BAB 3

Romance Completed 383313

Telefon bimbit yang berbunyi di atas katil hanya dipandang sepi.Tiada langsung niat di hatinya untuk mengangkat.Nia Nisrina termenung di sisi jendela.Angin malam yang dingin mula menerpa ke wajahnya.Rambutnya yang dibiarkan lepas sesekali berterbangan ditiup angin.Fikirannya menerawang mengingati syarat lelaki yang asing buat dirinya itu.Air jernih mula mengalir di pipi.

"Abang,betul ke apa yang Nia buat ni?Nia tak tahu apa akan jadi pada Nia selepas ni...Nia rindu abang."

Wajah arwah suaminya mula terlayar di matanya.Wajah yang sentiasa tenang.Walaupun sudah agak berusia tetapi masih tegap dan kacak.Menjadi kegilaan anak gadis di kampung ini.

Flashback.

Setahun yang lalu....

"Nia,terima kasih sebab sudi terima abang.Abang tahu jarak umur Nia dan abang jauh berbeza.Abang layak digelar pak cik buat Nia.Tapi abang ikhlas memperisterikan Nia."

Azlan menghampiri gadis yang baru sahaja dia nikahi petang tadi.Punggungnya dilabuhkan di sisi si gadis.Nia Nisrina yang perasan akan tingkah Azlan,menjarakkan sedikit kedudukannya.

Tangan isterinya dicapai lalu digenggam kemas.Nia Nisrina langsung tidak menghalang tingkah Azlan.Seraya itu,segaris senyuman terlakar di bibir Azlan.

"Abang tahu Nia terpaksa terima abang sebab Tok mah.Abang tak kisah.Abang kahwin dengan Nia sebab abang nak halalkan hubungan kita.Abang nak tolong Nia dan Tok Mah tanpa ada batas.Abang nak elakkan cakap buruk dan fitnah orang kampung.Abang tahu orang kampung cakap macam-macam pasal Nia sebab abang.Maafkan abang.Tapi percayalah,abang ikhlas."

Nia Nisrina menarik tangannya dari genggaman Azlan.Azlan menatap wajah isterinya dalam.Mencari jawapan akan perlakuan Nia Nisrina sebentar tadi.Namun,Nia Nisrina masih mendiamkan diri tanpa suara.

"Nia,abang.."

"Nia ikhlas terima abang juga.Tapi...cuma satu yang Nia pinta.Berikan Nia masa untuk lebih mengenali abang.Nia akan cuba tunaikan tanggungjawab Nia sebagai isteri abang.Cuma tanggungjawab yang satu tu sahaja yang Nia masih belum bersedia untuk tunaikan.Nia minta maaf."

Azlan tersenyum mendengar bicara isterinya.Rambut panjang Nia Nisrina dibelai lembut.

"Abang faham.Abang tak akan paksa Nia.Selagi Nia tak bersedia abang tak akan pernah memaksa mahupun mendesak.Nia ambillah seberapa banyak masa yang Nia mahu.Abang akan tunggu.Cuma satu yang abang pinta dari Nia."

Nia Nisrina menatap wajah suaminya.Kedua-dua keningnya bertaut.

"Apa yang abang mahukan dari Nia?"

Azlan senyum senget.

"Jangan pernah asing tempat tidur dengan abang.Sebab kedudukan seorang isteri adalah di sisi suami.Jadi abang nak Nia tidur sekatil dengan abang.Abang janji abang tak akan ambil kesempatan terhadap Nia."

Nia Nisrina hanya menekur ke lantai.Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.Azlan menarik nafas lega.

End flashback.

Air matanya gugur lagi.Bunyi telefon bimbit yang berbunyi membingitkan telinganya.Satu keluhan kecil meniti di bibir.Langkahnya diatur menuju ke katil.Punggungnya dilabuhkan di birai katil.Telefon bimbit diambil.Lalu matanya dibawa menatap ke arah skrin telefon bimbit tersebut.

"Tuan Danish Harith."

Nama itu meniti di bibir mungil Nia Nisrina.Butang berwarna hijau ditekan lalu telefon bimbit itu dilekapkan di telinga.

"Hei perempuan,kenapa baru sekarang kau angkat panggilan aku?Naik kebas jari aku dail nombor kau.Ke kau silent handphone kau?Sebab kau tak nak aku ganggu kau!"

Terhenjut sedikit bahunya tatkala mendengar jerkahan si pemanggil.Telefon bimbit di jarakkan sedikit dari telinganya.Dengan perasaan gugup dia mula berbicara.

"Assalamualaikum.Maafkan saya sebab lambat jawab panggilan tuan.Saya baru sahaja selesai solat."Lembut sahaja Nia Nisrina mengatur bicara.

Ketika telefon bimbitnya mula berbunyi tadi Nia Nisrina baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak.Namun dia tiada hati untuk menjawab panggilan itu sehinggalah telefon bimbitnya tidak berhenti berbunyi.

Danish Harith terkedu mendengar suara si gadis.Rasa bersalah mula menjalar di hatinya. Tengkuknya diurut lembut.Batang tubuhnya disandarkan di dada sofa.Mulutnya seakan terkunci.

"Ada apa tuan telefon saya?"

Nia Nisrina menanti jawapan daripada si pemanggil.Namun tiada sebarang suara di hujung talian.Sepi.

"Hello,Tuan Danish.Tuan masih di talian ke?Tuan?Tuan!"Suara Nia Nisrina naik setakuk.

Danish Harith tersentak.Terus tersedar dari lamunannya.

"Ya,aku dengar.Esok aku nak jumpa kau. Orang-orang aku akan datang ambil kau.Dekat luar rumah,ada barang yang orang aku dah tinggalkan.Jangan lupa ambil dan pakai esok."

"Baik,tuan.Ada apa-apa lagi ke?"

"Tak ada.Selamat malam."

Panggilan terus diputuskan.Nia Nisrina hanya memandang sepi telefon bimbit di tangannya.Bibirnya tersenyum kelat.

Kakinya melangkah menuju ke luar rumah.Dia mengitari keadaan sekeliling.Matanya liar mencari barang yang dikirim oleh Danish Harith.Akhirnya,matanya tertancap pada beg kertas di kaki tangga.Nia Nisrina menapak ke arah anak tangga.Sekali lagi,matanya dibawa memandang kiri dan kanan.Namun,tiada sesiapa.Beg kertas itu diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah.Pintu kayu ditutup dan dikunci.

"Siapa yang bagi barang tu,Nia?"

Nia Nisrina terkejut lalu dadanya diurut lembut. Tubuhnya dipusingkan.Kakinya diatur ke arah Tok Mah.

"Ishk,nenek ni terkejut Nia."

Nia Nisrina duduk bersimpuh di hadapan Tok Mah.Barang di dalam beg kertas itu dikeluarkan. Tok Mah sekadar memerhati tingkah cucunya. Sepasang dress labuh berwarna kuning berbunga kecil berada di tangan Nia Nisrina.Dia membelek-belek dress itu.

"Cantiknya Nia baju ni.Sesuai untuk kamu.Siapa yang bagi?"Tanya Tok Mah.

Nia Nisrina cuba mencipta alasan.Otaknya ligat mencari idea.

"Ni...Kawan Nia yang hari tu Nia jumpa yang bagi."

"Tapi nenek tak perasan pula kalau ada orang bagi salam.Nenek tengok Nia keluar,lepas tu Nia masuk semula.Beg kertas ni dah ada dekat tangan Nia."

Nia Nisrina menggaru kepalanya yang tidak gatal.Rasa serba salah menyelubungi diri.

"Eemm...tadi dia telefon Nia.Dia cakap ada hadiah untuk Nia sebab dah lama tak jumpa."

"Ooh...Dia buat surprise lah tu.Kawan Nia ni lelaki ke perempuan?Lain macam pula nenek tengok."

Lidahnya menjadi kelu.Adakah dia harus berkata jujur atau sebaliknya pada Tok Mah?Dia sendiri keliru.

"Lelaki,nek."

Akhirnya Nia Nisrina jujur.Nia Nisrina menundukkan kepala.Tok Mah memandang cucunya dengan perasaan sayu.Bahu cucunya disentuh lembut.

"Nia,kenapa Nia macam sedih je.Nenek tak marah pun.Nenek cuma tanya.Dia tu kawan istimewa Nia ke?"

"Eh,taklah nek.Kawan biasa.Dia memang macam ni.Baik tak bertempat."Nia Nisrina tersengih.

"Kalau betul dia suka pada Nia pun apa salahnya.Mana tahu boleh isi kekosongan hati Nia.Ada juga orang yang akan jagakan Nia kalau nenek dah tak ada nanti."

"Nek,apa nenek ni.Nia tak suka nenek cakap macam tu.Nia selalu doakan Allah panjangkan umur nenek supaya nenek akan sentiasa ada di sisi Nia."

Tok Mah hanya tersenyum mendengar kata-kata cucunya.Dress itu diacukan ke tubuhnya.Kemudian matanya kembali memandang Tok Mah.

"Nenek....esok Nia nak keluar boleh?"

"Kamu nak ke mana?Jumpa siapa?"

"Kawan Nia ni ajak jumpa.Dia nak belanja makan.Bolehkan,nek?"

"Boleh,tapi jangan balik lewat.Jaga diri.Nia tu perempuan.Nanti ada masa ajaklah dia datang jumpa nenek pula."

Nia Nisrina tersenyum mendengar kata-kata Tok Mah.Tangan Tok Mah digenggam erat.Kepalanya disandarkan di bahu Tok mah.

"Terima kasih,nek.Nanti Nia beritahu dia."

Tok Mah memeluk bahu Nia Nisrina.Rambut cucunya dibelai lembut.

"Dahlah Nia.Mari kita tidur.Mata nenek pun dah mengantuk.Esokkan kita tak berniaga.Dapatlah nenek rehatkan diri.Lagi pun esok Nia nak keluar.Kena cukup tidur.Takut nanti mata Nia bengkak,dah macam panda pula."Tok mah berseloroh.

"Ada-ada jelah nenek ni.Ada ke nak samakan mata Nia dengan mata panda.Yalah... Nenek tidur dulu.Nia nak pergi tutup tingkap dan lampu."

Tok Mah hanya menurut.Tubuhnya dibaringkan,lalu matanya dipejam.Nia Nisrina kembali berdiri.Langkahnya diatur ke arah jendela kayu.Setelah jendela dan lampu ditutup,Nia Nisrina kembali ke tempat tidur neneknya.Tubuhnya dibaringkan di sebelah Tok Mah.Pantas matanya dipejamkan.Tidak sampai beberapa minit Nia Nisrina sudah pun lena dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience