BAB10

Romance Series 25069

"Hadehh..penatnya study harini...banyak pulak assignment nak kena buat!" Aku merungut sambil membelek-belek assignment yang berada di tangan ku ini, "Alah, chill ah.Kita kan buat assignment ni berkumpulan, so berbaloi lah daripada siapkan assignment tu sorang-sorang." Fatimah menepuk bahuku sambil tergelak kecil, "Yerrr saya tau...eh tapi kita ada satu lagi orangkan yang jadi ahli kumpulan kita?" Aku menyoal Fatimah yang sedang leka melihat assignment ditangan ku. "Ha ah! Aku, Fatimah, kau dengan lagi sorang.Nama dia tak silap aku...Hakim!" Fatin menyampuk, ceh perempuan ni kalau bab ahli-ahli kumpulan...hmm dialah yang ambil bahagian. "Eleh awak..seronok lahtu ada lelaki join kita-" Aku tersenyum sinis memandang Fatin yang sedang senyum apabila menyebut nama "Hakim" itu, "ofcourse lah seronok! crush aku kot yang joinn!!!" Fatin melebarkan senyuman.

“Lahh..CRUSH rupanya..patutlah happy lain macam!” Aku tersengih dalam masa yang sama aku menyindir betina tu HAHAHA. “Assalammu'alaikum” Aku,Fatin dan Fatimah dengan segera mengalihkan pandangan ke arah suara jejaka tersebut. “Wa'alaikummussalam, eh Hakim!” Fatin dengan wajah yang terperanjat seketika kemudian tersenyum pilu, “Hehehe..sorry lambat..saya tau saya tak ON TIME datang...”
“It's ok Hakim..but after this, please don't be late again..i know it's kinda struggle to find us” Aku tersengih.
“S..sorry..saya janji lepas ni saya takkan lambat..saya ingat kan korang dekat dewan, rupa-rupanya dekat CAFE”. “Aik..Fatin takkan lah tak bagitau awak yang kitaorang nak berkumpul dekat cafe?” Aku memandang ke arah Fatin yang seperti tidak bersalah. “Alahh..sorry lah Ayu..aku terlupa nak bagitau dia hehe..”, Haishh..macam-macam jelah si Fatin ni! takpelah Ayu..sabar..kau sebagai ketua kumpulan, kau kena bersabar dengan perangai ahli kumpulan kau. “Haih..pape jelah, haaa sekarang ni kita nak siapkan assignment ni kat mana and rumah siapa?” Aku bertanya kepada ahli kumpulan ku yang sedang duduk memikirkan jawapan bagi soalan yang baru saja aku soal.

“Rumah aku ngan kakak aku jelah..rumah kitaorang pun sunyi takde sesiapa..kecuali ada bibik kitaorang jelah..kan kak?" Fatimah berkata lalu menyoal kakaknya Fatin, “Ye tak ye jugak..parents kitaorang pun ada Outstation..so..boleh lah” Fatin memandang ke arah ku menginginkan jawapan dari mulut ku jika aku bersetuju atau tidak. “Hmm..ok juga kalau buat dekat rumah Fatin dan Fatimah..sebab aku pun baru teringat,Khalif tak pilih lagi rumah untuk disewa.." Aku berbisik didalam hati. “Ok lah,kita buat dekat rumah Fatin and Fatimah.awak setuju Hakim?"
“Ah..saya ok je.." Hakim balas sambil tersenyum ikhlas.

“Ok! esok datang dekat rumah aku pukul 7PM, ok? and jangan risau! rumah aku berdekatan dengan Universiti kita ni je" Fatin mengaturkan masa untuk menghadiri ke rumahnya. "Ok, kita dah habis bincang.. jomlah balik ke kelas" Fatimah bergegas bangun..begitu juga aku.Fatin dan Hakim. Lalu kami kembali ke kelas bersama-sama. Selesai sahaja semua kelas, seperti biasa..aku akan menunggu "MR PERFECT" untuk pulang ke rumah. Di dalam kereta aku melihat Khalif diam je, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya..aku kemudian bersuara, "Awak.." Khalif tidak menyahut, dia diam tidak berkata apa-apa.
Aku memberanikan diri untuk bersuara lalu aku bersuara buat kali kedua "Awak?" "Apa?" Khalif menyahut..tetapi..dia langsung tidak memandang ke wajahku, kening suamiku berkerut. "Awak ok ke tak ni..?" Khalif tersenyum sinis, "Boleh lagi sayang tanya abang?' Aku kemudian tergamam..apa yang aku lakukan kepadanya? apakah aku ada buat silap? setahu aku, pagi tadi elok saja bercakap dengan aku..petang ni tiba-tiba lain pula? apahal?. Aku bingung, "Awak..saya mem-" Sebelum sempat menyambung ayat ku..Khalif secara tiba-tiba menyampuk, "Siapa lelaki tadi?"Khalif menyoal. HAH? LELAKI? LELAKI MANA PULA NI YANG DIA MAKSUDKAN???

BERSAMBUNG~

Assalammu'alaikum haii, dah lama saya tk sambung novel ni! saya minta maaf jika anda semua lama menunggu! btw ENJOY XD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience