Bab 1

Drama Completed 35637

Laju tangan Tiara menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Walaupun ketika itu baru pukul 8:00 pagi, Tiara makan seperti tengahari. Kuah masak lemak yang dimasak oleh ibunya itu sangat sedap sehingga dia menambah nasi dua kali. Kiri kanan dia sudah tidak pandang, dia hanya fokus kepada nasinya.

"Makan perlahan lahan Ara. Tercekik nanti. Macam tak pernah makan je Ara ni" kata Puan Wardah sambil tergeleng-geleng kepala melihat anaknya itu.

"Lapar la ibu. Malam tadi kan Ara tak makan" kata Tiara sambil memandang ibunya yang sedang duduk di hadapannya.

"Yang tak makan semalam tu kenapa? Nasib baik ada lauk lebih, ibu simpankan"

"Ara tertidur lepas layan Netflix semalam" kata Tiara sambil tersengih.

"Abang mana bu?" tanya Tiara tak sedar dengan apa yang di tanya itu kerana dia leka dengan nasinya.

Wajah Puan Wardah yang pada mulanya tersenyum bertukar menjadi sedih.

Tiara yang tersedar dengan apa yang baru dia tanya, menepuk mulutnya.

"Mulut kau ni kann, aku cili kang" kata Tiara dalam hati.

"Entah la, ibu pun tak tahu abang dekat mana luar tu. Kita doa je la abang tu selamat" kata Puan Wardah dengan nada yang sedih.

Tiara pula berhenti makan dan berkata
"Alahh ibu, jangan la sedih. Pagi lagi ni. Ibu dah ready dah kemas barang? Isnin ibu nak pergi outstation kan?" Tiara ubah topik supaya ibunya tak melayan lagi perasaan sedihnya.

"Dah, ibu dah kemas dah. Cuma tinggal nak beli makanan untuk bawak je nanti" 

"Kalau macam tu kita pergi beli makanan tu petang ni la. Nak?"

"Boleh je. Email ada dah masuk?" tanya Puan Wardah

"Takdeee, satu email pun tak ada masuk. Lama dah Ara tunggu, tak ada pun masuk" 

Tiara sebenarnya sedang menunggu permohonan kemasukan universiti nya diluluskan. Banyak universiti dia sudah mohon. 2 bulan dia menunggu tetapi satu email pun dia tak terima. Tetapi, ibunya selalu berfikiran positif bahawa rezekinya akan tiba.

"Insyaallah ada tu masuk nanti. Tunggu masa je" kata Puan Wardah sambil tersenyum.

"Nanti lepas makan ni Ara try tengok sekali lagi. Mana tau tiba tiba masuk ke kan?" 

"Hah cuba lagi. Selalu selalu kan check. Takut nanti kalau dah masuk, Tiara tak perasan hilang macam tu je nanti peluang tu"

"Betul tu betul. Okey lah Tiara dah kenyang, alhamdulillah. Tiara basuh pinggan dulu. Lepas ni Tiara check email"

Selepas Tiara membasuh pinggannya, dia masuk ke bilik nya dan buka laptopnya. Selepas laptop nya bernyala, dia buka bahagian emailnya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ada email daripada Universiti Melaka.

"Ibuuuu!!!" jerit Tiara.

"Ye ye kenapa terjerit jerit ni? Tak malu ke jiran dengar? Kita ni duduk bermasyarakat bukan duduk dekat hutan" bebel Puan Wardah

"Ishhh, ibu ni bukann. Tengok ni! Tiara dah dapat emaill!!" kata Tiara dengan teruja 

"Ye ke? Alhamdulillah syukur. Kan ibu dah cakap ada tu. Tunggu je. Ara dapat universiti dekat mana? Bila Ara kena pergi lapor diri?"

"Universiti Melaka. Lapor diri pulak dia tulis sini hari … Selasa. Hari Selasa"

"Laaa, hari Selasa ibu tak boleh la nak teman Ara pergi sekali. Ibu pergi outstation tu hari Isnin"

"Ouhhh tak apa. Ara okey je, boleh" kata Tiara sambil tersenyum kepada ibunya

"Betul ni? Ibu mintak maaf sangat sangat Ara. Ibu tak dapat teman Ara masa first day Ara dekat universiti"

"Tak apa la ibu. Ara okey. Lagipun ibu pergi kerja kan? Cari rezeki untuk kita semua. Nanti Ara boleh je tanya orang orang yang ada dekat situ" 

"Anak ibu ni memang baik betul. Bertuah ibu dapat Tiara Adriana ni" kata Puan Wardah sambil mengusap kepala anaknya

"Bukan setakat baik, cantik , comel sekali" tambah Tiara

"Eh eh kita cakap sikit dia main tambah tambah pulak"

"HAHAHAHHA"

"Hah, lupa ibu nak tanya, Ara ambik course apa ni?" tanya Puan Wardah

"Ara ambik 'law' la, macam Ara cakap sebelum ni. Kenapa? Ibu tak suka ke Ara ambik 'law'?

"Ouhh takk. Ibu saja je tanya. Ibu tau Ara amik 'law' nak jadi pendakwa raya kan?"

"Yess, pandai ibuu. Ibu ingat Ara nak jadi apa"

"Well, tengok la mak siapa. Mak Tiara kot" kata Puan Wardah sambil mengangkat keningnya.

"HAHAHAHA" ketawa mereka berdua.
//
Malam itu selepas solat Isyak, Tiara baring di atas katil nya dan mengambil gambar yang terletak di meja sebelah katil. Itu adalah gambar mereka sekeluarga semasa hari hari raya. Ketika itu, Tiara baru darjah tiga.

Mereka sekeluarga kelihatan bahagia masa itu. Mengalir air mata Tiara melihat wajah gembira abahnya, Encik Kamarul.

"Abah, Ara dah dapat masuk universiti. Hari Selasa nanti Ara secara rasmi jadi student dekat U tu. Mesti abah bangga kan dengan Ara? Ara dapat masuk Universiti Melaka. Ara janji Ara belajar rajin-rajin, Ara jadi pendakwa raya yang berjaya. Pasal abang pulak … Ara akan cuba nasihat abang tu. Ara percaya yang dia boleh berubah cuma tu lah macam abah tau dia tu degil sikit. Keras kepala. Apa pun, Ara akan doakan untuk abah supaya abah tenang kat sana" 

Dan tak sampai 5 minit, Ara terlelap sambil memeluk gambar keluarga. Itulah rutin Tiara sekiranya dia mendapat sesuatu yang cemerlang.

Contohnya seperti dia mendapat anugerah, nombor top 3 di dalam kelas dan markah yang tinggi. Tetapi kali ini, dia bercerita tentang dia dapat masuk universiti
//
Pagi itu, selepas solat Subuh Tiara tidak rasa mengantuk. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak tidur. Selepas itu, dia keluar dari biliknya dan pergi ke dapur. Tetapi, dia tak mendengar sebarang bunyi di dapur. Selalunya pada masa itu, ibu nya akan masak sarapan di dapur.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping kertas berwarna oren yang terlekat di peti sejuk. Kertas itu adalah 'sticky note' yang dilekatkan oleh ibunya. Ibunya menulis,

'Ibu kena pergi pejabat sebab ibu kena siapkan sikit kerja sebelum pergi outstation. Kalau Ara nak makan, Ara masak la ek? Ibu tak sempat masak tadi. Dalam pukul 3 ibu balik rumah'

Tersenyum Tiara melihat coretan ringkas ibunya itu.
"Ibu ibu… sekarang ni moden dah. Boleh guna Whatsapp. Tak apa lah, lagi sweet guna surat menyurat ni" kata Tiara sambil menarik nota itu dari peti sejuk dan masuk ke biliknya kembali.

"Nak tidur dah tak mengantuk. Aku sorang je kat rumah ni. Nak buat apa ek? Ha! Daripada aku duduk je baik aku pergi joging. Aku pun dah lama aku tak joging. Awal lagi ni" 

Lantas dia bangun untuk bersihkan dirinya dan selepas 30 minit dia sudah siap. Sweater biru pekatnya menjadi pilihan untuk dia pakai joging pagi itu. Selepas itu, dia keluar dari bilik dan duduk sebentar di sofa untuk order grab.

Tiara mempunyai lesen memandu tetapi dia tidak mempunyai kereta, jadi sekiranya dia mahu ke mana mana dia harus naik grab. Dia mengambil lesen memandu semasa dia 18 tahun. Kalau dia bawak kereta pun, dia bawak kereta ibunya. 

Selepas dia selesai order grab, dia pun tunggu di depan rumahnya. Selang 10 minit, kereta Axia berwarna merah muncul. 
//
Sampai sahaja Tiara di kawasan joging itu, dia pun regang kan sedikit badannya. Keadaan di situ tenang. Tidak ramai sangat orang ketika itu.

Kemudian, Tiara keluarkan earphone dari dalam poket seluar nya dan pergi ke arah tandas. Dia buka tudungnya dan pakai earphone dan pakai kembali tudungnya. Dia keluar dari tandas dan terus menuju ke laluan untuk joging.

Semuanya berjalan lancar. Dia joging dengan tenang sambil melihat suasana yang indah. 

Di belakang Tiara , ada sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang lelaki. Dia ingin memintas Tiara tetapi Tiara tidak ke tepi. Dia membunyikan loceng basikalnya supaya Tiara perasan dengan kehadiran basikal di belakang. Tetapi, Tiara tetap tak berganjak. Tiara masih di laluan nya.

"Apa masalah minah ni? Pekak ke apa tak dengar bunyi loceng ni. Bukan sekali aku bunyikan, nak naik tercabut loceng ni. Aku langgar kau kang baru tau" kata lelaki itu.

Dia bunyikan loceng basikal lagi sekali dan Tiara tetap tak berganjak.

Tiba-tiba Tiara rasa seperti ada orang di belakang nya. Tiara berhenti sekejap dan pusing belakang. Lelaki itu pula terkejut melihat Tiara tiba tiba berhenti di hadapannya dan tak dapat kawal basikal nya.

"AAAAAA!! jerit Tiara melihat basikal itu bergerak ke arahnya
Dan…
Bedebuk!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience