BAB 9

Romance Completed 9808

KINI aku duduk berhadapan dengan Encik Kevin. Dah sebulan peristiwa di Melaka itu berlalu. Dan sebulan aku tak pernah nampak muka Devid lagi di SJ.

“Awak tahukan anak saya suka awak?” Tiba-tiba Encik Kevin bersuara macam tu. Tak akan aku nak tipu. Semua orang tahu kut, mestilah Encik Kevin tahu walaupun dia tak ada masa tu dekat Melaka.

Aku angguk. “Maaf bos. Tapi saya tak boleh nak terim.....”

“Sebab awak tak suka dia, atau sebab awak fikir yang Devid dan awak berlainan agama?” Encik Kevin memotong percakapan aku.

“Kedua-duanya sekali.” Jawab aku jujur. Tapi betul ke? Betul ke aku tak ada sikit pun rasa suka dekat Devid?

“Kalau Dev masuk islam, awak boleh terima dia?”

“Kalau Dev masuk ke agama islam hanya sebab cintakan saya, maaf. Maaf sangat bos, saya tak boleh terima. Biar dia ikhlas dengan silam sebab dia suka agama kami, bukan sebab dia suka saya.” Aku tak nak aku sekali tercalit dosa kalau Devid memeluk islam sebab aku, tapi bukan sebab berminat dengan agama Allah.

“Saya dah tahu lama yang Dev suka awak. Mungkin masa tu awak tak perasaan. Dia kata dia ternampak awak di rumah kami masa tu. Rasanya waktu itu, saya minta awak hantarkan dokumen dekat rumah. Saya tak sihat. Dia beritahu dengan saya dia suka awak. Dah setahun dah berlalu. Itu perkara yang pertama awak perlu tahu... Kedua pula... Anak saya dah lama memeluk islam. Lima tahun sudah dia memeluk islam. Dia berminat dengan islam sejak belajar di UK. Keluarga kami tak larang, sebab kami amalkan agama bebas. Saya dengan agama saya, dan isteri saya begitu juga. Kami akan saling menghormati dengan agama masing-masing. Dan saya tak sangka yang perasaannya masih sama lagi, iaitu dia masih suka awak. Saya ceritakan sebab saya dapat rasa awak fikir yang Dev bukan orang baik-baik. Awak tentu salah faham ketika dia mempermainkan maruah awak dulu. Dia nak bersalaman dengan awak, kan?”

Encik Kevin tersenyum. Kemudian dia ketawa kecil. Aku diam aje. Aku tak tahu nak fikir apa saat ini. Buntu.

“Dia cakap dengan saya dia bergurau aje dengan awak. Dia suka tengok awak marah, dia suka dengar awak bising. Awak tak faham masa tu sebab dia cakap guna bahasa mandarin dengan saya.”

“Saya minta maaf bos. Saya dah tuduh anak bos macam-macam.” Ya, aku salah. Inilah padahnya mulut suka menuduh. Bukan nak periksa dulu, main cakap aje! Ya Allah, aku dah menuduh hambaMu yang bukan-bukan.

Encik Kevin geleng kepala. “Tak apa. Kalau awak tak suka sama anak saya Nisa, saya faham. Hati manusia tak boleh paksa. Cuma, sebagai papa dia saya suka kalau awak pun suka anak saya. Saya suka awak juga Nisa.”

“Terima kasih sebab memahami saya bos.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience