BAB 3

Drama Completed 236

Peristiwa yang berlaku semalam langsung tidak memperbaiki hubungan aku dengan Neyo .Kami tetap musuh forever n ever.Hari nie..masuk kelas aje budak-budak duk sibuk bercakap pasal percutian kelas..Dalam kelas aku..60% boleh dikatakan budak Cina.Budak Melayu tu sikit aje.Jadi..tak hairanlah kalau aku rapat juga dengan budak Cina kelas aku.Cuma dengan mamat sekor tu aku tak boleh nak kamceng..

“Perhatian! Perhatian! Kelas kita akan buat percutian..kita akan berkhemah dekat dengan hutan..,”Janet selaku Penolong Kelas mengumumkan..”Waa..best-best..Dekat mana tu,?”sampukku ingin tahu..

“Alaa… don’t worry dekat aje..Kem Hulu Bestari..,” gadis bermata sepet itu tersenyum.

“Hulu??Hahaha.tak nak aku..Let Bri pergi sorang-sorang.,”Neyo ketawa kuat..Huh.Sabo aje la.

“Semua orang kena pergi..arahan dari cikgu..kitorang dah tulis surat dah.,”Janet berkata serius.Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusn ini..Iye la..AJK kelas pandai-pandai aje buat keputusan.Langsung tak berbincang dengan kitorang.Ingat ker dapat bercuti dekat tempat yang best..Ini..hulu??Mulanya ramai yang tak nak pergi.Tapi lepas kena bebel dengan Cikgu Janisa ,guru kelas kitorang..terpaksa la pergi jugak..

Pagi-pagi hari lagi kami tiba di Kem Hulu Bestari dengan menaiki bas..Ingatkan jauh sangat.Rupanya 45 minit aje.Harap nama aje yang lebih.Dalam bas,baru la kau tahu..yang Kem Hulu Bestari kawan ayah Syamsul yang punya.Senang lah sikit kami semua nak berurusan.

Siangnya aktiviti bebas.Aku,Miza dengan Kalisa bersama-sama memasang khemah..lepas tu kitorang memasak dengan menggunakan kayu.Seksa betul..phuhh..letih dah mulut aku meniup..Tak hidup-hidup gak api nie..”Helo man..hidupkan api pun tak boleh?,”Neyo n the geng yang melalui khemah kami tergelak-gelak.

“Eh manusia..macam lah kau boleh buat,”sindir aku pula.Giliran kami bertiga ketawa.. Neyo ,Shahmi, Jimmy dan Alan menghampiri..Terasa kot.”Let me do it.,fuuu…”Neyo meniup lembut..

“Haha..tiup macam perempuan.Bila nak hidup.,”kata-kata Miza membuatkan kami berenam ketawa serentak..”Tepi kau..tengok nie..lelaki macho tiup..phuhhh,”dah terpercik air liur Syamsul pown..api tak hidup jugak..

“Aya.. monitor pun tak reti nak hidupkan api?Come-come..aku buat.Mesti boleh,”Janet yang tiba-tiba datang bersuare penuh confident..Baru aje dia nak meniup sepenuh hati..

“Oit korang..buat apa ramai-ramai tu?Tak nak makan ker?”jerit Shaliniy daripada Dewan Terbuka yang letaknya berdekatan dengan tapak perkhemahan kami..

“Bising lah Liniy.Tengah nak hidupkan api ni,”marah Janet.

“Buat apa?Dah tempah katering lah..kan hujan semalam..kayu api basah..”Shaliniy memberitahu..

“Sampai mati pun tak hidup api tu..,”sindir Fiqri yang berada di dewan.Sedang melahap Nasi Minyak.

“Tak guna-tak guna….,”Janet menyepak-nyepak kayu di hadapannya..

“Relaks Janet..nak buat macam mana.Lain kali la kau tunjukkan kebolehan kau tu yek,”aku tersengih sambil menepuk-nepuk bahu Janet..”Buat letih aku aje kat sini.,tui.,” Syamsul mula bergerak menuju ke dewan..kami yang lain mengekorinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience