Bab 3

Romance Series 1597781

Bab 3

Puan Ilyaa hanya terdiam ketika mereka berada di meja makan untuk menikmati sajian tengahari. Setiap suapan terasa pahit di tekak dan dipaksa untuk menelannya dengan air kosong. Jiwanya kosong walaupun jasadnya kelihatan cantik dan elegan sebagai isteri kepada Pengerusi Phoenix Group.

Phoenix Group adalah satu organisasi yang sah di sisi undang-undang tetapi ia adalah satu payung yang melindungi segala aktiviti haram kumpulan itu. Mereka adalah agensi pinjaman wang yang paling kukuh. Jumlah pinjaman yang melebihi ratusan ribu dan dari golongan tertentu. Malah, mereka juga menerima pinjaman dari organisasi yang memerintah. Kuat dan kukuh, adalah gambaran kepada kumpulan itu.

Berbeza dengan pinjaman bank yang memerlukan pelbagai prosedur, kumpulan itu hanya perlu mengambil masa beberapa saat untuk memindahkan wang jika pelanggan mempunyai pajakan yang bernilai tinggi dan perjanjian yang menguntungkan. Tetapi, jika mudah proses pinjaman, pasti akan ada keburukannya.

Jika peminjam gagal membuat pembayaran seperti di dalam perjanjian, mereka akan merampas apa sahaja yang boleh menjadi keuntungan. Pembayaran balik yang berganda pasti menjerut leher peminjam dan itulah yang menjadikan kumpulan itu digeruni. Kerana kekayaan mereka, mereka sering membiayai pelbagai organisasi supaya mereka tidak diganggu. Kukuh dan tidak mudah ditumbangkan.

“Ezhal ada hantar laporan semalam. Ada beberapa kes yang belum selesai...” kata Tuan Farouq dengan tenang. Dia menyuap makanan tengahari itu dengan tertib.

Raees memandang Tuan Farouq dengan serius. Dia sedar, keadaan kesihatan dirinya kebelakang ini menyukarkan tugasnya.

“Saya akan selesaikan tak lama lagi,” jawab Raees.

“Kenapa slow sangat sekarang? Masih tak sihat?” soal Tuan Farouq lagi.

Raees terdiam dan memandang Puan Ilyaa yang hanya diam sejak tadi.

“Saya dah sihat, pengerusi.”

“Kenapa? Tak sihat sebab nak berbini ke?” terjah Tuan Farouq tanpa berselindung.

Raees menelan air liur dan wajahnya terus merah padam. Puan Ilyaa meletakkan sudu di atas pinggannya lalu memandang Raees.

“Tak ada perempuan baik yang sanggup jadi menantu keluarga ni...” kata Puan Ilyaa dengan sinis.

“Ilyaa!” marah Tuan Farouq.

“... Saya bukan nak menantu. Saya nak anak saya kembali ke rumah ni!” tegas Puan Ilyaa.

“Jangan sebut pasal tu! Kamu lupa ke kenapa dia dihantar ke luar negara?! Sekarang dia yang pilih untuk tinggal di sana!”

“Kalau macam tu, biar saya tinggal dengan dia di sana! Awak boleh hidup di sini dengan anak kesayangan awak ni!” kata Puan Ilyaa lalu menjeling tajam ke arah Raees yang hanya diam.

“Jadi kamu nak tinggalkan rumah ni?” soal Tuan Farouq dengan wajah merah padam.

“Ya, saya akan pergi kepada anak saya!” balas Puan Ilyaa dengan air mata yang bergenang walaupun wajahnya tegas dan serius.

Tuan Farouq mengetap bibir geram membalas pandangan isterinya itu.

“Saya akan pujuk dia balik...” kata Raees dengan perlahan untuk meredakan perbalahan kedua ibu bapanya itu.

Puan Ilyaa dan Tuan Farouq terus memandang anak sulung keluarga itu.

“Pastikan kamu boleh bawa dia balik!” tegas Puan Ilyaa.

“I'm done!” Tuan Farouq pantas menolak kerusi ke belakang kerana sudah hilang selera.

Pantas Raees turut bangun berdiri untuk menghormati lelaki itu. Tuan Farouq terus meninggalkan meja makan itu tanpa menghabiskan makanannya.

Raees kembali duduk dan hanya terdiam apabila hanya tinggal berdua dengan Puan Ilyaa.

“Pastikan kamu boleh bawa pulang adik kamu. Kalau tidak mummy akan tinggalkan rumah ni dan bapa kamu.” ugut Puan Ilyaa lalu bangun meninggalkan Raees dengan pandangan penuh kebencian.

“Mummy... I'm still your son...”

Langkah kaki Puan Ilyaa terhenti walaupun dia tidak menoleh.

“Tengok muka kau buat aku bertambah sakit... Jangan selalu tunjuk muka di sini!” ujar Puan Ilyaa dan dia meneruskan langkah keluar dari ruang makan tanpa memperdulikan perasaan anak sulungnya itu.

Raees menggengam sudu sehingga bengkok lalu mencampaknya ke tengah meja. Sekadar melepaskan sedikit tekanan.

Raees menarik nafas panjang sebelum bangun dan melangkah ke arah pintu ruang makan. Seorang pembantu rumah menghulurkan kot kepadanya dan Raees menyarungkan ke badan sebelum terus bergerak ke pintu utama.

Sebuah kereta jenis Bently berwarna hitam terus berhenti di hadapan pintu utama dan pemandunya bergegas keluar untuk membuka pintu. Raees melangkah masuk dengan wajahnya yang merah padam. Kenderaan itu terus meluncur laju menuju pintu pagar utama dengan diiringi sebuah lagi kenderaan di belakang.

Lelaki itu terus terasa kepalanya berat dan memejamkan mata dengan rapat.

“Bos masih tak sihat?” soal pemandunya.

“Pergi hotel...” jawab Raees dengan perlahan. Apa kena dengan badannya sejak kebelakangan ini? Adakah sebab dia sudah lama tidak berhibur?

Raees terus mengambil telefonnya dan mencari satu nombor. Dia menghubungi wanita yang dijumpai di sky bar semalam.

“Tuan Raees... Buat apa call I siang-siang ni. You tahu kan ni waktu I rehat. I'm sleepy...” jawab Clara dengan suara serak.

“Clara, hantar someone ke suite I malam ni.”

Clara terus membuka matanya dengan luas. “Wow... I ingat siang-siang. Okay... Nak yang macam mana?”

“Virgin...” balas Raees.

“Damn you! Virgin? Mana sempat, you jangan buat lawak siang-siang Raees!”

Raees sempat ketawa lemah. “Whatever, I batalkan booking. Sorry ganggu you.”

“Raees!!” jerit Clara dihujung talian sebelum Raees mematikan panggilan.

“What the fuck! Kau fikir apa Raees?!" Raees menjerit geram dan mengambil Panadol lalu menelannya dengan pantas.

“Air bos!” pemandunya Jasni lantas menghulurkan botol air dari depan.

Raees mengambil botol itu dengan kasar lalu menelan air dengan sekali nafas.

“Ahhh!” Raees kembali menyandar dan cuba mengawal nafasnya.

Ujian darah dan segala bentuk rawatan terbaik sudah dibuat, tetapi semua doktor tidak menjumpai masalah dan puncanya. Adakah dia sudah disantau? Huh... Raees menolak tepi perkara mengarut seperti itu!

***

Elena mula terasa gementar apabila dia dibawa ke tempat letak kenderaan di bawah tanah. Bangunan itu adalah sebuah hotel mewah di tengah bandaraya. Tetapi laluan yang mereka masuki seperti laluan khas yang tidak dilalui oleh sesiapa sama ada staf ataupun tetamu hotel.

Pintu automatik ditutup sehingga rapat ketika kenderaan itu melepasi. Elena terasa dunianya gelap kerana matanya sudah ditutup dengan ikatan kain sejak masuk ke dalam kenderaan itu, tetapi tangannya masih bebas. Dadanya terasa mahu meletup kerana terlampau ketakutan tetapi luarannya kekal tenang. Dia hanya mampu menggenggam tangan dengan erat untuk mengumpul kekuatan.

Kenderaan itu berhenti. Elena cuba menarik nafas dalam-dalam supaya dia tidak panik.

“Keluar!” kata lelaki itu setelah membuka pintu kereta.

Elena berhati-hati ketika melangkah keluar kerana dia tidak nampak apa-apa! Tiba-tiba tangannya disentuh dan spontan Elena menepis dengan memusingkan tangan lelaki itu.

“Don't touch me!”

“Kau nak kami heret kau ke dalam?! Jangan melawan!” Lelaki itu mengerutkan dahinya kerana terasa pergelangan tangannya sakit sebelum dia berjaya menariknya.

“Perempuan... Kalau kau nak adik kau selamat. Kau ikut je.” Kali ini kedengaran suara Kamal memberi amaran dengan tegas.

Tiba-tiba tangannya dikilas ke belakang lalu diikat.

“Jangan ikat saya!” jerit Elena.

“Diam! Kau tak akan apa-apa kalau tak melawan!”

Elena mengetap bibir lalu terdiam. Akhirnya dia membuka langkah dengan mengikuti lelaki itu. Lengannya dipegang dengan kejap. Elena menaiki tangga sehingga ke tingkat satu dan kedengaran lif terbuka. Dia yakin itu pasti lif rahsia bangunan ini.

Terasa agak lama perjalanan ke atas dan peluh sejuk telah merenik di dahinya. Dia semakin panik walaupun sedaya upaya menahan.

“Saya nak jumpa adik saya dulu. Saya nak pastikan dia selamat.” kata Elena tegas supaya dia dapat bertahan. Dia tidak mahu rasa panik menjatuhkan semangatnya dan tujuannya ke sini.

“Kau sepatutnya fikir diri sendiri dulu sekarang ni...” ujar suara lelaki itu dengan sinis. Baginya perempuan ini terlalu berani jika ingin dibandingkan dengan adik lelakinya.

Elena menahan rasa untuk melawan. Dia tahu, dengan kudratnya sebagai seorang wanita dia tidak mampu berlawan dengan lelaki-lelaki kasar ini. Apa yang mampu dia lakukan sekarang... Hanyalah rundingan! Dia perlu membawa keluar Emir dari sini!

Tubuhnya ditolak kasar masuk ke dalam sebuah bilik. Ketika itulah Elena hanya mampu berdoa di dalam hati. Dia disuruh duduk di atas sebuah kerusi dan menunggu di situ.

“Jangan cuba menjerit... Atau kami akan ikat seluruh badan kau. Kau sendiri yang nak datang kan?!” sergah Kamal.

“Di mana dia? Di mana bos kau?!” balas Elena dengan berani. Dia sudah tidak mampu bersabar.

“Adik pengecut... Kakaknya boleh tahan...” ejek seorang lelaki yang mengiringinya tadi.

“Bos mesti suka...” kata Kamal sambil tersengih. Mereka berdua mengambil peluang itu untuk meneliti tubuh Elena.

Elena terasa tidak selesa seolah dia dapat merasakan sesuatu tidak kena. Nafasnya yang kencang menyebabkan dadanya turun naik. Dia yakin pasti tubuhnya sedang diratah oleh mata lelaki-lelaki durjana itu. Kebetulan kemeja yang dipakainya itu agak sendat.

Elena terus mengawal nafasnya. Dia menarik nafas dengan lebih dalam. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu dibuka dan bunyi derapan tapak kaki beberapa orang memasuki bilik itu. Elena kembali menegakkan badan dan air liurnya ditelan dengan rasa kesat.

Raees akhirnya berdiri berhadapan dengan wanita muda itu. Dia turut meneliti wanita itu dari atas sehingga ke bawah. Dia mulakan dengan kaki, wanita itu memakai kasut sneakers berwarna hitam. Seluar jeans berwarna gelap dan betisnya yang panjang. Mata Raees turut melihat bentuk paha yang ideal walaupun wanita itu sedang duduk.

Kemeja warna nude berkain licin menggambarkan wanita itu pelajar universiti yang bergaya. Dia terhenti di dada wanita itu yang agak... Menonjol. Adakah hanya kerana span bra? Soalan itu tiba-tiba bermain di kepala.

“What are you looking. Please say something! Where's your bos! He is here isn't?!”

Terus berkedip mata Raees katika itu lalu pandangan jatuh ke bibir dan hidung wanita itu pula. Matanya ditutup. Rambutnya ikal dan dibiarkan lepas melepasi bahu. Kulitnya cerah dan mulus. Masih muda dan... Fresh.

“Jangan menjerit!” Vicky terus menampar pipi Elena sehingga terteleng.

Ketika itu juga mata Raees tajam ke arah Vicky. Tumpuannya terganggu dengan tindakan drastik lelaki itu. Vicky terdiam apabila melihat pandangan tajam Raees. Nampaknya dia telah bertindak melulu tanpa sebarang arahan dari bosnya itu.

Elena mengetap bibir kerana terasa pedih dengan tamparan itu. Dia kembali menegakkan badannya dan mukanya diangkat ke hadapan.

Raees melihat kesan tamparan itu di pipi Elena yang tampak berbirat. Mencacatkan pandangannya serta merta. Raees terasa moodnya terganggu dengan situasi itu. Dia mengurut lehernya untuk mengawal rasa mahu mengajar Vicky.

“I'm sorry bos.” kata Vick kerana dia menyedari kesilapannya.

Raees mengangguk tanpa mahu memanjangkan hal itu.

“Kenapa saya kena pakai penutup mata ni? Pengecut macam kau memang suka hidup bersembunyi kan? Pukul perempuan yang diikat adalah perbuatan paling pengecut!” ejek Elena dengan sinis kerana sakit hati mendapat tamparan yang kuat itu.

Ezhal yang turut berada di situ terus menahan Vicky yang terasa mahu meletup.

“Perempuan... Dia tetap perempuan walaupun nampak berani. Kau tahu prinsip bos kan?" Bisik Ezhal dengan tegas di telinga Vicky.

Raees mengecilkan mata melihat keberanian wanita muda itu. Dia melangkah setapak ke hadapan.

“You datang untuk tebus adik you?” soal Raees dengan perlahan.

Elena memicing telinga mendengar suara garau tetapi gentleman itu. Seolah bukan suara milik ketua kongsi gelap. Tetapi... Organisasi ini bukan kongsi gelap. Elena yakin tentang itu.

“Ya! Tolong lepaskan kami. Kami tak ada kena mengena dengan hutang papa kami!”

“Papa you tak mampu bayar semula pinjaman. Sekarang dia pun dah hilang. You rasa... I akan sedekah macam tu je?” soal Raees.

Elena tersengih sinis. “Papa aku akan balik. Dia tak akan biarkan kami tanggung semua ni.”

“Malangnya... Dia dah sebulan hilang.” balas Raees sambil memerhatikan mimik wajah wanita itu.

“Jadi apa kau nak?!!” jerkah Elena.

“Adik you akan jadi ahli kumpulan kami. Berkhidmat untuk I seumur hidup... Harus taat dan setia...”

Elena pantas berdiri. Darahnya sudah menyerbu ke muka.

“Dia masih budak sekolah! Dia ada masa depan! Jangan hancurkan hidup adik aku!”

“Itu je cara untuk langsaikan hutang keluarga you, dear...”

Elena terasa nafas lelaki itu terhembus panas ke wajahnya. Pantas dia berundur ke belakang sehingga terlanggar kerusi.

“Jangan dekat!”

Raees menegakkan kembali badannya. Wajah ketakutan wanita itu benar-benar menarik.

“Adik you dah setuju... Dia akan sertai kami.” kata Raees dan dia kembali serius.

Elena menggeleng dengan pantas. “No! Tak boleh... Ambil saya! Ambil saya! Saya boleh gantikan dia!” Elena menangis teresak-esak ketika melafazkan ayat itu. Dadanya terasa dihimpit dengan batu yang terjatuh dari tempat tinggi. Sangat sakit!

Kedengaran suara ketawa beramai-ramai di dalam bilik itu.

“Kau nak berkhidmat untuk apa seumur hidup?” ejek Vicky.

“Bos... Menarik ni.”

“Rasanya kakak lebih berbaloi dari adik.”

Elena terasa tubuhnya terus menggigil dalam ketakutan apabila mendengar suara-suara itu. Tetapi... Tiba-tiba dia mengumpul kekuatan.

“Saya boleh buktikan saya lebih berkelayakan! Saya boleh tumbangkan lawan walaupun dengan penutup mata ni! Try me!” tegas Elena dan dia terus berdiri tegak. Dia tiada pilihan!

Raees mengangkat kening sebelah. Vicky terus selangkah ke hadapan dengan wajah bengang.

“Bos...” Vicky meminta kebenaran dari Raees untuk menyahut cabaran Elena. Inilah peluang dia mahu mengajar perempuan biadap itu.

Raees mengangkat tangan supaya Vicky ke belakang. Dia membuka kotnya dengan perlahan sehingga semua anak buahnya memandangnya dengan tidak percaya. Ezhal terus menyambut kot itu dari tangan Raees.

Raees mengarahkan dengan isyarat mata supaya ikatan tangan Elena dibuka.

Elena terus menarik tangannya apabila bebas. Dia memberi fokus kepada lawannya di hadapan walaupun dia tidak tahu siapa. Adakah salah seorang lelaki bawahan bos itu? Atau...

Elena terus bersedia dengan kedudukan untuk mempertahankan diri.

“I can't see you. Jadi, kau mulakan!” tegas Elena.

Raees selangkah ke hadapan dan menyentuh lengan wanita itu. Elena pantas menolak tangan itu dan membuat pusingan badan. Satu tendangan sisi yang cukup sempurna tepat di sasaran iaitu dada lelaki itu sehingga lawannya terdorong ke belakang dan jatuh terduduk. Sangat pantas dan lawannya seolah tidak sempat bersedia.

Raees ketawa besar walaupun semua orang-orangnya terdiam dan kelu melihat teknik pantas wanita itu walaupun tanpa melihat. Mereka melihat Raees terduduk di lantai tetapi tidak berani untuk bersuara atau membuat sebarang tindakan.

Raees masih ketawa lalu bangun berdiri. Dia melihat Elena masih dalam kedudukan untuk berlawan. Dadanya yang turun naik itu menjadikan Raees lebih tertarik. Tetapi, ramai pula mata yang memandang.

Raees terus melangkah luas ke hadapan dan menarik tangan Elena. Elena cuba melawan tetapi tindakan lelaki itu lebih pantas sehingga seluruh badannya dikunci... Dalam dakapannya!

“Lepaskan aku!” jerit Elena. Dia cuba membuat teknik untuk melepaskan diri dari pelukan belakang tetapi tidak berjaya!

“You lulus...” bisik Raees di telinga Elena.

“Damn it!! You son of a bitch!” jerit Elena sambil cuba merungkai tangan sasa di pinggangnya itu

Raees tersengih dan tiba-tiba dia terasa bertenaga dan tidak lemau. Kunci di badan wanita itu masih belum dibuka. Sehingga Elena penat meronta.

Share this novel

Nur Naimah
2022-07-09 20:58:38 

update lagi sis

Nur Naimah
2022-07-07 08:26:19 

nak update lagi sis

fea
2021-12-16 20:43:15 

omg rindunya novel ni !


NovelPlus Premium

The best ads free experience