Rate

2

Humor Series 2272

Location: Los Angeles, California.

"Hoi!"

Alamak..

Habislah aku..

Harap-harap dia tak jumpa aku kat sini.

Itulah keluhan yang berada didalam hatinya sekarang. Dia berharap agar lelaki tersebut tidak menjumpainya.

"Hai, buat apa kat situ?" Lelaki tersebut menjenguk Daleena sambil bersiul seperti mahu menggoda.

Daleena mendongak. Taktiknya tidak menjadi kali ini. Dia ternampak jejaka tersebut sebaik sahaja dia mendongak. Daleena bingkas bangun dari tempat persembunyiannya dan menepuk-nepuk pasir-pasir yang melekat di jeansnya. "Baru pindah ke?" Tanya Daleena, sengaja menukar topik.

Lelaki tersebut menjuihkan bibirnya kearah lori yang mengangkat perabut-perabut masuk kedalam rumah. "Buta ke?"

Daleena naik angin apabila dipanggil sebegitu. 'Biadap! Nasib baik anak orang kalau tak, dah lama aku tampar.' Daleena menjeling.

"Aku Adam. Adam Ryan. 20 tahun."

Daleena berjabat tangan dengannya. Tangannya digenggam kuat-kuat sampai Adam terjerit kecil menahan sakit.

"DALEENA. SOFEA. Kita sebaya." Daleena mengetap bibirnya geram.

"Oh, sedap nama. Kucing pilihkan ke?"

Kini, Daleena tidak boleh menahan sabar. Dia menunjukkan jari hantunya tepat didepan muka Adam dan berjalan masuk kedalam rumah.

"Hm, perempuan. Mula-mula tak suka. Aku tak handsome ke? Semua perempuan nak kat aku. Jual mahal." Adam mengomel sendiri.

Daleena kembali keluar dan mengambil sebuah belon yang berisi air dalam kuantiti yang banyak lalu di baling kearah Adam. "P.A.D.A.N. M.U.K.A.!" Daleena menjelirkan lidahnya dan berlari masuk kedalam rumah.

"Woi, aku tahu eja la!"

Adam membuka bajunya dan sidai diatas ampaian. Tanpa disedari, Daleena sedang memerhatikannya daripada dalam rumah.

Badan tegap dan six pack Adam turut dipandang.

Dia menekup pipinya yang mulai kemerahan dan panas. "Aduhhh...kenapa aku pergi tengok. Boleh buta mata aku."

Dia segera pergi ke ruang tamu.

"Intip sapa kat luar tu? Boyfriend ke? Kalau boyfriend, bawak jumpa abah. Boleh buat menantu." Usik Encik Aziz. Beliau sedang membaca buku autobiography tentang seorang doktor pakar.

"Jumpa setan tadi." Bisik Daleena. "Hm?" Encik Aziz tidak menumpukan perhatian tentang apa yang dikatakan oleh anak tunggalnya itu tadi.

"Takde apa-apa lah." Daleena senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dalee, abah dah tahu mana lokasi geng-geng 'Tiger'."

Mendengar kata-kata Encik Aziz, Daleena cepat-cepat duduk di sebelah ayah tercinta.

"Abah syhhh..nanti mama dengar macam mana?"

"Eh, sorry-sorry."

"Jadi, apa langkah kita yang seterusnya?"

"Abah tak pasti nak Daleena yang buat tugas ni. Nyawa Daleena memang dalam bahaya."

"Takpe abah, Daleena boleh buat." Daleena yakin tentang tugas yang dia harus dilakukan.

"Daleena kena jadi pengikut dia. Lebih kurang macam geng dia."

Geng 'Tiger' tidak tahu Encik Aziz ada anak. Mereka merahsiakan tentang kelahiran Daleena sejak dia lahir lagi.

" Abah, Daleena akan uruskan. Abah jangan risau."

"Bagus, Daleena. Tapi, hati-hati, keselamatan nombor satu."

Daleena mengangguk tanda faham.
Misi bermula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience