Bab 3~First date

Romance Series 830

Kebelakangan ini, Haris dengan aku banyak juga 'contact', keluar jalan-jalan dengan Dzikri dan macam-macam lagi lah.

Makin lama aku dengan Haris, makin aku jatuh cinta dengannya. Aku jatuh cinta bukanlah hanya dengan paras rupa tapi sifatnya sama. Jikalau dia suami ku, pasti aku akan hidup aman dan Dzikri pun dapat kasih sayang ayah yang sepenuhnya. Eh.. terberangan jauh pula, hingga kahwin dibuatnya.

Tapi aku kena ingat, aku sebenarnya banyak bohong kepadanya tentang latar hidup aku. Aku kata aku janda lah, padahal sebaliknya. Tapi aku tak takut nak beritahu dia fasal arwah mak ayah aku.Mungkin dah jadi biasa dari kecil kena jawab persoalan macam tu.

Aku memanglah jatuh cinta dengan Haris. Tapi.. Haris, dia sukakan aku juga kah?Kalau aku mahu tanya dia, takut malu. 'Nervous' aku bukan boleh bawa bincang. Sekali nak cakap pun tak boleh, tergagap-gagap.
Dzikri selalu juga beritahu aku yang dia suka sangat dengan Haris. Katanya dia baik sangat. Dia dah anggap Haris tuh macam ayah dia dah.

Aku banyak beritahu kepada Haris bahawa Dzikri nih memang sukakan sangat dengan dia. Haris pun suka sangat dengan Dzikri. Dia tak banyak songeh katanya.

Mungkin lebih kurang 3 bukan juga lah, aku sudah berkawan dengan Haris. Aku banyak tahu fasal latar belakang Haris. Nak kata Haris nih ada kehidupan yang senang dan bahagia bukan macam aku yang kusut dan penuh dosa nih. Kadangkala aku selalu rasa tak layak dengan Haris. Kehidupan aku memang 'opposite' dengannya.

Suatu hari aku berjumpa dengannya dan bertanya yang dia dulu pernah ada 'relationship' ka?

Dia balas

[THROWBACK]

“Haah.. memang saya pernah ada. Masa tuh lama juga, saya dengannya lebih kurang 2 tahun jugalah.Saya 'break' dengan dia pun sebab dia curang dan 'gold digger'.
Dia masa kami jumpa dulu, baik sangat.Ambil kisah fasal saya, kalau ada masalah, dia ada tenangkan saya. Tapi tak lama, lepas tuh dia terus berubah.”


==============

Kalau lah Haris tahu kisah benar aku, pasti dia kecewa, tiada beza pun aku dengan bekas kekasih dia tadi yang diceritanya malah aku lagi teruk. Aku benci membohong dekat dia tapi macam mana aku nak berterus terang. Kalau aku beritahu siapa aku, pasti dia akan jauhkan diri daripadaku. Aku cuma perempuan hina yang penuh dosa, aku tak layak dia. Tapi macam mana kalau disebabkan dia, aku boleh berubah. Mungkin suatu hari nanti aku akan beritahu Haris juga kebenarannya tapi perlu tunggu waktu yang sesuai.

Tiba-tiba telefonku bunyi menunjukkan ada mesej untukku.

“Wah.. Haris lah . "

Haris:Assalamualaikum, Arina

Arina:Waalaikumussalam, ya kenapa Haris?
Haris:Ermm.. sebenarnya saya nak ajak awak keluarlah malam nih tapi kali nih dekat tempat 'special' sikit. *send location
Restoran Sendayu Teman*

Arina:Ehh.. awak janganlah bawa saya pergi tempat mewah-mewah. Saya tak layak pun. Saya takdak duit lah nak bayar semua tuh.

Haris:Tak palah bukan selalu. Lagipun saya belanja, bukan guna duit awak pun.

Arina:Wah.. betulkah?!

Haris:Betullah. Make sure tau datang pukul 8 nanti. *happy face emoji*
Oklah.. assalamualaikum

Arina:insya-Allah... waalaikummussalam.

Jangan 'describe' lah, perasaan aku macam mana. Mestilah 'happy' giler. Uwu~
Alahai, Haris nih 'sweet' sangatlah.
(Blushing)

Aku akan pakai cantik-cantik untuk Haris. Jadi untuk dapatkan baju cantik, aku mesti pergi 'shopping'.

“Dzikri.. jom, kita nak pergi beli baju baru.”

Tanpa berfikir panjang,aku terus mengajak Dzikri ikut aku membeli baju baharu kemudian Dzikri membalas

“Eh.. mama, kenapa tiba-tiba nak beli baju baru nih. Ha.... mesti nak jumpa abang Haris kan? ”

Aku cuma memberi senyuman manis kepadanya tandanya betullah tu.

“Dzikri suka yang mana, pilihlah. Takpe mama belanja.”

“Terima kasih mama.”

Dekat-dekat nak pukul 7 dah rupanya aku beli-belah. Hah kena cepat bersiap ni, pukul 8 dah kena ada kat tempat makan.

Dan aku pun memakai 'makeup' untuk kelihatan lebih segak pada malam.Semburan minyak wangi disembur banyak kali supaya aku wangi dan lebih segar. Barulah aku kelihatan 'attractive' taping jangan terlebih minyak wangi pula nanti terlebih wangi pening kepala dibuatnya.

Hati aku mula berdetik sama ada aku perlu bertudung ataupun tidak. Apabila aku sedang memikirkan, aku melihat jam. Hah?! jam sudah menunjuj pukul 8. Tidak sempat aku ingin memikirkan kembali hal ini, aku perlu bertolak segera.

“Dzikri... jom. Kita kena pergi dah. Dah pukul 8 ni, kita kena cepat.Jom.”

~~~~~

Dalam perjalanan aku berasa amat kecewa akan aku kerana 'first date' macam nilah, aku terlambat.

Hati aku berbisik

“Haish, mesti Haris kecewa kan dengan aku. Terlambat sepuluh minit. Huwaa.. malunya.”

Aku keluar dari kereta dan lihat restoran yang sangat mewah.

“Takkan ni restoran yang aku nak makan nih. Allahu, mewahnya. Aku rasa malu pula kerana sejujurnya gaya aku, gaji aku tidak sesuai di tempat sebegini.”

Aku masuk dan kelihatan tidak ada seorang pun yang ada di dalam restoran Itu. Kemudian aku ternampak seorang jejaka tampan yang sedang menunggu seseorang iaitu 'aku'.

Jujurnya, aku rasa mahu pengsan sahaja melihat Haris. Tampannya tidak terkata. Dah la baik, hensem pulak tuh. Ada lagi jejaka macam ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience