BAB 6

Humor Completed 25256

“Tua lah aku ni. Bilalah nak tengok cucu sendiri.” Tuan Jamal mula mengeluh kecil mengenagkan nasibnya yang mahu cucu tapi belum kesampaian di usianya yang sudah mencecah awal 60an.

“Aku pun. Sekurang-kurangnya kau anak lelaki. Ni aku anak perempuan. Lagi payah nak melayan.” Kata Daud.

Jamal menyokong pendapat Daud .

‘Bawa bersabarlah.Belum ada jodoh mereka la tue.Kalau dah beranak pinak nanti, jangan nak mengeluh pula bila dikerumuni cucu-cucu.’
Jamal mencuba menenangkan Daud.Mereka sama-sama faham situasi mereka.

“Kita nie makin tua, bukan makin muda.Manalah tahu umur tak panjang.”

“Ish Mal, jangan sebut yang bukan-bukanlah pula.”

Jamal tersengih.Daud hanya tersenyum.Masing-masing tak berubah.

‘Entah bila aku nak dapat tengok anak aku bersanding atas pelamin?’
‘Aku pun.’

Sayu nada suara Tuan Jamal dan Daud bersatu.Tiba-tiba Tuan Jamal membisikkan sesuatu.Dua pasang mata bersatu dan bibir mengukir senyum.

Ada rancangan yang mahu mereka rencanakan untuk kebaikan kedua-duanya. Kali ini mereka kena berpakat kalau mahukan cucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience