“Follow me,” arahan tegas telah dikeluarkan daripada mulut suaminya. Julia yang rela dalam terpaksa mengenakan baju kemeja lengan panjang dan seluar slack hitam berpeluk tubuh. Seperti hendak berjumpa dengan seseorang yang ‘istimewa’ sahaja lagak lelaki ini. “You sendiri tahu dan masak dengan jadual kerja I, kan? Ini tiba-tiba aje you suruh I ambil cuti dan ikut you ke tempat misteri yang tak pernah I tahu! Kalau you nak main-main, lebih baik I sambung kerja I yang berlambak tu,” rungutnya kegeraman. Berang kerana Imtiyaz langsung tidak memberitahu apa-apa tentang rancangan mereka pada hari ini. Ikut dia? Ikut ke mana? Gua Niah? Laut China Selatan?
Imtiyaz menoleh. “You ingat I tak serius ke? I’m not kidding you!”
“Then, tell me! Kita nak pergi mana?” Julia membalas lagi.
Imtiyaz mengeluh berat. Wajah Julia ditenungnya tajam dengan dada yang berombak. “Okay, fine. Memandangkan you beria-ia sangat nak tahu kenapa I suruh you ambil cuti hari ini, I akan jawab soalan you. I nak bawa you ke hospital. I nak you jumpa dengan Durrah, terangkan segala-galanya tentang hubungan kita ni dan minta maaf dengan dia! But before that, we need to meet someone, a friend of her. Both of us need to solve this problem immediately! Kalau bukan kerana you, I tak akan tegar melepaskan Durrah! Kalau bukan kerana you, mesti I dah hidup bahagia dengan keluarga I, you tahu tak?” jerkahnya.
Buntang mata Julia mendengarnya. Mulutnya terlopong besar. Kata-kata Imtiyaz yang selamba itu amat menyakitkan hati wanitanya.“What?! Apa yang you cakapkan ni? Tak, I tak nak jumpa dengan perempuan tu. Dan I tak akan sesekali minta maaf dengan Durrah! Tak ada sebab yang kukuh pun untuk I minta maaf dengan perempuan lurus macam dia.”
Menggeletar tangan Imtiyaz. Kalau tidak dikawal perasaan, boleh naik telapak tangan ini dan melekat di pipi mulus Julia sampai merah. Dicengkamnya pergelangan tangan Julia dan jari telunjuk ditunding ke wajah terkejut isterinya. “You jangan nak hina dia. You tak layak untuk hina apatah lagi sindir Durrah di hadapan mata I sendiri. Kalau you menghina Durrah, itu bermakna you turut menghina I sebagai suami you! I dah lama sabar dengan perangai you. I tak boleh tahan! Setiap hari you keluar pergi entah ke mana dan you pulang lewat pagi! Mana perginya tanggungjawab you kepada keluarga? Kepada I, terutamanya. You dah lupakah tentang status you?!!”
“You tak ada hak untuk halang I. Kehidupan I tak ada kena-mengena dengan hidup you! Kita bernikah pun kerana ibu you tu dan I langsung tak pernah sukakan you!” Julia membalas. Tidak mahu tewas walhal hati menangis pilu kerana ditengking oleh suaminya sendiri.
“Of course I do! I’m your husband!”
“But you didn’t act like one. You asyik teringatkan siapa? Bekas isteri you tu! Durrah itu baik, Durrah itu cantik, Durrah pandai masak, Durrah tahu apa kegemaran you dan apa yang you tak suka; semuanya Durrah sahaja! Habis you nak buang diri I ni ke mana lagi, Im? I pun perempuan yang ada hati dan perasaan! You ingat I tak cemburu kalau you sebut nama dia? I pun isteri you! Tak sedapkah nama I sampai you tak sanggup nak sebut nama Julia? Hina sangatkah nama I kalau nak dibandingkan dengan nama Durrah? You tak pernah fikirkan pasal I pun, sebab itulah I keluar malam! I nak cari ketenangan. I nak orang fahami I dan bukannya memarahi I seperti yang you lakukan, Im!” sebak Julia meluahkan perasaan. Air matanya menitis.
Tergamam. Itulah reaksi yang terpancar di wajah Imtiyaz. “Julia…”
“I penat Im, I penat. I tak rasa diri I dihargai lagi. You pun tak sayangkan I sepertimana you sayangkan Durrah. Kalau ini yang you mahukan, I tak akan halang you daripada melafaz…”
Kata-kata Julia ternoktah di situ juga. Terasa sepasang tangan sasa kian kemas mendakap tubuhnya di dalam dakapan hangat yang diberikan oleh suaminya. Kelopak mata Julia terpejam, ditemani oleh deraian air mata yang masih setia menitis. Jiwanya yang selama ini kosong terasa seperti dibelai, biarpun untuk sedetik. Tangan Imtiyaz kian meleraikan pelukan dan satu kucupan hangat singgah di dahi. Julia terkedu namun dalam masa yang sama, membiarkan sahaja apa yang ingin suaminya itu lakukan. Sudah lama dia menunggu, dan baru kali ini Imtiyaz berani memeluknya.
Imtiyaz menunduk. “Maafkan I, Julia. I tak pernah fikirkan tentang perasaan you sebab I sibuk dengan perasaan I sahaja. I minta maaf, tapi… jujur yang I masih sayangkan Durrah. Dia isteri pertama I. Dia orang pertama yang I cinta. Mana mungkin I sanggup melupakan orang yang dah curi hati I?” lembut Imtiyaz membalas. Dadanya berdebar-debar memerhatikan wajah putih kemerah-merahan yang dimiliki oleh Julia. Debaran yang sudah tidak lama dirasainya sejak Durrah pergi dari hidupnya.
“I tak perlukan maaf you. I just want you to see me as your wife,” rintihnya.
Hidup dengan dunia hiburan bukannya apa yang dia inginkan. Sungguh, siapa yang hendak campakkan diri ke tempat-tempat sebegitu sedangkan dia sudah ada rumah yang cukup indah? Namun kerana sakit hati dengan sikap Imtiyaz yang masih mencintai Durrah, membuatkan Julia tertekan. Sejak itu dia mulai berkunjung ke kelab tetapi tidaklah sehingga meneguk minuman keras. Apa yang dia inginkan hanyalah bunyi bising dan musik yang berdentum yang mungkin boleh mengubati lukanya yang dalam. Teramat dalam.
“Julia, I… I tak boleh janji,” jujur Imtiyaz bersuara. “I perlukan masa. I masih tak boleh nak lupakan Durrah, dan I minta maaf untuk itu. Kalau bukan kerana ibu, I tak akan sesekali melepaskan dia daripada hidup I. I perlukan dia, Julia…”
“Jadi you nak cakap yang you tak perlukan I?”
Imtiyaz menggigit bibir. Ada sahaja soalan dan kata-kata daripada mulut si isteri. “Bukan macam tu. You tak faham perasaan I yang tersepit di antara cinta dan permintaan ibu. Ibu I tu tak boleh dibawa berbincang, dan I sebagai anak lelaki wajib mendahulukan ibu yang melahirkan I dan menjaga I selama I hidup. Ibu minta I lepaskan Durrah hanya kerana takut you cemburu, tapi sebenarnya you memang dah tahu pun, kan? I salah! I lepaskan Durrah macam tu aje ketika Durrah mengandungkan anak I.”
Mengandung? Mengapa dia tidak pernah tahu dan ambil tahu soal ini? Julia menekup mulutnya. Entah mengapa hati disapa rasa sebak.
“I nak tebus kesalahan I kepada Durrah, dan kerana itulah I nak jumpa dengan dia. I perlu minta maaf kerana tinggalkan dia. I perlu minta maaf di atas semua yang menimpa dia. I nak rujuk balik dengan dia, untuk dia menjadi isteri I yang sah dan tamatkan kesedihan dia. Anak kami dah meninggal dunia… dan I… I cuma nak…”
Tanpa mendengar ayat seterusnya yang bakal terpacul keluar dari bibir lelaki itu, segera Julia masuk ke dalam perut kereta dan melabuhkan duduknya. Terasa tidak betah untuk dia mendengar apa-apa mengenai Durrah. Biarpun hati diketuk perasaan cemburu kerana cinta si suami masih utuh buat gadis itu, namun ada segenap ruang di jiwa yang menyimpan perasaan bersalah. Namun mendengar bahawa Imtiyaz mahu merujuk semula dengan Durrah, adakah itu bermakna… dia akan menjadi seorang madu?
Share this novel