BAB 17

Romance Completed 13562

Malam itu, mata Aqisha enggan lelap. Mindanya mengimbas kembali kejadian sebentar tadi. Sungguh, badan itu mampu mengugat imanku.
Seolah tersedar, Aqisha menampar lembut mukanya berkali-kali.

"Oh no. Wake up Qish. Wake up! Jangan cakap kau fall in love dengan dia.. No no! Please don't.. Lelaki poyo tu bukan taste kau.. Ramai lagi lelaki yang lebih tampan dari dia contohnya Hakim.. Fuhhh,, Hakim.."

Terkenangkan Hakim, Aqisha mengulum senyum.. Kalau dibandingkan Hakim dengan Emran, jujur Hakim lebih bergaya. Matanya membuat aku ketagih untuk mengenalinya.. Kejadian di dalam kereta bersama Hakim turut diimbas kembali. Alunan lagu "Permata Hati" yang dinyanyikannya seolah menyampaikan perasaan lelaki itu kepadanya. Suara nya begitu sedap didengar.
Berduaan dengan Hakim di dalam kereta tadi menimbulkan kejanggalan. Hatinya bedebar setiap saat. Oleh kerana itu, Aqisha hanya memilih untuk berdiam diri sepanjang perjalanan.
Alunan ringtone panggilan masuk menganggu lamunannya. Aqisha meraih telefon bimbitnya yang berada di sebelah bantal peluk miliknya. Lantas dia meneliti nombor itu.
Tertera nombor tidak dikenali. Meskipun hatinya 50/50 ingin menekan punat merah, mengenangkan nombor itu sudah banyak kali miscall, dia menekan punat hijau.

"Hello. Siapa disana?"

Aqisha memulakan perbualan.

"Hello, Riana. Hakim disini.."

Aqisha menghembus nafas lega.

"ouh. You rupanya. Ada apa call ni?"

"Saja testing. Kut-kut you beri i nombor yang dah tak digunakan or nombor orang lain.. I nak pastikan je.."

"You gila ke apa. Takkan i nak bagi nombor orang lain. Kereta i ada kat bengkel kawan you. I takde pilihan selain dari bagi nombor i."

"Yes. Memang i gila. Crazy about you."

Perkataan "crazy about you" dikatakan dengan nada berbisik dan hampir tidak kedengaran. Aqisha yang kurang jelas perkataan itu bertanya.

"Sorry? I can't hear you."

"Nothing. Im just saying, have a good night, precious."

Talian diputuskan tanpa sempat Aqisha membalas ucapan itu kembali. Telefon bimbit kembali diselitkan di bawah bantal peluk. Minda Aqisha kembali menerawang. Tidak semena-mena dia teringatkan kotak pemberian Ain. Dia bingkas bangun menuju ke almari pakaiannya.
Kotak itu masih berada disana.

"Macam mana pulak aku nak beri barang ni dengan Fuad. Kereta aku pulak rosak time-time macamni. Hai laa kena usaha lebih cari bantuan ni.. Nak minta bantuan PoyoMan memang tak la.!"

Aqisha mengaru-mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kotak yang dipegang tadi segera diletakkan kembali ke dalam almari. Langkah diatur menuju ke katil dan membaringkan tubuhnya.

Satu sms masuk. Aqisha segera mengambil telefon bimbit dan membuka pesanan tersebut. Dari Hakim.

IF YOU NEED ME OR EVEN A CAR TO GO EVERYWHERE, JUST TEXT OR CALL ME. I WILL BE THERE IMMEDIATELY. FOR YOU, ANYTHING IS NOT IMPOSSIBLE.

Setiap perkataan yang dihantar kepadanya itu dibaca satu persatu. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum. Dia lah penyelamatku.! Syukur Alhamdulilah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience