bab 27

Romance Series 423079

“Yang kau datang sini buat apa setan.” bisik Ayriz apabila Isac sudah berada di sebelah Ayriz. Isac membuat muka selambanya.

“Siapa ni?” tanya Fariz memandang lelaki itu tidak puas hati.

“Isac.” jawab Isac sepatah mengenalkan diri. Dia menghulurkan tangan, lambat lambat Fariz menyambut.

“Dahlah aku balik dulu.” Ayriz tidak mahu berlama lama di situ.

“Kejap. Bro masuklah dulu minum. Ayriz awak taknak kenalkan kawan awak dekat mama papa?” soal Fariz. Dia saja ingin mengenakan Ayriz. Ingin melihat sejauh mana gadis itu ingin mengelak daripadanya.

“Tak payah…. jom Isac kita dah lambat kan. Kau cakap dengan aku tadi ada hal kan.” Ayriz mengelipkan matanya berkali kali tanda Isac juga bersepakat dengannya.

“Apa yang bising sangat ni. Eh Ayriz tak balik lagi?” tanya Malisa apabila melihat pintu masih lagi terbuka.

‘Mati.’ Ayriz sudah kecut perut apabila bekas ibu mentuanya sudah melihat Isac. Isac masih lagi dengan wajah tenangnya.

“Belum ma… Ni Fariz ajak kawan Ayriz ni masuk dulu minum. Ayriz pula nak cepat balik.” ngadu Fariz sambil menjeling sekilas. Ayriz membeliakkan matanya apabila dengan selamba Fariz mengadu begitu.

“Eh ma…mana ada maa… Isac kau tadi cakap ada hal kan?”

“Ouh… tapi okay je kalau nak minum.” entah apa yang difikirkan lelaki itu, Ayriz tidak tahu. Yang dia tahu dia ingin mencekik lelaki itu.

“Hah eloklah tu… jemputlah masuk. Ayriz ajak kawan tu masuk jumpa papa.” ajak Malisa mesra. Fariz sudah tersenyum sinis dan masuk ke dalam rumah.

“Yang kau nak masuk buat pe!” marah Ayriz namun dia masih mengawal suaranya agar Malisa tidak mendengar.

“Suka hati akulah… aku haus.” jawab Isac selamba dan terus masuk.

“Isac…. wey… wey… ish.” mahu tidak mahu Ayriz terpaksa mengikut langkat lelaki itu.

“Ayriz… siapa ni?” soal bekas mentuanya beramah.

“Ni…. ni kawan Ayriz pa… Isac. Isac ni bekas ayah mentua aku.” Isac mengangguk sambil tersenyum sebaris.

“Uncle.” tegur Isac.

“Jadi ni la kawan kakak yang kakak kata datang ambil tu. Hensem.” puji Hanees saja ingin mengusik Ayriz. Ayriz mencuit peha Hanees. Isac tersenyum sebaris apabila di puji. Pandai dia mengawal riaknya namun Fariz sudah membuat muka tidak puas hati.

“Jangan layan Hanees ni Isac. Ni Isac daripada mana dengan baju semua serba hitam. Kerja ya?”sejak tadi Malisa meneliti pakaian lelaki itu. Ada sedikit perasan gusar ingin membenarkan Ayriz balik dengan lelaki itu.

‘Ha jawablah? Kau tu kepala gengster… aku ajak balik hauslah apalah…”

“Eh tak adalah aunty… saya memang suka berpakaian macam ni. Tak pandailah nak tukar tukar.” jawab Isac jujur.

“Mesti abang tak ada girlfriend lagi kan… Kalau ada mesti abang bergaya… tapi sekarang pun dah bergayalah…. vibe vibe mafia.” usik Hanees lagi tertawa. Ayriz sudah mengemamkan bibir ingin ketawa melihat wajah Isac kelihatan terkejut sedikit. Isac menjeling Ayriz apabila dia dapat merasakan Ayriz memerlinya.

“Haah Hanees vibe mafia. Nasib vibe mafia hot.” lagi sakan dua gadis itu ketawa.

“Kau nak cakap aku hot la kan? Suka aku lah tu.” kali ini Isac pula mengenakan Ayriz. Cemberut muka Ayriz.

“Perasan…” Mereka semua tertawa melihat terlatah Ayriz dan Isac. Mesra sahaja. Namun Fariz masih menahan cemburu yang berombak ombak sejak tadi.

“Ha ni gaduh gaduh kahwin nanti.” saja Malisa memberi lebih hangatan kepada anaknya. Bukannya dia tidak sedar wajah anaknya ketat daripada tadi. Serentak itu mereka berdua memandang satu sama lain.

“Taknak la ma… nanti rupa perangai ikut dia. Tengok tu muka ketat je patu menyakitkan hati.” dengan selamba Ayriz mengutuk Isac. Isac juga tidak mahu mengalah…

“Eh elok ikut aku daripada ikot kau… degil banyak menjawab.” Ayriz menjeling tajam lelaki itu.

“Ehem… kau dah kenal dengan Ayriz berapa lama bro? Tak pernah pula aku dengar cerita pasal kau.” tanya Fariz ingin mengubah topik.

“Adalah dalam nak dekat sebulan.” jujur dan tenang Isac menjawab. Baginya tiada apa perlu dirisaukan.

“Baru sebulan? Ayriz baru sebulan awak berani balik dengan dia? Awak tahu tak bahaya.” marah Fariz. Tidak dihiraukan pandangan orang lain.

“Fariz… apa cakap macam tu depan tetamu.” tegur mamanya.

“Ma… mama tak risau ke anak mama ni balik dengan lelaki lepastu tengoklah gaya dia ni macam penyangak.” selamba sahaja Fariz mengutuk lelaki itu. Wajah Isac kian berubah. Bila bila masa sasaran pipi itu menjadi target.

“Kalau awak tak boleh hormat saya sebagai perempuan dan BEKAS WIFE awak, atleast hormat tetamu mama papa awak. Jangan selalu pandang luaran… sebab luaran tu la boleh sorokkan kemurnian dalaman seseorang sebab tu awak tersilap pilih dulu.” tanpa gentar Ayriz memidas kata kata lelaki itu.

Ayriz menyedari Fariz sudah berubah. Dia tidak seperti dulu yang diam dan sangat penyabar. Perkara itu membuatkan Ayriz sedikit terkilan dengan perubahan bekas suaminya. Dia tidak ingin bercakap dengan lelaki di hadapannya, dia ingin bercakap dengan Fariz Mikael yang dia kenal.

Diam sepi tiada sahutan… kata kata Ayriz tadi benar benar masuk ke jiwa.

“Saya tak akan halang awak untuk kembali ke cinta hati awak… dan saya juga akan cari kebahagiaan sendiri. Bahagia dengan cara masing masing Fariz. Mungkin kebahagiaan saya, Isac. Kita tak tahu.” sempat Ayriz ingin mengenakan lelaki itu. Saja dia ingin menyakitkan lagi hati Fariz. Suka dia melihat reaksi tidak puas hati Fariz. Sama seperti dulu comel.
Isac pula mengangkat kening apabila namanya menjadi bualan antara mereka.

“No Ayriz…. kebahagiaan awak adalah saya… dan kebahagiaan saya adalah awak. Please give me chance.” kali ini Fariz tidak kisah apabila keluargannya melihat Fariz dalam keadaan begitu. Selamani Fariz hanya bersikap biasa di hadapan semua orang namun siapa sangka jika dia berseorangan dia sering termenung dan kadang kadang mengalirkan air mata mengingatkan Ayriz.

“Tak mudah bagi saya Fariz…jika bercerai, pihak perempuanlah menjadi sasaran bualan. Semua kawan kawan mama papa mengata saya Fariz. Lagi lagi keputusan tu saya yang buat tanpa paksaan. Saya ingat dengan cara tu saya boleh dapat kebahagiaan tapi saya menyakitkan lagi diri saya. Dududk serumah dengan lelaki yang tak cintakan saya. Raih perhatian suami sendiri.” luah Ayriz sayu diserta dengan gelak yang terseksa.

“Ayriz…. saya minta maaf. Saya tahu semua tu salah saya dan saya dah terima balasan dan pun. Keluarga saya palaukan saya, syarikat hampir bankrup. Saya hilang semuanya. Saya terima dengan redha. Tolong kembali terangkan masa depan saya Ayriz.” kata kata yang mudah namun memberi kesan yang mendalam kepada semua orang di situ. Jujur Ayriz benar kasihan dengan apa yang dihadapi bekas suaminya. Benar Fariz mempunyai silapnya namun layanan orang terhadapnya benar benar menghukumnya sepenuhnya.

“Bagi saya masa.” jawab Ayriz sambil mengelap air matanya lalu terus beredar. Isac juga turut mengikut jejak Ayriz.

Share this novel

DgR
2022-09-08 11:19:29 

salam. sedihnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience