BAB 9

Romance Completed 4317

“Eii... kamu ini jahatlah. Mana ada saya blushing.” Bahu Yusra ditolak geram. Rambut yang ditocang satu dibetul-betulkan untuk menutup gabra. Yusra ketawa lagi.

Tanpa sedar, wajahnya direnung Dahlia dengan ekor mata. Sungguh pada waktu itu, Yusra tidak sedar bahawa dia telah memasang angan dalam diri Dahlia untuk bersama dengannya satu hari nanti.

Mungkin juga Yusra tidak sedar dia seolah-olah telah memberikan harapan kepada Dahlia untuk mengayam impian tentang mereka berdua di masa hadapan. Yusra mungkin bergurau, tetapi Dahlia menganggapnya sebagai satu janji yang pasti akan ditepati.

Sehinggalah hari itu tiba. Hari di mana Dahlia sedar di mana letak dirinya di mata Yusra. Sewaktu Yusra sedang melepak di kafe bersama rakan-rakannya, Dahlia datang mendekat.

Namun belum sempat dia menegur, langkah kakinya terhenti dengan sendirinya apabila terdengar apa yang dibualkan oleh mereka.

“Aku tengok kau rapat betul dengan budak Sabah tu. Ada apa-apa ke?” Syam bertanya sambil menepuk bahu kanan Yusra.

“Siapa? Dahlia ?” Yusra memulangkan soalan, mahukan kepastian.

“Eh, kau ada rapat dengan orang lain ke selain dia? Aku tengok kau ke hulu ke hilir dengan dia aje...” Arif pula menokok sebelum dia dan Syam sama-sama ketawa. Yusra tersenyum hambar.

“Tak adalah, aku dengan dia kawan aje.”

“Macam tu punya rapat kau kata kawan? Biar betul kau ni!”

“Betullah. Aku cuma kawan dengan dia. Bukannya ada perasaan apa-apa pun...” Waktu itu, Dahlia merasakan hatinya hancur luluh. Tegarnya Yusra menuturkan kata-kata itu.

Kata-kata yang benar-benar telah menggores sekeping hatinya. Dia seolah-olah semakin sedar di mana letak dirinya di hati Yusra. Dia bukan siapa-siapa buat lelaki itu. Dia hanyalah seorang gadis yang cuma dianggap sebagai rakan biasa tetapi tersilap memasang angan untuk memiliki lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience