Bab 14

Romance Completed 15358

"Here, I think this is the last two seat that we have." Ujar pramugari itu sambil mencari-cari kerusi lagi.
Kerusi yang aku dan Ryoga dapat itu adalah bersebelahan. Tetapi, kerusi di dalam keretapi itu disusun bertiga-tiga. Kami dapat sebuah di tepi tingkap dan sebuah lagi di tengah. Kerusi yang paling luar di barisan itu sudah mempunyai tuan. Seorang wanita sedikit tua dari aku. Jadi, kami membuat keputusan, Ryoga duduk di tepi tingkap dan aku duduk di tengah.
Kami hanya mendiamkan diri. Okey, janggal. Nasib baik ada tempat letak tangan di tengah.
Keretapi mula bergerak. Wah! Macam seronok sahaja keretapi ni. Tapi, aku tak tahu nak buat apa. Nak tidur, tak ngantuk pula. Aku pun membuka telefon pintarku lalu membuka Instagram. Tengoklah, mungkin ada benda yang menarik. Ryoga pula sudah memasang earphone. Antara dua, sama ada dia main permainan video atau dengar lagu.
Aku terus melihat apa yang tular di Instagram sambil membelai Rygo di ribaku. Kalau aku pun pakai earphone, nanti ada yang melalak. Aku tekan pada paparan carian. Maka keluarlah segala Instagram rasmi bullet train dan ahli bullet train. Aku sahaja tekan kerana melihat ada sesuatu yang baru mereka muat naik di Instagram rasmi mereka. Aku tekan pada satu gambar. Uish, gambar mereka sewaktu konsert di Tokyo Dome tempoh hari. Aku terperasan tarikh yang dimuat naik.
25 Disember!!? Kejap!
"25th December? Hari ni, 26 hari bulan 12, kan? Eh? Er, Ryoga-san, Yusuke's birthday was two days ago, right?" Soalku. Dia memberhentikan permainannya. Kantoi lah main game. Bekas pemain profesionallah katakan.
"Ouh, ha, ya. Nanda? (Why?)"
"Ah, I forgot to wish him happy birthday. Aishh!" Keluhku. Dah boleh ucap selamat hari lahir depan-depan, lupa pula.
"Oh, just text him. By the way, awak punya bila?" Soal Ryoga ingin tahu.
"Punya? Punya apa?" Aku pelik. Aku punya apa ni? Aku tiba-tiba jadi lambat tangkap sikit selepas duduk sebelah dia ni. Hehe.
"Sakina-chan no tanjoubi. (Awak punya hari jadi.)" Jawabnya tersenyum lalu membetulkan posisi menghadap ke arahku dan terus memandang aku.
"Oh, erm, bila, hah? Aaa..matte." Soalku sendiri cuba mengingat sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Amnesia sekejap.
"Ha, 14th May." Aku menjawab pertanyaannya tadi sambil tersenyum lebar.
"14th May, majide?!!" Ryoga terjerit dan dia terus menarik earphone yang dipakainya. Memang riak wajah dia terkejut sangat lah.
"Shh, awak ni, menjerit sampai satu geravak dengar. Haha." Aku berbisik kemudian ketawa.
"Oh, gomen. Hehe" Dia turut berbisik. Aku ketawa lagi. Haha! Comel gila.
"Kenapa terkejut sangat?" Soalku. Aku memandang dia sambil membelai Rygo.
"Wow! Your birthday only two days after Tiara's birthday! Waa~ I've never met someone who birthday date that sooo close with Tiara yet. You are the only one. How old are you this year?" Nampak begitu teruja dia apabila dapat tahu hari lahir aku amat dekat dengan Tiara kesayangan dia tu. Dia semakin tertarik dengan topik ini nampaknya.
"Watashi wa juu nana sai desu. (Umur saya 17.) Haha, I'm too old." Aku ketawa. Tak, sebenarnya, aku tahu je hari lahir aku dekat dengan Tiara dan aku sebaya dengan Tiara. Hm, sengajalah aku buat-buat macam tak tahu.
"Hontou ka?! (Seriuslah?!)" Dia buat muka terkejut. Terlalu terkejut agaknya. Waktu mula-mula aku tahu pun, aku terkejut juga. Haha! Rilek, baru sama dengan haiwan peliharaan, bukan dengan tuannya.
"Hontou ni. (Serius.) Doushite? (Kenapa?)"
"Tiara to onaji! (Tiara pun sama!) Ahh! Shinjirarenai. (I can't believe it.)" Dia masih terkejut.
"Sayang betul awak pada Tiara, ya?" Saje menyoal.
"Hai'. Dialah peneman saya dari saya kecil sampailah saya dah meningkat dewasa ni." Ujarnya. Memang betul-betul dia sayang kat Tiara. Takkan tak sayang, dari kecil Ryoga jaga Tiara sampailah umur Tiara 17 tahun.
Setengah jam telah berlalu, kami masih di dalam keretapi. Kami berbual sedang wanita di sebelahku sudahpun tertidur nyenyak.
(Ryoga POV)
Wahaa! Hari lahir dia hampir sama dengan Tiara. Wow! Tak percaya aku. Tapi, kenalah percaya juga. Aku punya hari lahir pun jauh 5 bulan dengan Tiara kesayangan aku itu.
"Boleh saya tanya something?" Soalku memandang dia yang sedang tersenyum. Entah kenapa mukanya nampak gembira walaupun terlepas flight pagi tadi. Dia hanya mengangguk.
"Macam mana awak boleh kenal kami, Choutokkyuu?" Aku bertanya. Saje nak tahu macam mana dia boleh kenal kami.
"Alyn. Dia yang kenalkan Choutokkyuu pada saya. Dan sekarang saya rasa bersyukur sangat dia kenalkan saya pada awak. Eh, ma-maksud saya, pada Choutokkyuu." Ujarnya lalu memandang ke arah lain. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin terlepas kata. Haha! Aku dengar.
"Choutokkyuu has 7 members. Tapi, kenapa awak pilih saya?" Soalku sambil tersenyum lebar. Aku ingin juga tahu.
"Haha, wakarannai. (Haha, saya tak tahu.) Okeylah, saya cerita lah sikit. At first, after Alyn explain yang Choutokkyuu's members ada colour masing-masing, saya of course terlintas cari warna purple. Ya, saya memang gila purple. Tapi, itu pada mulanyalah. Itu cerita tiga tahun lepas. Then, sikit demi sikit saya masuk dalam dunia Choutokkyuu. Saya tengok perangai awak. Awak sangat suka buat lawak. Awaklah leader dan awaklah pelawak dalam Choutokkyuu. At that time, saya merasakan saya tak salah pilih orang untuk diminati. Saya suka tengok awak buat lawak, walaupun hanya boleh tengok dalam video sahaja. Lama-kelamaan, saya sedar yang saya suka awak bukan sebab warna tapi, sebab hati awak. Hati awak yang ikhlas nak menghiburkan semua peminat awak dengan lawak awak tu. Hanya untuk peminat awak gembira. Lepas saya jumpa awak dan kenal awak secara face to face, now I like you because I know your true colours. Awak memang seorang yang sangat ikhlas. Awak sanggup tolong saya walaupun saya ni cuma stranger bagi awak." Dia memandangku sambil tersenyum mansi. Aku terdiam sebentar dengan kata-katanya.
Weh, dia cakap 'I like'. Korang perasan tak? 'I like'! Wah, dia suka aku ke? Tapi dia kan peminat aku, mesti lah dia suka aku. Eh, tapi tak boleh juga. Minat dan suka lain. Tapi, dia minat tak pandang rupa, eh? Wah, bagus, bagus! Haha! Yalah aku ni bukannya kacak sangat pun. Panjang lebar dia bercerita.
"Sekarang awak bukan lagi stranger to me. Saya dah kenal awal jadi, saya akan sentiasa ada untuk awak." Balasku turut tersenyum. Ah, indahnya hidup ini jika dia itu milik aku. Haha! Ryoga, Ryoga, jiwang betul!
"Ehem, tak takut ke duduk dengan peminat sendiri?" Soalnya seperti mahu menyakat aku. Bukan boleh duduk diam sahaja si nakal seorang ini. Aku apa lagi, jawablah.
"Buat apa nak takut kalau duduk dengan orang yang kita suka." Jawabku tersenyum. Terbuntang mata dia. Kaku terus. Aku ketawa. Dia terus menukar topik.
Kami masih berbual dan menangkap gambar berdua sehingga suatu ketika dia menguap.
"Ngantuk ke?" Soalku. Kesian pula dia ngantuk.
"Eh, tak adalah." Iya ke dia ni? Aku tengok mata pun dah macam tak boleh nak buka. Dia ketawa. Dia ni memang banyak ketawa sahaja aku tengok. Bak kata orang, kalau seseorang itu asyik ketawa sahaja depan kita, dia adalah orang yang paling menderita belakang kita. Aku percaya, suatu hari nanti aku akan nampak juga dia nangis depan aku. Masa tu, aku nak aku lah satu-satunya orang yang boleh hiburkan hati dia. Woi, woi, jauh sangat kau fikir ni, Ryoga.
Lama kami mendiam. Tiba-tiba kepalanya tersengguk ke arahku. Lah, kesiannya dia tidur seperti itu. Mesti dia penat sangat. Dia kembali terjaga dan membetulkan posisi duduknya lalu menggosok matanya. Aku hanya memerhatikan dia. Kepalanya kembali tersengguk ke arahku sehinggalah dia mendarat dibahuku. Aku membiarkannya sahaja. Kenapa comel sangat ni? Aku mengambil jaket aku yang berada di sisiku lalu menyelimutkan dia.
"Nemui janai? (Tak ngantuk?) Kawaii. (Comel.) Oyasuminasai. (Good night.) Sweet dreams." Ujarku berbisik tersenyum memandang dia yang tertidur dibahuku. Aku terus membuang pandangan ke luar tingkap.
(Sakinah POV)
'Apa pasal keras sangat bantal aku ni? Macam tulang.' Desis hatiku. Aku sudah separuh sedar. Kemudian, aku teringat.
'Kejap! Aku dalam train, kan? Tulang?' Soalku sendiri. Aku terus membuka mata dan mendapati kepala aku baring pada bahu seseorang. Aku mengangkat kepalaku dengan laju lalu mengusap bahagian kepalaku yang terbaring pada bahunya tadi. Ada sehelai jaket yang menyelimuti aku. Aku terkejut. Aku baring pada bahu Ryoga ke tadi? Seriuslah?! Macam mana boleh tertidur ni pula, Sakinah? Malu gila! Aku kembali sandar dengan betul pada kerusi aku. Aku memandang Ryoga. Dia tidur dan jaket ini kepunyaan dia.
"Macam manalah aku boleh tertidur tadi? Kenapalah kau tak kejut je aku tadi? Perlu ke kau biar je aku tidur kat bahu kau? Eii! Dia ni kalau satu hari aku cabut gigi dia ni bagus jugak! Ada gigi pun susah sangat nak buka mulut. Ugh!" Ujarku berbisik sambil memandang dia. Agak geram dengan diri sendiri sebenarnya sebab TERtidur. Mukaku agak sembap dan mataku merah menyala.
Tiba-tiba sahaja dia bangun. Mungkin menyedari aku dah angkat kepala.
"Eh, okiteru? (Eh, dah bangun?)" Ujarnya sambil menggosok matanya. Aku dah lah tengah segan lagi sebab aku baring dibahu dia tanpa sedar tadi! Aduh, awal pula kau bangun. Aku mengangguk.
"Su-sumimasen, saya tak perasan yang saya tertidur... dekat... bahu... awak." Suaraku makin lama makin perlahan.
"Daijoubu. (Tak apa.) Oh, kita dah sampai." Katanya setelah kami mendengar pengumuman yang kami sudah tiba di Kanagawa.
Aku memulangkan jaketnya, "A-Arigatou." Ujarku.
Dia hanya senyum dan memakai jaketnya semula. Rygo pula di dalam poket jaket aku masih tidur. Kami bangun lalu keluar dengan perlahan dari barisan kerusi kami kerana wanita di sebelah aku tadi pun masih tidur. Kami terus keluar dari pintu keretapi sambil membawa bagasi. Aku memandang ke kiri dan ke kanan lalu meregangkan tangan atau erti kata lain aku mengeliat. Tapi, tak adalah mengeliat ekstrem sangat di situ. Mana Alyn, Eca dan Hannah? Tak keluar lagi? Marah pun sayang tahu? Tak adalah pula aku terfikir nak tinggalkan korang dalam keretapi.
Kemudian, aku memandang ke kiri semula dan melihat kelibat 4 lagi manusia yang duduk terpisah dari aku dan Ryoga.
Aku dan Ryoga segera menuju ke arah mereka.
"Oi, tidur tak ingat dunialah tu. Lambat korang keluar." Kataku sambil memeluk tubuh. Sejuk~ Malam masih muda.
Aku melihat mereka semua dalam keadaan mamai, "Ha? Hm, tak adalah tak ingat dunia. Kau tak tidur ke tadi?" Soal Alyn.
"Tidur-lah-juga. TER sebenarnya." Jawabku. Ryoga tersenyum.
"Apahal korang ni senyum-senyum berdua ni? Korang duduk berdua tadi buat apa, ha? Mentang-mentang duduk berdua dan jauh terpisah, berahsia, eh?" Ujar Hannah sambil bersandar di bahu Alyn.
"Mana ada rahsia. Dah lah, jom. Gerak pergi airport." Ajakku.
Aku menoleh ke arah Ryoga dan Kai, "So, this is the end of our meeting." Kataku kepada Kai dan Ryoga sambil tersenyum.
"Hm, that's very sad." Balas Kai memandang Alyn.
"It's okay, maybe we can meet again next time. Can we?" Ujar Ryoga dengan riak wajah yang agak risau. Dia ni okey ke?
"Hm, tabun. (Hm, maybe.) We have to go now. Sa-Sayounara." Ujarku pula sambil mencuit Alyn, Eca dan Hannah. Berat sangat mulut aku ni nak ucap 'sayounara'. Haih, sedihnya. Kami melambai lalu terus menuju ke Lapangan Terbang Haneda. Kalau boleh sepanjang di Jepun tu aku nak duduk dengan mereka. Nak pergi berjalan dengan mereka. Tapi, apakan daya. Mereka ke, Ryoga je yang kau fikirkan, wahai Sakinah? Haih, bila hati aku sudah dicuri macam nilah gayanya. Tapi, dia nak ke hati aku yang tak seberapa ni? Dia siapa, aku siapa? Setaraf pun tidak.
Setibanya kami di sana, aku mengerling ke arah jam tanganku.
"Baru pukul 11 weh, Ya Allah, banyak lagi masa boleh tidur. Alhamdulillah~" Ujarku lalu duduk di sebuah kerusi yang satu barisannya kosong. Kami pun tidur di situ sambil menunggu mama tiba.
*******
(Ryoga POV)
"Kai, you're going to your oka-san's house, right?" Soalku kepada Kai. Kami berdua masih buntu di situ setelah beberapa saat Sakinah dan rakan-rakannya meninggalkan kami berdua. Sedihlah!
"Sou, kaerimasu. (Ya, aku balik dulu.) Mata ashita. (Jumpa esok.)" Ujar Kai dengan sedih lalu meninggalkan aku seorang di situ. Alah, sedih sebab dah pisah dengan Alyn lah tu. Hmm, manis sungguh Alyn dan Kai ni.
"Hai'." Balasku sambil melambai ke arahnya.
"Etto, ima, doko ni ikitai? (Hm, aku nak pergi mana sekarang?) Ano, oka-san no hoomu. (Hm, rumah mak.) Sou, mama to papa ga imasu. (Ya, aku masih ada mama dengan papa.)" Ujarku sendiri seperti orang gila di situ lalu terus menuju ke rumah papa.
"Tadaima! (Saya dah balik!)" Ucapku dari luar rumah. Wah, lama tak balik. Alah, rileklah baru berapa hari tak balik.
"Okaeri. (Selamat pulang.)" Jawab mama membuka pintu rumah dengan gembiranya lalu terus menuju ke arahku.
"Mama, papa wa doko? (Mama, papa mana?)" Soalku memandang rumah yang agak sunyi.
"Papa wa isogashii. (Papa is busy.) Like always. He will come back home at 1 a.m." Balas mama bersahaja.
"By the way, I miss you." Ujarnya sambil melemparkan senyuman yang paling lebar.
"Haha, I miss you too." Balasku sambil memeluk mama. Tapi, aku pelik, teruja semacam sahaja jumpa aku. Mesti ada apa-apa ni.
"Eh, matte, (Eh, tunggu,) I thought you with someone." Ujar mama sambil tercari-cari seseorang.
"Dare? (Siapa?) Kai-kun ka? (Kai ke?) Ah, he went back to his mother's house." Jawabku.
"Kai-kun janai. (Bukan Kai.) The other 'someone'." Apa mama ni? Berteka-teki pula dia.
"Ehh? Dare desu ka, mama?" Aku pelik. Dengan orang mana lagi kalau bukan Kai?
"Onnanoko to. (With a girl.) Jawab mama pula teruja. Aku tersentak.
"How do you know about the girl?" Soalku sambil memandang muka mama yang sudah bercahaya. Haaa, sudah, macam mana mama boleh tahu tentang Sakinah pula ni?
"Of course I watched my son's live concert. Kanojo wa doko? (Mana perempuan tu?)" Soal mama teruja.
"Gone~ She's at the airport. She have to wait for her mother." Ujarku ketawa melihat telatah mama. Padahal, sedih sebab terpisah dengan dia.
Oka-san mengeluh, "Why you don't bring her back here first?! Kanojo wa aitai (Mama nak jumpa perempuan tu.)" Ujar mama kemarahan. Merajuk pula. Dia memeluk tubuh tanda merajuk.
"Ah, gomen ne, I didn't know that you know about that. But, why you want to meet her?" Soalku ingin tahu sambil mengangkat wajah mama. Maklumlah anak bujang dia seorang ni tinggi.
"Etto... (Hm...) eventhough she's Malay, maybe she can be my daughter-in-law." Kata mama selamba. Aku dah agak dah, nak suruh aku cari isterilah ni. Mama ni, ada-ada sahajalah. Siap tahu pula tu Sakinah tu orang Melayu.
"Mama, joudan deshou? (Mama, bergurau je, kan?)" Soalku memandang mama. Mama ni biar betul.
"Ehh, joudan janai. (Ehh, tak berguraulah.) Majide! (Betul!) Daijoubu, (Tak apalah,) maybe I can meet her next time. But, tomorrow morning you have to accompany me to the airport." Balas mama.
"Eh? Nanno tameni? (Untuk apa?)" Tanyaku sambil kami berdua masuk ke dalam rumah.
"I want to pick up my friend. She will stay here for a few weeks." Jawab mama selamba. Merajuk tak habis lagilah tu. Aku pelik. Sejak bila pula mak aku ni ada kawan dari luar negara?
"Oh, hitori botchi? (Oh, seorang je?)" Soalku ingin tahu sambil mengunci pintu rumah. Papa lambat lagi balik.
"No, she said she came here because of someone." Balas mama.
"Okay, I will accompany you. If Sakinah still at the airport, maybe you can meet her." Balasku cuba memujuk mamaku seorang itu.
"Ah, souka! (Ah, I see!) Kanojo no nawa Sakina? (Nama perempuan tu Sakinah?) Kawaii ne! (Comelnya!) I hope she's still there." Balas mama teruja. Amboi, hilang merajuk bila dengar nama Sakinah, eh?

Share this novel

Amatsuotome
2021-03-24 11:11:03 

Speechless. Aku xfaham seriously. Sakinah tu Melayu Islam, dan Mama Ryoga nk Sakinah kahwin dgn Ryoga? Kelakar la kau ni. Perkahwinan antara Muslim dgn bukan Muslim bukan mudah spt yg kau sangka,especially idol eh. Kerana idol, fans kat Jepun blh smpai tahap bunuh diri tahu?

Amatsuotome
2021-03-24 11:05:32 

Aku tak faham knp kau kna naik kereta api ke Kanagawa semata2 nak ke Haneda Airport, eh? 6 jam lbh kot perjalanan dia. Kenapa kau x naik je kereta api dr Narita Airport turun kat Stesen Shinagawa dan tukar service ke Haneda je? Sejam lbh je. Dah lah x cukup duit, lagi membazir. Make use of google, girl.

Amatsuotome
2021-03-24 11:01:00 

Kelakar la kau ni. Duduk sebelah Ryoga boleh pulak? Satu lagi, kenapa karakter kau suka jerit2 ah? Kau tau tahu tak, dlm keretapi kat jepun x dibenarkan bercakap kuat apatah lagi menjerit? Kau blh dianggap sbg mengganggu ketenteraman awam. Kau jgn la bw perangai Malaysia kau tu kat Jepun eh.


NovelPlus Premium

The best ads free experience