Untuk Amani sendiri, Amani teringat ketika sesi usrah di Mersing dahulu, ahli usrahnya pernah membongkar keistimewaan hadith ke-9.
Kak Mar menerangkan bahawa Nabi Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam pernah menolak soalan-soalan daripada para sahabat yang ingin tahu ketika itu.
Soalan-soalan itu kata nabi, akan membebankan umat baginda sendiri jika baginda menjawabnya.
Jadi, pengajarannya, kurangkanlah bertanya soalan-soalan yang tidak masuk akal dan soalan-soalan yang tidak penting.
Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam juga mengajarkan supaya menerima segala apa ketentuan yang Allah dan nabi perintahkan tanpa banyak bertanya. Amani merasakan hadith ini cukup bermakna buat panduan hidupnya.
Sebab itu setiap kali usrah, dia cuba untuk mengaplikasikan hadith itu ke dalam hidupnya sebaiknya, namun bukan tidak bertanya terus, tapi berpada-padalah.
‘Matang?’ Amani teringat akan perkataan keramat yang diucapkan oleh Shanon pada usrah yang lepas. Amani ragu. Apa yang membuatkan Kak Shanon berfikir yang dia matang?
Setiap kali usrah pasti Amani orang pertama yang mencapai makanan di tengah-tengah halaqah.
Orang mengantuk disorongkan bantal, katanya. Untuk sesi usrah yang penuh dengan minuman dan makanan ini, buat Amani kagum pada naqibah itu buat pertama kalinya.
Santun pekerti Shanon dalam menjaga anak-anak usrahnya sangat cermat. Keikhlasan tergambar dalam tiap langkah wanita itu.
Amani tersentap, lamunan demi lamunan berselang seli dalam kotak fikirannya.
Sekejap berfikir tentang satu kalimah, sebentar lagi berfikir pula tentang makanan. Itulah sang Amani yang penuh dengan kegemukan minda.
Share this novel