Rate

Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 796

Ji Hye segera bersiap untuk pergi ke studio latihannya.Macam mana dia ada studio latihan sendiri?Well,kan dah kata,Jimin ialah stalker dia yang sangat obses.
So,dia belikan sebuah studio latihan khas untuk Ji Hye berlatih bermain dengan alat muziknya.Jimin memang baik dengannya walaupun lelaki itu macam sedikit psiko.
"Omma,Ji Hye pergi dulu.Petang nanti Ji Hye balik!"Ji Hye melangkah keluar dari rumah dan berjalan ke perhentian bas.Matanya dapat menangkap beberapa lelaki sedang mengerlingnya dengan pandangan 'miang'.
"Pagi-pagi lagi dah ada yeoja cantik.."kata salah seorang lelaki itu sambil memerhati Ji Hye atas ke bawah. "Apa nama awak?Boleh berkenalan?"Ji Hye berasa geram dengan usikan lelaki-lelaki itu kepadanya.
"Jangan dekat!Saya belasah awak nanti baru tahu!Saya ada tali pinggang hitam dalam taekwando!"Sewaktu kecil,Ji Hye selalu dibuli.Akhirnya,dia belajar taekwando untuk melindungi dirinya.
"Alalala..macamlah aku takut!"Salah seorang lelaki itu memegang lengan Ji Hye kuat.Apa lagi,gadis itu terus bagi tendangan padu di betis lelaki itu.
"Aduii!" "Lain kali,jangan nak gatal sangat!Menyakitkan hati je!"marah Ji Hye lalu segera menahan sebuah teksi dan melompat masuk kedalamnya.
Kelihatan lelaki-lelaki itu menyumpah seranah kerana dia 'terlepas'.Ahh,lantak kau lah!Sebab tu sampai sekarang aku tak ada namchin,semua lelaki memang tak boleh dipercayai!
Di studio..
"Ailee,siapa yang tukar aku punya ringtone phone?"soal Ji Hye. "Entah."balas Ailee selamba. "Aku tahulah kau yang tukar kan?Kurang asam."Ailee ketawa mendengar kutukan Ji Hye.
"Apa?Aku saja je nak kacau kau,letak lagu Fake Love,tak sangka kau marah macam ni.."Ji Hye menjeling Ailee yang masih ketawa.Eee..minah ni.Sekali aku bagi high kick,melayang dia.
"Wei,kau nak tahu something tak?"Ji Hye memandang Ailee yang kelihatan teruja. "Apa?Kalau benda tu tak best,siap kau!" "Alaa..best punya,mesti kau gembira gile nanti!"
"Kau tahu kan,Appa aku rapat ngan beberapa orang idol?"Appa Ailee ialah seorang producer lagu terkenal.Beliau banyak produce lagu-lagu yang menarik dan menepati jiwa-jiwa remaja sekarang.
"Haah.Jadi?" "Aku cakaplah ngan Appa aku,aku nak jumpa Jung Se Woon tau.And..Appa aku cakap,dia akan try jemput dia datang!!"beritahu Ailee teruja.
Ailee meminati Jung Se Woon dan Ha Sung Woon Wanna One. "Bwo?!?"Ji Hye ternganga mendengar apa yang diberitahu Ailee. "Dan,aku cakap,kau nak jumpa Kim Jae Hwan,Appa aku cakap dia akan try jemput dia datang jugak!!"
"Boleh ke?Bukan diorang sibuk ke?"soal Ji Hye. "Adalah tu caranya Appa aku nak jemput diorang.Aku tak tahu sangat pasal ni.Appa aku tak nak bagitahu lebih detail lagi."jelas Ailee.
"Ooh.."Ji Hye mengukirkan senyuman yang paling manis.Aah..dapat ke dia berjumpa dengan Jae Hwan? "Ji Hye?Hello,anybody home?"Ailee melambaikan tangannya dihadapan wajah Ji Hye yang sedang berangan.
"Hadoi,dia berangan lagi!"Ailee menepuk dahinya sendiri. "Ji Hye?WOII!!"Ji Hye tersentak apabila Ailee menjerit dengan kuat.Kenapa?Apa yang dah jadi?
"Hah?Apa?Kenapa?Apa yang dah jadi?"Ji Hye memandang sekelilingnya. "Kau ni kan,berangan je tahu!Aku jerit baru sedar."marah Ailee. "Mian."ucap Ji Hye tersengih-sengih.
"Dah,jom berlatih.Nanti kalau Appa aku tahu kita lambat berlatih hari ni,tak selamat aku nanti."Ji Hye ketawa mendengar gurauan Ailee.Ailee memang seorang sahabat yang prihatin dan lucu.
Petangnya..
"Omma,Ji Hye dah balik!"Gadis itu melangkah masuk kedalam rumah.Hmm..mana Ommanya? "Omma?Omma kat mana?"Ji Hye mencari Puan Ji Hyo di sekeliling rumah tapi tetap tak jumpa.
~I'm so sick of this fake love,fake love,fake love~
Telefon Ji Hye berdering menandakan tedapat seseorang menelefonnya.Malas pulak dia nak tukar ringtone phone.Lagipun,lagu tu kedengaran merdu di telinganya.
"Hello?"Ji Hye menjawab panggilan itu. "Ji Hye,ni Omma." "Omma,Omma kat mana?Ji Hye tengah risau ni.."balas Ji Hye. "Omma ada kat pasar,beli barang masakan.Ji Hye duduk rumah elok-elok ya?Nanti Omma balik."pesan Puan Ji Hyo lembut.
"Okeyy,hati-hati Omma."balas Ji Hye lalu menamatkan panggilan telefon itu.Hmm..apa yang dia nak buat ya?Tiba-tiba,loceng pintu ditekan membuatkan Ji Hye terkejut.
"Uishh,siapa yang datang ni?Kan Omma kata dia kat pasar."gumam Ji Hye sendirian lalu membuka pintu.Dia terkejut melihat Jimin sedang berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum.
"Jimin Oppa?Apa yang Oppa buat kat sini?"soal Ji Hye hairan. "Oh,saja nak teman Ji Hye.Ji Hye sorang-sorang kan kat rumah?"balas Jimin dengan senyuman yang masih terlakar di wajahnya.
"Ma..macam mana Oppa tahu?"Ji Hye memandang Jimin dengan pandangan takut dan curiga.Lelaki ni memang psiko! "Oh,rahsia..Oppa masuk dalam rumah ya?"Jimin ingin melangkah masuk kedalam rumah tapi Ji Hye pantas menghalangnya.
"Err..Oppa tak bo..boleh masuk!Oppa kena ba..balik!" "Kenapa pulak?Oppa nak teman Ji Hye."balas Jimin hairan. "Tak..tak boleh!Nan..nanti je eh!"Ji Hye menolak Jimin keluar dan menutup pintu.
"Huh..bahaya!Jimin Oppa tu memang bahaya!"bisik hati Ji Hye lalu dia terduduk di hadapan pintu.Biarlah Omma nak marah dia nanti,asalkan dia tak berdua dengan Jimin dalam rumah.B.A.H.A.Y.A!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience