29

Short Story Completed 49743

Aku masih di dalam pelukkan hangat Farish Mikael. Minyak wangi jenama Polo kegemaran nya itu lembut menyapa rongga hidung aku.

Farish mendengus perlahan.

"Hadiy,  I nak cakap sesuatu dekat you tapi I takut..." Ucapnya perlahan sambil mengusap rambutku manja. 

Aku mula rasa tak sedap.  Jantungku mula berdegup kencang  dan tapak tanganku mula berpeluh tanpa sebab.

Pelukkanku jadi lebih erat di dalam, ruang dengan samar-samar cahaya lampu.

Aku tahu apa yang akan terjadi selepas ini...  Maka, pelukkan ku makin erat. Lututku mula terasa kebas.

"Hadiy, I akan kahwin dengan Siti Fatimah." Ujarnya perlahan dan sebak.

Aku tersenyum dengan mata yang terpejam lembut.  Sebaik sahaja aku dengar apa yang terpacul keluar dari mulutnya aku mula redha... 

Aku pasrah...

Setelah lama terdiam berfikir dan mencerna apa yang sedang berlaku aku mula menerima hakikat bahawa sememangnya lelaki di hadapan ku ini diciptakan bukan untukku. 

"Hadiy,  are you okay?" Soalnya perlahan sambil mencium umbum kepalaku seperti dulu.

Aku berdehem perlahan lantas mengangguk faham.  Aku menelan liur beberapa kali.  Tekak terasa amat perih dan pedih. 

Aku melonggarkan pelukan lantas memandang tepat ke arah anak Farish Mikael walaupun pandangan mataku kabur. 

"Farish,  saya tak marah.  Saya rasa bersyukur. Awak kahwinlah cari kebahagian sebenar untuk awak.  Saya tak mampu berikan kebahagian sebenar.  Terima kasih sebab menjadi hero di dalam hati saya."

Ucapku dengan nada manja.  Mata Farish juga mula bergenang dengan air mata. 

"Hadiy sayang, You akan sentiasa ada di dalam hati I.  I minta maaf sebab dah patahkan hati You. I love you,  Hadiy." Ujarnya, dengan tanginsan teresak esak.

"Maafkan I, Hadiy.  I'm so confused !" ujarnya lagi dengan tangisan tersedu-sedu. 

Aku juga ingin mengalirkan air mata bersama-sama dengannya, tapi aku cuba tahan. 

"Farish,  awak jangan lah sedih.  Lepas ni,  awak kena janji dengan saya.  Awak akan bahagiakan Kak Siti.  Saya harap awak dapat lahirkan keturunan yang baik-baik.  Saya tak mampu buat semua tu.  Ingat tu okay?" Ujarku dengan senyuman tabah.

Farish Mikael menganggukkan kepalanya sebagai tanda berjanji denganku.

Aku, tersenyum...

Pelukkan kami makin erat. Kami berdua teruskan berpeluk mungkin untuk kali terakhir... 

Entah sudah berapa jam kami berpeluk aku pun tidak sedar.  Aku terus melayang-layang dalam keasyikan pelukannya. 

Farish,  I love you so much.

Tapi,  ini jalan terbaik untuk kita berdua.  Aku tersenyum puas kerana rancangan aku untuk satukan Farish dengan Kak Siti akhirnya berjaya.

Alhamdulillah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience