Bab 4

Romance Completed 13383

Bab 4

Malam itu,Aliana telah menelefon ibunya dan memberitahu tentang lamaran yang diterimanya dari Lim.Dia tidak akan sesekali menceritakan perkara yang sebenar.Ibunya iaitu Makcik Kiah menyuruh Aliana membawa Lim berjumpa dengan mereka supaya mereka boleh berkenalan lebih rapat.Dia bersetuju membawa bakal suaminya pada hujung minggu itu. Setelah selesai bercakap dengan ibunya,dia menelefon pula pada Lim dan memberitahu persetujuan ibubapanya dan akan membawa Lim berjumpa dengan mereka pada hujung minggu itu.

Keesokkannya Aliana dan Lim terpaksa mengambil cuti kerana hendak pergi ke Pejabat Agama Islam.Setelah semuanya selesai Lim membawa Aliana berjumpa dengan keluarganya pula.Walaupun Aliana pernah berjumpa dengan keluarga Lim tetapi kali ini dia tetap berasa gementar.Kali ini pertemuan mereka bukan seperti pertemuan biasa tetapi pertemuan antara bakal menantu dengan bakal mentua.Kedatangan mereka disambut meriah oleh semua ahli keluarga Lim terutamanya mamanya.Hari itu mereka makan dengan berselera sekali.Setelah selesai makan tengahari,mereka berbual diruang tamu. Banyak soalan yang diutarakan terutamanya dari adik bongsu Lim yang baru pulang dari United Kindom.Baru kini aku berjumpa dengan adiknya.Lim ada juga sesekali dia bercerita pasal adiknya yang seorang. Dari mata kaca aku,adik Lim seorang yang cantik,baik.Walaupun mereka beragama budha,tetapi mereka adik beradik telah diajar supaya hormat dan tolong menolong semua orang tanpa mengira bangsa dan agama dan mereka tidak diajar berpakaian seksi.Sebab itu mereka semua kelihatan sopan dalam etika berpakaian. Hari itu berlalu dengan pantas.Tanpa disedari hari sudah beransur petang. Aku meminta diri dulu.

Tiba sahaja dihadapan rumah sewaku,aku terus ingin turun dari kereta tetapi telah dihalang oleh Lim.

‘’Terima kasih sebab Liana tidak menceritakan perkara sebenar pada mereka. Emmmm…. Bila Liana nak bawa Lim berjumpa dengan keluarga Liana?”

“Aik,macam tak sabar nampak?Wahai En.Taufik Hidayat Lim Abdullah, saya Nuraliana binti Saad akan bawa Encik berjumpa dengan keluarga saya pada hujung minggu ni.Jadi diharap encik dapat bersabar dan hanya tinggal 3 hari saja lagi.” Lim hanya tersenyum mendengar usikkan dari Aliana.Dia berasa seperti ingin menarik hidung dan dengan tidak sengaja tangannya terus menarik hidung Aliana.Aliana berasa terkejut dengan tindakan Lim yang pantas dan tanpa sempat dia untuk mengelak. Lim yang sedar tindakkannya salah segera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi sehingga mereka berdua diijabkabul. Aliana terus turun dari kereta lalu masuk kerumahnya tanpa mengucap apa-apa pada Lim.Lim merasa menyesal tindakkannya yang tidak dapat menahan nafsunya. Entah mengapa malam itu,Lim melihat Aliana sungguh menawan sekali walaupun Aliana mengena solekkan yang nipis tapi kejelitaan seorang gadis melayu tetap terserlah.

Setelah tiba dirumah,Lim terus masuk kebilik dan terus mengambil telefonnya. Dia menghantar sms pada Aliana untuk meminta maaf sekali lagi.Dia tahu Aliana marah dengan tindakannya tetapi dia tidak dapat mengawal tangannya untuk menyentuh muka Aliana.Sepanjang dia berkawan dengan Aliana,belum pernah dia menyentuh Liana .

“Maafkan Lim.Lim tak sengaja tadi.Lim tahu Liana marah tapi faham le bukan niat Lim nak buat macam tu tapi entahlah kenapa malam ni Lim rasa seperti ada satu suara menyuruh Lim menarik hidungLiana tadi.Maafkan Lim ye Sayang.”Habis menaip, dia terus menekan butang send. Selesai saja Aliana menunaikan solat magrib,dia terdengar pesanan masuk dan terdengar irama “SELAGI ADA RINDU” berkumandang. Dia terus menekan butang ok lalu membaca mesej dari Lim.Dia tersenyum dan terbayang kembali peristiwa yang baru saja berlaku tadi.Pada mula memang dia merah dan terkejut dengan tindakkan Lim tetapi apabila mendengar kata maaf dan berjanji tak mahu buat lagi,perasaannya bertukar malu dan sebab itu dia terus masuk kerumah tanpa menoleh pada Lim.Dia terus membalasnya. “Baik.Kali ni,Liana maafkan Lim tapi ingat jangan buat lagi tau.Bila kita dah diijabkabul baru Lim boleh sentuh Liana.Dah solat magrib ke?Ingat,Lim sekarang sudah menjadi umat islam.”setelah selesai dia terus menekan send.

Lim yang baru keluar dari bilik air mendengar nada dering “I LOVE YOU” terus menekan punat ok dan tertera mesej dari Aliana.Dia tersenyum seorang diri dan mula membalasnya. Setelah selesai,dia mula menunaikan solatnya.Ini lah pertama kali dia menunaikan solat dalam hidupnya.Dia hanya membaca surah-surah yang pendek yang dihafalnya. Sudah dua bulan dia mengikuti kelas-kelas fardu ain yang dianjurkan oleh pejabat agama islam untuk saudara-saudara baru sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience