BAB 7

Romantic Comedy Completed 705

Pagi tu suasana dalam Villa sepi saja. Hurmm, yang sebetulnya hari-hari
villa tu sepi. Zara tersenyum sorang-sorang memerhatikan keadaan
sekeliling. Daddy tak ada, Kumad mana? Kepala Zara masih melilau lagi.

“Bik, Tuan Muda mana?” Zara terus bertanyakan pada Bibik lepas tak
nampak kelibat Kumad.

“Ya, gayanya Tuan Muda sudah keluar kok awal pagi lagi. Katanya mahu
lari-lari perlahan di taman. Apa itu/jogging/ya? Bik pun enggak pasti.
Tapi yang pasti Tuan Mudanya sudah keluar.”

“Ooo, ok-ok… terima kasih Bik.” Zara memberi senyuman pada Bibik.

Langkah kaki diatur perlahan-lahan ke tingkat atas. Sekali tengok macam
penyamun tarbus pun ada gaya Si Zara nie. Sebaik sahaja tiba di hadapan
pintu bilik Kumad, dia memulas tombol pintu dengan berhati-hati…
Kepalanya disuakan sedikit ke dalam bilik dan senyuman penuh muslihat
terbentuk dibibirnya bila melihat apa yang dia cari di dalam bilik Kumad
terletak elok di atas meja kerja Kumad.
/
/
/Its revenge time/… Kumad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience