BAB 3

Horror & Thriller Completed 4761

Badi Mayat

Ketika bayi perempuan itu berumur 8 bulan, ada sesuatu yang datang mengganggu. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan.

Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Pak Leman.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Pak Leman tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu.

Pak Leman terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Pak Leman menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari. Itu pun dengan izin dari Tuhan katanya.

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki. Ini kerana yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi ada tujuh.

Makhluk itu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya. Jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal dunia.

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal dunia pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian.

Dengan izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Pak Leman ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan.

Selepas dimandikan separuh badan bayi saya bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience