Chapter 35
“Dik owh adik” sayup – sayup kedengaran suara diikuti oleh ketukan di pintu. Wajah Fakhrul berkerut kerana tidur lenanya diganggu. Penat tubuhnya belum habis lagi tetapi tidurnya sudah diganggu.
Nafasnya ditarik dalam sebelum haruman kegemarannya menusuk ke dalam rongga hidungnya. Matanya tidak perlu dibuka untuk tahu Bibir Fakhrul tersenyum kemamaian sebelum menarik isterinya rapat ke tubuhnya. Erat pelukan Fakhrul mahu menyambung tidur lenanya.
“Mimi. Mimi” dalam sekelip mata kedua – dua belah matanya terbuka luas saat suara sayup Adam kedengaran.
Pandangan Fakhrul pada wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak. Rambut yang menghalang pemandangannya diusap ke tepi. Lena tidur Hana Aishah dini hari itu. Untuk itu Fakhrul bersyukur. Fakhrul dapat mengira guna jari berapa hari Hana Aishah tidur nyenyak tanpa diganggu igauan.
Hendak menggerakkan tubuh Fakhrul tidak sampai hati kerana pergerakan sekecil zarah akan mengejutkan Hana Aishah yang tidak pernah tenang tidur tapi mendengar rengekan Adam yang semakin kuat , Fakhrul mencuba sekali lagi.
“Ermmm” Hana Aishah mengerang sebelum tubuh Fakhrul yang menjauh itu ditarik rapat.
“Sayang. Abang ambik Adam, he’s waiting at the door” Fakhrul berbisik sebelum mengucup pipi Hana Aishah. Sekali lagi dia cuba merenggangkan pelukan isterinya tetapi itu hanya menyebabkan pelukan Hana Aishah menjadi semakin erat.
Tangan Fakhrul mengelus pipi isterinya lembut. Hana Aishah nampak lena tidur dan dia memang tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya tetapi tangisan Adam yang semakin kuat dalam setiap minit yang berlalu memaksa Fakhrul untuk mengejutkan Hana Aishah daripada lena.
“Sayang. Adam is outside the door crying” beberapa kucupan sudah mendarat di wajah Hana Aishah sambil dia berbicara lembut memberitahu.
“No. No. Aishah ngantuk” suara serak Hana Aishah kedengaran membalas dalam kemamaian. Hana Aishah membenamkan wajah di leher Fakhrul.
Fakhrul menahan dirinya saat dia dapat merasa tubuh Hana Aishah yang menempel ke tubuhnya disertai nafas hangat Hana Aishah yang dihembuskan terus ke lehernya.
Kekuatannya roboh sedikit demi sedikit saat bahu Hana Aishah yang terdedah jelas kelihatan. Tangannya turun mengelus kulit di bahu isterinya yang sejuk itu. Kenangan beberapa jam lepas kembali dan menghangatkan hatinya yang beku semenjak ketiadaan Hana Aishah.
“Fakhrul! Adik! Wake up la. Kejap lagi si Adam ni kejut satu kampung ni ha” ketukan yang semakin kuat membawa Fakhrul kembali ke realiti. Hana Aishah masih tidur nyenyak tanpa terganggu.
Kali ini , Fakhrul melonggarkan pelukan Hana Aishah walaupun dengan rintangan daripada isterinya. Akhirnya dia berjaya memisahkan dirinya daripada Hana Aishah.
Saat Fakhrul berjaya memisahkan tubuhnya daripada Hana Aishah , matanya jatuh semula kepada isterinya yang sudah berbaring terlentang. Bibir Fakhrul mengukir senyuman bahagia sebelum tangannya menarik selimut menutupi tubuh Hana Aishah yang terdedah.
“I love you sayang” dia mengucup bibir Hana Aishah yang terbuka sedikit sebelum menolak dagu isterinya supaya tertutup kembali mulut isterinya.
Bajunya yang dilemparkan di lantai beberapa jam lepas diambil semula. Dalam kesamaran malam , dia menyarung tanpa menghiraukan sama ada terbalik ataupun tidak t-shirt nipis berwarna putih itu.
Kakinya melangkah laju mendekati rengekan Adam yang semakin jelas. Saat dia membuka pintu bilik itu , wajah masam anaknya dan kakak iparnya menyambut.
“Am go babah. Babah” Adam merengek kuat sebelum seperti selalu tubuhnya dijatuhkan ke dalam Fakhrul yang sudah bersedia menyambut.
“Akak ingat lepas lah sampai pagi. Nak ketiak mak dia jugak” Hana Azuwa membebel sebelum menepuk punggung Adam yang hanya berseluar pijama. Baju anaknya sudah hilang di mana entah.
“Sorry kak tunggu lama” Fakhrul memandang ke arah wajah penat Hana Azuwa. Mereka semua penat tapi hari ini penat itu bersalut gembira.
“Its okay. Budak ni tak menyabar. Copy cat your umi” Hana Azuwa mengomel tetapi suara itu bersalut gembira.
“Good night sayang aunty. Go la find your chuchu tu” Hana Azuwa memicit pipi montel Adam kegeraman tetapi Adam tidak mengendahkan dia. Sudah dapat punca keresahan , memang tidak dipandang orang sekeliling.
“Thanks for taking over. She needed the break” Fakhrul membalas ikhlas.
“Both of you need it” Hana Azuwa membalas sambil tersenyum gembira. Saat - saat seperti ini membuatkan Fakhrul menyesali sikapnya yang dahulu. Toleransi dan kebergantungan yang tidak pernah dia mahukan. Kenapalah dia tidak mahu mendengar permintaan isterinya semenjak awal.
“Dah. Go rest” Hana Azuwa tersenyum meyakinkan Fakhrul saat dia dapat melihat kesedihan bersalut kekecewaan Fakhrul. Hana Azuwa melangkah pergi
Fakhrul menutup pintu bilik berhati - hati saat tubuh Hana Azuwa menghilang di sebalik bilik yang berdekatan dengan dapur. Adam sedang enak menghisap ibu jari kanan sendiri sambil melentokkan kepala di dada Fakhrul. Fakhrul tersenyum lebar sambil melangkah mendekati katil yang didiami Hana Aishah.
Saat Fakhrul melabuhkan punggung di atas katil dia memperlahankan pergerakan tubuhnya tidak mahu mengejut Adam yang semakin kuyu matanya. Tangannya menepuk lembut belakang tubuh Adam sambil menghirup ketenangan yang bilik usang itu berikan. Haruman Hana Aishah bergabung dengan Adam membuatkan hatinya mengembang dengan rasa bahagia.
Fakhrul rindukan Adam tetapi dalam masa yang sama bersyukur dengan peluang untuk berdua dengan Hana Aishah. Sepanjang dua bulan ini sehari pun Fakhrul tidak dapat bersendirian dengan isterinya.
“I miss lying besides you. I miss closing my eyes with your view and waking up with the same view. It hurt so much that I don’t even want to imagine the past 3 years” kata – kata yang dia ungkapkan beberapa jam lepas kembali bermain di minda.
Sebelah tangan Fakhrul menepuk punggung Adam sementara sebelah lagi tangannya memaut tangan Hana Aishah erat. Fakhrul tidak mahu saat itu berlalu. Ketenangan itu , kenangan yang cuba dia bina untuk memadam kenangan pahit yang dia berikan kepada Hana Aishah , peluang yang dia dapat lihat Hana Aishah sedang berikan. Ahhh sesungguhnya Tuhan terlalu pemurah dengan pendosa sepertinya.
“Chu. Am chuu” Adam mematikan lamunan Fakhrul dengan rengekan. Nampaknya hasilnya untuk menghalang Adam daripada mengejutkan ibunya tidak berjaya.
“Adam sleep please. Pity umi. Umi haven’t had a good rest in a very long time. Babah prepare your bottle ok” Fakhrul memujuk Adam yang kelihatan resah. Tubuh anaknya sudah berpeluh kerana tidak biasa dengan suasana kampung yang tiada penghawa dingin.
“No. Am … mimi… chuchu” dalam setiap saat yang berlalu suara Adam semakin kuat.
“You`re babah big boy right. Abang Saith drink from cup like a big boy. Adam don’t want to be big boy?” Fakhrul masih cuba menenangkan Adam. Dia merenung ke dalam anak mata yang berkaca merenung kearahnya.
“Am baby. Baby. Baby” pecah tawa Fakhrul melihat kesungguhan anaknya meyakinkan dia. Hilang terus ketegasan di wajahnya.
“No no. Am sad. Am sad” Fakhrul cuba menahan tawanya melihat wajah cemberut Adam melihat dia menertawakan anaknya.
“Sayang umi. Baby umi is sad” suara serak Hana Aishah mematikan dialog kedua beranak itu.
Dua pasang anak mata yang kembar merenung kea rah Hana Aishah yang entah bila bangun mereka pun tidak perasan. Hana Aishah menarik keluar tangannya daripada pautan Fakhrul sebelum mengiringkan tubuhnya menghadap Fakhrul yang sedang duduk bersandar sambil memangku Adam yang sedang berbaring di dada Fakhrul.
“Am sad. Mimi. Am sad” suara sebak anaknya mengadu tetapi masih berpaut pada Fakhrul.
Fakhrul diam memerhatikan interaksi anaknya dengan Hana Aishah. Hana Aishah sedang mengiring sambil memeluk selimut nipis erat menutupi tubuhnya. Wajah sembap isterinya dengan rambut yang berselerak itu tidak mengurangkan walau sedikit kejelitaan Hana Aishah di dalam kesamaran malam itu.
“Should umi make Adam happy again?” Hana Aishah bertanya dengan wajah serius. Fakhrul menahan tawanya melihat gelagat anak isterinya saat itu. Kedua – dua wajah itu sedang merenung satu sama lain dengan serius.
“Yes mimi. Am sad” tangan Adam yang tadi memeluk tubuh Fakhrul diangkat untuk menolak tubuh anaknya berdiri. Tangan kanan anaknya menggosok mata sendiri mahu menunjukkan kesedihan anaknya.
“Alaa sian baby umi. Come here my booo” Hana Aishah mengeluarkan tangan kanannya daripada selimut sebelum didepakan.
“Am go mimi. Ok babah?” Fakhrul dan Hana Aishah kedua – duanya terkejut melihat anaknya meminta izin sebelum turun daripada pelukan Fakhrul. Selepas beberapa ketika merenung anaknya, Fakhrul mengusap pipi Adam lembut sebelum ubun – ubun itu dikucup lama. Bahagia dan gembiranya saat itu tidak dapat diungkap.
“Am go mimi now” Adam memberitahu sambil tubuhnya merangkak turun sebelum menyelinap masuk ke dalam selimut Hana Aishah.
“Am miss mimi” Adam petah berbicara dini hari itu manakala Hana Aishah dan Fakhrul pula kehilangan kata – kata.
Fakhrul dapat melihat wajah isterinya yang menahan sebak. Anak tekak isterinya berombak menahan sebak manakala tubir mata itu sudah bertakung air mata. Tangan kanan Hana Aishah mengelus lembut pipi Adam yang sedang mengiring merenung ke dalam anak mata yang menanggung penyesalan.
“Umi is sorry Adam. Umi shouldn’t do that to you. Umi was bad right?” bibir nipis kegemaran Fakhrul bergetar menahan sebak saat isterinya berbicara.
“Am good. Good boy” lebar senyuman Hana Aishah saat mendengar hujah anaknya yang menyangka Hana Aishah memarahi Adam dan melabel anaknya `bad`.
“Of course, you are. Anak soleh umi babah. Anak cerdik umi babah. Anak cantik umi babah” wajah anaknya yang cemberut terus tersipu – sipu tersenyum saat dipuji.
“Mimi. Am aiyyy” Hana Aishah mengucup ubun – ubun Adam saat anaknya memberitahu yang anaknya kelaparan.
Selimut dilurutkan sebelum Adam mulai menyusu. Tahap kelaparan anaknya terbukti saat bunyi anaknya menyusu kedengaran kuat berserta kerutan di wajah Hana Aishah. Pasti kuat anaknya menyusu saat itu tetapi bibirnya Hana Aishah tidak mengadu walaupun sepatah.
Seperti beberapa jam lepas. Hana Aishah diam tanpa bicara. Membiarkan Fakhrul melepaskan rindunya. Berdua bersama Hana Aishah tanpa gangguan sesiapapun adalah masa kegemarannya. Fokus mereka hanya pada satu sama lain. Satu masa dahulu dia tamak , mahukan sepenuh perhatian Hana Aishah untuknya tetapi semenjak Hana Aishah pergi meninggalkan dia kesunyian, Fakhrul faham kepentingan setiap ahli keluarga dan sahabatnya.
Pemergian Hana Aishah membuatkan Fakhrul sedar kenapa isterinya berkali – kali meminta dia untuk tidak berkasar dengan ahli keluarganya. Insan – insan yang sama dia tidak suka kehadiran mereka sekiranya dia dan Hana Aishah berdua , adalah insan – insan yang sama membantu dia melalui fasa 3 tahun yang menyakitkan itu.
Fakhrul berbaring mengiring ke sebelah kiri melihat isterinya yang sedang asyik merenung Adam yang dia yakin sudah terlelap itu. Cinta yang sarat jelas terpancar di sepasang mata bundar yang dia rindui. Fakhrul hilang dalam saat yang berlalu. Saat yang dia mahu berlalu perlahan kerana dia tidak puas menikmati lagi. Tiga tahun yang hilang kerana kebodohan dia.
“I miss you looking at me with the same love” Fakhrul berbisik perlahan.
“That gorgeous brown eyes never fail to show me how much you love me” Fakhrul menyambung. Kali ini tangan kanannya naik meraba mencari tangan isterinya.
“Look at me please” Fakhrul meminta lembut. Tangannya mengusap penuh rindu tangan yang tidak selembut dulu.
Fakhrul menanti penuh sabar. Semenjak kejadian tengah malam tadi , Hana Aishah tidak mahu memandang kea rahnya lansung. Tubuh itu membelakanginya sehinggalah Hana Aishah sudah nyenyak tidur barulah dia berani mengubah posisi isterinya dengan menarik Hana Aishah mengiring kearahnya.
Fakhrul tidak mahu memaksa tetapi dalam setiap saat yang berlalu ketakutan dia kembali. Takut sekiranya Hana Aishah hanya terpaksa melayan dia. Takut sekiranya langkahnya salah dan dia telah membuatkan mereka yang baru bertatih itu kembali ke garisan permulaan semula.
“Sayang marah abang ke?” Fakhrul akhirnya bertanya selepas kesunyian itu menyesakkan hatinya. Hana Aishah masih diam membisu. Tangannya yang tadi mengusap sudah menggenggam tangan isterinya. Fakhrul kembali takut.
“Its been a long day Fakhrul. Sleep” Hana Aishah membalas selepas beberapa ketika. Walaupun Hana Aishah masih tidak mahu merenungnya , balasan yang dia terima membuatkan hatinya sedikit tenang.
“Sayang tidur. I`m here watching over both of you” Fakhrul mengusup ubun – ubun Hana Aishah sebelum tangannya mendarat di pinggang Hana Aishah. Ketenangan hadir kembali dan perlahan – lahan mata Fakhrul memberat.
**********************************************************
Hana Aishah sedang duduk di pangkin melihat keseronokan saudara maranya yang sedang bermandi manda. Tempat rahsia dia dan neneknya menjadi tempat baru mereka satu keluarga selepas ini. Selepas habis kenduri tengah hari tadi masing – masing keberatan mahu pulang.
Akhirnya mereka semua sudah lengkap di bawah satu bumbung. Anak menantu dan cucu cicit Hajah Hamimah lengkap di bawah satu bumbung. Riuhnya bukan kepalang dan di saat itu Hana Aishah merindui neneknya lebih kerana dia tahu kegembiraan akan jelas terpancar di wajah yang berkedut seribu.
Pasti neneknya tidak akan duduk setempat. Ke hulu ke hilir mahu melayan segala ragam mereka tanpa menghindari lutut yang sudah sakit. Dan di malam hari Hana Aishah akan berjaga mengurut betis neneknya yang kejang. Rindunya tidak terungkap. Rindu yang tiada penghujung.
“Mulalah tu” perjalanan duka Hana Aishah terhenti seketika saat tubuhnya berlaga dengan empunya suara. Pandangannya dikalihkan ke tepi. Zafirah sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Mana ada” Hana Aishah memuncungkan bibirnya merajuk.
“Cebik lagilah mak orang ni” abang sepupunya Badri mengejek. Lagilah panjang muncung Hana Aishah.
“Akak. Tengok Abang Ri ni” Hana Aishah memeluk Zafirah mengadu nasib apabila abang sepupunya sudah melabuhkan punggung di batu besar di hadapan pangkin itu tersenyum mengusik.
“Alolo siannya adik akak ni. Kena buli lagi dengan Abang Ri” Zafirah memeluk erat Hana Aishah. Niatnya bukan untuk memujuk tetapi mahu menenangkan Hana Aishah yang dia tahu tengah bertarung dengan emosi.
“Adik mana aci nenek bawak adik sorang je kat sini. Akak dengan abang pun nenek tak pernah bawak” Badri meluahkan ketidakpuasan hatinya sambil mengunyah sandwich yang sempat dia curi daripada tempat ibu – ibu saudaranya berkumpul sambil bergosip.
“Sebab abang Ri suka buli adik. So nenek cakap nenek bawak adik sorang je kat sini. Bagi Abang Ri tak kacau” Hana Aishah menjawab sambil tersenyum sombong.
“Eleh. Awak tu yang cewek. Sikit – sikit cebek. Dah jadi mak orang pun” Badri terus terusan mengusik.
“Ya Allah Ri ni. Dah la tu. Nangis dah adik ni” Zafirah memarahi Badri apabila Hana Aishah sudah mengalirkan air matanya memeluk Zafirah.
Mata Zafirah dijegilkan memarahi adiknya. Badri memang sejak dahulu suka mengusik Hana Aishah kerana itu adiknya paling banyak sekali dirotan neneknya. Ada sahaja rencana Badri mahu membuat Hana Aishah menangis.
“Kalau nenek ada mesti nenek dah rotan Ri kan kak” tiba – tiba suara sayu Badir menegur.
Pelukan Hana Aishah terasa semakin kuat saat itu. Zafirah mengeluh berat sebelum mengusap belakang tubuh adik saudaranya itu. Mereka bertiga membesar di dalam rumah neneknya. Ibu bapa Zafirah memang menetap di rumah neneknya sehinggalah setelah neneknya meninggal. Itupun ibunya berat hati mahu meninggalkan rumah pusaka itu.
“Adik rindu nenek” Hana Aishah membalas di dalam sendunya.
“Semua orang rindu nenek dik. Kak Zaf rindu nenek bebel dekat mak sebab paksa akak buat benda yang akak tak nak. Akak rindu baringkan kepala dekat riba nenek” Zafirah tersenyum tawar. Hatinya gembira mengingati memori itu tetapi dalam masa yang sama rindu.
“Ri rindu nenek marah Ri sebab tak belajar elok – elok. Belajar tinggi – tinggi macam Adik. Nenek suka sangat bila Ri dapat kerja dekat kilang perabot tu. Nenek cakap lepas ni kurang satu benda nenek risau” Badri menyambung. Dia merenung kea rah kebun buah itu mengingati memori bersama neneknya.
Hanya mereka bertiga tahu kecantikan peribadi nenek mereka. Mereka bertiga yang paling dirisaukan nenek mereka. Mereka bertiga yang paling dapat merasai kasih sayang yang tidak bertepi neneknya.
“Ri tak berani nak buat benda jahat sebab nenek. Sampai hari ni Ri bersyukur nenek ikat Ri dekat pokok mangga yang ada kerengga sebab Ri merokok. Kalau nenek tak buat macam tu mungkin Ri tak jadi manusia” Badri memandang kea rah adik sepupunya yang sudah basah wajahnya dengan air mata.
“Nenek bangga gila dengan Adik. Pergi mana pun dia sebut cucu dia doktor” Badri memuji ikhlas. Tiada nada usikan.
“Adik dah gembirakan nenek. Adik tak ada salah apa pun dengan nenek” pujukan Badri membuatkan Zafirah pula menjadi sebak.
“Adik selalu niat pahala yang adik dapat sebab tolong orang sakit , Allah bagi dekat nenek. Nenek … nenek…” Hana Aishah tidak mampu meneruskan kata – katanya. Sangkanya hari ini sakit itu akan berkurangan tetapi dia salah.
“Benda tu yang kita kena buat untuk nenek. Kak Zaf tahu korang sedih tapi benda paling bernilai kita boleh bagi nenek adalah doa, sedekah dan amalkan segala kebaikan yang nenek tunjukkan dekat kita” akhirnya ketiga – ketiga mereka menangis mengingatkan seorang insan yang terlalu banyak berjasa dan mendidik mereka menjadi manusia berguna.
“Ya Allah. Mami suruh Zaf pujuk adik bukan korang tiga menangis” suara nyaring Teacher Basirah kedengaran mematikan perhimpunan hiba mereka.
“Mak” Hana Aishah melepaskan pelukannya pada Zafirah saat Teacher Basirah sudah bercekak pinggang berdiri dihadapannya.
“Ri ni pun sama. Tak senonoh betul. Dah besar panjang nak menangis” Teacher Basirah membebel sambil tangannya menggosok belakang tubuh anak perempuannya cuba meredakan esakan Hana Aishah.
“Sorry mami” Teacher Basirah mengeluh berat saat mendengar kata maaf Zafirah. Tangannya kanannya menarik Zafirah ke dalam pelukannya.
“I know the 3 of you misses her tapi tak baik macam ni. Kesian nenek dekat sana” Teacher Basirah menasihati anak dan anak saudaranya.
Esakan Hana Aishah hanya bertambah kuat mendengar kata – kata ibunya. Suara sanak saudaranya yang sedang bermandi manda masih kedengaran.
“Adik , dah la tu. Sampai bila adik nak nangis macam ni. Adik nak mak susah hati ke” Teacher Basirah mengeraskan suaranya. Kalau dibiarkan makin menjadi – jadi anak perempuannya ini.
“Adik rindu nenek. I wanna hug her” esakan Hana Aishah menjadi – jadi. Teacher Basirah melepaskan pelukan eratnya. Wajah Hana Aishah yang disembamkan ke perutnya itu diangkat memandang kearahnya. Wajah Hana Aishah yang sedang dibasahi air mata itu diusap perlahan. Kesakitan yang seperti kembar dengan anaknya itu jelas terpancar semenjak beberapa tahun ini.
“Adik doa. Banyak buat amal baik. Syurga adik milik Fakhrul. Adik taat dengan Fakhrul. Adik jadi isteri solehah , InsyaAllah nanti adik boleh jumpa nenek dekat syurga. Waktu tu adik peluklah nenek sepuas – puasnya” Teacher Basirah menasihati anaknya penuh hati – hati.
Hana Aishah mengigit bibirnya kuat. Antara sebak dan kecewa kedua – duanya bergabung menjadi satu. Kenapa perlu mengaitkan Fakhrul dalam setiap perihal hidupnya tetapi bibirnya dibisukan. Hana Aishah tersenyum seikhlas yang dia mampu sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. Teacher Basirah tersenyum gembira sebelum Hana Aishah ditarik semula ke dalam pelukannya.
“Dah. Disperse everyone. Orang suruh pujuk , dia pegi buat adik menangis lagi kuat. Macam – macamlah korang bertiga ni” Teacher Basirah membebel.
Badri mengundurkan dirinya sebelum dibebel lagi tetapi Zafirah tetap setia di sisi Hana Aishah. Tangan adik saudaranya digapai kerana dia dapat melihat kekecewaan Hana Aishah. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia tahu perasaan itu. Perasaan yang sama di pernah rasai.
“Mami made your favourite karipap. Mak dah simpankan untuk adik” Teacher Basirah memberitahu ceria.
“Adik tak ada selera. Kejap lagi adik makan bila dah lapar” Hana Aishah memberitahu jujur. Kuotanya untuk memaksa diri dan menelan perasaan sudah mencapai tahap maksima untuk hari itu.
“Adik jangan ikut perasaan sangat. Nanti gastik adik datang balik” Teacher Basirah sudah mulai membebel.
“Mami. Zaf pun full lagi. Nasi lemak berlemak sangat pagi tadi. Nanti Zaf ajak adik makan kalau kitorang lapar” Zafirah cepat mennyampuk menyelamatkan adik saudaranya.
Teacher Basirah mengetap bibir sebelum meninggalkan mereka berdua. Keluhan berat dilepaskan Hana Aishah sekali lagi. Tangannya dibiarkan di dalam genggaman Zafirah. Dari kejauhan tawa Adam kedengaran. Hana Aishah melihat Fakhrul yang semenjak tadi tidak penat melayan anaknya. Terbongkok – bongkok Fakhrul mengawal Adam yang pantang nampak air itu.
“Jangan jadi macam akak” Zafirah memulakan bicara. Pandangan masing – masing dihalakan kea rah sungai yang mengalir tenang.
“Akak diam dan telan semua benda 5 tahun tu sebab akak rasa itu tanggungjawab akak” walaupun sudah hampir sepuluh tahun perkara itu berlaku tetapi masih terasa segar diingatan Zafirah.
“Akak kena bahagiakan semua orang. Akak tak nak kecewakan ma dengan pa. Akak tak nak orang mengata ma dengan pa. Jadi akak telan semua benda sampai dah tak ada benda dia nak buat, dia buang jugak akak” Hana Aishah diam membisu mendengar.
“Sepanjang perkahwinan kitorang sekali pun akak tak pernah melawan atau merayu. Akak diam dan terima semua. Setiap kata – kata hinaan , setiap sepak terajang dia , akak telan semua” tawa hambar kedengaran di hujung ayat Zafirah itu. Kebodohan yang masih dia rasai sehingga sekarang.
“Awal tu takut la tapi lama – lama rasa takut tu hilang sekali dengan rasa sakit. Rasa tu digantikan dengan rasa… hmmm … rasa apa ye” Zafirah tertawa sendiri mengingat kembali pengalaman silam yang terlalu menyakitkan.
“Pasrah tunggu turn Allah ambik nyawa supaya sakit tu semua hilang” Hana Aishah membalas tidak sampai sesaat. Renungan Zafirah dilarikan memandang ke arah Hana Aishah. Raut wajah yang sama dia pernah bawa.
“Jangan seksa diri adik kalau adik tak bahagia” Zafirah memujuk lembut. Hana Aishah hanya tertawa sinis.
“How I wish I want to blame everyone for forcing me to stay with him. How I wish it was just them being the main factor for me to still stay” tubir mata Hana Aishah kembali bertakung saat kata – kata itu akhirnya terluah.
“Adik bodoh lah kak. Bodoh sangat sebab adik tak boleh lari dari dia” Hana Aishah menyambung penuh pilu.
“I hate the memories that we had. It was so full of pain but….” Hana Aishah berhenti mengambil nafas yang dalam. Tidak tahu mahu meluahkan apa yang bermain di hati ataupun membiarkan kata – kata itu terkubur di dalam mindanya.
“I don’t know what to do” Zafirah tidak tahu bagaimana mahu membalas saat melihat wajah Hana Aishah merenungnya penuh kebingungan.
“Penat sangat kak. Why my life have to be complicated? Kak Wa dengan Achik dapat yang … yang….” Hana Aishah sendiri hilang dalam sendunya.
Sayang kah? Sayang Fakhrul padanya tidak pernah hilang walau dalam segala kesakitan yang lelaki itu beri. Tanggungjawab kah? Mulut lelaki itu akan mengeluarkan segala benda pedas tetapi nafkahnya tidak pernah putus walau dia berada di Kelantan.
“Why cant he be normal? Why does it have to hurt for me? Why does he have to make it better after all the pain that he caused me?” air mata Hana Aishah mengalir lebat. Dia merenung ke arah Zafirah mencari jawapan seperti mana dia cuba mencari jawapan dalam jaganya.
“I hate him so much. Adik benci dia. Adik tak nak dia. Adik tak suka” Zafirah menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya saat dia mendengar bicara adik saudaranya. Mulut itu menutur benci tetapi wajah itu berkata sebaliknya.
“Kalau boleh jerit , adik nak bagi tahu satu dunia apa yang dia buat” esakan Hana Aishah kembali.
“Tapi adik tak boleh” Hana Aishah terus menegakkan tubuhnya saat mendengar kata – kata Zafirah. Terkejut dia mendengar jawapan Zafirah.
“You`re just like them” Hana Aishah meluah kecewa. Kepalanya digeleng perlahan sambil tertawa sinis. Memang siapa pun tidak akan faham.
“Sebab adik sayang Fakhrul. And theres nothing wrong with that” Hana Aishah menelan air liurnya kesat mendengar jawapan balas Zafirah.
“Pandang akak” Zafirah menarik dagu Hana Aishah naik. Pergelutan emosi jelas terpancar di wajah adik saudaranya.
“Waktu dia lafaz cerai akak tak rasa sedih lansung. Sebab tak ada walau secebis sayang pun dalam hati akak. Akak tak benci pun dia. Akak marah tapi tak benci. Benci ada kalau masih ada rasa sayang” berhati – hati Zafirah menutur bicaranya.
“Akak tak tahu Fakhrul buat apa dan akak tak ada hak nak cakap yang lepas itu lepas atau lupakan semua sebab akak tahu macam mana susahnya nak buat semua benda itu. Tapi sekarang adik kena tanya diri adik sendiri. Apa yang adik nak?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sebelum memeluk Zafirah erat semula. Soalan yang amat sukar untuk orang lain bertanya sehinggakan dia sendiri sudah tidak kisah untuk mencari jawapan untuk persoalan itu.
“I don’t know what I want anymore” Hana Aishah berbisik perlahan tetapi sampai ke dalam telinganya.
“Bila Abang Karim lamar akak , akak takut sangat. Takut dengan terlalu banyak benda tapi yang paling akak takut dengan diri akak sendiri. Akak hilang diri akak 5 tahun hidup dalam penjara itu sampai satu tahap akak yakin yang akak tak layak untuk bahagia” Zafirah mengusap belakang tubuh adik saudaranya yang bergetar menahan sebak mendengar bicaranya.
“Malam itu akak dah nekad nak tolak lamaran abang Karim. Akak dah whatsapp dia ajak jumpa. Akak tak nak lalu benda yang sama. Benda ni akak duduk ulang – ulang untuk yakinkan diri akak dengan keputusan yang akak nak ambik” Zafirah mengambil helaan nafas dalam cuba mengumpul kekuatan menceritakan hari yang mengubah hidupnya.
“Akak tinggal berdua dengan nenek. Nenek dah start hilang selera waktu tu. Ma dengan pa duduk dengan Ri teman isteri Ri pantang. Akak tengah kusut fikir pasal masalah hidup akak tak perasan nenek makin susut pun” sebak suara Zafirah memberitahu.
“Malam tu nenek jatuh dekat dalam bilik. Akak dengar bunyi benda jatuh , akak terus lari masuk bilik. Otak akak jam tengok nenek terbaring dekat lantai dengan darah mengalir dari dahi nenek. Akak terus pangku nenek. Akak jerit panggil nenek sebab nenek tak sedar” air mata yang Zafirah tahan mengalir jua.
“Doktor cakap gula nenek rendah sangat. Nenek cucuk insulin tapi tak makan. Salah akak sebab sibuk melayan perasaan sampai akak tak kisah dekat nenek” perasaan bersalah masih menyelubungi Zafirah sehingga saat itu.
“Tapi benda memang nak jadi sebab Allah nak tunjuk dekat akak. Allah nak bagi tahu akak yang akak layak untuk bahagia. Abang Karim lah yang datang angkat nenek bawak pergi hospital. Abang Karim tunggu akak sampailah Ma , Pa dengan Ri sampai” Zafirah meneruskan bicara
“Sesaat pun dia tak tinggal akak. Hari tu Allah nak tunjuk dekat akak . Benda yang bekas suami akak buat dekat akak bukan salah akak. Allah tunjuk dekat akak macam mana seorang suami itu patut layan isterinya” pelukan mereka direnggangkan. Zafirah jeda sebentar untuk merenung ke wajah Hana Aishah.
“Akak sedih sebab nenek pergi. Tapi setiap hari Allah tunjuk dekat akak pengganti nenek yang Allah hadirkan pada waktu yang tepat” Zafirah tersenyum gembira saat teringat suaminya.
“Bila adik nak happy macam akak?” Hana Aishah mencebikkan bibirnya kesedihan.
Dia gembira saat dia melihat kakak sepupunya bersama pasangan baru. Jelas kebahagiaan terpancar di wajah Zafirah. Zafirah yang kali terakhir dia berjumpa , diselubungi kesakitan. Perkahwinan yang merubah kakak sepupunya yang sememang sedia pendiam menjadi murung dan dibelenggu kegelapan.
Tetapi dalam masa tiga hari ini , Hana Aishah dapat melihat kebahagiaan yang tidak pernah dia lihat di wajah Zafirah. Zafirah dan dia sama dalam banyak cara kerana itu hanya Wanita itu tempat dia mengadu semenjak kecil lagi. Bezanya dia banyak mulut dan kakak sepupunya lebih banyak mendiamkan diri mendengar.
“Bila adik sedar yang adik pun layak bahagia” Hana Aishah merenung wajah Zafirah yang sedang asyik melihat suaminya bermain dengan anak – anak saudara mereka. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah Zafirah saat itu dan untuk itu Hana Aishah bersyukur. Terlalu banyak kesakitan yang dilalui Zafirah dan sudah tiba masanya Wanita itu mengecapi bahagia.
****************************************************************
Adam sedang membebel sendirian di tempat duduknya di belakang. Girang hati Adam jelas kelihatan. Hati gembira perut kenyang bermakna Hana Aishah dapat berehat sebentar.
Hana Aishah pula diam menikmati pemandangan di luar. Sebelum berangkat pulang tadi dia singgah sebentar di pusara neneknya. Hatinya berat mahu meninggalkan pusara itu kerana dia takut memikirkan bila dia akan kembali menziarahi neneknya. Takut menghadapi hari esok.
“You`ve been quiet since today morning. Abang ada buat salah apa – apa ke?” Fakhrul yang sedang bergelut dengan perasaannya akhirnya bertanya.
“Nothing” Hana Aishah membalas pendek. Dua hari ini hubungan mereka seperti bertambah baik tetapi hari ini mereka seperti balik ke garisan permulaan semula. Untung kalau dia dapat mendengar walau sepatah daripada mulut Hana Aishah.
“You`ve been quiet. I`m just worried if something is bothering you” Fakhrul menyambung lagi sambil tangannya memaut tangan kanan isterinya yang semenjak tadi bermain sendirian di riba.
“InsyaAllah I`ll bring you back often to visit nenek” Fakhrul memujuk lembut tetapi Hana Aishah benar – benar tidak mahu berbual. Terlalu banyak perkara yang mengusutkan mindanya dan lelaki ini seperti tidak mahu memberinya ruang untuk bersendiri.
“I didn’t know Adam loves the water so much. Macam sayang. He looks so happy in the ice cold water. Abang pun tak tahan lama macam tu”
“And yet now I hate water. Sebab apa ye Tengku Fakhrul” Hana Aishah membalas pedas.
“Apa beza anak I dengan I ye? He can swim all he wants but I`m not allowed to” wajah yang tadi memandang ke luar terus dihalakan kea rah Fakhrul. Fakhrul terkulat – kulat memandang isterinya yang terus berubah mood itu.
“You nak sangat borak kan. Lets talk about that. Semua benda is allowed for you son tapi not allowed for me. Bias kan Fakhrul”
“I`m sorry for whatever I did in the past. If I could turn back the time….” Hana Aishah memotong sinis.
“If you could turn back time you wouldn’t change not even a thing. Sebab Tengku Fakhrul sentiasa betul. I kenal you Fakhrul. I kenal you dari zaman I jadi houseman you” Hana Aishah menahan suaranya daripada meninggi. Adam masih membebel girang tanpa menyedari ketegangan yang sedang melanda ibu bapanya.
“Wayang apa yang you tengah cuba buat sebenarnya. Tak cukup lagi ke sakit yang you bagi dekat I” tiada kesedihan mahupun kemarahan. Hana Aishah hanya mahukan jawapan jujur.
“This was what you did Fakhrul. You make feel like I deserve everything that I get. You made me feel so helpless without you. You made me hang on to you so badly until I couldn’t find the way out anymore”
“Jadi I betul – betul ikhlas tak faham sebenarnya apa yang you nak daripada I. You ask me whether I`m ok or not” Hana Aishah bertanya bingung.
“You tak rasa bodoh ke soalan you tu. How am I okay Tengku Fakhrul. Look at where I am right now. After everything that you did , after all the sleepless night yet I`m still here because I fucking cant sleep without being in your arm” suara Hana Aishah terketar – ketar menahan dirinya daripada meninggikan suaranya dihadapan Adam.
“Yesterday was a mistake. A mistake that I will never repeat. I hate every single second I was in your arm Tengku Fakhrul” kemarahan yang tadi tiada jelas kedengaran saat itu.
Tangan kanan Hana Aishah yang tadi berada di dalam pegangan Fakhrul terlepas saat kata – kata itu meniti di bibir isterinya. Hana Aishah merenung wajah Fakhrul yang kelihatan kelu mendengar amarahnya.
Marahkah? Tidak sebenarnya dia penat. Penat berpura – pura atau entah melawan dirinya sendiri. Pandangannya dihalakan semula ke hutan yang mereka lintasi. Selepas isyak tadi mereka bergerak pulang. Hana Aishah tidak ubah seperti robot mengikut kehendak lelaki itu.
Kalau dia melawan ada satu battalion yang akan mempertahankan Fakhrul dan mengecam dia. Kalaulah dia boleh memberontak tetapi dia tidak mempunyai kekuatan itu. Jadi seperti dahulu dia diam dan mengikut. Bezanya kali ini apabila mereka tiada , kemarahannya dihamburkan kepada Fakhrul sepuas – puasnya.
Share this novel