Arjuna tidak boleh pejamkan matanya.Hatinya gusar sedikit tidak seperti selalu.Dia memandang jam digital disebelahnya sudah jam tiga pagi.Diluar tingkap kedengaran rintik-rintik hujan renyai.
Dia bingkas bangun dari katil dan melangkah keluar dari biliknya.Anak tangga dituruni satu persatu.
Dia memandang pintu bilik Ratna yang tidak rapat.Dia menyelinap masuk ke dalam bilik yang samar-samar itu.
Wajah lena Ratna itu begitu tenang.Dia membaringkan badannya disebelah isterinya.
"Kau percaya cakap Fakri yang tak betul tu.Kau pun tahu dia macamana.Dan kau mesti tahu Ratna perempuan macamana?" kata-kata Eiyad itu berlegar difikirannya.
Dia tersedar bila tangan Ratna memeluk tubuhnya yang tidak berbaju itu.Dia kaku seketika.Dia risau Ratna tahu dia menyelinap masuk ke dalam biliknya.
Perlahan-lahan tangan Ratna yang berada dibadannya diangkat perlahan.Lalu dia bangun secara perlahan dari katil.
Dia meraup wajahnya berkali-kali cuba mengawal perasaannya.Dia kembali semula ke biliknya sendiri.
*******
Pagi lagi Datin Habsah meminta Arjuna balik ke rumah.Dia keluar lebih awal tanpa memberitahu Ratna.
"Balik pun kamu Juna.Susah betul nak jumpa dengan kamu ni?" soal Datin Habsah kepada anak"terunanya" itu.
Arjuna meletakkan kunci kereta dan telefon diatas meja."Kenapa Mama cari Juna? Juna kan kerja?"soal Arjuna semula.
Datin Habsah duduk disebelah Arjuna dengan wajah yang ceria.
"Mama ingat Mama nak cepatkan perkahwinan Arjuna dan Afrina."ujar Datin Habsah.
Arjuna memandang wajah Datin Habsah."Cepatkan? Kenapa?"soal Arjuna.
"Ialah kesian Afrina...lama dia tunggu Juna Tau"rayu Datin Habsah.
Arjuna mendengus perlahan.Kalau dia bagitahu Datin Habsah tentang Ratna.Apa pula reaksi Mamanya nanti?.Pasti kecewa dengan perbuatannya?.
"Entahlah Juna sibuk sekarang ni"balas Arjuna bingkas bangun dari duduknya.
"Kalau Arjuna sibuk Mama boleh uruskan semuanya"pujuk Datin Habsah.
Afrina? Arjuna anggap dia sebagai adik sahaja tak pernah lebih dari itu.Lagipun dia yang beria-ia itu Datin Habsah bukannya.
"Suka hati Mama.Arjuna tak nak ambil tahu"ujar Arjuna melangkah ke tingkat atas.
Datin Habsah sudah tersenyum manis.Dia tidak sabar mahu memberitahu Datin Nelly tentang perkara ini.
*******
Segelas air blueberry dihidangkan diatas meja buat tetamunya.Diya memandang sekeliling kawasan rumah Arjuna.
"Hebat juga Arjuna ni.Aku tahu dia anak orang kaya tapi aku tak fikir pula dia mampu beli rumah besar ni.Kau tak takut ke duduk rumah besar-besar ni"ujar Diya duduk di gazebo.
"Aku duduk dengan Arjuna bukan duduk sorang-sorang.Lagipun aku tak masalah pun"kata Ratna memujuk dirinya.
Diya merapatkan dirinya disebelah Ratna."Ratna kenapa kau sanggup terima dan duduk dengan Arjuna sedangkan dia lafaz cerai pada kau?"soal Diya memandang wajah kawannya itu.
"Sebab ni...dalam ni... Aku kena kuat sebab ni.... satu-satunya zuriat aku dengan Arjuna.Walau apa pun jadi nanti, aku tak nak anak aku tak kenal siapa Ayah dia.Dan aku nak rasa cinta Arjuna selagi masih ada sia-sia cinta pada aku"jelas Ratna sambil menunjukkan perutnya.
"Aku tak pernah jumpa orang yang terlalu setia dengan cinta sampai sanggup ketepikan perasaan sendiri"ujar Diya.
"Kenapa dia ceraikan aku?"soal Ratna pada Diya.
"Dia ceraikan kau sebab dia dapat tahu yang kau ni keluar dengan ramai lelaki masa dekat London.Ada orang yang sampaikan pada Arjuna.Dan Arjuna percaya perkara tu.Itu yang Eiyad cerita pada aku"terang Diya masih menunggu reaksi Ratna.
"Aku tak sangka Arjuna boleh percaya.Kenapa dia tak tanya aku? Kenapa dia diam aje? Kenapa?"soal Ratna cuba mengawal perasaannya.
"Aku tak tahu.Tapi satu aje kau tanya dia baik-baik ya?"soal Diya pada Ratna.
Ratna memeluk erat Diya.Diya menepuk belakang badan Ratna.Dia tahu ujian Ratna sangat berat sekarang ni.
*******
Arjuna sedang leka menonton perlawanan bola sepak.Ratna mendekati Arjuna dengan perlahan.
"Awak saya nak tanya sikit boleh?"soal Ratna pada Arjuna.
Arjuna memandang wajah Ratna yang mempunyai seribu tanda tanya dalam kepalanya.
"Apa dia?" tegur Arjuna dengan nada dingin.Ratna melepaskan keluhan lembut.
"Betul ke saya dengar awak ceraikan saya sebab dapat tahu yang saya.... ada hubungan dengan ramai lelaki masa dekat London"jelas Ratna dengan suara yang bergetar.
Air muka Arjuna berubah sedikit melihat isterinya.Arjuna diam tidak bersuara.
"Saya tanya awak ni!!" Ratna menaikkan sedikit suaranya sebab dia menahan kesal dalam hatinya.
Arjuna bangkit menghadap isterinya itu."Dah tahu nak tanya lagi?.Entah-entah anak dalam perut kau ni pun bukan anak aku.Dah berapa ramai lelaki yang kau tidur lepas tu kau perangkap aku pulak"jerit Arjuna seperti dirasuk.
Ratna menampar muka Arjuna.Dia tidak menyangka seteruk itu fitnah yang membuatkan Arjuna berubah sekarang."Saya tak pernah curang atau tipu awak!!. Cinta saya hanya pada awak sorang aje Arjuna.Saya sanggup kahwin dengan awak tanpa bagitahu keluarga saya pun."jerit Ratna dengan suara bergetar.
Arjuna memegang wajahnya yang sakit itu.Dengan muka merah menahan amarah, dia memandang wajah Ratna yang sudah basah dengan air mata.
Dia mengangkat tubuh isterinya itu dan membawanya ke dalam bilik.Dia menghempas badan Ratna diatas katil.Dia menghempap badan Ratna dengan kasar.Dia membuka bajunya.
Arjuna bagai dirasuk.Ratna tidak mampu melawan tubuh suaminya yang sasa itu.Suaminya mencium setiap tubuhnya dan airmatanya terus mengalir laju.
"Juna stop...stop Juna" tercungap-cungap Ratna tidak mampu berlawan.
Suaminya tidak menghiraukan esakan demi esakan Ratna."Awak buat apa yang nak buat?.Saya takkan letak nama anak saya berbin atau berbinti dengan nama awak.Saya jijik dengan awak"Ratna teresak-esak.
Arjuna tersedar akan perbuatannya.Dia menjarakkan diri pada Ratna.Ratna menarik selimut menutup bahagian tubuhnya.
"Pergi...pergi...saya tak nak tengok muka awak....saya jijik dengan awak..."ucap Ratna membaling bantal ke arah Arjuna.
Arjuna meraup wajahnya berkali-kali.Ya Allah apa aku dah buat pada isteri aku?.Arjuna mendekati Ratna tetapi Ratna memukul dadanya berulang kali.
"Ratna saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja buat awak macam ni"Arjuna merayu kembali pada Ratna.
Tetapi Ratna mengelak."Keluar dari sini!!!" jerit Ratna sekuat hatinya.
Arjuna mengundurkan diri dan keluar dari bilik itu.Ratna menggosok-gosok badannya yang terasa jijik dengan perbuatan suaminya itu.
Arjuna terduduk dilantai biliknya.Dia menghentak kepalanya pada pintu berulang kali.Kenapa? Kenapa kau sakitkan hati dia?.Kenapa dengan engkau ni?"jerit Arjuna dalam hatinya.
**********
Arjuna tersedar dari jaganya.Jam di telefon dilihat.Pukul sepuluh setengah pagi, nasib harini hari minggu.Dia teringatkan Ratna.
Laju kakinya melangkah turun ke bawah.Rumah ini terasa sunyi tanpa sesiapa.Dia memegang tombol pintu Ratna.Pintu dikuak dari luar, matanya mencari kelibat isterinya itu.
Kosong! Dia memandang pintu almari dan membukanya.Dia melihat almari itu kosong tanpa pakaian Ratna.
Pintu bilik juga dibuka.Dia mula resah.Dia keluar dan melihat ke arah dapur juga tiada.Mana Ratna pergi?.
Dia mendail nombor Ratna.Tetapi tiada respon untuk menjawab.Dia mula risau.Dia terpandang segugus kunci pendua pada meja makan.
"Ratna tinggalkan aku..."ucap Arjuna sebelum bergegas ke bilik tidurnya.
Telefonnya berbunyi disaat dia mahu ke bilik air.Tertera nama Eiyad di skrin.Debar didadanya kini semakin memuncak.
Dia menjawab panggilan sahabatnya itu."Apa kau dah buat dengan Ratna?" soalan itu muncul tanpa sempat dia menjawab salam.
"Eiyad.....aku...aku tahu aku salah.Tapi tolong aku...Ratna masih isteri aku Eiyad.Aku tak sedar apa aku buat pada dia"ujar Arjuna dengan penyesalan.
"Layak ke dia jadi isteri kau? Lepas apa kau buat pada dia?" Itu bukan layanan seorang suami pada isteri.Aku tak nak tolong kau dah.Lepas ni pandai-pandai kaulah settle sendiri"jawab Eiyad mematikan panggilan itu.
Arjuna rasa dirinya sekarang betul-betul tak guna.Dia mencampakkan telefonnya di dinding.Telefon itu pecah berderai.
Ratna? Maafkan saya Ratna.....
Share this novel