BAB 8

Crime Completed 12625

“Cantik mata kau.” Zulfaqar Warid menyelak rambut yang menutupi mata Harum Zawani menggunakan hujung pisau belatinya. Harum Zawani dapat melihat dengan jelas wajah tampan yang telah meragut nyawa ibu bapanya. Sayang. Wajah setampan itu dimiliki oleh seorang pembunuh.

“Tapi sayang, aku benci tengok mata kau!” Zulfaqar Warid menggores hujung pisaunya ke mata kanan Harum Zawani. Darah memancut keluar. Harum Zawani menjerit kesakitan. Dia cuba berundur ke belakang untuk melepaskan diri namun usahanya tidak berjaya. Zulfaqar Warid terlebih dahulu merentap pergelangan tangannya. Harum Zawani meronta-ronta. Sekali lagi Zulfaqar Warid menyerang. Kali ini mata kirinya pula menjadi sasaran. Harum Zawani berasa amat terseksa.

“Daripada kau buat begini, lebih baik kau bunuh sahaja aku!” Harum Zawani sudah tidak tahan. Dia menggelupur bagaikan orang gila.

“Bunuh? Siapa kau nak bagi arahan pada aku?” Tubuh Harum Zawani dilepaskan.

“Kenapa? Kau takut?” Harum Zawani mulai tertawa.

“Hei, Ruthless Zack tak pernah takut! Sudahlah, buang masa saja aku layan perempuan sewel macam kau.” Zulfaqar Warid mula mengatur langkah untuk pergi. Harum Zawani berasa cemas mendengar bunyi sepatu Zulfaqar Warid yang semakin menjauh. Dia mengengsot laju menuruti langkah itu. Kaki Zulfaqar Warid dicapai dan dipeluk.

“Tolonglah bunuh aku. Aku tak mahu hidup seorang diri. Tolonglah...” Zulfakar Warid menendang tubuh Harum Zawani sehingga pelukan gadis itu menjadi longgar.

“Sudah! Aku bukan Tuhan. Kerja aku sudah selesai. Dan kau, akan aku biarkan hidup.” Harum Zawani menangis mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Zulfaqar Warid. Sebelum Zulfaqar Warid meninggalkannya, dia sempat merentap pisau belati dari genggaman Zulfaqar Warid.

PUNTUNG rokok yang terbakar mengenai jari Zulfaqar Warid. Serentak itu kenangan yang terimbas di mindanya turut sama berkecai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience