Series
                        
4680
                    Terbeliak mata Emelyn apabila ternampak seekor makhluk sedang rakus memakan tubuh seorang gadis . Yang lebih mengejutkan lagi , makhluk itu serupa dengan manusia ! Nasib makhluk tu membelakangi aku tau , kalau tak memang good bye lah jawabnya . 
     Apa semua ni ? Haiwan ke ? Eh tak kan lah macam manusia .. Orang gila ? Uih tak kan gila sampai makan manusia .. Hantu ? Argh ! Tak pernah aku nampak hantu macam ni ! Tak kan lah pontianak kan ? 
     Banyak persoalan yang muncul di fikiran Emelyn pada masa itu . Manusia makan manusia ? Tiba-tiba ada satu makhluk terlintas di minda Emelyn .
 
     Vampire ? Tak ! Tak mungkin ! Vampire mana wujud ! Habis apa ? Zombie ? Uihh zombie pandai culik orang ke ? Upgrade benar ini !! 
      Perlahan-lahan Emelyn melangkah ke belakang sementara makhluk itu tidak sedar akan kehadirannya . Namun nasibnya tidak baik semasa itu apabila kakinya terpijak ranting kecil dan menyebabkan makhluk itu berhenti daripada terus makan lalu berdiri. 
      Kurang asam punya ranting ! Tanpa membuang masa aku terus duduk di sebalik semak-samun untuk menyembunyikan diri . Kelihatan makhluk itu sedang menarik nafas dengan dalam untuk menghidu sesuatu . Tiba-tiba makhluk itu ketawa sinis .
“ Kau tak payah nak sembunyi , aku dapat hidu daging kau . Tak sabar aku jadinya ” kata makhluk itu sambil memandang ke arah persembunyian Emelyn .
       Mak aii !! Nak tersangkut nafas ni tengok rupa dia ! Dah lah mata dia merah habis , gigi tajam bagai . Kalah gigi jerung tau .
       Tambah lagi mulut dia masih ada sisa darah . Bukan rupa Vampire macam oppa Korea ke ? Eh , mengarut pula aku ni . 
“ Aku masih tunggu kau ni . ”
Aku nak lari tapi kaki aku tak bagi kerjasama huhuhu . Lemah semangat aku tengok rupa dia tadi . Habis aku nak buat apa sekarang ? Menangis sampai hutan ni banjir ?
“ Tak apa . Kalau kau tak nak datang sini , aku yang pergi sana . ”
Laju saja Emelyn berundur ke belakang apabila mendengar tapak kaki makhluk itu semakin menghampirinya . Sehinggalah Emelyn berhenti apabila terasa belakangnya sudah menyentuh sesuatu yang besar . Tidak lain tidak bukan , pokok !
         Wahai pokok , kau dengan saudara kau memang nak balas dendam ngan aku eh ? Mentang-mentang lah aku suka patahkan ranting masa aku kecik dulu . Huh ! Ini tidak adil ! 
         Kini makhluk itu sudah berdiri di hadapan Emelyn sambil menghadiahkan senyuman sinis . Senyuman dia menunjukkan yang dia ni kejam ! Aish apa yang aku cakap ni ?! Dah aku sendiri yang nampak dia makan orang , memang confirm lah dia ni kejam aduh ! 
Gulp !
Terasa nyawa bagai di hujung tanduk . Namun disebabkan posisi Emelyn yang sedang terduduk , ia menyebabkan makhluk itu sukar untuk memandang wajah Emelyn . 
“ Aku nak kau berdiri sekarang . Tunjuk muka kau sebelum kau mati . ” 
“ Tak nak ! ” Jerit ku lantang
Eh eh . Berani pula aku kan ? Wluerkk .. 
“ Berdiri ! ”
         Terhinjut bahu Emelyn apabila makhluk itu menjerit . Mana tak nya , lepas dia jerit terus segala jenis burung terbang tau .. Sempat lagi Emelyn menarik nafas dalam sebelum berdiri . 
         Okay , plan dia macam ni . Lepas kita berdiri , terus pecut seratus meter okay ? Anggap saja yang kita tengah kejar crush hehe . Eh , serius ! Jangan main-main sekarang . 
Wajah Emelyn disinari dengan cahaya bulan semasa dia berdiri dengan tegak . Namun niatnya untuk melarikan diri terbantut apabila melihat reaksi kejam makhluk itu bertukar menjadi reaksi takut . 
Tak masalahnya sekarang ni , siapa Vampire ? Aku atau dia ? Yang kau takut sangat dengan aku ni apa kes ?
“ Ce.. Cealyn ? ”  kata makhluk itu tergagap-gagap . 
Berkerut dahi Emelyn mendengarnya .
“ Cealyn . ”  kata makhluk itu lagi . Jelas terpancar riak takutnya . 
“ Kenapa ? ”  soal aku sambil mendekatinya . 
Amboi ! Bukan main berani lagi aku eh .. Kang dia tiba-tiba telan aku macam mana ? Uih tak dapat aku bayangkan kalau dia telan aku macam tu je . 
Semakin aku mendekat , semakin berundur makhluk itu .
“ Ma.. maafkan aku Cealyn .. A.. aku lapar sangat . Aku tak sengaja makan manusia .. Tolong .. Ja.. jangan bunuh aku . ” 
Makhluk itu terus melarikan diri apabila melihat aku tidak mahu berputus asa untuk mendekatinya . Nafasku kembali teratur apabila makhluk itu sudah hilang dari pandangan . Tapi , siapa Cealyn ?
Share this novel