tadi. Tangan kiri mengesat bibir yang pecah dan berdarah itu. Terasa perit mula menjalar disetiap luka diwajahnya.

Mawar yang mendengar kata-kata itu, cuba meluru semula ke arah susuk tubuh tersebut. Tetapi pegangan Aydean dan Syakir menghalang dirinya dari terus menyerang lelaki itu.

"Bro, tolong pergi dari sini," Adam menolak tubuh lelaki itu dari terus mencabar Mawar. Adam menarik tangan lelaki tersebut menuju ke pintu keluar restoran.

Aydean pula, menarik tangan Mawar menuju ke pejabat. Syakir menggeleng, pening kepala dengan sikap panas baran Mawar. Dia tidak sangka Mawar boleh bertindak sejauh itu sehingga menyerang pelanggan mereka. Pasti selepas ini rakaman sebegitu tersebar dengan pantas. Syakir menghampiri beberapa pelanggan yang melihat kejadian tersebut. Dia meminta pelanggan yang berkumpul beredar dan kembali ke tempat mereka semula. Syakir mengarahkan beberapa krew restoran untk membetulkan kembali meja dan kerusi yang berselerak akibat pergaduhan tadi.Kemudian, kakinya melangkah menuju ke pejabat.

Aydean membelek wajah Mawar. Muka Mawar cuba dipegang. Pantas Mawar menepis tangan Aydean. Aydean tersentak.

"You niii.... I nak tengok muka you ada luka-luka tak? Mamat tu ada pukul you?" soal Aydean cemas. Wajahnya kelihatan sangat risau. Bimbang Mawar cedera akibat pergaduhan itu tadi. Dada Mawar masih berombak laju. Dia cuba mengawal amarah yang masih menghuni di hatinya tika ini.

"Mamat tu ganggu you ke? Apa dia buat dekat you?? Bagitahu I. Kita pergi buat report," ujar Aydean. Tangan Mawar cuba diraih. Sekali lagi Mawar menepis dari pegangan tangan Aydean.

"Eeeii.. youuu.. Sakitlah," rintih Aydean saat tangannya terasa perit ditampar Mawar. Aydean kerut dahi. Muka Mawar yang masih ketat itu direnung. Dia susah hati melihat Mawar sebegitu.

"Mawar! What are you doing to our customer??" tiba-tiba Syakir menerjah masuk ke dalam pejabat. Aydean dan Mawar tersentak. Serta merta Aydean menjauhi Mawar.

"Rileks , Shark. Aku rasa lelaki tu yang kacau Mawar," Aydean cuba menenangkan Syakir yang kelihatan menyinga itu. Tidak pernah Aydean melihat Syakir seperti itu. Ini pertama kalinya Syakir menghambur amarah.

"You akan cemarkan nama restoran ni you tau tak!! Jangan sebab you ada martial art, you boleh pukul orang sesuka hati!!! You memang nak jadi samseng ke apa???" suara Syakir sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia benar-benar marah dengan tindakan Mawar. Dirasakan Mawar bersikap terburu-buru dalam menyelesaikan masalah.

Mawar hanya tertunduk diam ketika amarah Syakir menggelengar saat itu. Mulutnya seakan terkunci, tidak menjawab.

"Shark, biar aku slow talk dengan Mawar," Aydean cuba menenangkan Syakir. Dia kasihan melihat Mawar yang sejak dari tadi diam seribu bahasa. Selalunya wanita itu akan menjawab dan pertahankan diri.

"Come," tangan Mawar di tarik keluar dari pejabat. Mawar hanya mengikut langkah Aydean. Syakir terus menghempas tubuh ke kerusi sofa ruangan pejabatnya itu. Dia meraup wajahnya kasar. Geram dan marah dengan tindakan Mawar. Dirasakan wanita itu langsung tidak mahu berubah dan cuba mengawal kemarahannya. Hati Syakir sebal dengan sikap Mawar.

AYDEAN membawa Mawar ke dalam kereta miliknya. Di paksa Mawar masuk ke tempat duduk penumpang. Kemudian, Aydean pula masuk ke tempat pemandu. Enjin dihidupkan. Mereka tidak kemana-mana. Aydean cuma mahu berbincang dengan Mawar disitu.

Sebaik sahaja punggung dilabuhkan ke kerusi pemandu, Aydean menoleh ke kiri. Tangan Mawar ditarik. Belakang tangan wanita itu di belek lama. Mawar membuang pandangan ke luar tingkap. Dia membiarkan sahaja Aydean membelek tangannya. Air mata ditahan dari mengalir.

"Merah ni. Sakit tak?" soal Aydean. Dia mengambil sesuatu dari dashboard kereta. Minyak panas dicapai. Di letakkan sedikit ke belakang tangan Mawar. Disapu dan diurut. Pantas Mawar menarik semula tangannya dari dipegang Aydean.

"Youuu.. Bagi I urut sikit supaya tak bengkak sangat," Aydean cuba memujuk. Namun, Mawar enggan menghulurkan tangan. Dia berpeluk tubuh dengan wajah yang masih berpaling ke luar tingkap kereta. Air mata mula meleleh memecah empangan mata. Berlumba-lumba air mata turun membasahi pipi gebu miliknya.

Aydean menarik nafas dalam. Dia tidak mahu memaksa Mawar lagi.

"Okay. Beritahu I kenapa you pukul mamat tu? Dia ganggu you?" soal Aydean tanpa menyedari tangisan Mawar. Mawar diam masih tidak mahu menjawab apa-apa pertanyaan Aydean.

"Kie, tell me. Why? I tahu you bukan jenis ganggu orang lain melainkan orang ganggu you. I sure, mamat tu usik you kan?" lembut suara Aydean masih memujuk Mawar untuk berterus terang. Mawar cuba keluar dari kereta tersebut, tetapi pantas Aydean menahan. Lengan Mawar di pegang. Mawar menoleh ke arah Aydean. Matanya merenung tajam apabila ke arah lelaki itu.

Aydean cemas saat melihat wajah Mawar dibasahi air mata. Cepat-cepat Mawar mengesat airmatanya dengan belakang tangan.

"Saya nak keluar," balas Mawar dingin. Aydean diam. Mawar memalingkan wajah dari melihat ke arah Aydean. Aydean tarik nafas dalam.

"Please. Stay sekejap dengan I. If you nak menangis, let it out. Jangan simpan," pujuk Aydean lagi. Dia bimbang melihat Mawar yang sudah basah wajahnya dengan airmata.

"Tak pun, I keluar dari sini. You just stay here and menangislah sepuas hati you. I tak ganggu," tambah Aydean lagi apabila melihat Mawar masih membatu di duduknya. Aydean membuka pintu kereta lantas keluar dari situ. Dia memberi ruang kepada Mawar untuk melepaskan tangisnya sendirian. Sungguh hatinya bimbang melihat keadaan Mawar sebegitu. Perlahan tubuh di sandar ke kereta miliknya. Aydean berpeluk tubuh. Dia mendongak ke langit yang mulai mendung saat itu.

Sebaik sahaja Aydean keluar dari kereta, Mawar menghambur tangisan yang tertahan sejak dari tadi. Dia buntu.Tidak tahu apa yang harus dia lakukan saat ini. Dia benci dengan lelaki yang datang bertemunya tadi.

Johari. Yess, Johari!! Suami kepada adik tirinya Zaryn. Bapak ayam yang pernah cuba menjual Mawar. Yang pernah cuba merogol Mawar. Dan lelaki itu juga yang telah menjebak Mawar menjadi penagih dadah!

Lelaki itu datang hanya untuk mengugut Mawar. Johari mahu Mawar menurunkan tanda tangan, sebagai persetujuan untuk menyerahkan syer milik Mawar di dalam syarikat Dato' Khalid kepada dia dan isterinya, Zaryn. Mawar enggan. Memang sengaja dia mencabar Johari. Kertas tersebut Mawar koyak dan lempar ke arah muka lelaki itu.

Fikiran Mawar kembali mengingati peristiwa sebentar tadi.
. .
.

Saat matanya melihat ke arah susuk tubuh lelaki itu. Darah Mawar seakan menyusup ke jantung dengan pantas. Detak di dadanya menjadi tidak berarah apabila melihat lelaki itu melangkah dan menghampirinya. Senyuman lelaki itu membuatkan Mawar seakan ingin mencarik-carik setiap inci wajah di depannya.

"Hai, Kiera. Long time no see. Kau dekat sini rupanya. Puas aku cari. Ingatkan dah mampus," tutur Johari sinis. Dia tersenyum sambil melihat susuk tubuh Mawar dari bawah ke atas. Mawar diam. Johari melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berada di hadapan Mawar.

"Aku datang sini atas arahan papa kau. Eh, silap. Dato' Khalid," tambah Johari sengaja dia mahu menyakiti hati Mawar. Mawar merenung tajam ke arah Johari. Namun, dia masih memaku dirinya disitu. Sedikit pun dia tidak berganjak.

"Dato' Khalid tak ingin jumpa kau. Sebab kau bukan anak dia lagi kan?? Kesiannn.. Anak terbuang," tutur Johari dengan riak wajah yang mengejek. Hati Mawar seakan direntap kuat saat mendengar perkataan yang diucapkan oleh Johari kepadanya.

"Okaylah. Aku tak nak lama-lama dekat sini. Berbual dengan perempuan bisu macam kau ni, wasting my time," ujar Johari. Dia lantas mengeluarkan sekeping kertas dari beg yang dibawa olehnya sejak dari tadi.

"Sign here. Then, aku nak blah," arah Johari sambil meletakkan surat tersebut ke atas meja. Perlahan kaki Mawar melangkah ke arah meja tersebut. Kemudian, dia mengambil dan membaca isi kandungan kertas itu.

'Persetujuan penyerahan syer syarikat' Mawar membaca tajuk surat tersebut. Dia menyungging senyum sinis. Kemudian, matanya kembali menatap si lelaki durjana.

"Aku tak nak," ringkas balasan Mawar. Iye, dia sengaja mahu mencabar lelaki itu. Johari angkat wajah memandang tajam ke arah Mawar. Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Kertas tersebut dikoyak dan Mawar melempar cebisan kertas ke arah wajah lelaki itu. Johari tarik nafas dalam. Wajahnya berubah riak. Rasa tercabar dengan tindakan Mawar padanya.

"Ohhh.. Tak nak sign? How about this?" soal Johari sambil menunjukkan gambar bogel Mawar ke arah wanita itu.

ZAP!!!! Serta merta wajah Mawar berubah riak. Iye, gambar Mawar. Gambar dirinya!Gambar bogel Mawar!!

Saat itu akal waras Mawar hilang. Tanpa sedar dia meluru ke arah Johari. Leher baju lelaki itu dicengkam kuat. Tumbukan padu dari gengaman tangan kanan Mawar hinggap ke arah tulang hidung Johari. Kedengaran bunyi seakan tulang hidung lelaki itu retak di tumbuk Mawar.

"Arrrrghhh.... Shitt!!!" jerit Johari. Dia yang terdorong ke belakang cuba menyerang Mawar. Pantas Mawar mengelak dan sekali lagi Johari di serang dari belakang oleh Mawar. Kali ini, Johari tersungkur ke lantai. Kesempatan itu Mawar ambil untuk membelasah lelaki itu cukup-cukup.

Pelanggan dan krew restoran yang melihat kejadian itu mula berkerumun di situ. Adam yang baru sahaja sampai, terkejut melihat pergaduhan antara Mawar dan seorang lelaki yang tidak dikenali itu. Dia cuba meleraikan, tetapi Mawar seolah tidak mahu berhenti dari terus memukul. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk memanggil Syakir dan Aydean.
. .
.

Mawar tersentak apabila mendengar bunyi bising dari luar kereta. Titisan air hujan yang menimpa bumbung kereta menyedarkan Mawar dari lamunan. Hujan turun dengan lebatnya. Mawar melempar pandangan ke titisan air hujan yang menitis di tingkap kereta.

Tiba-tiba, Aydean masuk semula ke dalam. Mawar menoleh ke arah Aydean yang sedikit kebasahan akibat terkena hujan. Aydean mencapai tisu dikotak tempat duduk belakang dan di lap wajahnya dengan tisu tersebut.

"So, dah okay?" soal Aydean. Pandangan di hala ke arah Mawar yang merenungnya sejak dari tadi. Mawar tersentak saat mata mereka bertaut. Cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah cermin kereta hadapan. Aydean menyungging senyum.

"Hujan lebat sangat dekat luar. I terpaksa masuk dalam," jelas Aydean lagi. Mawar masih diam membisu. Matanya kelihatan sembab.

"Thanks," ucap Mawar. Belum sempat Aydean membalas ucapan itu, Mawar sudah pun keluar dari kereta dan berlari anak menuju ke pintu masuk restoran. Aydean melepas keluhan kecil. Ekor matanya melihat susuk tubuh Mawar yang menghilang masuk ke dalam restoran.

××××××××××

Malam itu, Syakir dan Aydean duduk di ruangan restoran. Krew restoran sudah mula bersiap untuk pulang. Syakir duduk menyandar sambil tangannya dilipat ke dada. Wajah Aydean yang tenang direnung.

Petang tadi, Aydean membenarkan Mawar pulang lebih awal dari biasa. Dia mahu Mawar berehat. Selepas hujan sedikit reda, Mawar terus pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan Syakir.

"So, explain, kenapa Mawar pukul lelaki tu siang tadi?" soal Syakir ingin tahu. Aydean meraup wajah. Nafas di tarik dalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Jadi, bagaimana dia harus jelaskan pada Syakir tentang perkara itu?

"Aku pun tak tahu kenapa," tutur Aydean jujur. Kening Syakir bertaut dan dahinya berlapis. Dia seolah tidak percaya dengan penjelasan Aydean.

"Seriuslah. Tak kan lah Mawar tak explain apa-apa!" keras suara Syakir menyoal. Wajah Aydean direnung dengan tajam.

"Yess, bro. Mawar tak cakap apa pun pada aku," tambah Aydean tenang. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Mawar.

^Aydean^ Hope everything okay. Good night. Sweet dreams.

Sent!

Kemudian, telefon bimbit di simpan. Matanya kembali melihat ke arah Syakir yang masih menanti jawapan yang jelas darinya. Aydean ketawa kecil melihat wajah curiga Syakir.

"Yess, Baybiy. I tak tipu you. Mawar tak cerita apa-apa pun pada I. You pun tahu Mawar tu macam mana kan," bersungguh Aydean cuba meyakinkan Syakir dengan jawapannya. Syakir tarik muka masam. Dirasakan Aydean seolah menyembunyikan sesuatu darinya.

"Sejak bila kau baik sangatttt dengan Mawar?" Syakir masih pamer wajah curiga. Aydean terdiam. Perasaannya berbelah bahagi.

"Shark, look. I've something to tell you," Aydean mula bersuara setelah beberapa detik dia terdiam. Syakir memandang tepat ke arah mata Aydean. Nada Aydean seakan serius dipendengarannya. Syakir mula memberi tumpuan pada Aydean.

Aydean kelihatan sedikit resah. Belakang leher digosok perlahan. Nafas ditarik dalam sebelum dia memulakan bicara.

Bersediakah dia untuk berterus terang pada Syakir tentang Mawar? Apa agaknya reaksi Syakir jika dia tahu Mawar adalah Kie.

"Actually Mawar...," tersekat-sekat Aydean mahu menutur kata. Seakan suaranya tersekat dikerongkong. Berkali-kali Aydean berdehem cuba membetulkan peti suara. Syakir pula tetap sabar menanti Aydean menghabiskan kata-katanya.

"Mawar...," degupan jantung Aydean seakan mahu meletup saat ini. Detakan dirasakn terlalu laju. Sehingga Aydean merasa saluran pernafasannya seakan menyempit. Nafas ditarik sedalam yang mungkin.

"Hurry up, Dean," celah Syakir sudah tidak sabar lagi menunggu Aydean menghabiskan kata-kata.

'Come on, Dean!' gerutu Aydean di dalam hati. Dia tidak sanggup terus merahsiakan perkara itu dari Syakir, tetapi hatinya berbelah bahagi. Adakah kali ini dia tetap harus mengalah seperti dulu? Jika Syakir tahu tentang Mawar, pasti lelaki itu akan kembali mengejar cintanya. Dan Aydean akan kecewa seperti mana dia pernah kecewa dahulu. Sudah bersediakah Aydean untuk menghadapi kekecewaan buat kali keduanya?

bersambung....

happy readinggg.... lep yu all!! muahhh..muahh..

Share this novel

Fazilah Rahman
2020-11-24 09:00:58 

fazz nak tolong tumbuk johari boleh? dasar jantan tak guna


NovelPlus Premium

The best ads free experience