BAB 21

Romance Completed 18284

Pagi yang indah setelah hujan rahmat membasahi bumi. Hafiy sudah bergerak awal dari rumah. Katanya ingin singgah ke rumah keluarga mentuanya dahulu sebelum ke tempat kerja. Zahara pula sudah mula melakukan rutin hariannya di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa.

Bertemankan radio yang memutarkan lagu2 menarik di pagi hari, Zahara memulakan harinya menyidai pakaian yang sudah dibasuh malam tadi. Sempat dia bernyanyi kecil mengikut alunan lagu yang berkumandang.

Mujur sahaja hujan sudah lama berhenti. Dapat juga lah Zahara menyidai dan mengeringkan baju2 yang berlambak. Harini dia seperti tak sihat. Badannya terasa letih yang teramat. Sakit segala sendi2 dan otot2 badannya. Pinggangnya pula bagaikan nak tercabut. Kalau saja Hafiy tahu, pasti dia dah membebel saat ini.

Zahara menyudahkan hingga baju yang terakhir sebelum mengambil sedikit waktu untuk berehat. Pinggangnya diurut perlahan. Perutnya juga kembali berdenyut seperti biasa. Entah kenapa badannya kebelakangan ini sering sahaja sakit2.

"Patut tak aku pergi jumpa doktor? Entah2 ni sebab nak senggugut tak? Tapi period dah lama tak datang". Gumam Zahara. Dia menghela nafas panjang.

Setelah membuat timbang tara, Zahara membuat keputusan untuk berjumpa doktor juga. Bimbang gastrik semakin teruk pula kalau dibiar melarat. Zahara kembali menyiapkan dahulu kerja rumah sebelum bergerak ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Jam menunjukkan pukul 11 tengahari. Setelah bersiap ala kadar, Zahara memandu kereta menuju ke hospital berdekatan. Sempat dia mengirimkan mesej pada Hafiy mengatakan dia perlu keluar sebentar ke bandar atas urusan peribadi.

Sampai sahaja di hospital, Zahara terus mengisi borang peribadi untuk membuat pemeriksaan.

"Puan Zahara bt Ismail".

Zahara bingkas bangun. Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang tertulis nama 'Dr. Radiah'. Seram sejuk tangannya. Moga2 segalanya berjalan dengan lancar.

"Sila duduk, puan. Boleh saya tahu apa masalah puan?".

Lembut sekali suara doktor wanita itu. Wajahnya manis sekali. Sesuai dengan jawatan doktor yang dipegang. Zahara menjadi selesa berada di dalam bilik itu.

"Er, saya nak cek pasal gastrik saya. Makin lama makin teruk pulak saya rasa".

"Boleh puan baring kat katil. Saya nak periksa". Arah Dr Radiah. Dengan pantas, Zahara baring di katil yang terletak di sebelah meja doktor wanita tersebut.

Dr Radiah melakukan beberapa pemeriksaan biasa di sekitar perut Zahara.

"Selalu sakit dekat mana?".

"Saya selalu sakit dekat bahagian pinggang ni sampai la bawah perut ni. Dekat area rahim. Kadang tu kejang tiba2. Gastrik saya makin teruk ke doktor?".

"Saya tak rasa gastrik.." Perlahan suara Dr Radiah. Berkerut wajahnya melihat skrin monitor di hadapannya.

"Habis, kalau bukan apa dia?". Bertambah cuak Zahara apabila gastrik yang disangkakan selama ini bukan tajuk utama.

"Ada tak Puan rasa sakit masa buang air?".

Zahara mengangguk. Memang itu yang sering dialami sejak kebelakangan ini.

"Selain dari sakit di bahagian punggung ke bawah, ada tak puan rasa sakit yang lain? Maksud saya sakit yang puan tak pernah alami sebelum2 ni?". Soalnya lagi.

Zahara diam. Puas dia cuba memerah otak mengingati segala sakit yang pernah dirasakan sebelum ini.

"Er.. saya selalu loya nak muntah.. kerap penat walaupun tak gerak banyak".

Dr Radiah diam mendengar. Dia kembali duduk di kerusinya. Zahara mengekori langkah doktor wanita itu. Tudung yang herot dibetulkan.

"Saya perlu minta puan buat rawatan lanjut. Dari apa yang saya nampak tadi, ia bukan disebabkan gastrik. Erm.. puan datang bersama suami ke?".

Zahara menggeleng. Tangannya menggeletar. "Saya kena buat check up lain ke?".

"Iya. Saya nak buat kepastian. Puan jangan risau, pemeriksaan ni tak membahayakan". Senyum doktor wanita itu. Sedikit sebanyak, lega hati Zahara mendengarnya.

Dia diiring oleh seorang jururawat wanita untuk membuat pemeriksaan lanjut. Zahara mengikut segala yang diingini oleh doktor tersebut. Harapannya tiada yang teruk berlaku.

Setelah itu, Zahara diminta menunggu di ruang tetamu sebelum namanya dipanggil semula. Bermacam2 perasaan yang hadir dalam hatinya. Takut, risau dan cemas semua menjadi satu. Dia langsung lupa pada suaminya.

"Puan Zahara, sila masuk".

Dengan lafaz bismillah, Zahara melangkah masuk ke dalam bilik Dr Radiah semula. Terdapat beberapa helai gambar yang digantung kemas pada kotak yang berlampu itu. Zahara sendiri kurang faham maksud gambar2 itu.

"Doktor, kenapa dengan saya? Takde apa2 yang teruk, kan?". Zahara memulai bicara. Digenggam kedua2 tanggannya kemas.

"Puan Zahara, sudah berapa lama awak mengalami simptom yang awak sebutkan tadi?".

"Er.. agak lama jugak. Start tahun lepas atau dua tahun lepas, mungkin. Kenapa doktor?".

"Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan keatas awak, kami mendapati awak menghidapi kanser rahim".

"Allahu Akbar!!".

Zahara terlopong mendengarnya. Mulutnya dikatup kuat. Untuk sementara, dunia dirasakan berhenti berputar. Zahara bagaikan lenyap dari alam fana. Benarkah apa yang didengarnya sebentar tadi? Tak mungkin!

"Tak mungkin! Tak mungkin, doktor!". Zahara memegang kuat lengan doktor Radiah. Dia menggeleng berulang kali.

"Maaf, itu yang kami dapati bila menjalankan pemeriksaan. Puan, harap bersabar, ya?".

Zahara menggeleng kepala. Jantungnya berdegup laju. Otaknya langsung tak mampu nak mencerna segala2 yang diberitahu. Zahara menggigil. Tak pernah dia merasakan ketakutan yang maha dahsyat seperti ini. Dia takut!

"Puan, kanser rahim memang kanser yang paling digeruni terutama bagi kaum wanita. Tapi, selagi ada ubat2an dan segala macam rawatan, puan tak perlu takut. InsyaAllah, semua akan sembuh dengan izin Allah".

"Saya akan mati ke? Ya Allah, kenapa aku tak nampak benda ni semua?". Rintih Zahara. Setitis air mata jatuh ke pipi. Dia semakin takut.

"Puan, seperti tanda2 yang puan alami, itu merupakan tanda awal bagi penyakit kanser untuk merebak. Kalau puan boleh tengok kat sini, kanser rahim ada 4 stages la. First stage, sel tu masih tertumpu pada pangkal rahim dan belum lagi merebak. Second stage, dah masuk ke pangkal rahim and 1 pertiga bahagian atas faraj. Third stage, merebak bahagian pelvis dan 1 pertiga bahagian bawah faraj dan akhir sekali stage keempat, dah merebak ke dubur, pundi kencing dan bahagian lain dalam badan. Sebab itulah puan mengalami simptom sukar membuang air, faraj berdarah dan sering keletihan".

Panjang lebar penerangan Dr Radiah. Zahara hanya mampu mendengar kosong. Dia langsung tak menghadam setiap penerangan doktor wanita tersebut. Dia semakin galak menangis. Air mata semakin lebat mengalir. Pada siapa harus dia meminta kekuatan?

"Saya akan mati ke?". Soalan itu diulang lagi. Bergetar bibir Zahara.

"Puan, percaya pada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya. Puan jangan risau, kami akan bantu puan sebaiknya".

Zahara beristighfar lagi. Dia tertunduk sayu. Dugaan apa yang Kau berikan pada aku, Rabb?

"Puan, saya ada berita gembira. Puan mengandung!". Dr Radiah tersenyum memandang Zahara.

Hampir tak percaya. Dia didatangkan dengan dua berita sekaligus. Kanser dan...

"S..saya.. hamil?".

"Iya! Puan hamil. 3 month. Alhamdulillah, kandungan puan sihat dan kuat macam ibu nya".

Zahara bertambah tak percaya.

"Baby saya tak apa2 ke?".

"Puan jangan risau. Rata2 pesakit kanser yang hamil tak menjejaskan langsung kandungannya walaupun stages 4. Kanser tak boleh merebak ke kandungan. Itu memang jelas".

Zahara mengetap bibir kuat. Serentak Zahara mengusap lembut perutnya. Allah berikan dia dua nikmat. Nikmat sakit dan nikmat rezeki. Zahara sendiri tak tahu untuk merasa apa saat ini.

"Doktor, macamana saya boleh dapat kanser?".

Dr Radiah menghela nafas panjang sebelum menjawab persoalan Zahara.

"Keturunan, umur ataupun disebabkan ubat2an. Mungkin Puan ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang sama?".

Zahara terdiam. Baru fikirannya dapat mencerna tentang penyakit arwah ibunya. Ibu juga mendapat kanser rahim peringkat empat setelah mendapatkan rawatan lanjut. Ini bermakna, nasibnya juga akan berakhir seperti arwah ibu. Zahara kecut perut.

"Doktor, takde ke apa2 rawatan bagi hilangkan penyakit ni?". Air mata diseka laju. Dia perlu kuat.

"Kita ada macam2 rawatan. Antaranya kimoterapi. Tapi, banyak kesan untuk baby nanti. Puan pun akan kerap loya and muntah. Disebabkan itu juga mungkin puan akan menghidap anemia or kurang mineral dalam badan. Nanti risiko kat baby. Lain dari tu, radioterapi. Tapi yang ni pakar tak suggest untuk ibu mengandung".

"Habis, apa yang sepatutnya saya perlu buat?".

"Untuk sementara, just take a good care kandungan puan. Need a good rest for your baby. Option paling last pun, pembedahan rahim or we called it histerektomi. Untuk kes puan, kita tunggu sampai puan deliver baby then baru kita buat pembedahan buang rahim. Itu yang paling selamat la".

Pembedahan buang rahim? Bermaksud..

"Saya takkan boleh hamil lagi lepastu?". Soalnya ketakutan.

"Sorry to say, yes!".

Zahara menggigil. Sesuatu yang dia langsung tak terfikir akan jadi pada dirinya. Rahim nya akan dibuang. Dia tak mampu nak merasa nikmat mengandung lagi. Ya Allah, kuatkan aku!

"Itu best option untuk saya?".

Dr Radiah mengangguk perlahan. Selalunya itulah yang menjadi ketakutan pada semua wanita. Rahim harta wanita paling mahal sekali. Disebabkan itu, ramai yang takut dan taknak membuat pembedahan buang rahim. Sedangkan, itulah pilihan terbaik untuk mengelakkan dari sel kanser terus membiak.

"Jadi, apa yang patut saya buat?".

"Just datang buat regular check up. Saya akan follow perkembangan kandungan dan kesihatan puan. You dont have to worry. InsyaAllah, semua akan ok".

"Pembedahan tu.. buang rahim sahaja?".

"Untuk kes Puan, dinasihatkan menajalani histerektomi radikal atau pembedahan keseluruhan means buang rahim, dua2 ovari, tiub fallapio dan faraj bahagian atas".

Seriau mendengarnya. Zahara tak tahu mahu bereaksi apa. Peluh memercik di balik kerudung yang dipakai.

"Er.. erm, doktor. Saya balik dulu. Saya bincang dengan suami saya macamana. Terima kasih". Zahara bingkas bangun dan terus terkocoh2 keluar dari bilik Dr Radiah.

Fikirannya jadi sempit. Zahara pulang ke rumah dengan seribu macam perasaan. Tak mungkin dia akan membiarkan penyakitnya membebani hidupnya. Tapi, dalam masa yang sama, dia cukup takut untuk menghadapi kenyataan yang baru sahaja dihadapi.

"Allahu Akbar, berikan aku kekuatan!". Rintihnya sayu. Air mata kembali mengalir. Entah bagaimana lagi caranya untuk dia menguatkan dirinya tika ini.

Allah takkan pernah menzalimi HambaNya!

Ya! Allah takkan menzalimi HambaNya. Tapi, dia sebagai manusia yang lemah seringkali takut dan tak yakin akan kekuasan Allah.

"Ibu! Ara akan jadi macam ibu ke?".

Tak dapat dia bayangkan bagaimana hari2 terakhir arwah ibunya dahulu sebelum ajal menjemput. Ibu langsung tak berdaya untuk bangun dan bergerak walau dipapah orang. Hidup ibu hanya di katil. Makan minum sudah tak tertelan. Badan ibu kurus cengkung seperti orang tak makan bertahun2. Ibu tak mampu nak menguntum senyuman manis lagi buat Zahara.

"Ibu! Ara akan jadi macam ibu ke? Ya Allah, aku takut!". Terhenjut2 bahunya menangis. Menggigil2 tangannya memegang stereng.

Kereta berhenti dihalaman rumah. Zahara keluar lalu masuk ke dalam rumah. Dia menangis semahunya. Habis lencun tudungnya dek air mata yang deras. Zahara hampir berputus asa. Henset dimatikan. Dia tak mahu diganggu. Fikirannya tak tenang.

"Allah! Bantu aku!". Zahara menekup wajahnya. Betapa dia lemah dengan ujian Tuhan yang ini.

Tiada daya dan upaya melainkan kekuasaan Allah!

Zahara cuba bertenang. Dia segera ke bilik air mengambil wudhu. Hampir sahaja dia terlupa solat yang masih belum dikerjakan. Penuh tertib dan khusyuk, takbiratul ihram diangkat. Zahara leka dengan tanggungjawab kepada Allah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bersujud menghadapMu. Amounkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Berikanlah syurga buat kedua2 mereka, Ya Allah!

Ya Allah, aku bersujud kepadaMu, ampunkan dosa suamiku, dosa maduku, dosa orang sekelilingku. Lindungi dan sejahterakanlah kehidupan mereka, Rabb.

Ya Rahman, sesungguhnya kehidupan di dunia ini tak lain hanyalah untuk menguji hamba2Mu. Oleh itu, aku pohon padaMu, kau kuatkanlah aku. Kau kuatkanlah aku. Kau kuatkanlah aku! Berikan aku secebis kekuatan yang dah kau campakkan dalam diri Nabi junjungan SAW. Aku insan lemah. Tak mampu berpisah dengan air mata dan putus harap. Ya Allah, jangan biarkan aku terus tenggelam dengan semua itu. Aku perlukanMu!

Ya Ghaffar, sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Agung. Jika penyakit yang Kau singgahkan dalam diri aku ini adalah buat penghapus dosa2ku yang lampau, aku redha! Jika ia buat menambah keimanan dan kekuatanku, aku redha! Asalkan, kau sentiasa memeluk hatiku tatkala aku sedih, TuhanKu!

Ampunkan aku. Lindungi aku. Permudahkan urusanku. Terima kasih atas rezeki anak yang Engkau kurniakan buatku. Akhirnya, aku mampu untuk memberikan cahaya mata buat suamiku. Tanda kasih kami. Terima kasih, Rabbi".

Zahara mengaminkan doa nya bersama juraian air mata yang entah bila akan berhenti. Zahara terbaring lesu di tikar sejadah. Dia menangis lagi melepaskan segala isi hatinya. Kuat Zahara menggenggam sejadah. Hingga akhirnya wanita itu terlelap seorang diri.

"Assalamulaikum! Ara.."

Hafiy pulang awal hari itu. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Hairan melihatkan pintu tak berkunci, grill juga tak dimangga. Entah mana isterinya pergi.

Beg laptop diletakkan di atas sofa. Hafiy sempat melabuhkan punggung bagi menghilangkan lelah. Stoking dibuka perlahan2 begitu juga tali leher. Lehernya diurut berulang kali. Hafiy cuba menelefon nombor Zahara tapi tak dapat disambungkan.

"Kat mana pulak dia ni?". Gumam Hafiy.

Setelah hilang penatnya, Hafiy bangun menuju ke bilik. Alangkah terkejutnya Hafiy bila melihat susuk tubuh isterinya yang masih lengkap bertelekung di hamparan sejadah. Mujur sahaja dia tak terjerit. Sudahlah biliknya gelap tak berlampu. Memang menyeramkan lah gayanya.

"Ara! Kenapa tidur sini? Bangun Ara". Hafiy menggerakkan bahu isterinya. Terpisat2 dia bangun.

"Abang! Sorry Ara terlelap".

Hafiy tergelak kecil. Bersila Hafiy menunggu isterinya sedar.

"Ara ngantuk sangat ke?".

"Hurm.."

Zahara buka telekung yang masih tersarung. Perlahan2 dia melipat dan meletakkan ditepi katil. Rambutnya yang serabai, diikat kemas.

"Kenapa mata bengkak tu? Ara menangis ke?". Hafiy membelek wajah isterinya. Hairan melihat sembab bawah mata Zahara. Hafiy memaut kedua2 belah pipi isterinya.

"Ara ok.."

"Tak! Tak nampak macam ok. Cakap dengan abang, kenapa ni?". Desak Hafiy. Wajah Zahara juga nampak pucat.

"Ara ok, cuma penat sikit kot. Ara kan baru bangun, mestilah mata sembap". Dia cuba berdalih. Senyuman diberikan agar menutup beban yang ditanggung.

"Betul ni?".

Zahara mengangguk lagi. Dia tak mahu Hafiy merasa risau. Dia tak nak!

"Abang dah mandi belum? Pergilah mandi dulu. Nanti kita makan sama2". Cadang Zahara. Dia bingkas bangun untuk ke dapur tapi segera dihalang Hafiy.

"Kalau ada apa2, bagitau abang cepat. Ok?". Hafiy masih tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Zahara sebentar tadi. Hatinya merasa tak sedap.

"Iya".

Pegangan tangan dilepaskan. Zahara berlalu ke dapur segera takut kalau2 dia tak kuat nak menahan tangis. Hidangan makan malam disiapkan secepat yang boleh. Dia tak ingin mengingatkan tentang hal tadi. 

Hafiy muncul di dapur setelah siap membersihkan diri. Senyuman tak lekang di bibirnya.

"Kenapa senyum2 tu?".

"Tak boleh ke?".

Zahara menjongket bahu. Tangannya ligat mengacau lauk yang sedang mendidih.

"Bukan tak boleh. Nampak tak betul!". Usik Zahara.

"Amboi! Sedap betul mulut mengata abang, ye?".

Zahara tergelak kecil. Pinggan kosong diletak kemas atas meja.

"Abang tak cuba cari Syu kat tempat lain?".

Hafiy mengeluh. "Abang dah cuba macam2 cara. Abang tak tahu nak cari kat mana lagi. Call langsung tak berangkat. Setiap masa abang tanya umi mana Syu pergi".

"Ara ada try call.."

"Dia angkat?".

Zahara menggeleng lemah. Memang tak lah jawapannya.

"Abang tak try tanya kawan baik ke? Syu mesti ada kawan baik".

Hafiy terdiam. Siapa lagi kawan baik Mariam Syuhada selain Shamila yang memang tak dapat dikesan jejak nya itu?

"Entahlah Ara. Nantilah abang cari. Serabut nak fikir sekarang. Risau hati abang ni. Entah mana2 dia pergi, sorang2 pulak tu. Harapnya dia selamat dan sihat lah".

Zahara mengangguk. Dia juga mendoakan yang sama. Jangan perkara ini berlarutan hingga tiada jalan penyelesaian.

Nasi diceduk ke pinggan dan diletakkan kuah yang masih panas. Doa dibaca dan mereka pun mulai mengisi perut yang sudah berkeroncong.

"Sikit je Ara makan?".

"Er.. tak selera pulak. Perut masuk angin". Pinggan ditolak ke tepi. Memang dia tiada selera ditambah tekaknya yang loya sejak tadi.

"Ok tak ni? Pucat je muka tu".

"Hurm.."

Zahara tersenyum kelat. Tangannya dibasuh bersih. Gula2 dalam balang kaca diambil satu lalu digigit ke dalam mulut. Buat hilang loya.

"Ara tak sihat, kita ke klinik la".

"Eh, jangan! Ara.. Ara takde apa2". Kalut suaranya.

"Abang tengok pelik aje".

"Abang makan ajelah. Ara ok je. Erm, tambah lagi".

Lauk ditambah ke pinggan suaminya. Dia sehabis boleh menghulurkan senyuman. Tekaknya masih terasa nak menghamburkan isi perut. Berlari anak Zahara ke bilik air, mujur sahaja sempat. Berkali2 dia mengeluarkan muntah nya.

"Ni tak ok la ni. Ara demam ke?". Tangan Hafiy mengurut lembut belakang Zahara. Terbongkok2 isterinya mengeluarkan isi perut.

"Ara ok.."

"Degilnya la isteri abang ni. Dah, keluarkan semuanya. Lepasni rehat aje".

Zahara berkumur2 setelah habis kosong perutnya. Dengan lemah, Zahara dipimpin Hafiy menuju ke katil. Dia bersandar lemah di kepala katil.

"Ara sakit ke? Kita pergi klinik, ye?". Lembut suara Hafiy mengajak. Peluh di dahi isterinya dilap perlahan.

"Ara ok, penat aje kot. Abang takpayah la risau".

"Macamana abang tak risau. Sejak kebelakangan ni, Ara selalu tak sihat. Kejap muntah kejap sakit perut. Muka tu.. pucat aje abang tengok".

Zahara diam. Rasa bersalah pula membiarkan suaminya tak mengetahui keadaan dirinya.

"Ara ok. Serius ni".

Hafiy mengeluh. Lama dia memandang wajah Zahara. Sekejap dia mengelus pipi isterinya.

"Kalau lepas ni sakit lagi, dengar cakap abang kita pergi klinik".

"Tapi.."

"No! Wajib pergi!".

Potong Hafiy. Dia takkan beralah dengan isterinya soal kesihatan. Tak sanggup lagi dia nak melihat wajah pucat Zahara. Belum lagi cerita waktu malam bila tidur isterinya selalu sahaja terganggu.

Zahara mengetap bibir. Mungkin penyakitnya akan terbongkar nanti. Dia harus menyembunyikan dari pengetahuan Hafiy. Dia tak mahu suaminya risau akan dirinya.

"Ara nak rehat kejap".

"Rehat dulu. Nanti abang datang balik".

Zahara segera baring dan melelapkan mata. Perasaan takut menyelubungi hatinya kembali. Apa penerimaan Hafiy tentang penyakitnya nanti? Adakah dia terima atau sebaliknya. Zahara takut untuk memikirlan hal itu.

***

"Kau tak boleh macamni, Syu! Kau kena dengar dulu apa penjelasan diorang".

Mariam Syuhada diam tak berkutik. Pandangannya dihala kearah sekumpulan budak2 yang sedang rancak bermain taman permainan. Dia disini, di tempat Hafiza untuk menyembunyikan diri. Kiranya inilah tempat paling jauh dan tenang buat dirinya.

"Aku dah tau, buat apa aku tanya lagi".

"Kau tau dari orang yang salah".

"Mila tak salah. Semua yang dia cakap tu, ada kena mengena. Kalau tak, abang Hafiy takkan berubah macam sekarang".

Hafiza menggeleng kepala tak setuju. Penat juga menasihati kawannya itu. Langsung tak boleh nak terima teguran. Sangkanya, kehadiran Mariam Syuhada ke homestay nya itu untuk bercuti bersama keluarga. Tapi, lain pula yang jadinya.

"Kau ada dengar ke dari pihak Hafiy pulak macamana? Dari mulut madu kau?".

Mariam Syuhada diam. Memang dia langsung tak mmeberi peluang suami dan madunya untuk menjelaskan hal sebenar. Tapi, itu tak bermakna mereka betul dan Mariam Syuhada salah!

"Cukup apa yang aku dah lihat dan aku dengar".

"Apa yang kau lihat and apa yang kau dah dengar, cuba cakap dekat aku".

Hafiza memandang wajah kawannya lama. Tak sangka begini jadinya kisah cinta mereka.

"Aku malas nak cakap".

"Malas nak cakap atau kau yang salah? Syu, aku kenal kau dah lama. Tak mungkin kau akan salahkan Hafiy atau madu kau macamtu aje. Aku tak nampak mana silapnya madu kau tu dari apa yang kau cerita la. Lagipun, tak logik kalau nak kata si Ara tu guna2 kan laki kau semata2 sebab Hafiy selalu jenguk dia".

"Kau pun sama macam orang lain. Tak percaya aku!". Mariam Syuhada mula berubah wajah. Sedih hatinya kerna tiada yang percaya.

"Bukan aku taknak percaya, tapi aku tak boleh nak percaya bulat2. Lagipun, kau tak dengar dari pihak satu lagi. Tak elok tau! Kau sepatutnya tau benda tu. Macamnilah Syu, bincang elok2 dengan Zahara dan Hafiy. Baru kau tau apa yang dah jadi".

Mariam Syuhada menarik muka masam. Walau apa pun jadi, dia takkan sekali2 berjumpa Zahara ataupun Hafiy. Biarlah dia membawa diri. Dia tetap akan mengganggap Zahara merampas suaminya.

"Aku taknak! Dia perampas, kenapa aku yang kena terhegeh2?".

"Siapa suruh kau terhegeh2?".

Mariam Syuhada terdiam.

"Syu, berfikir yang waras. Kau dah besar. Jangan sebab hal kecil, rosak masa depan kau. Aku taknak benda tu jadi".

"Kalau dia tak mula dulu, aku dengan Hafiy takkan jadi macamni!". Ujarnya serius.

"Sampai bila kau nak menyalahkan Zahara? Tak boleh ke kau buka mata luas2 dan tengok salah sendiri? Atau kau guna akal kau yang waras untuk berfikir secara matang?". Marah Hafiza. Geram pula hatinya memikirkan Mariam Syuhada yang berubah perangai.

"Sejak bila la kawan aku ni jadi macamni".

"Kau cakap apa?".

Hafiza menoleh, "Apa?".

"Kau perli aku ke?".

"Pandai pulak terasa? Dah sedar ke?".

Hafiza memerli. Dia segera meninggalkan kawannya itu dan terus ke pejabat untuk menyambung kerja yang tergendala. Mariam Syuhada mencebik. Semuanya nampak salah. Itu tak kena ini tak kena. Kalau pasal Zahara, ada je yang betul. Kenapa tiada seorang pun yang nak membela dirinya.

Shamila ni pun satu. Asal telefon, ada je hal nya. Busy la, orang datang la, itulah inilah! Sudahlah dia serabut kepala. Hal suaminya masih jugak belum selesai2. Sudah bermacam2 cara yang dilakukan tapi satu pun tak membuahkan hasil. Hafiy semakin tak endahkan dirinya, adalah!

Mariam Syuhada kembali ke bilik. Serabut kepalanya memikirkan hal ini. Ingatkan datang ke sini dapat la menenangkan diri, tapi lain pula yang diterima. Nak tak nak, terpaksa lah ditelan juga kata2 Hafiza kepadanya. Mahu pecah gegendang telinga mendengar bebelan Hafiza tadi. Sabar ajelah!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience