BAB 1

Horror & Thriller Completed 2427

Safar yang menghuni rumah banglo di hujung jalan itu tidak habis fikir. Setiap malam dia akan terbau haruman pandan bunga Melati di dalam bilik tidurnya. Antara sedar dan tidak dia akan melihat seorang perempuan yag ke sana sini gentayangan di dalam bilik itu.

Saat mentari mulai meninggi dia akan melihat kelibat perempuan berpakaian serba putih berjalan menuju ke tanah pusara.

Safar tidak tahu dari arah mana dia muncul. Yang pasti dari sekitar banglo kepunyaan ibunya. Kebiasaannya sebelum berlalu perempuan aneh itu seolah-olah merenungnya lama sebelum meninggalkan kawasan banglo itu. Hanya wajahnya yang tidak pernah kelihatan.

Terlindung oleh selendang putih yang dipakainya. Setelah puas memandangnya, perempuan itu akan berlalu. Jalannya agak laju dan tidak lama selepas itu dia menghilang di sebalik wakaf perkuburan.

“Mana mama pergi, papa?” suara anak tunggalnya membuat lamunan Safar terhenti.

Safar menghela nafas panjang. Mostafa merenung tepat ke wajahnya, menantikan jawapan yang diharap-harapkan. Matanya tidak berkelip. Anak kecil itu masih tidak mengerti dengan apa yang telah terjadi. Hampir saban hari dia akan bertanya ke mana mamanya telah pergi.

“Sayang, kan papa dah kata. Mama Mostafa dah tinggalkan kita. Tinggalkan Mostafa, tinggalkan papa juga,” jelas Safar sedaya upaya agar Mostafa akan faham.

“Mama Mostafa dah meninggal dunia, dah pergi jumpa Tuhan. Mama tak akan balik lagi. Tak boleh mandikan Mostafa, tak boleh suapkan Mostafa.”

“Tak boleh suap papa juga? Tak boleh gosok baju papa, cari stokin papa?” tambah Mostafa dengan petah. Mungkin dia sedang cuba memahami keadaan yang sebenarnya.

Safar mengangguk lemah, mengiakan. Bagai ada duri di hatinya. Nyeri. Bayangan wajah Nora datang lagi. Ia wajah yang dipenuhi kasih dan perhatian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience