BAB 24

Romance Series 68161

Maksal memegang dadanya entah kenapa perasaanya kini tidak sedap seperti ada benda buruk yang akan berlaku , "Ya allah kenapa hati saya tak sedap ni bang? saya risaukan syamsul dengan sofea"

"Saya cuba call sofea kejap" kata pakcik daus dan terus hubungi sofea tapi tidak di jawab , "Dapat tak bang? Syamsul kata diorang dalam perjalanan balik ke sini"

"Kejap saya cuba lagi , mungkin dia tak dengar kot" ucap pakcik daus untuk menyedapkan hatinya dan sang isteri....

Ambulans yang baru tiba di hospital terus di tangani oleh kaki tangan pihak hospital , mereka berdua terus di bawah ke ruangan kecemasan....

"Sayang where are you , please please angkat" ujar danish yang masih cuba hubungi sofea , Tengah sibuk dia hubungi sofea tiba tiba ada nombor yang tidak di kenali...

"Hello"

"Hello ini keluarga kepada cik sofea dan juga encik syamsul ke?" soal orang tersebut...

"Iya saya , saya suami sofea kenapa ya?" soal danish dan terus menghentikan keretanya di tepi jalan , "Isteri encik terlibat dalam kemalangan dan kami meminta encik untuk ke hospital dalam keadaan segera kerana isteri encik sangat kritikal"

Danish terkaku jantung nya seakan akan berhenti , "Hello encik? encik" panggilan orang itu tidak di sahut oleh danish....

"Settke , sekarang ni aku dah tak nak ada kena mengena lagi dengan urusan kau , aku pasti diorang akan mati sebab aku langgar dia cukup terus tadi" kata farhan lalu terus beredar dari situ dan meninggalkan irdina di rumah kosong itu...

"Hahahaha , mati kau perempuan" kata irdina yang seperti orang gila...

Keluarga sofea dan keluarga danish kini berada di hospital , mereka masih menunggu doktor keluar dari ruangan kecemasan hampir 2 jam mereka menunggu di situ tapi doktor masih belum keluar...

"Mak sal saya minta maaf , saya gagal jaga sofea , saya lelaki yang tak guna" kata danish dan kini dia melutut di hadapan mak sal dan juga pakcik daus...

"Apa kamu cakap ni danish? kami tak salahkan kamu" pujuk pakcik daus dan memegang bahu danish untuk bangun dari melutut...

"Semua ni salah danish , danish ego kalau danish tahap dia dari pergi semua ni tak akan berlaku"

Mereka diam , "Danish sayang kan sofea mak sal , danish janji lepasni danish akan jaga sofea dengan baik , danish tak akan sia siakan peluang yang ada" ucap danish dengan tangannya di angkat...

Mak sal hanya mengangguk perlahan , doktor yang baru keluar dari wad kecemasan di pandang oleh mereka semua orang yang paling pantas bertanya adalah danish...

"Macam mana keadaan isteri dan abang ipar saya?" soal danish dengan memandang wajah doktor perempuan itu...

"Alhamdulilah encik syamsul kini lepas dari tahap kritikal dan keadaannya stabil beliau hanya mengalami luka di bahagian kepala dan juga kakinya patah disebelah kanan" ucap doktor..

"Isteri saya?" soal danish lagi...

"Tuan danish , saya minta maaf kami dah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan isteri tuan tapi tuhan lebih menyayangi isteri tuan danish , puan sofea mengalami pendarahan yang sangat teruk , hentakkan di bahagian kepalanya dan juga lukanya yang agak parah membuatkan puan sofea kehilangan darah yang banyak , maafkan kami , kami dah cuba yang terbaik untuk isteri tuan"

Kaki danish seperti jelly , danish terus terduduk nasib pakcik dan datuk sempat menahan badan danish yang hendak terjatuh ke lantai...

"Tak , tak sofea tak tinggalkan danish , no dia tak boleh tinggalkan danish , dia janji akan ada dengan danish selamanya , mak sal ni semua tipukan? ni semua lakonan kan?" kata danish...

Mereka semua turut terkejut apabila doktor memberitahu bahawa sofea kini sudah pun meninggalkan mereka buat selama lamanya , mak sal menangis di pelukkan datin...

Danish cuba menguatkan dirinya untuk melangkah ke arah katil yang menempati tubuh isterinya , perlahan lahan tangan sofea di pegang oleh danish sejuk sungguh sejuk badan sofea....Bibir danish di lekatkan di dahi sofea lalu kedua belah pipi dan di akhiri dengan kucupan lembut di bibir sang kekasih....

"Sa...sayang hey , pl...please wak...wakeup" ucap danish yang ditemani oleh airmatanya , Danish melutut dan bibirnya di rapatkan di telinga isterinya tangan sofea pula di genggam erat oleh danish , cincin pernikahan nya masih di terletak di jari manis sofea....

Perlaha lahan dia mengucup jari manis sofea...."Sorry , sorry please wakeup aku tak boleh hidup tanpa kau , aku perlukan kau sayang , please jangan tinggalkan aku , i need you , i love you so much please bangun bagi aku peluang untuk bahagia kan kau sayang" ucap nya perlahan...

"No , kau tipu , kau berlakon kan sekarang ni , please la sofea tak lawak sayang" kata danish dan kali ni suaranya sedikit tinggi...

Pakcik daus yang turut ada disitu terus memegang bahu danish dan cuba untuk tenangkan danish , "Pakcik dia tipu saya , dia kata dia tak akan tinggalkan saya tapi kenapa dia diam macam ni? pakcik tolong kejut sofea , saya perlukan dia pakcik" raung danish yang terus terduduk lemah disitu...

"Danishh danish" pakcik daus memegang bahu danish dengan kuat dan memandang wajah danish , "Tolong ikhlaskan permergian sofea , dia dah tak ada kamu jangan macam ni" pujuk pakcik daus...

"Kamu kena terima semua ni , kalau kamu macam ni sofea pun akan sedih" pujuk datuk pula...

"Pa , danish nak sofea , sofea only sofea pa" kata danish dan pakcik daus terus memeluk danish dengan erat dan membiarkan danish menangis sepuas hatinya....

***********************************************

Batu nisah yang terpapar nama nurul sofea di tenung oleh danish , airmatanya kian laju apabila dia teringat memori yang manis bersama sofea...."I love you always sayang , aku tak percaya semua ni berlaku dan aku seakan akan mimpi yang kau pergi jauh dari aku , tapi aku kena ikhlas kan kau pergi supaya kau tenang dekat sana"

"Kau mesti dah jumpa dengan baby kita kan? i hope you happy with our baby sayang" ucap danish lalu tangannya di letakkan di batu nisan tersebut...

"Danish jom kita balik , hari dah nak hujan ni dah lama danish dekat sini" pujum datin lalu memegang bahu anaknya , datin juga turut sedih baru dia nak berbaik dengan menantunya tapi takdir berkata lain...

"Ma , macam mana danish nak lalui hari hari danish tanpa bidadari danish ma? danish perlukan dia , dia semangat danish tapi sekrang dia dah tak ada , semangat danish mati ma"

Danish memandang wajah datin , "Danish sayangkan dia ma , tolong danish ma danish tak kuat ma" sekali lagi airmatanya jatuh dan datin terus memeluk anaknya...

"Semua ni takdir sayang , jangan sesekali danish persoalkan takdir tuhan"

Danish masih menangis di pelukkan datin , hisyam yang perhatikan dari jauh turut terasa sedih oleh kerana dia juga turut rasa kehilangan sofea...."Sofea aku minta maaf aku sayang kan kau , aku tahu semua ni kerja perempuan tu" bisiknya....

Hampir seminggu danish mengurungkan dirinya di bilik , puas datin dan datuk memujuk namun tiada hasilnya....

"Mana sofea mak sal? kenapa sorang pun tak ada bagitahu keadaan sofea? sofea mana mak sal?" soal syamsul yang baru sedarkan dirinya...

"Mak sal syam tanya ni , jawab la?" marah syamsul , mak sal turut terkejut apabila syamsul meninggikan suara padanya...

"Sorry mak sal , syam cuma risaukan sofea tu aje"

Mereka melepaskan keluhah , "Pakcik ada benda nak bagitahu kamu tapi kamu kena kawal diri kamu"

Syamsul mengangguk perlahan , "Sofea , sofea dah tak ada dia meninggal seminggu yang lepas" kata pakcik daus dan menbulat mata syamsul...

"Tak lawak la pakcik , apa pakcik ni nak main benda macam ni , tak elok tahu tak? mana bilik sofea biar syam pergi tengok dia sekrang" jawab syamsul...

Syamsul melihat wajah maksal dan pakcik daus terus dia terdiam , "Sofea tak akan tinggalkan syam , dia apa semua ni ha kenapa sofea kenapa bukan syam yang mati" jerit syamsul dan cuma untuk turut dari katilnya tapi dia tidak boleh bergerak oleh kerana kaki nya yang tergantung itu...

"Syam syam sabar syam, kamu jangan macam ni , kamu kena redha dengan apa yang berlaku" pujuk maksal manakala pakcik daus pula mengusap perlahan kepala syamsul...

"Syam hilang mak , syam hilang ayah syam sekrang syam hilang adik syam , kenapa semua tinggalkan syam , syam tak ada sesiapa lagi selain sofea" ucap syamsul perlahan...

"Syam masih ada mak sal , ada pakcik daus , syam kena kuat demi sofea jangan lemah kesian pada sofea"

syamsul mengangguk perlahan dan kini tangisannya mula reda , "macam mana danish? dia terima ke?" soal syamsul..

"Dia masih cuba untuk redha dengan semua ni , tapi setiap hari dia call mak sal tanya pasal sofea , puas mak sal pujuk dia tetap tak percaya" jawab mak sal dan syamsul diam....

"Nanti bawak syam jumpa dia" pakcik daus mengangguk , "Kamu jangab banyak bergerak kamu masih tak sihat lagi ni" pesan maksal...

***********************************************

Kini danish dan syamsul duduk di luar halaman sambil menikmati air petang , kaki syamsul masih berbungkus dia bergerak pun hanya mengunaka tongkat sahaja...

"Macam mana la keadaan sofea sekrang kan? aku rindukan dia terlalu rindu" kata danish yang memecahkan kesunyian...

"Danish kau masih"

"Dia masih hidup , dia ada dalam ni" pintas danish sambil menyentuh dadanya , "Dia dalam hati aku , dia tak pernah mati"

Syamsul melepaskan keluhannya , "Kau kena terima semua ni , redha dengan apa yang dah jadi , kalau kau terus macam ni sofea akan sedih tengok kau , please danish kuat demi sofea , aku pun kehilangan sofea adik aku , kita sama sama kena kuatkan semangat demi sofea , kau menangis air mata darah sekali pun sofea tak akan bangun semula danish" pujuknya...

"Macam mana aku nak kuat syam? separuh jiwa raga aku dah pun mati , aku tak kuat tanpa sofea di sisi aku" jawab danish dan kali ni mata mereka bertentangan....

"Maaf aku sampuk tapi aku tahu siapa punya kerja" sampuk hisyam yang tiba tiba ada di belakang mereka....Hisyam duduk di hadapan mereka berdua lalu dia membuka cerita tentang apa yang dia tahu dan juga tindakkan apa yang perlu mereka ambik...

"Sial , sial perempuan sial" jerit danish dan terus menarik kolar baju hisyam...

"Kau subahat?" soal danish dan hisyam dengan pantas mengelengkan kepalanya , "Aku tak akan bunuh sofea sebab aku sayangkan dia" jawab hisyam..

"Aku ada bukti , semua berbualan dia dengan farhan aku ada , farhan orang yang langgar kau dan sofea dia nak mengaku semua nya pada pihak polis , dia dah tak nak jadi orang suruhan irdina , dia syak yang irdina ada masalah mental"

"Pasal ibu bapa irdina , semua bukti ada pada aku farhan yang tolong dan ya mak bapak irdina bersalah atas kemalangan tu , jadi kita boleh serahkan semua ni pada pihak polis" tambahnya lagi...

"Perempuan tu aku nak bunuh perempuan tu" kata danish dan terus bangun dari duduknya , hisyam dengan pantas menahan lengan danish lalu menariknya untuk duduk semula...

"Jangan gila boleh tak? dia akan dapat hukuman yang setimbal dengan apa yang dia dah buat , aku tak nak kau buat kerja gila dengan keadaan kau macam ni , kalau mau bunuh dia kau pun akan masuk dalam la"

Danish diam , memang betul apa yang di katakan oleh hisyam tak kan la dia nak kotorkan tangannya untuk bunuh perempuan tu dengan keadaan dia yang marah ni...

"Jom ikut aku kita buat repot , aku yakin mak bapak dia pun akan turut lingkup dalam penjara" ujar hisyam dan mereka berdua setuju.....

Irdina yang baru nak keluar dari rumahnya terkejut bila ada beberapa orang polis yang berada di depan pintu rumahnya , "Siapa?" soal irdina .

"Cik irdina sila ikut kami ke balai" ucap salah seorang polis disitu lalu di arahkan polis perempuan untuk mengari tangan irdina..

"Lepas la , gila ke nak tangkap orang? eh i tak buat apa apa pun la" nafinya ..

"Gila? kau tu dah bunuh isteri aku , kau dah arahkan orang tikam isteri aku sampai aku kehilangan anak aku dan kau cakap kau tak buat apa apa ? eh perempuan bodoh kau jangan harap kau akan terlepas la" ujar danish yang turut ada disitu...

Datin dan datuk yang baru turut agak terkejut dengan suasana yang agak tegang itu , "Kenapa ni? apa anak saya buat?" soal datin samsiah..

"Datin , datuk sila ikut kami ke balai" arah nya dan mereka turut di gari...

"Balasan untuk keluarga pembunuh , orang kejam macam korang ni patut mampus di tali gantung" kata syamsul dan mereka pun di bawah pergi...

"Aku yakin sofea mesti happy dengan apa yang kita dah buat , dia tak pernah tahu siapa dalang kemalangan tu tapi aku yakin dia happy sebab dua orang yang tak ada hati perut tu akan dapat hukuman"

danish mengangguk perlahan , "aku akan sentiasa rindukan dia , dia sentiasa ada di dalam hati aku , always" kata danish dan syamsul hanya tersenyum.....

4 bulan kemudian

Hukuman sudah ditetapkan , keluarga danish dan keluarga syamsul bersyukur dengan hukuman mereka manakala farhan pula di temui mati di rumah sewanya oleh kerana overdose dadah.....

"Sayang apa khabar ? abang tahu sayang mesti happy sebab diorang dah dapat balasan , abang harap sayang ada dekat sini dengan abang , kita sama sama raikan kejayaan kita"

"Sayang kena tahu satu benda iaitu cinta abang , cinta abang pada sayang tak pernah pudar sikit pun tak sayang , malah ia makin bertambah , now abang kuat demi sayang ,tempat sayang tak akan dapat di gantikan oleh sesiapa pun , only you sayang" ucap danish sambil menyentuh batu nisan sofea....

Kini danish teruskan kehidupannya tanpa bidadari nya di sisi , dia kuat oleh kerana sofea dan kata kata semangat dari syamsul abang iparnya dan dia juga sibukkan dirinya dengan kerja pejabar , danish dia malas untuk mencari penganti sofea kerana dia mahukan sofea sentiasa ada bersamanya...

Taufiq kini digelar adik ipar pada danish , oleh kerana dia sudah pun perkahwin dengan danisya dan syamsul alhamdulilah kakinya semakin pulih , hubungan nya bersama hisyam juga turut membaik....

~ Sentiasa hargai orang yang betul betul menyayangi kita dengan sepenuh hati sebelum terlambat ~


( TAMAT )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience