(sessantasei)

Other Series 152481

Aleena disuruh mandi dan bersiap kerana Javier mahu makan malam dengannya sebelum berangkat ke Italy.

Sepasang gaun labuh bewarna putih tanpa lengan dan mendedahkan bahagian belakang tubuhnya mengunjur ke punggung dengan tali diikat di belakang leher dikenakan.

Terlalu seksi dan amatlah seksa baginya untuk memakai...tapi dia turutkan juga apabila diugut oleh Javier untuk merogol dan menggugurkan kandungannya.

Tanpa solekan mahupun dandanan rapi sudah cukup memperlihatkan kecantikan raut wajah Asianya yang asli.

Javier menjemput Aleena di biliknya dan dipimpin wanita itu turun dari tangga rumah banglo itu ke kereta. Dia akan membawa Aleena ke sebuah hotel terkemuka di Malaysia dan mereka akan beradu kasih semalaman di sana kerana Javier tak tahan melihat Aleena.

Rancangannya pada Martin sudah dia fikirkan. Javier akan bertolak ke Italy dan membunuh sekumpulan anak buahnya sendiri sebagai bukti dia telah diserang hendap Dom. Aleena pula akan dia katakan dibawa lari lelaki itu dan hilang jejak.

Sedangkan dialah yang akan menyembunyikan Aleena dari Martin. Pertemuan demi pertemuan dengan gadis itu membuatkan dia taksub.

Wajah, rahang, mengunjur ke batang lehernya ke atas dada, penuh dengan kesan 'love bite' lelaki durjana itu.

Walaubagaimanapun, Javier masih belum menyentuh Aleena lagi dan dia akan merasmikan perempuan barunya itu malam ini. Tidak hairanlah Dom tak mahu lepaskan Aleena pada sesiapa.

Sebuah hotel ternama yang mewah dan agak jauh dari kesibukan kota menjadi pilihan sewaan Javier untuk semalaman.

Anak-anak buahnya yang terbaik dijadikan pengawal atau bodyguard disekeliling kawasan hotel dan koridor..

Diantara mereka termasuklah..

Lucyfer Tolardo dan Cleo Dwen.

Cleo diarahkan Razo untuk berjaga di tingkat penginapan Javier manakala Lucyf pula ditempatkan di bahagian aras paling bawah.

Kereta diberhentikan di main entrance, salah seorang anak buahnya membukakan pintu kereta dan seseorang keluar dengan megahnya.

Pandangan Lucyf terus terarah pada susuk tubuh yang amat dia kenali itu.

Javier.

Lelaki itu memimpin seseorang keluar dari perut kereta keluar dan ia adalah isterinya.

Aleena Humairah.

Lucyf memejam matanya sambil menggenggan penumbuknya kuat. Wajah yang pucat, kesan love bite disetiap inci kulit mulus itu, hujung bibir yang terluka dan raut wajah yang penuh duka si isteri ditatap geram.

'I'll save you carrisima..'

Pinggang Aleena dirangkul Javier mesra sebelum beriringan berjalan masuk melepasi barisan anak buah Javier yang menunduk hormat.

Semuanya.. kecuali Lucyf.

Susuk tubuh Aleena dalam pakaian yang terdedah ditatap tanpa berkelip. Sungguh dia teramat rindukan gadis itu. Kalau diikutkan akal fikiran tak warasnya, mahu saja Javier dibunuhnya di situ.

Hanya sekali tembakan dan dia yakin Javier akan mati dalam kadar segera. Tapi Lucyf masih lagi waras. Anak-anak buah lelaki itu masih ramai di sekeliling.

Jika Javier mati di situ bermaksud dia juga akan turut mati apabila ditembak belasan orang-orang lelaki itu.

Dan yang paling dia tak dapat terima jika Aleena diapa-apakan. Jadi Lucyf mengambil keputusan untuk berdiam diri dahulu. Amarahnya dikawal dengan berzikir pada-Nya. Itulah pesanan yang selalu diberikan Aleena jika Dom dikawal marah dan mula mahu membunuh seseorang.

Susuk tubuh mereka dilihat dari mula melangkah masuk hinggalah hilang dari pandangan.

Dia berpura-pura kembali berkawal dan mengambil kesempatan itu untuk berhubung dengan Zen.

Jam pintarnya membolehkan dia menghantar dan menerima pesanan daripada sambungan komunikasi berfrekeunsi tertentu iaitu jam pintar Zen di tingkat atas.

"Aleena's here with Jav. Make sure you prepare yourself." perlahan suaranya bertutur perlahan sambil mata memandang sekeliling.

Pesanan dihantar.

Tit.

Zen melihat jam pintarnya dan berjalan ke hujung koridor, agak jauh dari orang lain. Tangan dipura-pura angkat seperti meramas rambut walhal dia sedang mendengar pesanan dari Dom.

Tit.

"Si Dom." tak banyak bertanya, dia mula menjalankan rancangan mereka.

Sebagai orang yang punya pangkat, Zen mengarahkan anak-anak buah yang lain menumpukan lebih kepada bahagian tertutup supaya tiada musuh yang akan mampu bersembunyi.

Satu magnet silver sebesar duit syiling 50sen dilekatkan di belakang beberapa gambar yang tergantung, agak berjauhan dengan yang lain dan dilekatkan juga di bawah meja-meja bunga di koridor tanpa sesiapa perasan.

Zen juga telah menyelinap masuk ke dalam bilik suite itu dan meletakkan satu bekas kaca kecil sebesar jari kelingking di dalam tandas di dalam bilik. Betul-betul di dalam laci meja.

Fungsinya akan diketahui kemudian.

Zen sudah siap sedia di depan pintu bilik bersama beberapa orang lagi. Pintu lif tak jauh dari situ terbuka dan susuk tubuh yang amat dirinduinya kelihatan.

Zen cuba mengawal perasaan dan emosinya melihat keadaan Aleena yang tak tumpah seperi pelacur yang dibawa ke hotel untuk dijadikan santapan.

"Come my dear.." tubuh belakang Aleena yang terdedah dipegangnya dan diiringi tubuh itu ke dalam bilik suite mereka.

Tapi sebelum saja pintu hendak dibuka, bunyi letupan yang agak kuat kedengaran dan serta-merta, satu hotel blackout.

Javier tak melepaskan pegangan di tangan Aleena, lampu dihidupkan dan dia mengarahkan beberapa orang anak buahnya menyeselaikan perkara itu segera.

Pintu bilik di buka dan Aleena dimasukkan ke dalam suite itu sambil dikawal 6 orang lelaki dan juga Zen.

Javier keluar, menghilangkan diri sebentar. Yang menerangi bilik itu hanyalah cahaya bulan saja. Aleena kaget di birai katil, tak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Walaupun dalam kesamaran malam, dia yakin jika dia melarikan diri, semuanya hanya sia-sia belaka. Dia tak mampu melepasi mereka semua..

Tak lama selepas itu seseorang menekup mulutnya kuat, Aleena cuba meronta tadi dipeluk kejap pula. Tiada sebarang suara kedengaran.

"Shh..Ni saya." suatu suara yang biasa dia dengari menyapa telinganya.

Zen?

"Nanti masuk bilik air, saya ada letakkan racun. Masukkan dalam air dia." terlalu perlahan dan betul-betul di telinganya.

Pegangan dilepaskan dan Aleena cuba menghadam setiap bait kata. Beberapa saat kemudian semua lampu mulai menyala terang.

Aleena bingung di duduknya. Semua wajah-wajah tak dikenali di dalam bilik itu diperhatikan teliti.

Tak lama selepas itu, Javier muncul bersama seorang lelaki. Letupan tadi hanya disebabkan oleh litar pintas di punca belakan kuasa di belakang hotel. Dan kini pihak hotel menggunakan backup power bagi menggantikan bekalan kuasa.

Javier tak fikir apa-apa yang negatif. Dia hanya menganggap itu hanya sebagai satu kebetulan saja.

"Out. All of you." arahnya kepada yang lain. Dia hanya mahu bersendirian bersama Aleena saja. Tiada yang akan menganggu malam pertama mereka.

Aleena sudah kecut perut menatap pandangan mata Javier, dia lantas menunduk gusar. Jari jemari sejuknya diramas-ramas lembut.

Semua anak buahnya tadi keluar seorang demi seorang dan semasa mahu menutup pintu, Aleena memandang ke arah itu.

Seorang lelaki yang rambutnya diikat pony tail pendek bagaikan memberikan isyarat padanya.

Tapi Aleena tak memahami. 'Diakah?'

Pintu bilik ditutup dan terkunci automatik. Javier sudah tersenyum miang padanya. Tubuh itu ditiliknya dari hujung rambut ke hujung kaki. Sempurna.

"So.. can we continue?" tak semena-mena kemeja ditubuhnya dibuka butangnya satu persatu sebelum ditanggalkan dari badan.

Aleena sudah cuak yang amat. Otaknya ligat berfikir langkah yang perlu diambilnya.

Bilik air.

Racun.

Minuman.

Baiklah!

Kemeja tadi dibiarkan terlucut jatuh dari tubuhnya. Javier tak menunggu lama, singlet nya pula dibuka kalut bagaikan begitu dahagakan seks.

Aleena dirapati sebelum tubuh itu diampunya, kedua belah kaki Aleena dikepitkan pada pinggangnya. Wajah mulus itu mula dikucupnya rakus.

Aleena jijik tapi dia relakan dulu, dengan selembut mungkin..

"Signore.." panggilnya sambil menolak tubuh Javier yang terlalu rapat dengannya. Lelaki itu yang sudah mula meratah batang lehernya kembali mengangkat kepala dengan wajah yang sudah menguyu.

"What is it dear?" tanyanya dalam nada berbisik.

"I.. I can accept you.. with all my heart. But. Can you promise to marry me after this?"

Tangan di dada Javier mengusap lembut tubuh itu, naik ke bahu dan leher Javier sebelum terhenti di rahang lelaki itu.

Aleena cuba menggoda Javier. Lelaki itu seakan-akan pelik melihatnya.

'I can feel something fishy here..' mata dikecilkan menatap Aleena.

"What about Dom? He's your husband right? Are you trying to make a fun of me Aleena?"

Rambut wanita itu dielusnya lembut sambil mata memerhatikan riak gadis itu. Mencari kebenaran.

"Yeah.. I know am wrong. He is so boring for me. After I'm looking at you just now.. am sure you going to please me well..." Aleena tersenyum menggoda sambil membuang pandangan lucahnya, memerhati atas bawah dan mengusap tubuh Javier yang tegap lembut.

"...in bed lot better than him. Don't you?" bisiknya perlahan di telinga Javier seraya menggigit geram cupingnya berkali-kali.

Rentak nafas Javier mula tak terkawal, "Sure.. I'll make a fucking damn with you tonight my dear." bisiknya lagi sebelum mencumbu bibir Aleena dalam, Aleena hanya membiarkannya dalam tak rela sambil meramas rambut Javier bagai turut inginkan lelaki itu juga.

Apabila sedar tangan Javier sudah mula mahu membuka gaun di tubuhnya serta-merta Aleena menolak perlahan tubuh Javier.

Ciuman mereka dileraikan. "What's the matter?" Javier bertanya lembut.

"Am thirsty. I want a juice. Can I?" Aleena berlagak manja. Bibir sengaja dimuncungkan comel.

Senyuman mula terukir di bibir Javier, dia mengangguk perlahan sebelum kembali mengucup bibir Aleena seketika.

Tubuh itu diletakkan dia atas katil dahulu.

"What do you want to drink dear?" Javier mula melepaskan pelukan mereka dan menuju ke meja kopi di sebelah katil.

Butang interkom telefon di tekannya sambil memandang Aleena dengan senyuman.

Aleena mula yakin strateginya akan berjaya. Dia perlahan-lahan ke Javier sebelum tubuh itu dipeluk kejap dari depan.

Tak seperti Dom, Javier jauh lebih tegap dan tinggi. Aleena terpaksa mendongak memandang wajah Javier kerana ketinggiannya hanya pada paras dada lelaki itu saja.

"Pomegranate juice. But.. I don't want to drink alone.." dia bertutur manja sambil menatap Javier.

Lelaki itu ketawa senang sebelum menunduk mengucup dahi Aleena.

"I'll accompany you okay?" tanyanya lembut dan Aleena mengangguk laju dengan senyuman penuh maknanya.

"Give me pomegranate juice and black coffee." butang interkom dilepaskan. Pesanan diterima.

"Can we?" tanya Javier lagi sebelum kembali memeluk Aleena.

Kepala digelengkan manja. Aleena tak mahu perkara yang lebih lanjut berlaku. Dia tak akan sesekali mencurangi Dom. Tak akan.

"I need to use the bath first." tuturnya lagi sebelum menolak manja tubuh Javier ke atas katil dan melangkah ke bilik air.

Lelaki itu juga langsung tak menghalangnya.

"Don't be to long Aleena.. I'm horny." Aleena memaling memandang Javier yang sudah berbaring memandangnya dan dia hanya ketawa kecil sebagai balasan sebelum lolos ke dalam bilik air.

Pintu dikunci dan keseluruhan bilik air itu digeledahnya mencari racun yang dimaksudkan.

'Mana ni? Ya Allah..' dia mencari kalut.

'Aku harap semuanya akan baik saja..'

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-11 00:01:17 

night awak..

Mimie Harmiza
2020-07-11 00:00:45 

bestt.jntung dup dap bca..kita pulk gementar bca chapter ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience