Bab 11

Fantasy Completed 13890

Jane mula tersedar dari tidurnya. Terpisat pisat matanya memandang sekeliling. Dah pukul 8 malam?! Habislah!

Dia cuba menggerakkan badannya untuk bangun namun ada sesuatu yang menghalang pergerakannya ketika itu. Laju matanya turun memandang objek yang berada di atas tubuhnya. Omg! Tangan kai!  Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan kai yang masih kemas memeluknya.

"jane.." satu suara lemah memanggilnya. Jane menoleh memandang kai yang sedang merenungnya. Sejak bila dia ni bangun?

"kau nak pergi mana?" suara lelaki itu masih serak.

Jane tersengih. "awak sambunglah tidur.. Dah malam ni.. Saya balik dulu ye.. Eh!" ALAMAK! baru dia teringat. Emak!  Jane menepuk dahinya kuat. Tujuan asal dia datang sini sebab nak cari emaknya. Macam mana dia boleh lupa?! Baru jane  berkira kira hendak bangun pinggangnya ditarik semula ke belakang.

"jangan balik dulu.." pinta lelaki itu perlahan.

"kai tak boleh.. Mak saya hilang saya kena cari dia sekarang ni" ujar jane cemas. Laju dia berdiri dan tergesa gesa berjalan menuju ke arah pintu.

Argh! Kai menahan kesakitan yang semakin menjalar di tubuhnya.
"tunggu! mak kau.. Aku tahu dia dekat mana.." ujar lelaki itu sambil menahan kesakitan.

Langkah kaki Jane terus terhenti sebaik sahaja mendengar kata kata lelaki itu. Akalnya berfikir. Dia tahu mana mak aku? Biar betul?!

Badannya dipusingkan memandang kai. "kai serieslah! Awak tahu mana mak saya sekarang ni?" tanya jane lagi. Matanya merenung mata lemah yang sedang terbaring di atas katil itu.

"aku..arghh!" kai memegang kepalanya. Terasa seperti kepalanya dihempap satu bongkah batu yang besar.

"kai!!" meluru gadis itu berlari ke arah kai.
"awak kenapa?! Kai! belakang badan awak! Kenapa belakang badan awak berdarah?!" bulat matanya memandang tompokan darah yang begitu banyak.

"Apa yang dah jadi ni?! Siapa yang buat awak macam ni?!!" bertubi tubi soalan keluar dari mulutnya.

"jane.."

"kai awak kenapa? Beritahulah!! Jangan diam!" gesa gadis itu lagi. Tubir matanya mula bergenang.

"jane bertenang.." ujar Kai. Bibirnya tersenyum tipis memandang riak wajah jane. Risau betul dia ni..

Jane melihat dada kai yang berombak lemah.

"awak tunggu jap"
Pantas kakinya berlari menuju ke tepi tangga. Jane mencapai kotak peti kecemasan yang berada di dalam almari dan berlari masuk ke dalam bilik semula. Nasib baik dia ada terperasan kotak itu sewaktu hendak naik ke atas petang tadi.

"kai bertahan"
Laju tangannya menggunting baju yang sedang dipakai oleh kai. Dalamnya luka dia ni...
Jane menelan air liur. Luka bekas cakaran? Tapi Kena cakar dengan apa? Tanya gadis itu di dalam hati. Perlahan-lahan tangannya mencuci luka di tubuh kai.

"argh.." kai terjerit kecil.

"tahan sikit"

Jane memegang kepalanya yang sedikit pusing. Terlalu banyak darah yang perlu dibersihkan sehingga kepalanya menjadi sedikit mabuk. Setelah usai meletakkan ubat dan membalut luka di tubuh badan kai, terus dirinya menarik nafas lega.

"dah siap" ujar Jane terduduk kepenatan. Fuh! Badannya disandarkan ke dinding. Kai? Tido ke? Kepalanya dijengahkan cuba memandang wajah kai. Laa tidur pula. Macam mana aku nak tanya pasal mak ni?
_____

"jane.. "
"jane.. Bangun"

Jane membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terpaksa dikecilkan untuk memandang wajah seseorang yang berada agak dekat dengannya. Siapa ni? Kai ke? Eh kai! Lupa pula dia masih berada di rumah lelaki itu.

Terus gadis itu menegakkan badannya  apabila terpandang wajah kai yang begitu hampir dengan mukanya. Buk! dahinya terhantuk. Aduh!

"Aduh! Jane kau ni kenapa?!" marah kai sambil menggosok-gosok dahinya yang terasa berbisa. Batu ke apa kepala budak lembik ni.

"maaf.." ujar jane lalu menunduk kepalanya ke depan. PAP! Kepala mereka berdua terhantuk sekali lagi. Ya ampun!

"JANE!"

"aaa..maaf!" ujar jane lalu bergerak ke belakang sedikit. Karang terhantuk lagi kang..

Kai membesarkan matanya. Dahlah badannya sakit kini kepalanya pula.

Jane tersengih sambil menggosok dahinya. Macam mana lah dia boleh terhantuk sekali lagi..
"kai.. Awak okay?" ujarnya sambil memandang badan kai yang masih berbalut.

"err.. kai.. Pasal mak saya.."

"Pasal mak kau.. Biar aku uruskan.. Yang penting sekarang ni biar aku yang hantar kau balik" ujar kai lalu berdiri. Dia menghulurkan tangannya sambil memandang jane yang masih lagi duduk di atas lantai.

"takpe lah.. Saya boleh balik sendiri" tolak jane lembut. Nanti kalau ayah tirinya nampak.. Habis dia.

"dah takde.. Aku hantar" bantah kai tegas. Tangannya terus mencapai tangan jane dan menarik gadis itu bangun.

"kai tak payahlah nanti kalau..."

"aku hantar." potong kai sedikit tegas. Terus dia melangkah keluar sambil menarik tangan gadis itu.

Eh eeh.. Hish Degil la dia ni! Marah jane di dalam hati. Nak tak nak terpaksa juga dia membiarkan. Kalau dilawan bukannya dia menang pun.

Mata jane memandang tangannya yang sedang dipegang oleh kai. Perlahan-lahan dia membalas. Dapat dirasakan detakan hatinya semakin laju.

Kenapa hati aku asyik berdebar je ni? Jane menggeleng perlahan. Jangan buat hal jane..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience