BAB 10

Family Completed 1384

Dia menjeling tajam. “Abang jahat!”

Bang!

Allyssa terkejut. “Sampai hati abang. Abang tak sayang Allyssa. Abang tak sayang ibu dan ayah lagi,” suaranya sayu dan air mata berlinangan laju ke pipinya.

Khalid yang berada di situ kasihan melihat adiknya. Dalam tidur pun dia masih teringat peristiwa gelapnya itu.

Memang sangat gelap. Kehilangan orang tersayang dan juga kasih sayang daripada seorang abang. Pedih!

“Allyssa bangun sayang.” Ujar Khalid sambil tersenyum. Rasa bersalah masih menyelubungi dirinya.

Mata Allyssa perlahan-lahan terbuka. Nampaknya dia tertidur di sofa tadi. Lama juga dia tidur sampai terlena. Mimpikan tentang keluarganya sekali. Adakah ini tanda rindu? Mungkin.

“Mengapa bersembunyi di sini? Kan abang suruh duduk diam-diam di lorong yang abang suruh. Allyssa tahu tak abang risau sangat. Bahaya duduk di sini.” Tambah Khalid sambil memeluk Allyssa. Dia tahu adiknya itu pasti berada dalam ketakutan.

Allyssa menepis. Dia meleraikan pelukan. Perasaan marah terhadap abangnya masih tersemat di hati. Dia tahu pasti abangnya itu sengaja mahu berbaik-baik dan memujuknya.

Allyssa terjaga. Pandangan matanya agak kabur. Dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali.

Terlalu sukar untuk menjelaskan pandangan. Dia mahu menggosok matanya itu namun tidak berdaya. Entah mengapa kedua-dua tangannya kaku. Setelah beberapa kali mencuba, pandangan matanya semakin jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience