bab17

Romance Series 14775

"I yang sebenarnya, I takut rindukan u. Tempat ini simpan memori indah buat i. Berat hati i nak melangkah pergi esok" Wajah Feena mula berubah sedih.

"Kau tau, aku pun macam kau. Aku tak boleh lelapkan mata aku malam ni. Aku juga takut rindukan kau. Aku takut kehilangan kau".
kata Naim kepada Feena.

"Tapi aku kena relakan permergian kau. Kerana keluarga kau, sedang menanti kepulangan kau. Mereka pasti risau, bila anak perempuannya jauh dimata". Kata Naim kepada Feena.

"Naim, jom kita menyanyi sama sama. I nak memori kita nanti akan sentiasa dihati masing masing. U pilih lah lagu apa apa yang u suka. I record video kita ye?"
kata Feena sambil mula membuka handphonya dan diletakkan dia atas meja, menghala cemeranya di sofa, tempat Naim duduk. Feena terus duduk disebelah Naim dan merapatkan badanya kepada Naim.

"Vedio ni hanya untuk kita berdua sahaja ye Feena? Aku tak nak jadi tontonan orang lain selain kita berdua". Kata Naim kepada Feena.
Feena tersenyum memandang Naim.

Naim mula memetik gitarnya.
dan mula menyanyi bersama Feena

*********
-Feena,
Walau Menangis Pilu Hati ini,
Sayang ku akan tetap abadi,
Sampai akhir masa kau ku nanti,
Hanya kau yang aku sayangi...
Sumpah mati bukan maksud di hati,
Tuk meninggalkan dirimu oh kasih,
Ku melangkah pergi karna janji,
Usah kasih engkau bersedih...

-Naim,
Cinta ku suci,
Hanya satu untuk dirimu,
Ku percaya padamu,
Kasih ku akan menungu mu,
Demi cinta mu rela ku berpisah,
Meski sekian lama kita takkan bersua,
Pergi lah kasih,
Usah risaukan ku yang menanti.

-Feena
Sungguh berat hati ku meninggalkan dirimu kekasih,
Air mata berlinang,
ku kan kembali kepada dirimu,
Setia mu takkan ku duakan.

Naim/Feena
Hanyalah dirimu
Kasih satu yang ku sayang,
takkan tergantikan.
Smoga kau dan aku satu hati sampai mati
Setia tak terganti.
********

"Satu Hati Samapi Mati"
Kata Feena sambil memandang Naim. Lantas merapatkan bibirnya dipipi Naim. Terseyum Naim.

"Aku sukakan kau"
Kata Naim spontan.Tersenyum Feena.

"Saya juge suka awak"
Balas Feena.

"Saya tak pasti dapat berjauhan dengan awak atau tidak"
kata Feena kepada Naim.

"Saya takut kehilangan awak. Saya takut hidup tanpa awak. Saya takut awak berubah hati"
kata Feena lagi.

"Aku juga takut kau pergi tinggalkan aku. Aku takut kau yang akan berubah hati"
Kata Naim sambil memeluk Feena.Mana kalau video di camera Feena masih lagi On dan setia merecord.Feena menyambut pelukan Naim.

"Aku masih tertanya tanya dalam hati aku ini... Kenapa kau capai cinta aku?"
Tanya Naim.

"Aku sebenarnya tak pasti! Aku tak pasti dengan semua yang datang ni! Aku keliru yang sebenarnya Feena.Jiwa aku terseksa sebenarnya! Macam yang aku cakap semalam. Aku takut aku jadi pengemis cinta kau. Aku takut kau pergi dan tak akan kembali. Apalah nasib aku nanti, bila kehilangan kau nanti".
Kata Naim, sambil bangun dari sofa dan terus membuka pintu balconi. Tiupan anggin malam membuatkan susana bertukar sedih. Naim termenung dibalconi sambil berdiri.Feena pula memberhentikan record videonya dan terus keluar mengejar Naim. Feena memeluk Naim dari belakang.

"Im, awak jangan risau. Cinta saya terhadap awak juge kuat. Seperti mana, awak cintakan saya. Awak tak percayakan saya ke? Lepas saya balik ke KL nanti, saya pasti akan sentiasa call atau watsap awak. Tapi, saya takut awak tu yang tak setia dengan cinta kita".
kata Feena kepada Naim.

Naim berpusingkan bandannya memandang kepada Feena. Feena meletak kedua dua tangannya didada Naim.

"Awak tu suka sangat mengusik orang".
Sambung Feena lagi.

"Takut awek awek dekat luar tu tergoda dengan awak".
Kata Feena sambil terseyum.

"Lagi satu saya nak bagi tau awak...
Kalau dapat projek menculik anak gadis orang, tolong jangan terima".

Tergelak besar Naim. Bila mendengar kata kata Feena..

"Bukan apa! Takut bertukar tajuk. Penculik itu! Ada kekasih baru"
Bertambah terhibur Naim, mendengar lawak Feena.

Naim memeluk pingang Feena.

"Ada ada je lah awak ni! Tak mungkin saya tak jujur. Saya sayang awak sangat".
kata Naim. Feena terseyum bila Naim tak mengunakkan ayat kau, aku lagi.

"Awak, Saya suka bila awak tidak lagi gunakan bahasa kasar, kepada saya"...
kata Feena kepada Naim.

"Awak, saya juge suka bila awak tidak lagi gunakan bahasa 'I, U' kepada saya. Geli saya mendengarnya".
kata Naim kepada Feena pula.
Masing masing ketawa.

"Anak orang kaya mesti kena guna bahasa orang putih banyak banyak ye?" Tanya Naim kepada Feena.

"Hurmmm tak juga.Saya dibesarkan dengan sederhana, walaupun saya anak orang kaya. Daddy seorang yang tegas. Tapi penyayang. Mama pula, seorang mama yang tak pentingkan sangat fashion. Mama tak suka memunjuk nunjuk. Dekat rumah pun ada seorang pembantu sahaja. Semua kerja rumah, mama suka buat sendiri. Mama suka cakap bahasa melayu. Begitu juga Daddy. Kami pula, suka cakap Bahasa English, sebab kami dihantar ke sekolah International Privates School. Itu lah yang terover cakap orang putih. hehheh dah terbiasa dengan kawan kawan". kata Feena sambil terseyum memandang Naim.

"Awak pula? Awak tak pernah cerita apa apa tentang awak! Sepanjang saya disini".
Tanya Feena.

"Tak seronoklah cerita tentang saya.
Saya orang biasa je. Tak ada yang istmewa sangat".
kata Naim sambil melepaskan pelukan Feena dan terus masuk semula kedalam rumah.

"Ehhh, mana aci macam ni! Saya dah cerita pasal saya. Awaklah pulak! kena cerita pasal awak".
kata Feena kepada Naim.

"Aci dekat india".
kata Naim sambil ketawa.

"Tengok jam tu dah pukul berapa?
Dah pukul 1.30pagi. Awak pergi lah tidur. Nanti awak mengantuk pula. Esokkan nak memandu jauh".
kata Naim, cuba menukar topik perbualan.

"Tak nak lah kawan awak. Saya tak nak tidur. Saya nak duduk berborak dengan awak. Saya nak malam ni, malam kita. Saya nak renung awak pusa puas. Saya nak kenangan malam ni, menjadi kenangan paling indah".
Sambil Feena duduk merapakan dirinya kepada Naim.

"Saya nak awak peluk saya,sepanjang malam ni boleh ke?saya nak awak bercerita, tentang awak pula! Saya nak tidur dalam pelukan awak".
kata Feena sambil merenung Naim.

"Sudikah awak memeluk saya sepanjang malam ni?"
Tanya Feena lagi kepada Naim.

Naim terseyum memandang Feena,
yang bercakap agak berbisik.

"Dah tentu saya sudi peluk awak. Awaklah wanita kedua yang saya peluk".
kata Naim sambil memeluk Feena.
Feena memeluk kembali Naim dan meletakan pipinya didada Naim.

"Nombor satu siap yang awak peluk?" Tanya Feena kembali.

''Ibu saya". jawap Naim sambil ketawa. Feena mencubit peha Naim.

"Aduhh sakitnya" kata Naim, sambil mengosok gosok pehanya yang hanya memakai seluar pendek.

"Koyaklah paha aku, kalau hari hari kena cubit dengan awek ni".
Kata Naim dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience