BAB 10 : Setiap permulaan ada pengakhiran. Begitu juga setiap pertemuan ada perpisahan.

Short Story Series 6062

Maryam memandang sepi surat khabar didepannya. Ibu dan bapa mertuanya juga tidak terkata apa pagi tadi ketika bibik menyerah surat khabar itu. Terpampang wajah Haida dan Nuh berada bersama di KLIA. Tajuk yang tertulis pada akhbar itu cukup membuatkan hati Maryam hancur berkecai.

"HAIDA KEMBALI RUJUK BERSAMA WARIS EMPIRE HOLDINGS."

Maryam mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Nuh. Biarlah dia yang pergi dahulu, tidak sanggup dirinya sempat dihalau.

Maryam mencium lembut pipi Isa. Isa akan di tinggalkannya kerana itulah punca mengapa Nuh ingin menikahinya. Nasuha akan dibawa bersama oleh Maryam. Anna Nasuha Bt Muhammad Nuh adalah pengganti Anna Nasuha Bt Muhammad Hafiz. Itu semua kuasa Allah.

Ibu, ayah dan seisi keluarga Nuh, cuba menghalang Maryam, tapi Maryam berkeras untuk pergi. Tiada apa yang perlu dibincangkan. Gambar Haida berpelukan dengan Nuh itu sudah cukup membuktikan mereka berdua memang akan rujuk semula.

*******************************

Maryam menyapu segenap rumah sewa yang baru dia masuki. Rumah sewa itu tidaklah terlalu kecil dan tidaklah terlali besar. Sederhana itu lebih tepat. Cukuplah untuk dia dan Nasuha duduk untuk berteduh.

Ayah mertuanya ada berpesan, tiap bulan dia akan masukkan duit untuk keperluan Nasuha. Dia juga akan menyuruh Nuh tetap bertanggungjawab keatas Nasuha.

Maryam hanya berdiam diri. Jika nak bagi, silakan. Tak nak bagi, sedikit pun dia tidak paksa. Dia masih boleh menanggung sendirian. Bukan tidak pernah dia hidup susah. Bukan hendak mendabik dada, tapi mengukur baju dibadan sendiri.

*******************************

Kepulangan Nuh selepas 2 minggu itu disambut dengan kemarahan Ibu dan ayahnya. Dia terkejut juga tiba-tiba dimarahi tapi apabila ayahnya mencampakkan akhbar di atas mejanya dia juga terperanjat.

Benar, dia ada terserempak dengan Haida di KLIA ketika mahu pergi ke Sarawak. Tapi itu hanya kerana terserempak bukan seperti tuduhan yang ada pada tajuk di akhbar tersebut. Mati hidup semula pun dia tidak akan rujuk semula dengan perempuan seperti Haida itu.

Nuh semakin terkejut apabila ayahnya memberitahu bahawa Maryam dan Nasuha sudah keluar dari rumah itu.

Sakit juga hatinya apabila Maryam seakan tidak mempercayai kesetiaan dirinya. Tapi apabila ibunya memberi pendapat, bahawa logic jika Maryam berfikiran begitu apabila gambar mereka berpelukan sebegitu terpapar dengan jelas.

*******************************

Sepanjang hari Nuh mencari Maryam. Dia tidak berehat langsung semenjak kembali semula ke sini.

Di mana awak Maryam?

Nuh meminta bantuan Arman untuk mencari bersama.

*******************************

Malam itu, Isa menangis dengan kuat. Ibunya juga membantu untuk memujuk Isa. Isa tidak mahu langsung meminum susu botol. Sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

"Dia rindu mak dia ni Nuh." Ucap Ibu Nuh sayu melihat cucunya.

Tidak tahukan Isa bahawa papa juga rindukan Ibu.

*******************************

"Tuan, saya dah jumpa." Arman membuat panggilan pada majikannya.

"Betul ke ni?" Suara Nuh bertukar ceria. Sudah 10 hari dia mencari,akhirnya ketemu juga, alhamdulillah, terima kasih ya allah.

*******************************

Maryam membuka pintu rumahnya. Dia merasakan seperti tidak sedap hati. Bayinya Nasuha masih nyenyak dipangkuannya. Maryam menekan suis lampu, rumah yang gelap menjadi terang.

Alangkah terkejutnya Maryam apabila terlihat lelaki yang dirinduinya berdiri di koridor rumahnya.

"Lewat balik..." soal Nuh pada Maryam. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Maryam masih tercegat di depan pintu rumahnya.

Nuh menghampiri isterinya. Dia amati tubuh Maryam yang sudah kembali kurus. Anaknya Nasuha juga sudah semaki tembam. Tidak pula Isa, Isa makin kurus kerana kurang minum susu. Pasti anaknya Nasuha sentiasa kenyang. Nuh mengambil Nasuha dari pengangan Maryam.

Nuh mencium pipi anaknya dan diletakkan diatas sofa. Nuh kembali berdiri dihadapan Maryam.

Nuh terus merangkul tubuh Maryam. Maryam tiada hati untuk membalas rangkulan suaminya.

"Maaf sayang... semuanya tu salah faham. Haida tiba-tiba peluk abang masa tu. Abang tak pernah berniat untuk rujuk semula dengan dia. Hidup abang sudah cukup dengan kehadiran Maryam, Isa dan Nasuha. Abang cintakan Maryam, percayalah.." luah Nuh pada Maryam. Maryam terkejut dengan pengakuan Nuh. Sudahlah terkejut dengan kehadiran Nuh dengan tiba-tiba, gelaran abang dan sayang pun sudah buat dia membeliakkan mata, ini pulan pengakuan cinta Nuh padanya.

Mahu saja Maryam mengatakan perasaannya juga. Tapi seakan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya.

"Maryam cintakan Nuh?"soal Nuh pada Maryam. Nuh memegang dagu Maryam supaya mata mereka bertatapan.

Maryam diam. Nuh melepaskan nafas lemah. Abang akan buat sayang cintakan abang.. tekas Nuh di dalam hati.

*******************************

Nuh dan Arman duduk bersama di kedai mamak berdekatan dengan rumah sewa Maryam.

"Tuan dah luahkan perasaan tuan?" Soal Arman.

"Sudah..."

"Dia cintakan tuan?" Soal Arman lagi.

"Entah.. dia tak jawab." Luah Nuh lemah.

"Saya ada idea..."ujar Arman dengan senyuman nakal.

*******************************

Selepas dia menerima panggilan dari Arman, Maryam berlari anak menuju ke kaunter di Hospital KPJ berdekatan dengan rumah ibu bapa Nuh.

"Tuan Nuh bt Datuk Ibrahim di wad 2057." Jawab jururawat yang bertugas.

Maryam terus menolak pintu yang bertulis 2057 itu. Dia melihat tubuh Nuh penuh dengan wayar-wayar yang berselirat.

Maryam mendekati Nuh. Di cium dahi suaminya.

Kemalangan itu telah membuat Nuh koma. Itulah apa yang dikatan Arman tadi.

Maryam menggenggam jari jemari Nuh.

"Nuh, sedarlah... Isa dan Nasuha perlukan you. Saya pun perlukan you." Maryam mengucup jari Nuh bersama linangan airmata.

"I love you too Nuh. I love you... itukan soalan yang awak tanya pada saya. Jawapan saya, yes.. Saya juga cintakan awak. Saya nak jadi isteri awak selamanya." Luah Maryam lagi.

"Sedarlah Nuh... maafkan saya sebab keluar rumah tanpa izin awak."

Nuh sudah tidak dapat menahan diri dari teruskan lakonan ini. Dia mengusap lembut kepala Maryam.

"Awak dah sedar?"soal Maryam ceria. Maryam terus mencium dahi Nuh dan bibir Nuh juga menerima habuan. Lama juga mereka berkeadaan sebegitu.

Maryam melepaskan bibirnya. Maryam membelai lembut rambut Nuh. Nuh tersenyum begitu juga dengan Maryam.

"You love me?"soal Nuh lagi.

"Yes, I love you...." Maryam terus mendakap tubuh Nuh.

Nuh merungkaikan pelukan dan dia terus duduk bersandar. Wayar-wayar tang berselirat di tububnya dicabut begitu saja. Terkejut Maryam apabila Nuh mencabut wayar-wayar itu semua.

"Sorry sayang... ini semua prank." Ujar Nuh dengan wajah tersengih.

"What?"soal Maryam terkejut.

"Prank... sebab nak tunggu Maryam mengaku cintakan abang susah sangat, tu yang kena buat macam ni." Luah Nuh masih memegang tangan isterinya. Maryam terus mencubit paha suaminya.
Nuh terus mendakap tubuh isterinya.

Tiba-tiba....

"Dah lah tuan sambung dekat rumah, isteri saya dah marah saya dah sebab tuan guna bilik ni lama sangat." Ujar Arman mengusik. Nuh terus merungkaikan pelukan.

Mujur isteri Arman adalah jururawat disini, mudahlah dia hendak menjayakan lakonannnya tadi.

*******************************

Haida sudah menikah dengan kekasihnya dia luar negara. Isa dan Nasuha juga sudah berusia 2 tahun.

Maryam dan Nuh sedang menanti kelahiran anak mereka yang masih dalam kandungan. Menurut doktor, kali ini Maryam mengandungkan anak kembar juga.. tapi kali ini lebih ramai.. kembar tiga.

"Abang, tolong buatkan milo ais."Pinta Maryam manja ketika mereka berdua sedang menonton tv di bilik mereka.

"Ok...."

*******************************

Hidup, adanya sedih dan bahagia.. itu adalah suatu fitrah manusia. Bila kita sedih, tuhan sedang ajar kita untuk bersabar, bila kita gembira, tuhan sedang ajar kita bersyukur.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience