BAB 19

Romance Completed 16902

"Arghh!!! Pergi! Pergi!"

Roy terkejut melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja menjerit sewaktu dalam tidur.

"Sayang..sayang.." Ujar Roy sambil menggerakkan bahu isterinya yang masih mengigau itu. Luna membuka matanya perlahan dan terkejut melihat suaminya di sebelahnya.

"Argh! Pergi! Pergi! Kau jangan kejar aku lagi!" Jerit Luna sambil menjauhi dirinya dari suaminya. Roy masih memegang erat tangan isterinya untuk menenangkannya.

"Sayang..sayang mimpi apa sampai sayang jerit macamni dekat abang? Sayang ok ke? Abang bersyukur sangat sebab akhirnya sayang dah sedarkan diri. Semalam abang bukan main risau tau sebab sayang langsung tak bangun-bangun pagi semalam. Sebabtu abang ambil keputusan untuk hantar sayang dekat hospital ni." Ujar Roy dengan lembut.

Luna melihat sekelilingnya dan mendapati bahawa dia berada di dalam bilik wad. Tangannya juga masih dicucuk jarum untuk mengisi air di dalam badannya.

"Tsk..tsk..abang jahat..abang kejar Luna tadi..tsk..tsk..Luna takut sebab takut diapa-apakan oleh abang..tsk..tsk.." Ujar Luna dengan teresak-esak kerana trauma dengan mimpinya.

"Shh..shh..sayang lupakan mimpi tu ya. Itu cuma mainan tidur je. Sekarang ni Luna selamat dengan abang. Here let me hug you." Ujar Roy sambil memeluk badan isterinya dan mengusap belakang isterinya perlahan. Dia sempat melabuhkan ciuman pada bibir isterinya dengan lembut.

Akhirnya Luna berasa lega kerana dapat bangun di dunia nyata. Tetapi mimpi tersebut seakan benar baginya. Sisa baki takutnya terhadap suaminya masih terasa lagi.

"Abang..izinkan Luna pergi tandas dulu ya." Ujar Luna.

"Sayang nak abang temankan. Sayangkan masih belum sihat lagi. Sini abang tolong sayang berdiri." Ujar Roy dengan penuh kerisauan.

"Takpalah bang, saya masih ok lagi jalan ni. Lagipun tandas tu pun dekat je dengan saya. Abang tunggu je dekat sini." Ujar Luna dengan perlahan.

"Kenapa sayang nak seksa abang macamni ha? Abang bukan kemain risau pasal sayang lepastu adakalanya abang menangis sebab memohon agar sayang sedar dan senang macamtu je sayang tolak pertolongan abang?" Ujar Roy dengan nada tidak berpuas hati. Aku mengeluh dengan perlahan kerana tidak tahu bagaimana mahu menurunkan egonya. Ada-ada sahaja dia mahu menang dalam situasi ini. Apa boleh buat dia suamiku.

"Oklah abang...kalau abang nak teman saya kencing kat dalam tu sekali, silakan." Ujarku dengan malas.

Roy tersengih dalam diam dan membantuku untuk memapah menuju ke arah tandas.

****

Roy menemaniku membuat ujian darah di bilik khas. Sementara Roy sedang mengambil keputusan ujian darah daripada doktor di dalam bilik tersebut, aku duduk di bangku luar untuk menunggu ketibaan suamiku. Aku melihat kawasan tersebut sangat sunyi boleh dikatakan hanya aku sahaja yang berada di lorong tersebut. Tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang cuba menghasut pemikiranku agar mengalakkan aku untuk membuat suatu kerja yang mungkin akan mengundang marah suamiku.

"Apa kata kau main sorok-sorok dengan suami kau, tak sabar tengok reaksi dia macamana...

Itulah yang sedang bermain di pikiranku. Aku juga terpikir untuk mengenakan suamiku. Aku tersenyum sendiri dan perlahan-lahan menapak perlahan daripada kawasan tersebut agar tidak terkantoi oleh Roy. Aku menuruni tangga dan mencari kawasan untuk bersembunyi. Mungkin aku boleh bersembunyi di kantin hospital.

Aku menuju ke arah kantin tersebut. Ramai para kakitangan hospital menjamu selera di sana. Aku menuju ke arah dapur dan bersembunyi di bawah tersebut. Aku tidak mengerti mengapakah kelakuanku tidak sah seperti orang yang tidak normal.

Jurumasak tersebut terkejut melihatku di bawah meja tersebut apabila dia ingin mencapai bahan masakkan.

"Cik? Cik buat apa dekat sini? Cik ok ke?" Ujar jurumasak tersebut.

"Shhh..." Aku menunjuk tanda diam ke arahnya. Dia mengerutkan dahi kerana kali pertama melihat ada orang bersembunyi di bawah tersebut lagi-lagi berpakaian seperti pesakit hospital. Jangan dia menganggapku pesakit mental sudah.

"LUNA!! LUNA!! KAU KELUAR SEKARANG!!" Aku terdengar jeritan suara Roy yang sedang memanggilku dengan nada yang marah. Ramai orang melihat kearahnya seolah-olah terkejut dengan situasi tersebut.

"Woi! Korang ada nampak bini aku ke kat sini ha?! Dia pakai baju hospital tadi dengan berambut panjang? Baik korang mengaku sekarang mana bini aku?!" Ujar Roy dengan berang. Ramai orang berbuat tidak tahu barangkali malas mahu masuk campur.

Aku menahan ketawa kerana melihat gelagat Roy yang terlalu risau akan kehilanganku. Best juga main sorok-sorok dengan encik suami. Roy yang tidak berpuas hati dengan sikap mereka yang tidak mahu bekerjasama terus sahaja mengeluarkan pistol dan menembak ke arah atas menyebabkan ramai orang takut untuk mendekatinya.

"Cari bini aku sekarang!! Sebelum hancur kepala korang kena pistol ni!!" Roy memberi arahan kepada mereka menyebabkan mereka berlari anak mencari keberadaan isterinya.

"Kejap! Saya tahu isteri encik dekat mana. Dia sorok kat bawah meja dapur ni tadi." Seorang jejaka melaporkan di mana isterinya menyorok tadi. Roy mendekati jejaka itu dan menumbuk perut lelaki itu sehingga menggelupur kesakitan.

"Kan bagus mengaku dari awal tadi. Ni tak orang tanya tadi duduk diam je macam orang bodoh." Ujar Roy menuju ke arah lokasi yang dilaporkan oleh lelaki tersebut. Hatinya semakin membara bahawa kawasan yang ditunjukkan olehnya adalah kosong.

"Fuck!!!" Carutnya. Roy menuju ke arah lelaki itu semula dan menembak tepat ke arah kepalanya. Semua orang menjerit ketakutan.

Dhom!!....

"Argh!!!!.....

****

"Haha...haha..." Aku tergelak seorang diri sambil berlari untuk menuju ke destinasi yang seterusnya. Aku cepat-cepat melepaskan diri dari dapur tersebut sebelum ditemui oleh Roy. Aku tidak mengerti mengapa permainan ini sungguh menyeronokkan bagiku.

"Hahaha..hahaha.."

Aku terdengar suara seperti orang sedang gelak. Suara tersebut semakin lama semakin menghampiriku. Apabila aku menoleh ke arah belakang dan terkejut apabila Roy berlari ke arahku sambil pistolnya diacukan ke arahku. Dia juga turut gelak sambil mengejarku.

Wajahku yang ceria tadi bertukar menjadi suram kerana takut jika diapa-apakan olehnya. Aku juga berpura-pura mengikutinya gelak untuk menyembunyikan ketakutanku.

"Ha..haha.." Aku hanya tergelak perlahan dan terus berlari ke kawasan seterusnya.

"Luna nak main kejar-kejar dengan abang ya. Luna tunggu ya kalau abang dapat Luna, abang gigit sayang kuat-kuat. Ha..ha..ha..larilah lagi Luna. Larilah sejauh mana yang sayang mampu. Abang pun rindu nak main kejar-kejar dengan sayang." Ujar Roy yang makin menambah keresahan dalam jiwaku. Aku memaki diriku kerana tidak mengambil alert dengan perbuatanku tadi. Ingatkan ingin membuat prank terhadapnya last-last berakhir dengan tragedi.

Aku cepat-cepat memasuki ke dalam teksi yang sedia menunggu penumpang kerana tiada cara lain untuk menenangkan Roy. Disebabkan aku terlampau takut dengannya mungkin aku boleh mengambil kesempatan untuk mencari kawasan yang mampu menjauhkan jarakku darinya. Belum sempat aki menutup pintu kereta Roy cepat-cepat memasuki kereta itu juga.

"Ab..abang..Lu..Luna minta maaf..se..sebab..Luna cuma nak prank den..dengan abang je." Seluruh jantungku hampir gugur kerana Roy sekarang sudah berada di depanku.

"Kau sini!! Berani kau main-main dengan aku ya!!" Tengking Roy dengan marah lalu menggigit pipiku dengan kuat sambil mencengkam bahuku.

"Argh!!! Tsk..tsk..sakit abang!" Aku menjerit kesakitan. Roy yang tidak mengambil peduli dengan rayuan isterinya terus menggigit bahagian bahu isterinya. Bukan itu sahaja buah dada isterinya juga menjadi mangsa gigitannya. Luna menjerit histeria kerana terlampau terseksa digigit oleh suaminya. Habis badannya bercorak merah akibat gigitan suaminya.

Pemandu teksi yang sudah mati akal dengan kelakuan sepasang suami isteri yang bergigit sana sini di belakang tempat duduknya terus sahaja keluar dari teksi tersebut kerana takut sekiranya lelaki buas tersebut menggigitnya juga. Apa nak jadi dengan generasi sekarang ni. Ada isteri pun digigit macam anjing sedang menggigit mangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience