BAB 3

Drama Completed 632

“Baguslah Afal. Sebenarnya mak tu rindu kat hang tapi dia tak nak habaq ja. Dia mesti dah maafkan hang lama dah. Hang toksah risau,” balas Kak Syimah yang seolah memujuk hatinya bertenang dan tak gelabah.

“Mudah-mudahan macam tulah kak,” balas Nawfal yang selamat masuk ke perut kereta kakaknya. Kereta Range Rover abang Syazrin, suami Kak Syimah laju membelah jalan menyusuri daerah demi daerah menuju ke kampung halaman mereka di perak.

“Afal, hang sihat tak? Akak tengok hang makin kuruslah. Hang ‘on diet’ ka?” tanya Kak Syimah yang kehairanan melihat tubuh Nawfal yang semakin keding.

“Tak adalah kak. Afal sibuk bekerja, kurang sikit nak jaga bab makan ni. Tu yang kurus keding ni. Hihihi…”ujar Nawfal yang sedaya upaya menyembunyikan debar di dada. Soalan itu tidak dijawab dengan teliti. Biarlah…biarlah masa yang menentukan. Desis hatinya.

Suara jeritan kedengaran di setiap sudut ruang rumah papan dua tingkat itu. Hampir sahaja jiran di sebelah rumah terkejut mendengarnya. Bagaikan ada halilintar yang menghentam di segenap ruang. Dingin dan tegang.

“Mak dah tak nak tengok muka hang!” api kemarahan Mak Cik Ila meluap-luap. Dia tak betah menghadapi perkara yang menyakitkan hatinya.

“Mak,maafkan Afal. Afal bersalah. Afal takkan ulang lagi hal tu.” Rayu Nawfal kepada ibunya.

Ibu mana yang tak marah bila baru sahaja lepas SPM, dia ditangkap basah pula di belakang sekolahnya. Walaupun dia hanya bercumbuan dengan teman wanitanya namun itu sudah menjadi kesalahan yang besar baik di sekolah mahupun di luar. Ia sangat bertentangan dengan peraturan di sekolah dan juga norma-norma kehidupan yang berteraskan agama Islam yang universal.

“Kau dah memalukan mak,tau tak? Kau malukan mak! Mana mak nak letak muka mak ni? Mana?” pantas sahaja Mak Cik Ila mempersoalkannya. Dia tak ajar anaknya melanggar hukum Allah yang sudah diajarkannya sejak kecil lagi. Gagalkah dia sebagai ibu mengajarnya?

“Mak…maafkan Afal! Tolong maafkan Afal!” mohonlah banyak mana pun, hati ibunya sudah hancur berkecai sukar untuk dikutip kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience