VS33

Drama Completed 85759

Eva menjuntai kaki di pangkin tepi laut itu
Mata memandang ombak yg silih bertukar ganti menghempas pantai.

Mangga muda yang sudah siap dihiris dari rumah tadi diambil dan dicicah dengan sambal kicap sebelum menyuap perlahan kedalam mulut.
Krup. Krup. Krup.
Bunyi hirisan mangga dimamah oleh gigi Eva.
Masam.
Namun tiada riak langsung di wajah Eva.

Mujur ada sepohon mangga yang sedang bebuah di kawasan rumah Pak Chot. Kalau tak tak tahu la Eva nak cari mana buah mangga kat pulau ni.

Sudah 2 hari Eva tinggal di rumah Pak Chot. Nasib baik lelaki tua tu nak terima kedatangan Eva. Jika tak, tak tahu la Eva nak kemana lagi.

Rajuknya pada Daim bukan kepalang. Hati sememangnya merindui suami tercinta, tapi dek kerana masih makan hati dengan kata-kata Daim. Eva ambil keputusan untuk membawa diri.

Sebelum dia berangkat pergi, Clara ada memujuk dan menyatakan Daim sudah menyesali perbuatanya.

Tapi hati mana yang tak sakit, bila Daim sewenang-wenangnya mempermainkan keikhlasan hatinya pada lelaki itu selama ini.

Perempuan mengandung memang cengeng.
Ye tak?

Sekali lagi jari Eva mencapai hirisan mangga dan disuap kedalam mulut.
Krup. Krup. Krup.
Mmm.... sedapnya...

Angin laut petang sedikit mendamaikan hati Eva. Rasanya seperti dia ingin terus tinggal disini selamanya.

“Eva!”

Hah?!
Kenapa suara memanggil nama aku tu seakan-akan suara Daim?

“Eva!”

Ssyuhh! Ssyuh! Ssyuh!
Bayang Daim, tolong lah menjauh!
Bagi aku masa untuk menyendiri!

“Eva!”

Eh. Eh makin dekat pulak suara tu.
Pantas Eva pusing tubuh.

Susuk Daim sedang berjalan kearahnya.
Mimpi ke?

Laju jari Eva mengenyeh hujung matanya, kelopak dibuka dan ditutup berkali-kali, susuk Daim makin dekat.

“Kat sini rupanya kau menyorok?”

Sah Daim Akli!

Lelaki itu makin mendekati, Eva cuba nak lari. Tapi nak lari kemana? Pulau ni bukan besar.

“Mana kau tahu aku kat sini?”
Saja berlagak cool, padahal Eva cuba tutup kalut dihati.

“Instinct seorang Hubby memang akan tepat.”

Eva juih bibir. Instinct konon..

Flashback semalam punya story..

Daim tak putus asa. Gambar janin Eva dibawa lalu kaki menurun anak tangga dan menuju ke rumah Eva.
Pintu rumah diketuk kuat sebelum Dahlia membuka pintu.

“Mama.. bagi tahu Im, Eva kat mana?”

Dahlia bulat biji mata dengan pertanyaan Daim secara tiba-tiba.

“Kan papa dan mama dah cakap, kita orang tak tahu mana Eva sekarang ni.”
Mansor yang datang dari belakang turut menghampiri muka pintu.

“Pa... tolong la.. Im nak jumpa Eva.. Im tahu im salah. Im rindu kan Eva.. Im nak tahu keadaan Eva dan anak Im.”
Makin syaduh suara garau Daim membuatkan Dahlia turut bersimpati.

Mansor berjalan melintasi isterinya sebelum merangkul bahu Daim dan membawa menantunya ke Gazebo di tepi rumah.

“Papa bukan sengaja nak pisahkan kau dengan Eva.. tapi Eva yang paksa kami tutup mulut.”
Mansor melepaskan rangkulannya saat dia dan Daim sampai dihadapan Gazebo yang direka sepenuhnya dari kayu itu.

“Pa.. Im faham.. tapi Im tetap nak jumpa Eva.. Im mengaku salah Im.. Im nak mintak maaf dengan Eva.. please papa, bagi tahu Im mana Eva berada?”

Dalam nafas Mansor ditarik sebelum membetulkan kaca mata rabunnya yang meleret kebatang hidung.
“Pagi semalam, papa dah hantar Eva ke rumah Pak Chot”

Rumah Pak Chot?
Maksudnya Eva di pulau sekarang ni?
“Kenapa papa hantar dia kesana? Eva kan tengah pregnant. Siapa nak jaga dia kat sana? Im nak pergi jumpa Eva.”

Daim membuka langkah namun dihalang oleh Mansor.

“Sabar Im.. dah malam ni, kau nak pergi ke pulau tu macamana?”

“Tapi Im takut terjadi apa-apa pada Eva.”

Mansor melurut lembut belakang menantunya.
“Eva yang paksa kami untuk hantar dia kesana.. mama dan papa dah sediakan kelengkapan secukupnya untuk Eva. Kami pun dah berjumpa dengan keluarga Pak Chot, dan family dia janji untuk menjaga Eva sehingga Eva betul-betul tenang.”

“But still Im risau pa..”
Daim mengendurkan suaranya. Tak dapat bayang macamana Eva nak jalani hidup kat pulau yang kurang kelengkapan asas.

“Kalau macam tu, esok pagi Im pergi lah kat Eva. Sebenarnya papa pun risau jugak kat anak papa.”

Laju Daim mengangguk kepala.
Malam tu tidur Daim tak lena menunggu pagi. Wajah Eva terus berlegar dibenak hati. Dia sanggup meredah laut demi isteri kesayangannya.

End flashback

Daim menghampiri Eva, rasa rindu terus bertapak. Rasa nak peluk cium je tubuh isterinya.
Sudah lah hampir dua bulan dia dipenjara. Perasaan gersang makin meluap..
Sabar Im...

“Ni mesti papa bocorkan rahsia aku kat sini kan!”

Eh. Eh.. makin kasar makin cute la kau Eva.
Meh nak cubit pipi sikit.

“Aucchh!”
Eva mengenyeh pipi kirinya yang baru dicubit manja oleh Daim.
Suaminya menyengih, makin bertambah rasa meluat di hati Eva.

“Kenapa kau tak sambut aku keluar penjara?”

Eva mencantumkan kening nipisnya.
“Siapa aku nak sambut kau keluar dari penjara.”

“Kau isteri aku, mama kepada anak aku, Takkan kau tak bagi anak aku sambut aku keluar penjara?”

Eva tawa sejenak.
“Siapa anak kau? Kau pasti ke aku kandung anak kau?”

Daim mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Eva.
“Usia kandungan kau sama tarikh dengan tiga round pertama kita kat sini.”

Giler!
Eva melarikan wajahnya.
Bibit diketap kuat. Hidung kembang kempis menahan rasa.

Daim kembali berdiri dihadapan Eva yang masih duduk di birai pangkin.
Kedua lengan isterinya digapai.
“Eva.. aku tahu aku salah.. maafkan aku Eva.. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu kat kau.”

“Kau masih ingat lagi kata-kata kau kat aku Im? kau sentuh aku lepas tu kau cakap perkara tu tak sengaja. Kau anggap aku macam perempuan simpanan kau Im.”

“Sshhh.. jangan cakap macam tu sayang.. sikit pun tak pernah terlintas perkara tu kat fikiran aku Eva. Tolong jangan cakap macam tu lagi Eva.”
Kenapa saat ni Daim yang merasa sakitnya atas perbuatan yang dia lakukan pada Eva.

“Im... Kau dah bebas sekarang ni, jangan ganggu hidup aku dan anak aku lagi. Aku dah penat kejar cinta yang akhirnya bukan milik aku.”
Eva menarik lengannya dari jemari Daim.

“Eva..”
Daim merapatkan tubuhnya lagi namun kali ni Eva menurunkan kaki dan berdiri jauh dari suaminya.
“Maafkan aku Eva..”

“Kau balik la Im.. bagi aku tenang kat sini.”
Eva cuba melangkah, namun tindakannya mati apabila lengan kanannya dirantai erat oleh jemari Daim.

“Aku akan balik, kalau kau ikut aku, aku takkan biarkan kau kat sini.”
Daim boleh dikategorikan sebagai lelaki dayus, kalau biarkan Eva bersendirian di pulau ni, lebih-lebih lagi ketika wanita itu berbadan dua.

“Untuk apa aku balik Im? Untuk belakon depan public yang kau suami aku sedangkan perkahwinan kita kerana terpaksa? Aku cakap dah dengan kau Im, i’m tired, really tired. Tolong lepaskan aku Im”

Laju Daim menggelengkan kepalanya.
“No Eva! Kau suruh aku bunuh diri sekali pun aku takkan lepaskan kau! Aku bersumpah!”

“Kalau macam tu kau bunuh la diri sekarang. Terjun dalam laut tu”
Eva menyilang kedua tangan didada.
“Huh! Sweet talker! Bila nak aku, macam gula lidah kau bercakap kan. Bila taknak, suka-suka hati kau tolak aku kan Im! Kau ingat aku anak ayam?”

Daim menarik nafas panjang.
Tubuhnya merapati raut Eva sebelum Cup! Satu ciuman singgah ditengah dahi wanita itu.
Kemudian badan Daim dijarak sedikit sebelum kedua tangannya memegang bahu Eva.
Kepala ditunduk menyamai ketinggian wanita itu.
“Eva.. aku tak pernah samakan dirikan kau dengan benda lain. Kau isteri aku yang sah. Cinta hati aku selamanya. Tiada perempuan lain yang boleh aku letak dalam diri aku selain kau Eva. Kalau kau rasa hanya dengan kematian aku baru dapat memaafkan dosa aku pada kau. Aku akan buat. Tapi aku nak kau tahu walau jasad aku tiada, tapi roh aku tetap akan cintakan kau, Eva Natasha..”

Sesuai berbicara, Daim melangkah menuju ke depan. Semakin lama semakin menghampiri persisir.

Sudah...

Pelukan tubuh Eva dileraikan. Kedua lengan kembali kesisi.

Belakang tubuh Daim dipandang hingga kaki lelaki itu mula mencecah air laut.
Mulut Eva membulat!
Takkan Daim betul-betul nak bunuh diri?

Semakin lama semakin jauh Daim ketengah.. Air laut sudah menutupi sebahagian pinggangnya..

No Daim!!
Jangan buat keje bodoh!
Eva membuka langkah ke persisir, makin jauh Daim ketengah maki laju derap kaki Eva hingga tanpa sedar dia sudah memasuki air laut.

“Daim! Kau jangan main-main!”
Jeritan Eva berselang bunyi dengan suara ombak memecah pasir. Daim langsung tak toleh, sebahagian dada lelaki itu sudah hilang dibawah air.

“Im aku cintakan kau Im! Tolong jangan tinggalkan aku. Tolong jangan tinggalkan anak kita! Im”
Tubir mata kian bergenang, setitik demi setitik gugur kepipi.

Bodoh jika Eva katakan dia tak sayang kan Daim!
Daim sebahagian dari jiwa dia. Jika Daim tiada maka dirinya akan turut mati!

Tangisan Eva makin mengongoi. Tanpa sedar dirinya juga dah jauh ketengah laut. Sebahagian pinggang dah lemas didalam air.

Daim didepan sudah tidak kelihatan.. seluruh tubuh tenggelam kedasar.

“Im... tolong la... jangan tinggalkan aku.. Kalau kau nak mati, kita mati sama-sama Im..”
Kaki Eva terus memijak dasar hingga akhirnya dia tidak lagi merasa pasir dibawah.
Wajahnya ditutupi air masin.

Daim..Biar laut menjadi saksi jasad kita terkubur sama-sama dan selamanya..

Eva pejam mata.. nafas ditahan.. kehangatan dasar laut dirasa seolah-olah pertama kali Daim memeluknya 10 tahun yang lalu.

Hangatnya pelukan Daim membuai mimpi indah bagi Eva hingga ke hari ini.
Dia ingin terus dipeluk dia ingin Daim terus memanjai dirinya.
Eva hanya inginkan jiwanya lemas dengan cinta Daim Akli!

“Eva..”

Uh! Walau didasar laut, aku tetap dengar suara kau Im!

“Eva wake up!!”

Hah!!
Laju Eva buka matanya.
Tubuhnya kini dalam pelukan Daim.
Nafas disedut sedalamnya!
Aku tak lemas?

“Eva! Kau suruh aku bunuh diri! Tapi kenapa kau masuk dalam laut jugak! Kalau jadi apa-apa tadi kat kau siapa nak selamatkan?!”
Daim mencepung tubuh Eva dan naik semula ke persisir pantai.

Eva yang masih dipangkuan Daim mendongak memandang wajah suaminya. Sungguh dia rindukan Daim.

Setitik demi setitik air laut yang membasahi hujung rambut Daim jatuh ke pipi Eva saat badan lelaki itu bergerak mengatur langkah.

Daim langsung tak pandang isterinya. Kaki diatur membawa tubuh Eva hingga ke pangkin.
Perlahan tubuh Eva dibaringkan diatas pangkin kayu sebelum Daim memanjat naik dan bersila disebelah wanita itu.

Rambut Eva dilurut perlahan, wajah Eva yang basah disapu-sapu bagi menghilangkan air.
Daim sangat takut.
“Kau okay Eva?”

Melihat wajah tegang Daim, Eva terus bangun dari baringannya dan memeluk lelaki itu. Kejap dan kuat.
“Kenapa kau bodoh sangat nak ikut kata aku Im!”

Bibir Daim mengorak senyum. Tak de la dia terfikir untuk membunuh diri, sekadar ingin menguji Eva sahaja.

Mana tahu isterinya turut sama masuk ke dalam air mengejarnya. Nasib Daim sempat keluar dari air sebelum ternampak rambut blonded Eva terbentang di permukaan.

Daim dah agak Eva akan lemas. Laju dia berenang menyelamatkan isteri.
Nasib Eva masih bernafas!
Fuh!

“Kau yang suruh aku bunuh diri kan?”
Pelukan Eva dibiarkan merangkul lehernya.

“Kau tergamak nak tinggalkan aku dan anak kita?”

Daim telan liur.
“Tak Eva... Kalau boleh aku nak hidup dengan kau dan anak kita selamanya..”

Eva melepaskan rangkulannya.
Wajah Daim dielus dengan jarinya.
“Im.. jangan tinggalkan aku.. aku tak boleh hidup tanpa kau.”

Perlahan Daim mengelengkan kepala, jemari Eva yang menyentuh pipinya diambil dan diterkap kedada.
“Aku janji, walau apa sahaja yang berlaku. Aku takkan tinggalkan kau dan anak kita.”

Senyuman dilebarkan, Daim pasti Eva sudah memaafkannya.
“Tadi tu aku cuma testing je. Nak tengok kau sayang ke tak kat aku.”

Pak!
Tangan Eva yang berada didada Daim menolak lelaki itu hingga duduk Daim terandah.
Hujung bibir digigit kuat, matanya menjeling kearah suami tercinta.
“Benda macam ni pun kau nak bergurau?!”

Daim memandang pipi Eva yang sedikit membulat. Rasa rindu terus membuak.
“Eva.. maafkan aku..bagi aku peluang sekali lagi untuk aku jaga kau dan anak kita.”

“Boleh... tapi ini yang last, kalau kau buat lagi. Aku tak teragak-agak tinggal kan selamanya Im.”

Pantas Daim menarik tubuh Eva dalam pelukanya.
“Aku janji takkan tinggalkan kau selamanya Eva!”

Lama Eva berada dalam pelukan suaminya. Lega..
Perlahan Eva menolak dada Daim menjauhinya.
“Im.. aku sejuk la..”

“Meh la aku peluk lagi..”
Sekali lagi Daim cuba menarik Eva dalam pelukannya namun isterinya mengelak.

“Kau dah basah, aku pun dah basah makin kau peluk makin sejuk tahu tak.”

Daim melebar senyum..
“Kalau aku bukak baju peluk kau, mungkin tak sejuk kot..”

“Im!”
Eva kembung pipi. Mengada!

“Jom kita balik rumah Pak Chot..”

Eva angguk kepala.

Daim menurunkan tubuh dari pangkin dan berdiri dibirai, Eva turut mengesot badan untuk turun.
Sampai dihujung birai, Daim menyambut isteri dan dicepung dalam dakapannya.

“Im turun kan aku.”
Eva meronta minta diturunkan.

Daim tak perduli tubuh Eva terus dicepung dan mula mengatur langkah.
“Kalau kau nak tahu, mula-mula kita sampai pulau ni aku dukung kau dalam basah-basah macam ni lah. Siap pakej hujan renyai lagi. Best giler peluk kau time tu.”

“Giler kau Im!”
Pak!
Laju tangan Eva menampar dada suaminya. Muka merona merah.

“Kau jangan sumpah aku sangat Eva.. Nanti anak kita dengar.”

Eva cembung dua pipinya.
Tubuh terus dibawa oleh Daim hingga sampai ke rumah Pak Chot.

“Laa.. Kenapa pulak kamu berdua ni basah? Kalau nak mandi kat laut pun bawa la kain lebih.”
Mak Bidin cekak pinggang berdiri di atas anak tangga teratas.

“Eva ni hah.. mengidam nak mandi laut.”
Daim melangkah mengira anak tangga.

Wajah Eva menoleh kepada suaminya. Kening bekerut seribu.

“Kenapa pelik sangat mengidam nye Eva.”

Eva hanya menyengih. Tangan menolak dada Daim.
“Dah sampai rumah, turun kan lah saya.”

“Abang bawa sayang sampai kebilik. Kalau abang turunkan sayang sekarang, abang takut sayang berlari semula ke pantai.”

Mak Bidin menyengih suka melihat pasangan muda dihadapannya.

Tengahari semalam Eva sampai ke rumahnya bersama ibu dan bapa wanita itu.
Ibu dan bapa Eva, menceritakan keadaan anaknya dan Mak Bidin setuju membiarkan Eva tinggal dirumahnya sehingga wanita itu benar-benar tenang.

Sebentar tadi Daim pula tiba-tiba datang kerumahnya mencari isterinya.
Mak Bidin dan pak Chot hanya menggelengkan kepala, sedang mereka berdua tahu apa yang berlaku antara pasangan itu.

Mata Mak Bidin memandang Daim hingga hilang ke dalam bilik.

Di dalam bilik, Daim mengeluarkan tuala yang dibawa dan mengelap lembut badan Eva.

Eva hanya membiarkannya.
“Kau bawa baju banyak ni, kau nak tinggal sini ke?”

Daim melurut rambut Eva yang basah dengan kain tuala agar cepat kering.
“Aku takkan balik selagi kau tak balik”

Bibir Eva terus mengukir senyum bahagia..

*****

Seusai menikmati makan malam, Pak Chot dan Daim duduk di beranda rumah.

Seperti biasa PakChot menghulur rokok tembakau yang sudah siap digulung kepada Daim.

Namun kali ni Daim menolak secara elok. Dia dah nekad untuk berhenti mengambil bahan bakar itu sejak hampir dua bulan di penjara.

Bukan tiada banduan lain menghulur rokok kepadanya namun Daim menolak.
Seorang dari anak buah Daim yang berkerja sebagai stuntman pernah menasihatinya supaya mengelak mengambil rokok dari banduan lain. Takut isinya adalah dari dadah terlarang.

Sejak itu Daim nekad untuk berhenti. Walaupun agak sukar, namun dia tetap mencuba.
Kini Eva sedang mengandung, dan dia tekad untuk berhenti secara paksa. Daim tak mahu kerana kelalaianya membawa penyakit kepada Eva dan anaknya.

“Jadi sekarang ini, pembunuh sebenar sudah ditangkap?”

Daim pandang Pak Chot yang sedang meletak tembakau didalam daun nipah sebelum mengentel menjadi bulat.
“Dah. Tapi buat masa ni kes sedang dibicarakan.”

Teringat watak Zizie yang telah merubah hidup Daim seratus peratus.

Lukas memberitahu, Zizie disyaki menghidap Skizorpenia tahap 3 dan agak berbahaya. Samada dia disabitkan kesalahan atau tidak, Zizie tetap akan dihantar ke pusat pesakit mental untuk rawatan lanjut.

“Syukur segalanya sudah selamat. Masa mula-mula Daim ditangkap tempoh hari memang pakcik tidak percaya, ini semua angkara Daim. Beberapa minggu selepas itu, seorang peguam datang menemui pakcik. Katanya peguam untuk membela Daim”

Lukas la siapa lagi.
Daim senyum dan menunggu Pak Chot meneruskan ceritanya.

“Melalui peguam itu, pakcik diberitahu Daim memang tak salah. Dan dia mintak pakcik pergi ke mahkamah jika dipanggil. Pakcik tak kisah. Pakcik akan bercakap benar dan pakcik akan cerita semuanya berkenaan Daim.”

Semangat...
Bibir Daim terus mengorak senyum

Entah kenapa, dia sendiri ingin berterima kasih dengan Lukas atas pertolongan lelaki itu kepada.
Padahal Daim sendiri pernah dua kali menumbuk muka lelaki itu kerana Eva. Kadang kala timbul rasa bersalah di benak hatinya.

“Terima kasih pakcik sebab banyak menolong saya dan Eva. Terima kasih jugak sebab pakcik sudi terima Eva di sini lagi. Saya macam orang gila cari dia selepas keluar dari penjara.”

Pak Chot gelak hingga terbatuk-batuk. Kopi yang berada didalam gelas disisip laju sebelum dia bersuara.
“Pak cik pun terkejut bila Eva datang sini semalam. Dia tak cerita apa-apa tapi mak dan ayahnya yang cerita berkenaan kamu berdua.”

“Saya Eva banyak sangat dugaan Pak Cik.. Nasib Eva masih boleh terima saya, nak kira saya ni bukan belajar tinggi, gaji saya pun tak sebesar Eva.. Eva boleh dapat yang lebih baik dari saya, pak cik”

“Bukan ke pakcik pernah cakap, jodoh tu di tangan tuhan. Jika kamu tolak sekalipun dia tetap akan datang. Dan walau jauh manapun kamu terpisah Eva tetap akan menjadi jodoh kamu Daim.”

Daim mengangguk mengiyakan kata-kata Pak Chot.

Setelah lama mereka berborak, Pak Chot meminta diri untuk masuk ke bilik.

Daim pun tak tunggu lama. Lepas hilang Pak Chot dari pandangan, langkahnya laju menuju ke biliknya.

Eva masih berdiri di pintu jendela yang terbuka besar.

Daim masuk perlahan lantas memeluk belakang isterinya dengan kejap.
Wajah ditekap ke juntaian rambut Eva. Wangian dari rambut itu dihidu dalam.
Rindu.

“Kenapa kau selalu rendahkan diri kau Im.. aku tak pernah nampak kekurangan pada kau. Tahap mana kau belajar, besar mana gaji kau dapat. Itu bukan ukuran cinta aku pada kau Im.”

Daim angkat wajah. Pelukan Eva masih terus erat.
“Kau dengar ke aku borak dengan Pak Chot tadi?”

Apa tak dengarnya.
Waktu tu Eva dengan Mak Bidin baru keluar dari ruang dapur untuk menuju kebilik.
Sedikit sebal bila Daim tak putus-putus merendahkan dirinya sendiri.

Dagu Daim diletak keatas bahu kanan Eva. Setelah lama mereka berdiam, Daim kembali bersuara.
“Aku tahu aku banyak kekurangan, sebab tu aku mintak kau terus bersama aku untuk tutup kekurangan tu. Aku janji akan buat yang terbaik untuk kau dan anak kita, Eva”

“Im... aku Cuma nak kau berada kat sisi aku setiap masa.. aku tak perduli apa yang berlaku kat sekeliling. Aku akan lemah kalau kau takde. Kau pernah janji untuk protect aku selamanya kan.”

Sekali lagi rangkulan Daim dikemaskan di pinggang Eva.
“Aku mintak maaf Eva.. sepanjang aku di penjara, aku tak dapat nak protect kau, Kak Clay cerita dengan aku pasal kau berdepan sendiri dengan Zizie. Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada kau Eva. Jika waktu tu aku boleh keluar, memang aku takkan biarkan kau keseorang menghadapi semua.”

“Im.. aku buat semua ni demi kau dan anak kita. Aku taknak kau terus dipenjara. Aku taknak anak aku tak kenal papa dia. Dan aku sendiri tak mampu untuk hidup tanpa kau..”
Jemari Eva bermain dengan urat hijau yang melintang-lintang timbul di lengan suaminya.

Daim mengeluarkan lengannya, dan perlahan memusingkan tubuh Eva menghadapnya.
Dagu wanita itu diangkat sedikit memandang wajah Daim.
“Aku janji, selepas ni aku takkan tinggal kan kau walau apa sahaja yang berlaku, aku akan protect kau dan anak kita sepanjang masa.”

Senyuman dibibir Eva terus mekar mendengar janji suaminya.

Bagai terpana dengan wajah sang isteri.
Daim terus memeluk erat tubuh Eva lantas merapatkan bibirnya pada ubun-ubun wanita itu. Rindu pada isterinya tak pernah pudar.

“Dah lah Im.. aku nak tidur la.. dah lewat ni”
Eva cuba menolak tubuh Daim dari terus memeluknya.

Namun makin erat Daim merangkul badan kecil milik Eva.
“Bagi la peluang aku peluk kau lama sikit, Dua bulan aku kat penjara, aku Cuma boleh peluk pintu besi je.”

Ketawa Eva mula terbit..

Daim menjarakan tubuh Eva dari dadanya.
“Kenapa kau gelak? Aku cakap betul la.. setiap hari aku duduk sambil peluk pintu besi tempat tahanan aku. Sampai warden pun marah dengan aku.”

“Yang kau pergi peluk besi tu apahal?”
Eva menerkup mulutnya dengan tapak tangan. Tergelak dengan cerita lucu si suami.

“Aku bayangkan aku peluk kau Eva.”

Pak!
Dada Daim ditampar kuat.
Muka Eva dicemberut.
“Kau samakan aku dengan besi pintu ke Im?”

Daim turut meluah tawa.
“Bukan tu maksud aku Eva.. Cuma aku tak tahu macamana nak lepas perasaan bila aku terlalu rindukan kau. Aku kat dalam, kau kat luar. Aku tak tahu apa terjadi pada kau, apa sahaja yang berlaku diluar, aku akan tahu bila dah lewat. Aku takut sangat Eva.. aku takut aku tak dapat jumpa kau lagi.”

Pantas Eva merangkul pinggang Daim dan memeluk erat lelaki itu.
Wajah ditekap pada dada kekar milik Daim.
“Sudah lah.. semuanya dah selesai.. antara kau dan aku takkan ada yang terpisah lagi.”

Daim mengangguk kepala, belakang Eva dirangkul dan dirapatkan lagi kepada dadanya.

Lama mereka berpelukan melepas rindu hingga akhirnya Daim mengeluarkan rangkulannya dan kembali menjarakan tubuh Eva.

Sekali lagi dagu wanita itu diangkat, jemari kasar Daim mengelus sisi wajah Eva. Perlahan hingga turun kebibir nipis isterinya.
Air liur ditelan sekali. Payah.

Rindu untuk bergaul dengan bibir Eva kembali merangkul jiwa Daim.
Perlahan kepalanya ditundukan, bibirnya mendekati ulas bibir Eva.

Makin dekat dan bila ingin merapat.
Tiba-tiba tapak tangan Eva menutup bibirnya mengelak dari ciuman Daim.

Wajah Daim diangkat. Matanya membulat, kening bertakup rapat.
Kenapa pulak Eva menolak?

“Im..”

Daim masih diam..

“Errr.. aku rasa nak minum susu strawberry la..”

Hah?!
Makin berkerut dahi Daim mendengar permintaan Eva.
“Kau mengidam ke Eva?”

Eva mengangguk perlahan sambil menundukan wajahnya.

“Mana aku nak cari susu strawberry malam-malam buta kat pulau ni?”
Kepala yang tidak gatal digaru-garu oleh Daim.

Eva masih diam... entah kenapa, tiba-tiba tekaknya terasa mahu minum air susu berwarna pink itu. Sedangkan susu strawberry adalah kesukaan Daim.

Daim memegang perut isterinya sambil tersenyum.
“Anak papa ni nakal ye.. malam-malam mintak susu strawberry. Pulak tu time papa nak kiss mama. Aisshh.. sengaja nak kacau daun kan?”

“Merepek kau ni Im!”
Eva menolak dada Daim yang terus mengorak senyum.

“Eva.. esok aku turun ke bandar, aku beli kan susu strawberry untuk kau ye.. malam ni kau tahan sikit boleh?”

Eva turut ketawa lantas mengangguk kan kepalanya.
“Err.. Im.. sampai bila kita nak duduk sini?”

“Mmm.. sampai kau beranak la.”
Daim kembali merangkul tubuh Eva.

“Kau giler apa? Siapa nak sambut aku beranak, bukan ada hospital kat sini.”

Daim menarik Eva untuk sama-sama baring di atas tilam.
Eva menurut walau soalannya masih belum dijawab.

Perlahan Daim mengambil kepala Eva dan diletakan keatas lengannya sebelum memeluk erat tubuh wanita itu.
“Kat pulau ni kan ada Nek Mah.. dukun terkenal yang pernah rawat kau dulu. Aku dengar Makcik pernah cakap yang Nek Mah banyak sambut kelahiran kat pulau ni.Apa kata kau beranak je kat sini..lagipun.... anak kita ni kan ‘made from this island’.”

“Im!!”
Sekali lagi Eva menaikan lengannya untuk menampar dada Daim, namun suaminya sempat menangkap dan dibawa melilit pingang lelaki itu.

Secara paksanya Eva kena memeluk Daim!

Cup!
Satu ciuman singgah di dahi Eva sebelum jemari Daim bermain pada hujung rambut Eva yang menutupi pipi wanita itu.
“Terima kasih sebab kau sudi berikan aku anak Eva.”

“Anak ni pengikat cinta kita.”
Eva menyambung ayat Daim.

“Dan pengikat kasih abang untuk Eva selamanya...”

Eva angkat wajah.. wajah jernih Daim dipandang.. dan perlahan matanya jatuh pada bibir lelaki itu yang mula merapati bibirnya.
Mata dipejam... kehangatan sentuhan Daim Akli terus dirasa..

Sebagaimana bulan yang sentiasa hangat memeluk malam.. begitu la juga hangatnya dua insan yang terus memadu kasih tanpa halangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience