BAB 3

Romance Series 81452

Sebuah bilik sangat gelap hanya bertemankan lampu yang malap. Dia sedang mengusap bingkai gambar itu berkali-kali. Bibirnya terlakar senyuman manis. Perasaan cinta dan rindu kini bertandang dihati. Dia adalah...

Tengku Izz Lutfil.

Lelaki yang pernah mencipta peristiwa hitam itu pada Inara Adelia. Oleh kerana terlalu obses dengan sepupunya, dia sanggup berbuat apa sahaja demi satu kepuasan.

Dia sanggup meragut maruah dijaga rapi oleh gadis itu dan pergi meninggalkannya seorang diri dalam keadaan ketakutan dan trauma.

"Sayang... Abang minta maaf sebab dah tinggalkan sayang waktu itu. Abang janji akan jadikan sayang milik abang semula"

"Abang akan dapatkan sayang balik, walaupun terpaksa guna cara kotor sekali pun" Izz Lutfil mula tergelak kuat sambil cium berkali-kali bingkai gambar tersebut.

TOK!

TOK!

TOK!

Kedengaran pintu bilik diketuk banyak kali, membuat dia berdecit geram. Dia berdiri tegak lalu menghayungkan langkah ke pintu.

"Apa kau nak?" soal Izz Lutfil tegas. Dia hanya menunjukkan riak beku.

"Surat untuk kau" balas Zack sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat.

Zack merangkap anak buahnya atau tepat lagi kawan baik lelaki itu. Hanya dia tahu apa terjadi.

Anak matanya begitu fokus membaca setiap butiran yang ada di dalam kertas tersebut. Bibir mula menguntum senyuman. Saat inilah dia mahukan.

"Akhirnya... Abang dapat jumpa sayang balik" ujar Izz Lutfil dengan gelak halus.

Daun pintu ditutup dengan hempasan kasar. Kaki diatur kembali ke katil semula.

Tilam yang empuk itu menjadi tempat untuk dia baringkan tubuh. Siling putih menjadi sasarannya. Dia mula memikirkan riak muka si gadis itu bagaimana bila bersua muka dengannya.

"Mesti kau terkejut kan bila jumpa aku nanti? Mana kau tinggal sekarang ek? Pandai betul kau main sorok-sorok dengan aku kan" Izz Lutfil mula bicara seorang diri.

Dia mula ketawa sinis sambil pejamkan mata. Dalam tidak sedar, dia sudah pun terlelap dalam dunia tersendiri.

•••

Azeem melangkah keluar dari kelas dengan tergesa-gesa. Matanya meliar memandang kawasan kolej 'BESTARI CEMERLANG' yang sudah mula sesak dengan ramai pelajar.

Di taman bunga mini kolej itu menarik perhatiannya. Ada seorang gadis yang memakai baju blouse warna putih bersama seluar slack hitam. Gadis itu juga sedang termenung jauh, sangat jauh.

Dia sudah dapat agak gadis itu adalah Inara Adelia. Tanpa membuang masa lagi, terus dia mengorak langkah ke arah Inara Adelia.

"Hai Inara. Jauh awak termenung, sampai dekat mana dah tu? London? Perancis?" sapa Azeem dengan ketawa kecil.

Inara Adelia tersentak dari lamunan jauhnya itu. Dia berpaling ke tepi dan senyum nipis. Dia mula rasa janggal.

"Awak buat apa dekat sini? Awak tak balik lagi ke?" tanya Inara Adelia.

"Belum. Saya nak jumpa awaklah. Petang ni awak free tak?" giliran Azeem pula bertanya.

"Tak. Saya sibuk petang ni" tipu Inara Adelia.

Bukan apa, kalau boleh dia mahu jauhkan diri daripada lelaki itu.

"Inara, hujung bibir awak kenapa lebam?" lantas Inara Adelia menutupi kesan lebam itu.

"Saya jatuh bilik air tadi. Biasalah, lincin sabun" tipu Inara Adelia lagi.

Dia hanya mengangguk perlahan.

"Awak dah fikirkan ke pasal semalam? Saya betul-betul ikhlas terima awak. Kita bina mahligai baharu" ujar Azeem.

Sekali lagi dia tersentak. Apa lagi jawapan harus diberikan.

"Azeem... Saya betul-betul minta maaf. Saya tak boleh. Saya pergi dulu ya. Itu Mia dah panggil" kata Inara Adelia sambil menunding jari pada Mia Aleesya sedang melambai tangan itu.

"Saya cintakan awak Inara..." Azeem menghantar pemergian Inara Adelia dengan ekoran mata sahaja.

•••

Inara Adelia menghampiri Mia Aleesya dibangku. Dia senyum nipis dan labuhkan punggung ke atas kerusi batu itu. Matanya melirik pada awanan membiru itu.

"Azeem luah perasaan dia lagi ke pada kau?" tanya Mia Aleesya.

Diam.

Dia mula menyiku lengan Inara Adelia daripada terus hanyut dengan lamunannya.

"Ha? Kau cakap apa?" tanya Inara Adelia balik.

"Azeem luah perasaan dia pada kau lagi ke?" ulang Mia Aleesya.

"Macam biasalah. Aku tak layak untuk dia, Mia. Aku dah tak ada apa-apa lagi. Aku dah kotor. Dia layak untuk orang lain" balas Inara Adelia.

Mia Aleesya senyum tipis.

"Sampai bila kau nak jadi macam ini, Inara? Kalau hari-hari kau mengelamun macam ini, masalah tak akan selesai"

"Memang tak akan selesai. Dia dah musnahkan hidup aku. Kau tahu tak dia tu sepupu aku, Mia! Kenapa dia rogol aku lepas itu tinggalkan aku dalam keadaan macam itu? Sebab dia juga, semua orang kampung hina aku, cakap aku berzina!" emosi Inara Adelia tidak tentu. Air mata berjujuran keluar menandakan peristiwa hitam itu menghantui hidupnya sampai hari ni.

"Aku minta maaf Inara. Kalau aku tak terlewat masa tu, tentu kau selamat daripada perbuatan itu" Mia Aleesya mohon maaf.

Andai waktu dapat diputar balik, dia akan selamatkan gadis itu.

"Bukan salah kau, Mia. Sudah takdir aku macam ini. Tapi, aku tak akan sesekali maafkan lelaki tak guna macam dia tu. Aku benci dia seumur hidup aku!" lantas Inara Adelia menyeka air mata dari terus turun.

Buat apa menangis, bukan dapat kembalikan apa yang sudah hilang.

"Siapa ambil hari ni? Pak Mat kan?" tanya Inara Adelia bagi menukar topik.

"Bukan. Abang aku yang ambil" jawab Mia Aleesya.

Terus berubah riak muka Inara Adelia. Dia tersentak bila Mia Aleesya meraih tangannya.

"Kau ada masalah ke dengan abang aku? Kenapa setiap kali abang aku ada, kau macam nak mengelak. Pertama kali kau jejak dalam rumah aku, aku dah perasan perkara itu. Beritahu aku kalau abang aku buat apa-apa pada kau" ujar Mia Aleesya.

Yalah, sejak gadis itu tinggal dirumahnya, macam tidak selesa bila abangnya turut ada bersama. Tidak mahulah kalau abangnya berbuat sesuatu pada kawannya itu.

Jeda.

Dia mengemam bibir dan berfikir sejenak. Ini adalah peluang dia mahu menyelamati diri. Tapi...

Ugutan itu...

"Inara?"

"Sebenarnya... Abang kau dah r-"

"INARA!"

Mereka berdua berpaling ke arah suara meninggi itu. Inara Adelia menelan kesat air liurnya. Pantas kepala ditunduk ke bawah tatkala mata helang itu mencerlung tajam padanya seakan memberi amaran.

"Apa abang ni?" Mia Aleesya menjeling sekilas pada Ammar Hafiy sebelum menoleh kembali pada gadis itu.

Siapa tak terkejut, bunyi deruan enjin kereta pun tak dengar. Tiba-tiba muncul.

"Pergi masuk ke dalam kereta sekarang!" arah Ammar Hafiy tegas.

Tanpa berkata apa lagi, terus lengan Inara Adelia ditarik supaya membuntutinya. Dia rasa seram sejuk apabila melintasi di hadapan lelaki itu. Terasa aura jahat mengikutinya.

Ammar Hafiy melihat Inara Adelia sudah menjauh itu mengepal penumbuk. Nasib dia sempat datang sebelum gadis itu membuka mulut. Kalau dia terlewat, parah hidup dia dikerjakan oleh keluarganya.

"Tunggu kau, Inara. Berani ingkar arahan aku ek?" ujar Ammar Hafiy sendiri dan mengorak langkah ke arah kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience