SEPULUH

Other Series 3280

"Pandai awak menyanyi!"

Iman Daniela yang sedang senang hati menyusun fail-fail minit mesyuarat di dalam rak bilik kak Mazni terkejut monyet disergah seseorang.

"Eh..awak? Buat apa kat sini?" Iman bertanya sambil mengawal rasa segan. Malu didengar orang. Dia menyanyi pun kerana tiada siapa di pejabat pada ketika ini. Waktu pekerja-pekerja rehat pagi. Dia pula berpuasa ganti pada hari ini.

"Takde buat apa. Saja datang. Cari awak!" dia tersengih. Aku ketawa. Aku tahu dia bergurau.

"Yalah tu. Cari kak Mazni ya? Kak Mazni keluar makan dengan Kak Fara. Kejap lagi balik la tu." Iman Daniela memandai meneka.

"Tu lah. Takpe saya boleh tunggu. By the way, siapa dah nama awak? Lupa nak tanya hari tu sebab ada hal urgent masa tu."

"Ohh.." Iman mengangguk-angguk sambil mulutnya termuncung.

"Saya Iman Daniela. Iman."

"Iman.." dia berjeda. "Saya Ikmal. Ikmal Hanif."

Iman mengangguk-angguk. Ikmal. Nama manis macam tuannya jugak. Iman tersenyum sendiri.

"Dah makan? Jom makan sekali." Iman ternganga.

'Mak aihh. Ajak makan?' Iman terkedu. Biasalah jarang-jarang diajak begitu oleh lelaki.

"Takpe-takpe, Ikmal pergi lah makan."

"Laa. Jom la. Saya belanja." pujuknya lagi.

"Its okay. Lain kali, In shaa Allah."

"Betul ni?" tanya dia.

"Ya, betul. Saya dah makan." Iman tidak tipu. Dia memang sudah makan waktu sahur tadi.

"Bukan. Maksud saya betul lain kali awak akan makan dengan saya?"

Pertanyaannnya membuatkan Iman terkejut lagi. 'Serius ke dia ni?'

Hati Iman bertanya sendiri.

"Janji ya?"

Ikmal tersenyum sambil memandang tepat ke mata Iman Daniela.

"Err.. In shaa Allah..."

Iman terkedu kerana dia sebenarnya tidak pernah makan dengan lelaki terutamanya hanya berdua.

Kali pertama adalah dengan Hairi Adlan beberapa bulan lepas ketika terserempak di bank. Itupun kerana dia tiada pilihan lain kerana terkejut lalu hanya mengikut.

Ikmal tersenyum ceria mendengar jawapan Iman Daniela.

" Kalau macam tu nanti saya datang lagi."

"Eh, Kak Mazni? Kata nak tunggu dia?" Iman mengingatkan.

"Takpe. Itu nanti pun boleh. Yang penting, mission almost accomplished."

"Mission? what mission?" Iman sempat bertanya.

"Takde apa. Jumpa lagi!"kata Ikmal sambil berlalu pergi.

Iman termangu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience